Saturday, 12 September 2009

Kenapa Perlu Tinggikan Diri?

Sambil belek2 e-book yang ingin dihabiskan sempena Ramadan ni, cerita berikut sangat2 menarik perhatian. Kisah Umar ra dengan hambanya yang bergilir-gilir menaiki unta untuk ke Bait al Maqdis. Keperibadiaan Umar yang tidak mementingkan status, sebaliknya suka merendah diri sangat-sangat perlu kita praktikkan. Jom baca sama-sama.

Kisah Umar

Dari jauh, sayup-sayup kelihatan dua orang manusia sedang bergilir-gilir menunggang seekor unta di tengah-tengah padang pasir yang sangat luas. Arah yang dituju ialah sebuah kota yang baru sahaja dibuka oleh tentera Islam. Pada masa yang sama, di pintu gerbang kota, ribuan manusia sedang menunggu kedatangan seorang pemimpin yang amat disegani. Pada mereka yang belum pernah melihatnya, yang terbayang adalah kedatangan seorang pemimpin dengan bala tentera yang tidak terkira banyaknya. Sebahagian yang lain pula cuba membayangkan kedatangan seorang raja dengan segala kemewahannya. Setiap orang mempunyai andaian yang pelbagai.

Tiba-tiba seorang pemuda berteriak memberitahu ketibaan dua orang lelaki dengan seekor unta. Setiap orang tertanya-tanya: “Siapakan gerangannya, ke manakah tujuannya?”. Semakin hampir, semakin jelas bahawa yang datang itu merupakan orang yang ditunggu-tunggu. Sebahagian orang yang pernah melihatnya berteriak: “Amir al-Mukminin telah tiba”. Mereka yang tidak pernah melihatnya terpinga-pinga.

Terbukti, anggapan mereka tentang pemimpin ini jauh meleset. Dengan hanya menaiki seekor unta, berpakaian dengan pakaian yang amat sederhana dengan ditemani oleh seorang lelaki yang kemudiannya diketahui adalah hamba, inilah rupa-rupanya pemimpin yang amat disegani rakan dan digeruni lawan.

Lalu bersegeralah manusia mengerumuni lelaki yang berada di atas unta. Sekali lagi, anggapan mereka meleset juga. Lelaki yang berada di atas unta rupanya adalah seorang hamba, manakala lelaki yang sedang berjalan dan memegang tali unta, itulah pemimpin agung, Amir al-Mukminin Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh. Keinsafan kemudiannya menyelubungi mereka apabila mendengar penjelasan si hamba:

Sejak keluar dari kota Madinah, kami bergilir-gilir menaiki unta ini dan apabila hampir sampai ke sini, giliran hamba pula untuk naik dan giliran Amir al-Mukminin untuk berjalan kaki. Walaupun hamba berusaha memberitahu baginda, tidak mengapa untuk baginda terus menaiki unta, namun baginda tetap berdegil untuk mengikut giliran yang sepatutnya. Hamba cuba memberi alasan bahawa adalah lebih mulia dan dipandang tinggi oleh para penduduk kota Baitul Maqdis jika sekiranya khalifah menunggang unta ketika memasuki kota.

Namun Amir al-Mukminin telah memberikan pengajaran yang berharga kepada saya dengan berkata:


“Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita mencari kemuliaan (dan ketinggian di sisi manusia) selain daripada Islam, maka kita akan dihinakan oleh Allah.”
Demikianlah kebenarannya, bilamana kita sebagai individu muslim mula meninggalkan Islam dan mencari kemuliaan-kemuliaan lain, maka apa peliknya Allah Subhanahu wa Ta'ala menghinakan kita sebagaimana yang berlaku pada ketika ini.

Edit daripada: Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2)

4 comments:

  1. muhasabah diri~~dat's true..selalunye org akan lebih utamakan pndangan manusia

    ReplyDelete
  2. nice post..
    kira the primes boleh la merendah diri dengan the chosen 8..
    keh3..

    ReplyDelete
  3. ebat keperibadian sahabat
    kalau nk tgk pemimpin skang..
    jgn harap..
    moga2 kite amek iktibar

    ReplyDelete
  4. ---> Syamil
    There's no such thing as the primes / chosen 8
    We are all the same, what differentiates us is at Taqwa [49:10]
    I know you're kidding, correct me if you're not... hehhe

    ReplyDelete

Labels