Thursday, 30 April 2015

Formula Hati Lembut


Kalau teliti pertembungan politik dunia, tidak ada yang namanya perjanjian seperti “aku buat baik di negara ini, jangan buat jahat pada aku di negara sana”. Tidak ada secara konkrit, mahupun pada realiti.

Biasanya kata-kata seperti itu datang daripada mereka berhati lembut. Golongan lembut ini sentiasa melihat dunia ini hanya pada kebaikan, tanpa memerhatikan adanya kuasa lain yang mencorak perjalanan dunia, sama ada kuasa yang jelas jahat (seperti zionis Israel) atau kuasa yang tidak mempedulikan mereka dalam pemerintahan negara.

Ayat yang biasa mereka pakai, “cuba bayangkan kalau perkara ini dilakukan pemerintah sana terhadap saudara seislam kita”.

Akibatnya, mereka disilaukan dengan kosmetik toleransi, integrasi dan kecekapan Barat, lalu terlupa bahawa mereka mempunyai panduan syariat dalam memimpin dan berkuasa. Tetapi mereka mengabaikannya semata-mata untuk kelihatan sama arah dengan Barat.

Dalam syariat sudah ada konsep ahlu zimmah juga hak-hak mereka. Betul kedudukan mereka terjaga, tetapi bukan semua perkara perlu turuti kemahuan mereka. Ada juga hifzuddin, tanggungjawab pemerintah menjaga nilai agama rakyat. Tak perlu untuk kelihatan “rahmah” pada bukan Islam, lalu ketepikan sisi tegas dan prinsip menjaga agama.

Ini bukannya soal muslim sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa lain. Hakikatnya, siapa yang berkuasa di sesuatu tempat akan menentukan bentuk pentadbiran yang mereka percaya.

Kalau mahu bicara tentang muslim sebagai qudwah, kita sebagai orang Islam perlu percaya siasah syariah yang ada pada agama kita membawa rahmat pada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal saja kita yang perlu gali pengetahuan tersebut dan aplikasinya dalam mencorak negara.

--

French Muslim student banned from school for wearing long black skirt
According to the 2004 law that governs secularity in schools, veils, the Jewish kippa or large Christian crosses are banned in educational establishments, but “discreet religious signs” are allowed.

Another Muslim woman who served time in the Cuyahoga County Jail is suing the county, claiming that jail staffers forced her to participate in Christian religious services.

Technically, freedom of religion is enshrined in the constitution of Tajikistan. But in reality, religious practice–at least for members of the country’s Muslim majority–is tightly controlled by the state. In recent months, Tajikistan has further steadied its grip on the practice of Islam with the president commenting on proper attire, reports of forced beard-shavings, and new regulations on who can travel to Mecca on hajj.

The imams of the mosques in the Xinjiang (East Turkestan) have been forerced to gather in a square dancing en masse. State Chinese news have said that in the name of "civilization" the imams have been forced to dance in the town square. At the same time they were forced to chant out slogans such as 'peace of the country gives peace to the soul". Many of the imams were forcibly given Chinese flags - the same demonstration also included university students.

The letter purports to outline a plot by Muslims to takeover schools and impose extremist or hard-line views of Islam. The document proved to be a fake, but accusations of an extremist plot still persists. The Muslim Council of Britain unequivocally condemns all terrorism and extremism and we have not seen any evidence to date of such activities in Birmingham schools.

Monday, 27 April 2015

Polisi Langkah Selamat Malaysia dalam Tuntutan Laut China Selatan


Berikut merupakan rumusan artikel bertajuk “Malaysia’s South China Sea Policy: Playing It Safe” (Polisi Malaysia terhadap Laut China Selatan: Mengambil Langkah Selamat) oleh Prashanth Parameswaran, pengarang laman web The Diplomat. Parameswaran banyak menulis topik berkaitan Asia Tenggara dan aspek keselamatan Asia. Dalam artikel ini, beliau mencadangkan agar melihat kepada apa yang sedang berlaku pada Malaysia beserta sebabnya sebelum melihat apa yang sepatutnya negara ini lakukan.

Malaysia mempengerusikan ASEAN untuk tahun ini. Ramai mendesak Malaysia lakukan banyak perkara berkaitan Laut China Selatan (LCS). Malaysia merupakan antara negara pengasas ASEAN, juga pihak yang menuntut sebahagian kawasan LCS, selain mempunyai hubungan yang baik dengan negara China.

