Thursday, 29 October 2009

Hidup Ini Memang Payah

A great man is the one who can inspire others.
Through his silent, he benefits them.

Berusahalah untuk memberi inspirasi.
Jangan lemahkan semangat orang lain.

This is my sem3 themesong.Hahha. Harap2nya suasana jadi lebih ceria.
Hmm...Susah gak hidup kalau jumpa orang yang suka mendesak tanpa memahami kesibukan diri.

xtau nak kreditkan gambar ni kepada siapa. Maaf.

HIDUP INI MEMANG PAYAH - YASIN
Layarkan kehidupan| ke destinasi pilihan| nikmatilah keindahan| yang tak dijanjikan.
Hayatilah keperitan | baru bisa mengertikan | kemanasian, kebesaran | rahsia kebenaran.
Yang tinggal kita mencari | hidupnya tanda misteri | kita tafsirkan | sukar diertikan.
Hidup ini memang payah | kadang gelap kadang cerah | hati ini jika resah | siksa jiwa takkan sudah.
Hidup ini memang payah | ku terima ku berserah | hati ini bila pasrah | yang susah bisa mudah.
ooo
Bersama yang susah | adanya mudah | bersama yang susah | mudah.
Arus deras kehidupan | dikejar dan ditinggalkan | terima yang ditakdirkan | tulus kesyukuran.
Dalam jiwa perperangan | duka resah sendirian | kita dalam pengorbanan | pinta keampunaan.

Monday, 26 October 2009

Jangan TIdur Lambat Sangat!

Ini apa yang saya dapat dari Buku SUPERHEALTH
Gaya Hidup Sehat Rasulullah
Dedicated to My Sis
Hidup Perlu Berdisiplin...

Melatonin
Hormon yang dihasilkan di otak. Tindakannya berlawanan dengan cortisol, mula dihasilkan apabila matahari terbenam, capai peak time pukul 2 – 3 pagi.

Fungsi Melatonin – Antioxidant / immunity / biological clock.
Antioxidant
Dikenali juga sebagai terminal antioxidant. Sekali oxidized, tak boleh reduced dah. Dikenali sebagai antioxidant paling kuat kerana terbukti mampu mengelak kerosakan DNA akibat carcinogen.

Immunity
Menggalak penghasilan sel untuk immunity eg sel darah putih (leukosit, limfosit)

Penjaga Jam Biologi
Tentang solat Tahajud, “Tak jadi masalah kalau nak guna alarm handset / weker / minta tolong dikejutkan. Lebih baik jika “jam” itu telah ada dalam diri kita. Bila dah sampai masanya, automatik kita akan bangun”. Jadi, selalulah tidur pada waktunya, jaga waktu tidur agar sama walaupun pada hari cuti.

Apa Kaitannya?
Melatonin dihasilkan ketika hari mulai gelap. Kehadiran cahaya boleh mengganggu penghasilannya. Lampu kalimantang biasa dah sesuai, cuma cahayanya perlu dikurangkan sikit demi sikit sebab melatonin sedang bertambah sikit demi sikit sampai pukul 2 / 3.

Eg: Tengok tv / laptop waktu malam; cahaya dan electromagnetic wave boleh ganggu penghasilan melatonin. Buktinya, cuba tidur dengan lampu terang menyala, tv terbuka dgn tidur dgn lampu gelap, akan rasa bezanya.

Habit Rasulullah?
Tak suka berbincang selepas solat Isya. [HR Bukhari] Rasulullah xsuka tidur sebelum Isya dan tak suka bersembang kosong selepasnya. [HR Bukhari Muslim] Jangan kamu biarkan api di rumahmu ketika kamu tidur (padamkan). Hikmahnya sama: jimat tenaga dan kesan kepada kesihatan.

Kenapa Qiamullail Sesuai Pada Sepertiga Malam Terakhir?
“Melatonin mencapai puncaknya pada pukul 2 / 3. Setelah puncak, tentu jumlahnya akan terus menurun, ibarat naik ke bukit, perlu tenaga yang lebih dan bebas daripada halangan. Namun, untuk turun, relax je dah cukup untuk sampai ke bawah.

Selain boleh melakukan aktiviti dengan tenang dengan rembesan kortisol, xperlu risau penghasilan melatonin akan terganggu. Tak menghairankan jika belajar pada waktu ini sangat best.”
[Edit daripada SUPER HEALTH, m/s 175]


"Setan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu pada waktu tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan dikatakan, 'Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.' Apabila ia bangun dan ingat kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika ia berwudhu, maka terlepaslah satu ikatan (lagi). Dan, jika ia mengerjakan shalat, maka terlepaslah seluruh ikatannya. Ia memasuki pagi hari dengan tangkas dan segar jiwanya. Jika tidak, maka ia masuk pagi dengan jiwa yang buruk dan malas."
[HR Bukhari Muslim]

Sunday, 25 October 2009

al Bidayah wa an Nihayah

Saya dalam proses membaca terjemahan buku al Bidayah wa an Nihayah, buku Ibn Katsir yang menceritakan sirah zaman khulafaur Rasyidin (yang berlima rupanya).

