01. Setiap benda yang kita buat dalam hidup ini, semuanya perlukan objektif dan target.
02. Contohnya, mengapa kita belajar di Matriks, Ipt, mahupun di kolej. Target utamanya untuk mendapatkan ijazah / diploma. Membuat eksperimen juga memerlukan objektif.
03. Tanpa objektif, kita akan menjadi tidak tentu arah. Membuat sesuatu hanya kerana diminta atau kalau ikut cakap orang tua-tua kita, melepaskan batuk (batok sebenarnya) di tangga.
04. Kitapun tidak akan kisah dengan batok yang dilepaskan kerana kita tidak serius melepaskannya dan tidak merasakan kepentigan batok ini dilepaskan dan mendarat dengan betul.
05. Lalu, jadilah kita golongan yang tidak jelas matlamat hidupnya. Bermain bola tanpa gol. Seronok ada skill sahaja.
06. Dalam tarbiyah dan dakwah juga begitu. Seharusnya kita menetapkan target untuk apa kita mengisi jadual hidup kita dengan tarbiyah.
07. Target ada yang panjang, ada yang sederhana dan ada yang pendek. Kita bercakap tentang jangka pendek dahulu.
08. Lazimnya seorang pemula dalam proses tarbiyyah diberi peluang selama setahun untuk membiasakan diri mereka dalam tarbiyyah dan seterusnya melakukan perubahan dalam cara hidupnya pada aspek yang perlu.
09. Setahun merupakan tempoh masa yang lama. Tetapkan target yang ingin ada capai. Contohnya, bilangan muka surat al Quran ingin dibaca, kekerapan buku ilmiah untuk dihabiskan, pukul berapa ingin bangun untuk qiamullail dan solat subuh dan yang penting juga, kekerapan maksiat atau benda sia-sia yang anda lakukan.
10. Contoh target:
Dalam tempoh 5 bulan, 1 juz al Quran mesti aku habiskan setiap hari.
Dalam bulan ini, aku mesti dapatkan 20 kali bangun sebelum azan subuh.
Dalam setahun bermula sekarang, movies dalam harddisk ini akan didelete satu demi satu setiap minggu sampai habis semuanya.
Dll.
11. Jika tidak dilakukan sedemikian, anda akan menjadi batu-bata yang rosak. Karat-karat jahiliah akan diseret sama sepanjang anda ditarbiyah tanpa ada pengislahan, lalu akan bercampur baurlah antara yang hak dan yang batil.
-->
وَلا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
[al Baqarah, 2:42]
12. Ingat, batu-bata yang rosak bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi juga keseluruhan struktur yang dibina. Anda perlu membantu untuk menjernihkan saf dakwah yang anda, bukan menjadi beban atau “decelerator” kepada kelajuan ikhwah yang lain.
*Batok itu bekas untuk menceduk air. Orang dulu-dulu kena basuk kaki sebelum masuk atas rumah. Apabila selesai basuk kaki di atas tangga, yang malas akan mencampakkan sahaja batok itu ke dalam bekas air tersebut. Inilah yang dikatakan melepaskan batok di tangga.
insyaallah,diri ini akan cuba menetapkan target walaupun sekecil2 benda dlm hidup ini..terima kasih kerana memeberi peringatan..
ReplyDeleteslalu dengar set your aim,tapi ssh sekali nak appliedkan..