Tiada dokumen rasmi menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia terhadap LCS. Perdana Menteri (Datuk SerI) Najib Razak memetik Xi Jinping, Presiden China (pada November 2014) memuji pendekatan Malaysia sebagai “diplomasi senyap”. Parameswaran bagaimanapun mencadangkan konsep lebih tepat iaitu “Mengambi Langkah Selamat”, terutamanya ketika pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Konsep ini merujuk gabungan inisiatif (a) diplomatik, (b) ekonomi, (c) undang-undang dan (d) keselamatan sebagai negara yang menuntut, dalam masa yang sama berhati-hati agar tidak merosakkan hubungan dua hala dengan negara China.

Kepentingan Malaysia
Untuk fahami konsep ini perlu bermula dengan menilai kepentingan negara ini melalui LCS. Pertama ialah (a) mengekalkan tuntutan kedaulatan Malaysia. Bukan sahaja untuk menjaga integriti dan kedaulatan Malaysia, tetapi juga kemajuan ekonomi iaitu industri hidrokarbon (petroleum).

Kepentingan lain yang wujud ialah (b) menjaga hubungan baik dengan negara China. China merupakan rakan dagangan terbesar bagi Malaysia. Ada hubungan istimewa antara dua negara ini; Malaysia merupakan negara ASEAN pertama memulihkan hubungan biasa dengan negara China, pada tahun 1974 ketika pemerintahan bapa (Datuk Seri) Najib, Tun Razak. Cara China mengendalikan konflik dengan Malaysia lebih lembut berbanding Vietnam dan Filipina. Malaysia juga mempunyai kepentingan sebagai negara maritim dan perdagangan untuk (c) memastikan rantau ini dalam keadaan aman. Kepentingan lain yang Malaysia mahu jaga ialah (d) mengekalkan undang-undang antarabangsa termasuklah United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) kerana ia menjadi asas persefahaman tanpa menggunakan kaedah “kekuatan menentukan kebenaran”.

Siri tindakan agresif China baru-baru ini menyebabkan Malaysia menimbang semula pandangannya. Ia termasuklah pencerobohan berulang ke dalam perairan Malaysia dan kelantangan Beijing ketika insiden MH370 (dibetulkan dengan segera). Ia menyebabkan wujud suara dalam Malaysia mempersoalkan keberkesanan gabungan empat inisiatif tersebut. Walau bagaimanapun, pemerhatian melihat konsep “Mengambil Langkah Selamat” ini masih digunapakai.

Tindakan Malaysia
(a) Dari sudut hubungan diplomatik, Malaysia memilih untuk membawa kebimbangan dan perhatiannya kepada negara China dengan cara sulit berbanding secara terbuka; suatu cara yang tidak digunakan oleh Vietnam dan Filipina. Malaysia juga secara senyap turut berusaha memastikan negara ASEAN mempunyai kesepakatan asas dalam soal ini. (b) Dari sudut undang-undang pula, Malaysia pernah berani membawa tuntutan secara bersama dengan Vietnam pada Mei 2009, namun dalam kes tuntutan Filipina melawan China berkaitan LCS, Malaysia tidak menyuarakan sokongannya secara terbuka. (c) Dari sudut keselamatan, Malaysia menimbang untuk meningkatkan hubungan dengan negara seperti Amerika Syarikat selain turut berusaha meningkatkan keupayaan mereka. Ia termasuklah pengumuman (pada 2013) untuk menubuhkan TLDM Bintulu. Ia mampu menjadi serampang dua mata; boleh digunakan menentang ancaman keselamatan atau juga dihala kepada China. (d) Dari sudut ekonomi, Malaysia terus menikmati manfaat minyak dan sumber gas asli secara maksimum manakala di pihak China, mereka membiarkannya tanpa gangguan.

Masa Hadapan
Malaysia boleh menilai semula pendekatannya jika berlaku perubahan signifikan seperti ancaman terhadap minyak dan gas asli. Juga keputusan Mahkamah Antarabangsa ke atas kes Filipina menentang negara China berkaitan LCS ini mungkin meletakkan Malaysia pada kedudukan tidak selesa. Buat masa ini, Malaysia masih dalam keadaan seimbang. Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman kelihatannya berani membawakan persoalan berkaitan tindak-tanduk China dalam Permukiman Menteri Luar ASEAN (Januari 2015). Dalam masa yang sama, Malaysia kekal dengan tuntutannya. Juga bekerja keras menjaga hubungan dengan China terutamanya dalm bidang ekonomi. Pendekatan “Mengambil Langkah Selamat” ini ibarat menarik rambut dalam tepung (berhati-hati dan berisiko), dan Malaysia kelihatannya konsisten dengan cara sebegini.