Satu babak yang saya cuba hayati pembacaannya ialah ketika kemuncak komplot untuk membunuh Saidina Usman. Juga peristiwa susulan selepas Saidina Ali dilantik sebagai khalifah sehinggalah perang Jamal dan Siffin.

Zaman ketika itu merupakan zaman yang penuh dengan fitnah. Sehinggakan sahabat bercita-cita untuk mati sebelum itu lagi, saking fitnah yang dahsyat. Dahsyatnya fitnah tersebut sehinggakan terjadinya peperangan bersaudara sesama para sahabat.

Saya lebih selesa dengan manhaj segelintir sahabat ra yang tidak cuba melibatkan diri dalam fitnah tersebut, sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk mengasingkan diri. Cuba untuk sama melibatkan diri bererti mendedahkan diri kepada pelbagai mudarat dan permasalahan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Kmb. Jauh panggang dari api kalau nak bandingkan dengan kisah ketika zaman Usman dan Ali. Orang pelik kenapa saya macam xtau banyak benda. Kerana saya bukanlah orang yang perlu dilibatkan dalam permasalahan ini. Oleh sebab itulah, saya berusaha untuk tidak dilibatkan sama dalam perbezaan dan pertentangan pendapat.

Saya merupakan manusia yang cepat terpengaruh dengan suasana. Sebab itu, saya xsuka menambah masalah dalam hidup saya, dalam hati kecil ini, saya tetap ingin menjadi busy body; nak tau setiap benda yang berlaku. Tapi sebenarnya, memikirkan tentang pelbagai masalah (yang bukan di bawah bidang kuasa saya) akan menyebabkan otak ini cepat letih. Lalu jadilah saya orang yang penat dan selau termenung. Sedikit sebanyak juga akan mempengaruhi mood dan prestasi saya.

Saya cuba berpegang dengan kata-kata baginda saw:
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
Salah satu kesempurnaan Islam seseorang itu ialah tindakannya meninggalkan perkara yang tiada perkaitan dengannya. [Hadis Hasan]
Bila menceritakan soal perempuan pula, saya kita mereka itu bukannya isteri saya mahupun anak buah / orang bawahan saya, sebab itu saya berpendapat tidak wajar untuk saya membicarakan kelemahan / kesilapan / mereka. Tambahan pula saya dalam keadaan tidak tahupun siapakah antara mereka yang perlu saya percayai.

Sekali lagi, ini pendapat dan pendirian saya. Dan apa yang saya pelajari, perbezaan pendapat merupakan pintu kepada sikap berlapang dada. Saya hormati pandangan anda, dan anda perlu hormati pandangan saya.

Semoga matlamat utama tidak dipengaruhi.

Friday, 23 October 2009

Sports Carnival

Sport Carnival Kmb dah bermula. Di sebalik kegembiraan, MPP is under pressure rupanya. Tshirt xdapat2 lagi. “Apa ni? Cakap Sport Carnival. Baju sukan xdapat2 lagi...” Aiman pun bagitau sebabnya. Kata dia “Politik Waaang” [dengan gaya Najib waktu Perhimpunan Agung Umno]. Aku pun tunjukkan la muka kesian. Huhhu.

Bukan benda ni nak dicakapkan sebenarnya. Isu yang sama naik lagi kali ini. Soal solat maghrib yang akan lewat ditunaikan oleh players.

Macam2 benda dipersoalkan. Boleh tak solat dilambatkandisebabkan sesuatu event? Solat dengan berpeluh2 boleh ker? Solat dengan bau busuk sampai ganggu orang sebeleh boleh x? Dan macam2 lagi. I’m not an ulama yang boleh dipegang fatwa2nya. Hanya pelajar engin E08A. Just an oridinary men, kalau ikut MyFairLady.

Soalan yang paling menarik perhatian aku, jatuh kepada


“Kenapa tak kita biarkan games tu habis lambat? Bila masuk waktu maghrib, sorang azan dan terus solat kat padang. Tak payah nak balik bilik dulu, tak payah sejuk2kan badan dlu, then mandi sampai bersih, pakai smart2, baru gi solat kat surau. Lambat macam tu. Kita kan kena solat di awal waktu?”

Aku berkata, “Wow, nice idea. Salah ker kalau buat macam tu?”

So, apa pandangan anda wahai warga Kmb? Ustaz ustazah Kmb nak komen apa? MPI dulu dah solat kat padang, xkan waktu MPI jer. Kata Now and Then, Here and There. Players plak, setuju ker dengan cadangan ni?

Let’s consider those who are interested.

Kita kena buat kajian dulu, so ulama2, sila2 berikan fatwa anda.

Monday, 19 October 2009

Surat Layang

“Sorry, but you’re not as soleh as what I saw before”

Bayangkan anda ternampak kertas dilipat empat, diselitkan atas meja anda
Bila dibuka, anda terbaca ayat di atas.
Ditulis besar guna dakwat merah.
Dan anda xtahu siapa yang hantar kertas itu.

