Sunday, 30 August 2009

Sikap Kita Terhadap Maksiat

Download Full Version

Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung, dia berasa takut jika gunung itu akan menimpanya.
Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit sahaja, lalat itu akan terbang.
[HR Bukhari]
إنّ المؤمن يرى ذنوبه كأنّه قاعد تحت حبل يخاف أن يقع عليه
وإنّ الفاجر يرى ذنوبه كذباب مرّ على أنفه فقال به هكذا
Penilaian
Sahih. Kitab ad Da’awat, Bab at Taubah (6308)

Kilas
Orang beriman bersikap selalu takut kepada Allah dan berasa sentiasa diawasi oleh-Nya sehingga dia merasakan kecilnya amalan kebajikannya dan besarnya dosa yang dilakukan. Sikap inilah yang mendorong dirinya untuk bertaubat, tingkatkan amal dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan.

Orang berdosa memandang enteng dosanya, lalu tidak memiliki keinginan untuk bertaubat dan menghentikan kemaksiatan, bahkan semakin terlarut dalamnya.

Sikap seseorang terhadap dosa akan mempengaruhi sama ada dia akan menjauhkan dirinya atau semakin larut dengan dosa tersebut.

Nilai Ruhiyah
1. Latarbelakang Perbezaan Sikap Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Orang Beriman
Besarnya takut kepada Allah dan siksa-Nya. Yakin telah lakukan kesalahan dan belum tentu mendapat keampunan daripada Allah.
Disebabkan cahaya yang menerangi hatinya. Seakan-akan telah lakukan dosa besar dan menjerumus kepada kebinasaan.
Pengetahuan mendalam akibat buruk dosanya sehingga merasakan dirinya sentiasa dalam bahaya.

Orang Berdosa
Kenal sedikit tentang Allah
Disebabkan kegelapan hatinya.
Disebabkan kejahilan, merasakan dengan mudah boleh menghalau lalat (dosanya)

2. Beberapa Sikap Manusia Terhadap Kemaksiatan dan Dosa

Perbezaan inilah yang akan menentukan besar kecilnya balasan dan cepat lambatnya kesedarannya terhadap dosa tersebut.

• Hanya memandang sebab dia melakukan kemaksiatan dan tujuan melakukannya
• Memandang bahawa dosa tidak lain merupakan takdir Allah yang tidak dapat ditolak
• Memandang dosa semata-mata kehendak dan perbuatan dirinya, bukan dari Allah
• Memandang semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah, dan juga dirinya sendiri
• Menyedari dirinya dikuasai perangkap syaitan dan jerat nafsu syahwatnya
• Merasakan dirinya seorang hamba yang akan dipancung tuannya kerana bersalah
• Mengetahui hikmah Allah beri peluang dan kemudahan untuknya membuat dosa

Ambillah sikap positif; segera bertaubat dan beramal untuk menutupi dosa. Jangan bersikap negatif; terlena dengan dosa lalu tidak timbul keinginan untuk berhenti dan bertaubat sehingga binasa dunia dan akhiratnya.

Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007

3 comments:

  1. mari brtny...

    bgimne kalau ada kes seseorg itu mmg amat yakin dgn sifat Allah yg Maha Pengampun, lantas, mnjdkn itu alasan utk trus mlakukn dosa?

    ReplyDelete
  2. pertanyaan smula,
    Allah nak ampunkan ke kalau begitu?

    ReplyDelete
  3. Afwan terlambat reply
    Wifi Kmb yang xbanyak sangat membantu

    Seseorang itu amat yakin lalat itu akan terbang, lalu menjadikan itu alasan untuk dia membiarkan sahaja lalat itu terbang dan hinggap di hidungnya

    Mungkin ada perkaitan antara soalan dengan analogi di atas.

    Wallahu a'lam, terpulang kepada Allah untuk mengampunkannya.

    Mungkin kita boleh tengok syarah hadis ke-42 dalam hadis 40. Ada menjawab persoalan ini.

    Sewajarnya bagi kita menghindari pelbagai alasan untuk melakukan dosa. Bukankah ini sikap kaum-kaum terdahulu? Hilangnya sikap kami dengar dan kami taat...

    ReplyDelete

Labels