--

1. Malaysia’s South China Sea Policy: Playing It Safe, Prashanth Parameswaran, 2015, The Diplomat
2. Chinese President Praises Malaysia’s Quiet Diplomacy On South China Sea Issues, 2014, https://www.pmo.gov.my/home.php?menu=newslist&news_id=13769&page=1731&news_cat=80
3. Playing It Safe: Malaysia’s Approach to the South China Sea and Implications for the United States, Prashanth Parameswaran, 2015, Center for a New American Security.
4. Laut China Selatan: Menteri Luar ASEAN ulangi ketegasan kekal keamanan, 2015, BERNAMA
5. LCS, Aset Utama TLDM, Mula Beroperasi Pada 2018, 2013, BERNAMA
6. Perluasan Sempadan China di Laut China Selatan, Faqih Ahmad Shuhaili, 2015, IRIS Institute

--

Polisi Langkah Selamat Malaysia dalam Tuntutan Laut China Selatan: diterbitkan kali pertama di IRIS Institute 25 April 2015

Friday, 24 April 2015

Troll Lari Tajuk


Setiap perkara perlu dilihat pada konteksnya. Terutama melibatkan perkara yang kita dapat dengan mudah, pantas dan ringkas. Memberi komen tentang perkara seperti ini bukan pada konteksnya hanyalah sia-sia. Silap-silap ia boleh tersilap arah dan mengeruhkan keadaan.

Komentar yang lari konteks ada masanya disambut popular. Orang ramai kebiasaannya mencari pendapat yang mudah berbanding berurus dengan situasi yang kompleks. Lebih-lebih lagi yang bersifat troll, makin ramai generasi muda yang akan mengviralkannya.

Contoh terbaru, ketika orang ramai berbincang tentang syiar agama lain (salib) di kawasan orang Islam, ada yang troll sana sini gugur iman kerana terpandang salib, abjad t dalam penulisan. Gembira dan gelak ketawalah orang ramai, lalu melupakan tentang perkara yang lebih besar; salib yang ada larangan yang keras dalam fiqh dan sirah.

Contoh lain, ketika pihak berkuasa cuba mengekang dakyah kristianisasi yang mahu menyesatkan orang Islam (larangan perkataan Allah dan kalimah suci dalam penerbitan Bible), ada figur masyarakat yang alihkan kepada orang bukan Islam juga sebut nama Allah, perkataan dalam lagu negeri dan lain-lain. Ia tidak “address” masalah yang berlaku, sebaliknya mencelarukan lagi hala tuu pemikiran masyarakat.

Ketika kita ceritakan tentang ancaman bagi umat Islam, ada yang bawak lari ke tajuk yang kononnya menginsafkan, “memang mereka itu jahil dan jahat, kita yang kena perbaiki diri kita, jangan salahkan orang lain, paranoid”. Sedangkan konsep SWOT, “strength and opportunity”, “weakness and threat” merupakan suatu yang sangat biasa ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Baik dalaman, mahupun luaran, semua aspek perlu dipastikan agar menyebelahi pihak kita.

Banyak lagi contoh lain yang berlaku. Berbicara tentang cengkaman zionis dunia dibawa kepada troll nasi lemak illuminati. Masyarakat yang dahagakan konsep jihad ditidurkan dengan lagu hanana. Orang berbicara tentang soal agama diminta alihkan tajuk kepada bebanan ekonomi rakyat. Perjuangan tingkatkan jatidiri dan taraf bangsa dibawa kepada bahaya perkauman.

Akhirnya, rakyat tidak memahami keutamaan mereka. Rakyat dibelai dengan perkara yang mudah, lawak dan ringan. Kita bukan buat perkara yang kita suka, sebaliknya kita perlu suka dengan perkara yang kita mesti buat.