Ia berjaya menukar mood anda ke mood muhasabah!

Tuesday, 13 October 2009

Cerita Kelas Kami

Kami diajar bahawa syurga itu mahal
Tidak mudah untuk dikejar
Tidak cukup untuk diangan-angankan
Semalam kami lari dari kelas masa Malay
Suka lepak kat LRC atas sambil bersembang2 kedai kopi
Cuaca plak panas hari tu, xsesuai untuk revise Malay
Ikmal pulak jenis yang xsuka panas
(dia mengadu kat Pn Siti Fatimoh minggu lepas)

Entah macamana boleh bercakap pasal syurga
Semua orang nak berkongsi cita-cita dan keinginan mereka

Bukhari kongsi cerita kawan dia pasal pakaian bidadari syurga
Bad pulak nak cerita yang kat syurga ada arak
Siddiq pulak rasa macam xfeel kalau xmabuk lepas minum arak tu
“Ape la ko ni? Dah elok ada kepala otak waras, nak hilangkan pulak?”
Disambut gelak ketawa kami
Azwan mula nak menyebok. Kat syurga nanti boleh hisap rokok puas2. Dia nak fire orang sebenarnya.
Ikmal pulak kena sakat. Kat syurga nanti isteri korang yang akan jadi bidadari. Sume orang mula cakap pasal awek Ikmal.
Dan sume dah terbayang keseronokan dan nikmat syurga.

Aku pulak tersenyum sorang memanjang masa
Bad mengejek nakal
“Ai, senyap je Faqih. Fikir bukan2 la tu...”
“Hoi, mana ade!”

Penduduk Kelas Kami

Yang sebenarnya
Kami diajar bahawa syurga itu mahal
Tidak mudah untuk dikejar
Tidak cukup untuk diangan-angankan

Cerita kami bertujuh
Semoga angan-angan dibuktikan dengan amalan

Muadz nyanyi hadis, lagu Stand Up
قم يا غلام. فأذّن أنّه لا يدخل الجنّة إلّا مؤمن
Tidak masuk syurga kecuali orang beriman.
Tambah ulama, iman itu pulak bukan dengan angan2.

p/s kat rumah kami ada istilah popular pasal syurga ni
Api Syurga. Ade ker?

Monday, 12 October 2009

KMB 09/10

Mengapa emosi yang perlu diutamakan
Mengapa perlu tunduk pada tekanan
Mengapa sangkaan orang yang cuba dijustifikan
Mengapa orang yang xsepatutnya yang kita jadikan rujukan?

Kita anggapnya perkara besar
Rupa-rupanya kecil sahaja
Ingatkan majoriti, rupanya minoriti

Relax2 sudah
Kadang2 kita perlu tidur untuk dapatkan semula kekuatan

Sangkaan kita sangat besar peranannya
Berhati-hatilah dengan sangkaan

“Aku bersama sangkaan hamba-hamba-Ku
Dan Aku bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku”
[HR Bukhari]

Jika salah, katakan di mana salahnya?
Where’s the black and white?

Thursday, 8 October 2009

Ada Masa Down Jugak

1. Ada orang kata, kita kena ada sasaran amal bila kita tengah down. At least bila down iman tu, xde la terus tertiarap, mutabaah jadi mcm binary number, 101100.

2. Bawah ni contoh sasaran yang dimaksudkan.
3. Naik turun iman tu perkara biasa. Ulama / orang baik, secanggih mana pun ilmu n amal dia, pasti rasa benda ni. Sedangkan Abu Bakar yang imannya mengatasi seluruh penduduk dunia pun pernah merasa lemah, inikan pulak kita. Rujuk cerita Hanzalah mengadu kepada Abu Bakar mengenai kemunafikannya.

4. Bila dah down tu, jangan la pulak melampau2 down. Yang wajib, tetap kena buat, yang haram tetap kena tinggalkan. Sunat dan makruh je yang boleh ditoleransikan.

5. Downnya iman kita tu kadang-kadang disebabkan kita terlalu memaksa diri kita untuk beribadah. Sampai satu tahap, kita terasa kering ibadat kita, jadi bosan dan jemu. Bukan ker ada hadis yang mengatakan Allah itu xpernah jemu, hanya hamba2 macam kita ni jer yang jemu untuk beribadat kepada-Nya.
"Lakukanlah [amalan] menurut kemampuanmu. Karena demi Allah, Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri yang bosan. Amalan agama yang paling disukai-Nya ialah apa yang dilakukan oleh pelakunya secara kontinu (terus menerus / berkesinambungan)."
[HR Bukhari]
6. Lagi satu, nak bagitau yang aku suka kat artikel kawan aku sorang ni. Hadam2kan la. Sokongan jangan manis di bibir jer. Perlukan tindakan daripada kawan-kawan yang masih kuat imannya. (Nikmat Allah jugak tu)

Tuesday, 6 October 2009

Kapten Yang Koyak


“Nasib Baik Aku Kapten
Kalau x, dh lama aku koyak”
Kata-kata Akmal semalam, selepas dimodified
Kitorang sembang bertiga dengan Aiman pasal Kasukma yang baru je habis
dan jugak pasal atlet2 Kmb Titans yg balik dgn colour hitam tambahan selepas dapat no 2

Orang kata...
Bila budak Kisas dah jumpa, duduk sama2, assabiah namanya
Aku kata...
Apa salahnya?

