Sunday, 15 August 2010

Jangan Silap Seperti Lut

Kerana dakwah itu sangat perlu disampaikan ke keluarga yang terdekat, Rasulullah mencontohinya kepada kita dengan memanggil Bani Hashim dan Bani Muthalib untuk diberitahukan mengenai persoalannya kepada mereka.

Kata Syaikh Munir Muhammad al Ghadban dalam Manhaj Haraki, ini merupakan sunnah Ilahiyah. Kaitannya ada pada kisah Nabi Lut. Tiada kaum keluarga mahupun kabilah yang mampu membela dirinya kecuali dua orang anak perempuannya. Isterinya kafir, orang beriman pula masih sedikit dan tidak mampu membela baginda.

Inilah yang mendorong baginda untuk mengadu kepada Allah, setelah merasakan perlunya baginda kepada [Ruknin Syadid]
Lut berkata: "Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)."
[Huud, 11:80]

Oleh itu, wajar pada awal-awal dakwah ini, keluarga terdekat menjadi sasaran dakwah asal, agar mereka mampu memahami atau menerimanya. Supaya ada pihak yang mampu bersiap-sedia membela dan menanungi diri kita, andai ada bahaya mendatang. Setidak-tidaknya, mereka bersikap seperti Abu Talib, bukannya Abu Lahab.


Agar mampu menjadi seperti keluarga Nabi Syuib
Mereka berkata: "Hai Syuaib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah karena keluargamu tentulah kami telah merajam kamu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.
[Huud, 11:91]

4 comments:

  1. jazakallah akhi =)

    btw, tajuk tu mcm kontroversi la..huhu..mcm tak best je bile enta kata "jangan silap seperti Lut"..seolah2 menyalahkan nabi lut (sedangkan enta tak berniat camtu pon en)

    wallahualam

    ReplyDelete
  2. aku cam agak terkejut sbnrnya coz tajok post nih ada nama aku... hhahahah

    ReplyDelete
  3. ---> ammar Roslizar
    Bukankah nabi Lut as itu juga bersifat basyariah yang terdedah kepada kesilapan. Kesilapan yang akan menjadi pengajaran kepada kita, sebagaimana peristiwa Nabi Muhd saw bersama Abdullah Ibnu Ummi Maktum.

    Afwan, mungkin ana tersilap pemilihan kata. Lagi cantik kalau anta boleh suggest title baru kepada ana =)

    ReplyDelete
  4. ---> aloppz
    Xjumpa pun perkataan aloppz atas tu. Perasan la tu. Hahha. I get your meaning la ^_^

    ReplyDelete

Labels