Monday, 20 April 2015

Kenali DAP for Dummies (Kejahatan dan Keburukan DAP)


1. DAP, untuk mencapai objektif perjuangan mereka, perlu mencabar dan menghakis keistimewaan Islam, Melayu dan Institusi Raja di Malaysia. Sedikit kebaikan dan integriti mereka hanyalah kosmetik dan indah khabar dari rupa, serta tidaklah akan ke tahap realisasinya tuntutan syahadah pada bumi Malaysia.

2. Siri tindak-tanduk mereka mewajarkan orang Islam dan Melayu di Malaysia melabelkan mereka sebagai musuh, bukannya lagi sebagai objek dakwah. Jika jahil tidak didakwahi, sepatutnya mereka diam untuk mempelajari, bukannya lantang mencabar hari ke hari.

3. Musuh perlu disekat dan ditentang, bukan diberikan peluang (pentas, ruang media) untuk sampaikan kekeliruan mereka kepada masyarakat umum. Orang Melayu dan Islam, jika tidak menentang, perlu menjauhi dan berlepas diri daripada segala pendirian dan tindakan mereka.

4. Orang Melayu dan Islam yang berhubungan dengan mereka atas dasar mutualism (bertukar kebaikan) pasti akan rugi. Anda akan diagendakan dan kelak nanti ditinggalkan apabila tidak lagi berguna pada mereka.

5. Ikutlah panduan wala dan bara’ daripada Allah, kerana pada-Nyalah sumber strategi, pertolongan dan kebaikan. Cenderung pada mereka hanya akan memalitkan kemurkaan dan kesudahan buruk yang menimpa mereka.

--

Hak Bumiputera
Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik
Dasar Parti, http://bit.ly/1zHxvXZ, DAPMalaysia.org

Mencadangkan institusi pendidikan seperti UiTM dan MRSM menerima semua kaum
TEKS UCAPAN YB NGA KOR MING/N29 KEPAYANG, 2013, http://bit.ly/1biIe5n, Nga Kor Ming

Mencadangkan agar memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah
Mansuh diskaun hartanah bumiputera, 2010, http://bit.ly/1vzZedQ, Utusan Online

Kedudukan Istimewa Agama Islam
Menuduh khutbah Jumaat meniup sentimen persengketaan agama
Kit Siang perlu henti pertikai khutbah, 2014, http://bit.ly/1zEFwMT, Berita Harian

Membandingkan peruntukan untuk Islam dengan bukan Islam,
Penjelasan Kor Ming tidak cukup, 2009, http://bit.ly/1wagqrJ, Utusan Online

Mahu orang Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad
Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad, 2014, http://bit.ly/1tD3Ni0, Utusan Online

Memohon agar meminda enakmen yang menyatakan bahawa bukan Islam berumur 18 tahun dan ke bawah boleh memeluk agama Islam dengan persetujuan seorang daripada ibu atau bapa
DAP mahu lima kerajaan negeri selaraskan undang-undang penukaran agama, 2013, http://bit.ly/1vH4GdJ, roketkini.com

Menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia,
Isu kalimah serlah politik lidah bercabang DAP, 2012, http://bit.ly/1yamwJt, AntaraPos

Mahukan pegawai JAIS digantung kerana operasi serbuan berkaitan Bible

Kedudukan Raja
Tidak beradab kepada sultan
Berpakaian Serba Hitam: Dewan Negara Perak Suarakan Teguran Keras, 2015, http://bit.ly/1yJIMvA, BERNAMA.com

Engkar terhadap titah sultan
PKR dan DAP biadap, derhaka, kata istana, 2014, http://bit.ly/1EiokUE, Malaysiakini

Menyinggung perasaan sultan
Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor, 2011, http://bit.ly/1aJolDg, Malaysiakini

Isu Integriti dan Moral
Berbangga dengan penganjuran pesta arak
I was told almost 5000 ppl came for Octoberfest at OneUtama. Tq for the support everyone, here with my old friend YB Teresa Kok and esp you-know-who who gave us 'free' publicity (ahems). Cheers!


Tidak sensitif bekaitan keselamatan negara, pencerobohan Lahad Datu dan pendidikan
Teresa Kok didakwa menghasut menerusi klip 'Onederful Malaysia', 2014, http://bit.ly/1FZfnuk, Astro Awani

Gagal mengurus pejabat dalam isu memberi surat sokongan politik
Amaran keras untuk Liu, Teng dilepaskan, 2010, http://bit.ly/1P30iP3, Malaysiakini

Friday, 17 April 2015

Jangan Dekat, Nanti Disambar Api Neraka #TolakDAP


Allah berfirman dalam surah Hud, 11:113, "Jangan kamu cenderung pada mereka yang zalim, nanti apa neraka akan membakar kamu, sedangkan kamu tidak ada penolong selain Allah. Lalu akhirnya kamu tidak mendapat pertolongan."