Looser, koyak, panas, geram, nak nangis etc
perkataan ni biasa je dorang dua ulang2. Kesian pulak dengarnya

Koyak
Perkataan biasa budak Kmb
Sampai ada sorang ni buat blog, addressnya koyaking
Aku pun xtahu dari siapa datang perkataan ni
Tapi maksudnya lebih kurang sedih tahap gaban dewa giler koT

Koyak
Kalau aku kaitkan dgn iman
Mungkin sesuai dengan down... Iman yang lesu
Sindrom yang biasa berlaku, yg ada kat semua orang
Ulama bijak macam mana sekalipun,
pasti pernah / akan koyak dalam hidupnya
Xda siapa pun boleh mengaku paling suci, holier, maksum
Manusia gak, sama jer macam orang lain.

Cuma, suka kat quote Akmal
“Nasib Baik Aku Kapten
Kalau x, dh lama aku koyak”
Kita perlu merasakan diri kita ini penting dalam sesuatu kumpulan
Andai kita lemah semangat, pasti orang lain akan lemah jugak
Rosak orang bawahan kita, efek negatif situasi kita
Yang pasti, ini memerlukan kita terus tabah, xmudah lemah semangat

Andai Rasulullah juga koyak
Koyak bila kena ambush dalam Perang Hunain
Koyak bila patah gigi dalam Perang Uhud
Koyak bila sahabat xrespond bila disuruh sembelih binatang
Koyak bila dakwah di Taif disambut lontaran batu
...
Entah apa jadi dengan kita hari ini.

Kita juga perlu berfikir perkara yang sama
Andai iman kita down
Kita tanya semula
Wajarkah kita koyak berlebih2an
Sehingga bawa kesan negatif kepada tarbiyyah kita

Kuatkan semangat, dapatkan sokongan
Kerana boleh saja
Allah suka melihat rintihan kita di kala kelesuan yang mengharapkan pertolongan

Saturday, 3 October 2009

4 Jam di P.Jaya Central

1. Hari ni ingatkan nak pergi halaqah kat Putrajaya. Walaupun malas2 nak pergi sebab rasa lagi seronok tidur n relax kat Kmb, terpaksa la jugak gagahkan diri. Dah lama xjumpa ikhwah IP tu.

2. Setan dalam kepala ni xmudah putus asa. Dia suruh tangguhkan pergi sana. Tunggu sampai hujan turun dulu (kebetulan pulak hari ni hujan nak turun), lepas tu buat alasan hujan, so xdapat g halaqah. Nampak syar’e sikit. Tengok2, cuaca terus jadi panas terik. Padan muka. Lewat 15 minit aku keluar Kmb sambil melihat budak Pibians dan IP layan adik2 dorang buat team building kat padang.

3. Sampai Putrajaya Central pukul 10.30 pagi. Telefon ikhwah tu, dia cakap ada kat KL Central lagi, depan monorel. Alamak, kena tunggu 45 minit lagi. Kebetulan pulak bawak laptop, layan kejap. Nasib baik Putrajaya Central (PC) tu kaya dengan plug.

4. Tunggu punya tunggu, rupanya dia tertinggal bas. Kena la tambah lagi 30 minit menunggu. Hati ni tertarik pulak nak sentuh IA Business dalam laptop tu. Alhamdulillah, bertambah lagi sikit modification kat SWOT Analysis. Suasana kat PC tu memang membantu, plus lapang n bersih.

Banyak sangat logo 1 Malaysia kat PC yang aku perasan. Tapi gambar kat atas ni 1Malaysia kat Kmb. Cute btol...

5. Tunggu punya tunggu, ikhwah nak datang tu xkunjung tiba. Dalam hati ingatkan nak solat zuhur jemaah dengan dia, so, tunggu sampai pukul 2. Tup tap pkul 2:28 dia kata xjadi nak datang. Sebab banyak kali terlepas bas (xcukup alert la tu) + alasan2 lain yang aku nampak macam kodi.

6. Hmmm, sangat susah nak terima alasan tu. Tapi apakan daya, dia ada kat KL, aku pulak ada kat Putrajaya. Diam je la aku sambil bercakap dengan tone xsetuju dengan tindakan ikhwah tu.

7. Membiarkan aku tertunggu2 4 jam kat PC memang nampak xberbaloi. Nasib baik aku bawak laptop, ada la dapat modify IA Business. Nasib baik dia ikhwah, lagi la perlu berlapang dada. Husnu Zan tu tahap ukhwah paling rendah. Tapi, siasat hal sebenarnya penting gak, nombor 2 la kot.

