Monday, 3 August 2009

Tidak Perlu Lari, Ia Tanggungjawab

“Aku takut tak dapat beri komitmen. Sian kat anak usrah aku tu nanti”
“Aku rasa macam tak bersedia lagi”
“Berat koT kerja ni”
“Tak nak la” [tanpa memberikan alasan, jutaan senyuman pula diberikan]

Yang ni kata-kata yang selalu aku dengar, bahkan kadang-kadang dah boleh teka susun atur skrip yang akan dicakapkan kepada aku.

Mari tengok ayat ni sekejap. Mudah-mudah dapat diambil manfaat, walaupun sedikit.
-->
وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلا يَتَّقُونَ
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُكَذِّبُونِ
وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلا يَنْطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim itu,
(yaitu) kaum Firaun. Mengapa mereka tidak bertakwa?"
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku.
Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun.
[asy Syuara’, 26:10-13]

1. Allah menceritakan perasaan Nabi Musa apabila menerima perintah dan tanggungjawab untuk berdakwah. Gerun dan gementar.

2. Perasaan ini ialah fitrah. Mungkin sebahagiaan sifat kemananusiaan. Nabi Musa yang gagah [lihat al Qasas, 28:15] pun dapat perasaan seperti itu.

-->
فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ
... Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu ...

3. Tapi, Nabi Musa tidak biarkan perasaan itu menghantui dirinya . Tidak juga menjadikannya alasan untuk mengelak tugasan tersebut.

4. Nabi Musalah yang perlu kita contohi.

5. Apa yang perlu dilakukan sebenarnya adalah duduk dan menilai objektif, kepentingan tugas tersebut dan bagaimana caranya dia dapat menyumbang untuk menjayakannya.

6. Sebaik-baiknya mengadu kepada Allah kerana Dialah yang menguasai perasaan dan hati manusia.

7. Lihat, ketika Nabi Musa memohon kepada Allah, baginda tidak memohon agar dilepaskan daripada tugasan tersebut, tidak agar dapat lari dari tugasan lalu memberikan alasan untuk tidak menerimanya disebabkan kelemahan yang ada pada diri.

8. Baginda sebaliknya memohon agar diberikan sokongan dan bantuan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

9. Mengadulah kpd Allah, jangan lari dari tugasan sebelum mencuba.

10. Pendakwah yang berasa cukup dengan memainkan peranan kecil-kecilan di tepi jalan dakwah saja, dia sebenarnya tidak menyahut seruan al Maidah, 5:48 dan al Baqarah, 2:148; seruan untuk berluma-lumba dalam melakukan kebajikan dan ihsan dalam amalan.

-->
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
... Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan ...

11. Allah pasti tidak akan memungkiri janjinya. Pelbagai janji manis diberikan kepada pendakwah eg bantuan, sokongan, kemenangan dan ganjaran besar. Mustahil Dia memungkirinya.

Rujukan: Fiqh Dakwah dalam al Quran, Muhammad Haniff Hassan, 2003
Link untuk download diletakkan di sebelah

3 comments:

  1. a'ah..ia satu tanggungjawab..

    kembali realize..

    ReplyDelete
  2. Kita ni memang perlu sentiasa diingatkan
    Benda ni dah memang kita tahu
    Tu yang kena ada kawan baik di sisi

    ReplyDelete
  3. syukran akhi...
    telah naikkan semangat saya kembali...

    ReplyDelete

Labels