Jangan cenderung dalam erti kata jangan sokong, bergantung dan berasa tenang dan reda pada mereka yang zalim. Ini merupakan suatu larangan agar jangan menyayangi, atau lebih teruk lagi mentaati mereka. Jangan cenderung dan mencair pada ideologi mereka. Jangan sesekali merelakan apa yang mereka lakukan.

Orang zalim yang tidak boleh kita cenderung ini ialah orang musyrik, tidak mengesakan Allah, iaitulah yang bukan beragama Islam. Zalim sendiri secara umumnya merujuk kepada mereka yang tidak menunaikan hak (hak kepada Allah ialah beriman kepada-Nya), Orang bermaksiat juga dikira menzalimi.

Inilah dalil yang menyuruh kita meninggalkan mereka yang kafir dan yang bermaksiat. Bersahabat dengan mereka boleh sahaja menjadikan seseorang itu menurut langkah kekufuran dan kemaksiatan mereka. Kalau dah bersahabat, pasti akan mencintai, juga mengikuti. Seperti dalam peribahasa, bersama dengan kerbau yang berlumpur, pasti akan terpalit dengannya.

Tapi kalau sudah terpaksa, akan adalah pengecualiannya. Cuma di Malaysia, sudah jadi begitukah keadaannya?

Apa yang terjadi apabila cenderung pada mereka? Disambar api neraka. Membakar mereka. Tidak lainlah disebabkakn percampuran (ideologi), persahabatan (karib), kecairan (identiti), kerelaan pada keingkaran mereka juga persetujuan pada tindakan mereka.

Ingat, jangan pergi dekat-dekat pada mereka, nanti kena sambar api neraka.

DAP dah sampai Mesir, Jordan apa cerita. 
Ditolong orang Islam sendiri pula. Sadis sungguh.

Tuesday, 14 April 2015

Untuk Apa


Lingkungan ada pengaruhnya pada diri kita. Kalau dapat suasana yang tekejar-kejar mengejar dunia, memang akhirnya seseorang itu akan larut dengan mereka lalu menjadi sebahagian daripada mereka. Walaupun pada asalnya dia membenci dunia. Perubahan itu bermula sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya ia sampai ke titik hujung ekstrim (cintakan dunia).

Biasanya ia bermula dengan hati. Sebab itu niat memainkan peranan yang penting. Perkara yang baik boleh berubah sifatnya menjadi buruk atau sia-sia apabila salah niat melakukannya. Niat boleh sahaja tergelincir ketika awal, ketika pertengahan atau di penghujung.

Asalnya bekerja adalah merupakan perkara yang harus. Boleh menjadi sunat dan wajib apabila ada niatnya sebagai ibadah dan mengarahnya pada kebaikan agama. Namun akibat pengaruh suasana, seseorang itu mungkin melakukannya kerana larut dengan dunia (harta dan status). Setiap hari concern dirinya adalah mahukan tambahan harta untuk kesenangan dan kemegahan dirinya sahaja.

Berkahwin merupakan fitrah suci. Tapi kalau hidup dalam lingkungan nak menunjuk siapa yang paling cepat kahwin, paling cepat dapat anak atau paling grand majlisnya, perkara baik seperti inipun boleh menjadi cacat akhirnya. Niat yang baik - seperti cepat kahwin untuk mengawal nafsu atau tamakkan pahala berganda, mahukan anak sebagai penerus risalah Nabi atau sumber kebanggaan baginda saw, menjemput ke walimah untuk meraikan tetamu dan mengharapkan doa mereka - jangan sampai tenggelam timbul akibat mengejar expectation manusia.

Gunakan Facebook untuk bersosial juga tiada masalah pada asalnya. Ia menjadi penyakit apabila terkejar-kejar like, komen dan share. Asalnya ia sebagai media sosial tetapi bagi sebahagian kita menjadi tempat berbangga. Ada kereta. ia suatu keperluan. Lingkungan akhirnya mengubah niat asalnya kepada ingin bergaya, walaupun terpaksa papa. 