8. Apa pun, aku tetap berharap, walaupun hasil tunggu 4 jam hari ni nampak kosong (resultless), Allah akan menerima usaha yang dah dibuat. Pasti Dia xkan mensia-siakan amalan n usaha hamba-Nya selagi mana niatnya masih xtergelincir
أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى
... Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan ...

[ali Imran, 3:195]

9. Dalam mood memujuk diri. Terpaksa menyusahkan diri keluar, tapi hapoh xdapat. Allah itu Adil.


10. Masih tetap bersyukur. Ingatkan kena grounded minggu ni sebab lambat balik asrama + keluar tanpa kebenaran. Tengok2, nama xnaik dalam list. Alhamdulillah, kali ke 3 terlepas. =)

p/s Xsemua benda yang meriah n menyeronokkan tu bagus.

Sunday, 27 September 2009

Belajar tu Susah ke Senang?

1. Mula-mula, ingatkan nak cerita pasal homework yang xhabis2 lagi. Tapi xpe. Dah ramai orang tulis pasal homework2 tu yang bertimbun-timbun, padahal Selasa ni dah nak balik Kmb.

2. Belajar, menuntut ilmu ni sebenarnya susah. Sebab tu tone membaca entri pasal homework Kmb ni lebih kurang macam mengeluh atau perlu dibuat-buat mengeluh. Bila listkan homework, terasa berat dan besar sangat. EE; dua je huruf nak eja, tapi berjuta-juta huruf nak kena susun untuk siap.

3. Tapi, orang yang belajar ni sebenarnya dikira sebagai mujahid yang keluar di jalan Allah. Terlalu banyak ayat yang menceritakan kelebihan keluar untuk menuntut ilmu, bahkan ia diletakkan sebaris dengan jihad di medan perang.
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
[at Taubah, 9:122]
4. Hakikat seorang penuntut ilmu, dia akan diuji, dia akan menghadapi kesukaran juga sepertimana orang yang keluar untuk berjihad perang mempertaruhkan nyawa di jalan Allah. Nilai seorang mujahid perlu dibawa semasa menuntut ilmu. Pengorbanan, ketabahan, disiplin dll perlu ada

5. Semalam, aku dapat berita ayah kawan aku Fateh 507 Gen52 Kisas meninggal dunia. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Dia masih belajar ilmu agama di Mesir; baru setahun sudah diuji. Kematian ayahandanya dianggap sebagai musibah bersifat tarbiyah daripada Allah. Takziah diucapkan kepada dirinya dan keluarga.

6. Pengajaran yang aku ambil; Fateh mendapat ujian berupa kematian ayahnya yang tersayang. Kita juga akan diuji sebagaimana layaknya Fateh diuji, cuma ujian kita mungkin berbeza.

7. Sebab tu kita kena ada attitude belajar seperti attitude seorang mujahid. Perlu serius dan bersiap sedia untuk menerima kesusahan. Perlu bersedia mencurahkan usaha demi kepentingan agama.

8. Tapi, belajar itu senang rupanya. Sebab ramai yang suka guna style lepak2 dan mode senang lenang waktu belajar walaupun duduk dalam sem3 yang busy di Kmb ni. Benda xpenting pon diupgradenya menjadi penting. Benda sia-siapun dianggapnya berfaedah dengan macam-macam alasan. Owh, belajar itu senang rupanya.

Saturday, 26 September 2009

Dakwah ala Cinta Sempurna

1. Membaca blog SI.com banyak pengaruhi mood aku semalam especially cerita dia terlibat dalam Cinta Sempurna, drama yang dahpun tamat nak dekat sebulan lepas.

2. Aku lebih tertarik untuk membaca komen-komen pembaca dalam blognya. Satu persatu diteliti. Kritikan, sokongan dan jugak penjelasan saifulislam sendiri; semuanya cuba untuk dihadamkan sebaiknya.

3. Sedikit sebanyak aku berpuas hati dengan justifikasinya untuk terlibat dalam drama itu. Tapi kadang-kadang stand aku bertukar2 gak; kadang2 sokong, kadang2 tak.

4. Tak ramai yang ingin mengambil keputusan seperti yang diambil Saifulislam tu. Dan aku berfikir; boleh tahan tak aku ni untuk menerima kritikan mencurah-curah tentang pendekatan dakwah yang diambil seperti dialami saifulislam tu.

5. Dan lagi satu soalan memandangkan pendekatan dakwah aku sekarang ni lebih berfokus kepada orang yang baik2 / alim2 kucing. Perlukah aku membuka memfokus pada dakwah orang ala2 Najib n Shila tu? Kesian jugak kat dorang tuh.

6. Sedikit sebanyak menjadikan kepala ni berfikir2 jap selepas enjoy beraya tahun nih. Kadang-kadang tu, tetiba jer rasa risau. Degup jantung pulak rasa bertambah sikit berbanding normal.

7. S.I.N.E.R.G.I. Entah la, bila teringat perkataan ini jer, rasa tenteram sikit. Tapi masih xfaham; bagaimana n macamana jalannya.

Thursday, 17 September 2009

"Makcik, Mana Udangnya?"

Kata seorang budak kepada penjual kuih,
“Makcik, mak saya pesan, suruh beli cucur udang. Tapi cucur ni xda udang pon ...”

Dengan selamba penjual tu menjawab,
“Ala kamu ni, cuba pergi kat gerai sana tu. Dia kata dia jual cucur badak, ada kamu nampak badak kat cucur dia tu?”

Yang ni lawak emak aku buat time bukak puasa. Semua orang gelak. Nasib baik aku tak tersedak sebab selalunya aku selalu habis makan awal.

Cucur badak / cucur udang setahu aku hanya dikenali orang Melayu saje. Dan mungkin jadinya istilah ni memberikan ekspresi bahawa orang Melayu sudah terbiasa dengan istilah yang xde berkaitan dengan realitinya.

Melihat kepada tarbiyah kita.
Kita kata kita ingin mentarbiyah.
Tetapi adakah inti yang kita sampaikan merupakan tarbiyah dalam erti sebenar.

Refleksi
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأمِّيِّينَ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
[al Jumuah, 62:2]

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
[al Baqarah, 2:151]
Soalnya, apa yang kita tarbiyahkan?

Tuesday, 15 September 2009

Make Sure It Was Worth Saving

A man risked his life by swimming through the treacherous riptide to save a youngster being swept out to sea.
After the child recovered from the harrowing experience, he said to the man, "Thank you for saving my life.”

The man looked into the little boy's eyes and said, "That's okay, kid. Just make sure your life was worth saving."

Edit daripada: Pravsworld


Kita perlu bersyukur apabila diselamatkan hidayah Allah yang disampaikan menerusi manusia. Sewajarnya bagi kita untuk mengucapkan terima kasih kepada murabbi/ah kita atas pertolongan mereka.

Dalam masa yang sama, kita perlu sedar untuk tidak mensia-siakan pengorbanan dan kesudian mereka menyelamatkan kita. Hendaklah kita membuktikan bahawa mereka tidak silap ketika memilih kita untuk diselamatkan. Buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi, bukan dengan meletihkan dan meyusahkan mereka dengan ragam kita.

Begitu juga tanggungjawab kita sebagai seorang murabbi/ah. Kita perlu mendidik mutarabbi/ah kita agar mereka membuktikan bahawa mereka seorang yang berbaloi untuk ditarbiyah. Caranya dengan mengajar mereka untuk menyelamatkan / mentarbiyah orang lain pula. Membimbing tangan manusia untuk keluar dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

Kita mahu membina rangkaian pendakwah; seorang dai yang boleh mencari orang lain untuk ditarbiyah. Bukan mencari orang yang hanya tahu menghentikan rantai tarbiyah apabila sampai hujung rantai tersebut pada dirinya. Ini tidak berbaloi.

It’s ok but isn’t worth.
إذا مات إبن ءادم إنقطع عمله إلّا ثلاث: ...
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara ...”
[HR ...]
Sila isi tempat kosong.

Monday, 14 September 2009

Cipta Suasana

Suatu kesilapan apabila seorang itu terlalu mengutamakan yang minoriti sehingga mengabaikan majoriti.

Terpengaruh dengan sikap segelintir manusia lalu mempengaruhi perasaan diri terhadap manusia keseluruhannya.

Terpengaruh dengan seseorang yang menyakitkan hati anda lalu bersedih berlebih-lebihan sehingga lupa bahawa masih ada ramai orang yang masih baik dan menghargai anda

Terpengaruh dengan masalah golongan minoriti sehingga mengabaikan kepentingan orang keseluruhannya



Tak perlu diri kita terpengaruh dengan suasana. Sudah sampainya masa kita yang mewujudkan suasana. Ketepikan provokasi, coolkan diri.
وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
[ali Imran, 3:139]
When your best just isn’t good enough.
Apabila yang terbaik itu masih belum cukup.

Yang penting, kerja utama anda berjalan.
Khalifah muka bumi.
Penerus kerja dakwah.
Hamba rela bekerja

Saturday, 12 September 2009

Kenapa Perlu Tinggikan Diri?

Sambil belek2 e-book yang ingin dihabiskan sempena Ramadan ni, cerita berikut sangat2 menarik perhatian. Kisah Umar ra dengan hambanya yang bergilir-gilir menaiki unta untuk ke Bait al Maqdis. Keperibadiaan Umar yang tidak mementingkan status, sebaliknya suka merendah diri sangat-sangat perlu kita praktikkan. Jom baca sama-sama.

Kisah Umar

Dari jauh, sayup-sayup kelihatan dua orang manusia sedang bergilir-gilir menunggang seekor unta di tengah-tengah padang pasir yang sangat luas. Arah yang dituju ialah sebuah kota yang baru sahaja dibuka oleh tentera Islam. Pada masa yang sama, di pintu gerbang kota, ribuan manusia sedang menunggu kedatangan seorang pemimpin yang amat disegani. Pada mereka yang belum pernah melihatnya, yang terbayang adalah kedatangan seorang pemimpin dengan bala tentera yang tidak terkira banyaknya. Sebahagian yang lain pula cuba membayangkan kedatangan seorang raja dengan segala kemewahannya. Setiap orang mempunyai andaian yang pelbagai.