Perkara sebegini perlukan latihan hati. Seawal-awalnya lagi perlukan niat yang ikhlas, tahu ke mana tujuannya. Kata orang, pengakhiran yang cemerlang datangnya daripada permulaan yang suci (ikhlas niatnya) - صفاء النهاية من صفاء البدايه.

Friday, 10 April 2015

Tentang Hati dan Perasaan


Untuk menguasai perkara berkaitan Islam, antara tips yang selalu dipesan ialah meletakkan diri dalam suasana yang ada serta meraikan perasaan yang timbul daripada perkara tersebut. Dengan cara ini, bukan akal dan logik sahaja yang akan berfungsi untuk memahami, tetapi ia turut melibatkan hati, emosi dan perasaan.

Contohnya, ketika membaca alQuran lalu bertemu ayat berkaitan nikmat dan syurga, kita perlu ada perasaan berharap dan menginginkan perkara tersebut dapat kita nikmati juga. Begitu juga ketika bertemu ayat berkaitan azab dan balasan buruk, perasaan gerun, takut dan menghindar itu diwujudkan secara bersama, bukan sekadar cukup dengan membayangkannya sahaja.

Contoh lain ketika meneliti sirah, kita perlu letakkan kita merupakan sebahagian daripada masyarakat beriman pada waktu tersebut. Merasai berhati-hatinya ketika fasa rahsia di Mekah. Bersusah payah berhijrah ke Madinah. Bergembira dengan Fathu Makkah. Bersedih dengan kewafatan Rasulullah. Berdebar-debar dan berharap berjayanya pembukaan wilayah (e.g. Palestin, Contanstinople dsb).

Dalam kisah kisah kewafatan Saidina Mus’ab b Umair, diceritakan tangan kanannya yang memegang panji dilibas Ibn Qamiah, lalu beliau menyambut panji dengan tangan kiri. Dilibas pula tangan kirinya, panji tersebut lalu didakap sebelum akhirnya syahid bertemu Pencipta. Kisah seperti ini bukan sahaja perlu dibayang dan dikagumi, tetapi juga sebagai inspirasi andainya kita pula yang menyambut panji selepas syahidnya Mus’ab. Atau adakah ketika terluka, adakah terus kita berputus asa, meminta alasan untuk tidak turut serta.

Kalau dalam hadis bertawasul ketika terperangkap dalam gua, renungkan juga andainya kita orang keempat. Apa amalan soleh yang akan kita cerita dan masukkan dalam doa agar kita terlepas daripada bencana tersebut. Dalam kisah tiga orang yang dahagakan air ketika peperangan sehingga syahid seorang demi seorang, letakkan kita sebagai orang keempat. Adakah wujud perasaan pentingkan diri atau mengutamakan ikhwah lain ketika sama-sama dalam kesusahan.

Semuanya ini berkaitan dengan perasaan serta terlibat sama dalam sesebuah kisah dan suasana. Dengan cara ini, tarbiyyah tidak difahami dengan akal semata-mata lalu menjadi kering, sebaliknya melibatkan sama perasaan sehingga membekas suasana tersebut pada diri kita.

Tuesday, 7 April 2015

Muayasyah Ikhwah Senior


Beberapa tips budi bahasa, terutama ketika berurusan dengan ikhwah yang berbeza lapis usia dengan kita. Selalu dengar tips bermuayasyah dengan mad'u, kali ini rare sikit, muayasyah sesama ikhwah pulak.

Banyaknya point dalam ini dapat ketika pengisian Back for Good baru ini. Mungkin sebab ketika belajar luar negara, kebanyakan ikhwah sebaya atau sedikit gap usia dengan kita, jadi tidak kisah bergurau, sentuh kasar. Apabila dah sampai Malaysia ini, kena belajar asimilasi dulu.

1. Tak Manis Ber”anta" dengan Mereka.
Walaupun anta ini asalnya daripada Bahasa Arab, ia merupakan terjemahan kepada kau, kamu. Kita ini sopan santun berbudaya timur, ketika berbual atau mesej dengan mereka, nampak aneh apabila berkamu / kau dengan orang lebih tua. Letakkan gelaran sebelum nama mereka eg ustaz, doktor, prof, pakcik. Yang ada jarak sikit dengan kita, tak ada salahnya panggil mereka sheikh / abang / bro / akh / bos. Panggil nama secara terus ini sebenarnya tak manis. Dengan akhawat pun begitu juga, letak gelaran ukht / makcik sebelum nama mereka, sebagai suatu bentuk penghormatan.