Tiba-tiba seorang pemuda berteriak memberitahu ketibaan dua orang lelaki dengan seekor unta. Setiap orang tertanya-tanya: “Siapakan gerangannya, ke manakah tujuannya?”. Semakin hampir, semakin jelas bahawa yang datang itu merupakan orang yang ditunggu-tunggu. Sebahagian orang yang pernah melihatnya berteriak: “Amir al-Mukminin telah tiba”. Mereka yang tidak pernah melihatnya terpinga-pinga.

Terbukti, anggapan mereka tentang pemimpin ini jauh meleset. Dengan hanya menaiki seekor unta, berpakaian dengan pakaian yang amat sederhana dengan ditemani oleh seorang lelaki yang kemudiannya diketahui adalah hamba, inilah rupa-rupanya pemimpin yang amat disegani rakan dan digeruni lawan.

Lalu bersegeralah manusia mengerumuni lelaki yang berada di atas unta. Sekali lagi, anggapan mereka meleset juga. Lelaki yang berada di atas unta rupanya adalah seorang hamba, manakala lelaki yang sedang berjalan dan memegang tali unta, itulah pemimpin agung, Amir al-Mukminin Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh. Keinsafan kemudiannya menyelubungi mereka apabila mendengar penjelasan si hamba:

Sejak keluar dari kota Madinah, kami bergilir-gilir menaiki unta ini dan apabila hampir sampai ke sini, giliran hamba pula untuk naik dan giliran Amir al-Mukminin untuk berjalan kaki. Walaupun hamba berusaha memberitahu baginda, tidak mengapa untuk baginda terus menaiki unta, namun baginda tetap berdegil untuk mengikut giliran yang sepatutnya. Hamba cuba memberi alasan bahawa adalah lebih mulia dan dipandang tinggi oleh para penduduk kota Baitul Maqdis jika sekiranya khalifah menunggang unta ketika memasuki kota.

Namun Amir al-Mukminin telah memberikan pengajaran yang berharga kepada saya dengan berkata:


“Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita mencari kemuliaan (dan ketinggian di sisi manusia) selain daripada Islam, maka kita akan dihinakan oleh Allah.”
Demikianlah kebenarannya, bilamana kita sebagai individu muslim mula meninggalkan Islam dan mencari kemuliaan-kemuliaan lain, maka apa peliknya Allah Subhanahu wa Ta'ala menghinakan kita sebagaimana yang berlaku pada ketika ini.

Edit daripada: Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2)

Wednesday, 2 September 2009

Kenali Sahabat Rasulullah

Kuiz tentang Sahabat Rasulullah
Jom cari jawapan sama-sama.
Jawapan dalam warna putih

1. Namakan isteri Rasulullah digelar juga sebagai Ummu Masakin.
2. Namakan satu-satunya sahabat Rasulullah yang disebut namanya dalam Quran.
3. Namakan sahabat yang pernah menjadi imam solat kepada Rasulullah.
4. Senaraikan 3 orang sahabat yang memeluk Islam disebabkan Abu Bakar ra.
5. Namakan sahabiah yang turut menjadi benteng bagi Rasulullah ketika saat genting semasa perang Uhud?
6. Senaraikan empat orang sahabat yang tidak dikafirkan oleh Syiah.
7. Namakan sahabat yang diutus ke Mekah untuk berunding sebelum termeterainya Perjanjian Hudaibiah?
8. Namakan sahabat yang difitnah bersama-sama dengan Saidatina Aishah semasa peristiwa Hadits al Ifk?
9. Namakan sahabat Ansar yang rumahnya ditumpangi Rasulullah semasa peristiwa hijrah.
10. Namakan tabiin yang dianggap juga sebagai sahabat kerana keinginannya untuk bertemu Rasulullah tidak kesampaian, tetapi Rasulullah menyuruh sahabatnya yang lain agar mencari dirinya?

Soalan bonus.
Sahabat Rasulullah yang anda kagumi beserta sebabnya.

Jawapan:
1. Zainab bt Khuzaimah
2. Zaid b Harithah (QS al Ahzab)
3. Saidina Abu Bakar ra n Saidina Abdul Rahman b Auf
4. Abdul Rahman b Auf, Saad b Abi Waqqas, Usman b Affan
5. Ummu Ammarah @ Nusaibah bt Zaid
6. Ali b Abi Talib, Salman al Farisi, Abu Zar al Ghifari, Miqdad b al Aswad
7. Saidina Usman b Affan
8. Safwan b Ma'tal
9. Abu Ayyub al Ansari
10. Uwais al Qarni

Sunday, 30 August 2009

Sikap Kita Terhadap Maksiat

Download Full Version

Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung, dia berasa takut jika gunung itu akan menimpanya.
Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit sahaja, lalat itu akan terbang.
[HR Bukhari]
إنّ المؤمن يرى ذنوبه كأنّه قاعد تحت حبل يخاف أن يقع عليه
وإنّ الفاجر يرى ذنوبه كذباب مرّ على أنفه فقال به هكذا
Penilaian
Sahih. Kitab ad Da’awat, Bab at Taubah (6308)

Kilas
Orang beriman bersikap selalu takut kepada Allah dan berasa sentiasa diawasi oleh-Nya sehingga dia merasakan kecilnya amalan kebajikannya dan besarnya dosa yang dilakukan. Sikap inilah yang mendorong dirinya untuk bertaubat, tingkatkan amal dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan.

Orang berdosa memandang enteng dosanya, lalu tidak memiliki keinginan untuk bertaubat dan menghentikan kemaksiatan, bahkan semakin terlarut dalamnya.

Sikap seseorang terhadap dosa akan mempengaruhi sama ada dia akan menjauhkan dirinya atau semakin larut dengan dosa tersebut.

Nilai Ruhiyah
1. Latarbelakang Perbezaan Sikap Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Orang Beriman
Besarnya takut kepada Allah dan siksa-Nya. Yakin telah lakukan kesalahan dan belum tentu mendapat keampunan daripada Allah.
Disebabkan cahaya yang menerangi hatinya. Seakan-akan telah lakukan dosa besar dan menjerumus kepada kebinasaan.
Pengetahuan mendalam akibat buruk dosanya sehingga merasakan dirinya sentiasa dalam bahaya.

Orang Berdosa
Kenal sedikit tentang Allah
Disebabkan kegelapan hatinya.
Disebabkan kejahilan, merasakan dengan mudah boleh menghalau lalat (dosanya)

2. Beberapa Sikap Manusia Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Perbezaan inilah yang akan menentukan besar kecilnya balasan dan cepat lambatnya kesedarannya terhadap dosa tersebut.

• Hanya memandang sebab dia melakukan kemaksiatan dan tujuan melakukannya
• Memandang bahawa dosa tidak lain merupakan takdir Allah yang tidak dapat ditolak
• Memandang dosa semata-mata kehendak dan perbuatan dirinya, bukan dari Allah
• Memandang semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah, dan juga dirinya sendiri
• Menyedari dirinya dikuasai perangkap syaitan dan jerat nafsu syahwatnya
• Merasakan dirinya seorang hamba yang akan dipancung tuannya kerana bersalah
• Mengetahui hikmah Allah beri peluang dan kemudahan untuknya membuat dosa

Ambillah sikap positif; segera bertaubat dan beramal untuk menutupi dosa. Jangan bersikap negatif; terlena dengan dosa lalu tidak timbul keinginan untuk berhenti dan bertaubat sehingga binasa dunia dan akhiratnya.

Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007

Thursday, 27 August 2009

Sahur + Imsak

Post pasal kuiz di bawah ni menimbulkan persoalan. So, let's clarify it.
Diambil dari web HafizFirdaus.com. Manfaat untuk dikongsi bersama.

PERKARA YANG DITINGGALKAN

[2] Meninggalkan sahur pada akhir waktu
Termasuk perkara yang ditinggalkan dalam amalan berpuasa ialah meninggalkan sahur pada akhir waktu. Sudah menjadi kebiasaan sebahagian orang bersahur pada lewat malam, lebih kurang pukul 11 atau 12 malam, kemudian tidur sehinggalah masuk waktu Subuh. Ini menyalahi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita kepentingan bersahur dan melewatkannya sehingga ke saat jelas kepada kita waktu Subuh telah masuk.

Baginda bersabda:
Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada keberkatan.[7]

Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.[8]

Daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersahur bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian bangun pergi mendirikan solat (Subuh). Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an.”[9]
Hadis pertama dan kedua menerangkan keutamaan dan kepentingan bersahur. Hadis ketiga menerangkan kepada kita bahawa sebaik sahaja selesai bersahur, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat. Ini menunjukkan bahawa waktu sahur selesai sebaik sahaja masuk waktu Subuh. Tempoh antara sahur dan solat selama bacaan 50 atau 60 ayat bukanlah menunjukkan masa berakhirnya sahur sebagaimana yang difahami oleh sebahagian pihak[10], tetapi menunjukkan tempoh bermulanya sahur. Katakanlah tempoh membaca 50 atau 60 ayat adalah sekadar 20 minit dan waktu Subuh ialah 5.40 pagi, maka mereka mula bersahur pada pukul 5.20 pagi.
Bersahur bererti makan dan/atau minum pada akhir waktu untuk berpuasa. Sebanyak mana yang ingin dimakan dan/atau diminum terpulang kepada setiap individu. Ada sebahagian orang yang selesa dengan jamuan yang berat manakala ada sebahagian lain yang selesa dengan jamuan yang ringan. Bahkan mungkin ada yang selesa sekadar minum air segelas. Yang penting bukanlah berat atau ringan jamuan tersebut tetapi adalah bangun untuk bersahur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur.[11]


PERKARA DITOKOK TAMBAH

[3] Menetapkan waktu imsak
Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”[17]

Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.

Labels