2. Tawarkan Pertolongan atau Bantuan
Sebagai orang muda, wajarnya kita yang tawarkan tenaga untuk lakukan kerja. Biarkan mereka berehat. Zaman muda dahulu mereka dah curahkan tenaga, sekarang zaman kita. Terutamanya kerja yang keras seperti angkat meja, gantung banner etc. Kalau perlu gerak bersama untuk sesuatu perjalanan, tawarkan untuk tumpangkan mereka. Dan apabila dah tumpangkan tu, jangan pula bawa kereta mencelah sini sana style orang muda, perlu considerate sedikit. Ada masanya, cuba juga belanja mereka makan.

3. Ziarah atau Program Bersama
Peraturan nombor satu ialah tepati masa. Tidak wajar biarkan pakcik tertunggu-tunggu anak muda yang lambat sampai. Lebih-lebih lagi kalau program itu menjemput dia sebagai penyampai. Ketika penyampaian mereka, tumpukan untuk mendengar kata-kata mereka, kebanyakannya berbentuk nasihat / panduan untuk diri kita. Jangan setiap point dia kita mahu ulas / sampuk berjela-jela. Kalau datang ziarah, buah tangan jangan lupa. Untuk akhawat yang berziarah pula, sudi-sudilah tolong kerja di dapur. Kalau dah minum, kemudian tinggalkan cawan mangkuk sahaja, nampak sangat tak terbiasa buat kerja rumah.

Friday, 3 April 2015

Politik dan Penting Diri


Bila perhatikan reaksi masyarakat terhadap isu semasa, ada masanya terasa masyarakat kita semakin dibiasakan dengan budaya pentingkan diri. Ground rule adalah biar diri dia senang, orang lain biarkan adaptasi dengan keinginan diri dia. Kepentingan diri sendiri diutamakan berbanding kepentingan orang ramai. Ada beberapa contoh senario boleh kita perhatikan.

1. Ketirisan Wang Negara
Mereka masukkan duit rakyat dalam poket sendiri melalui tuntutan yang tidak wajar, biasanya boleh overclaim sehingga beribu atau berjuta ringgit. Kesannya, kewangan negara semakin membimbangkan. Tapi bagi mereka, apabila keadaan sedemikian berlaku, negara pasti akan ada inisiatif kewangan untuk mengawal keadaan ekonomi yang bahaya ini (seperti cukai dan kempen penjimatan). Faham mudah mereka, duit negara sentiasa ada, sayang jika tak tuntut walaupun dengan apa juga cara. Rasuah dibuat sewenang-wenangnya. Orang sibuk tingkatkan produktiviti, mereka membocorkan integriti.

2. GST
Negara kita dah sampai masanya dalam keadaan memerlukan tambahan masukan kewangan. Duit petroleum, sumber alam, mahupun pelbagai cukai sebelum ini dilihat tak mampu menambah baik kesihatan ekonomi negara. Solusi di pihak kerajaan adalah mendapatkan kewangan melalui cukai. Kesannya, akan berlaku penambahan harga (semakin banyak berbelanja, semakin tinggi jumlah GST). Tapi bagi sesetengah orang, mereka tidak peduli walaupun negara sudah tidak sihat kewangannya. Apa salahnya sedikit duit itu diberikan semula untuk sama-sama menolong membaiki ekonomi negara. Kes yang sama untuk subsidi minyak petrol; harga minyak yang rendah mengakibatkan pulangan kepada negara kita menjadi sedikit.

3. Undang-undang Sivil
Kadang-kadang di papan tanda “Dilarang Membuang Sampah, Denda RM 6000”, di situlah orang tidak kisah membuang sampah merata. Alasan biasa, Majlis Perbandaran sudah menggajikan orang untuk membersih persekitaran, apa salahnya membuang sampah merata-rata. Begitu juga peraturan lain seperti memandu secara berbahaya, kelakuan tidak senonoh di tempat awam dll. Mentaliti pentingkan diri seperti ini bukan sahaja tidak membantu, malah memburukkan lagi suasana.

Mungkin ini hasil didikan politik tidak sihat negara kita. Asalkan dapat kumpul orang tanda sokongan (punca penyakit penting diri), walaupun perlu dengan sengaja menyembunyikan fakta yang berkaitan.

Labels