Beberapa tips budi bahasa, terutama ketika berurusan dengan ikhwah yang berbeza lapis usia dengan kita. Selalu dengar tips bermuayasyah dengan mad'u, kali ini rare sikit, muayasyah sesama ikhwah pulak.
Banyaknya point dalam ini dapat ketika pengisian Back for Good baru ini. Mungkin sebab ketika belajar luar negara, kebanyakan ikhwah sebaya atau sedikit gap usia dengan kita, jadi tidak kisah bergurau, sentuh kasar. Apabila dah sampai Malaysia ini, kena belajar asimilasi dulu.
1. Tak Manis Ber”anta" dengan Mereka.
Walaupun anta ini asalnya daripada Bahasa Arab, ia merupakan terjemahan kepada kau, kamu. Kita ini sopan santun berbudaya timur, ketika berbual atau mesej dengan mereka, nampak aneh apabila berkamu / kau dengan orang lebih tua. Letakkan gelaran sebelum nama mereka eg ustaz, doktor, prof, pakcik. Yang ada jarak sikit dengan kita, tak ada salahnya panggil mereka sheikh / abang / bro / akh / bos. Panggil nama secara terus ini sebenarnya tak manis. Dengan akhawat pun begitu juga, letak gelaran ukht / makcik sebelum nama mereka, sebagai suatu bentuk penghormatan.
2. Tawarkan Pertolongan atau Bantuan
Sebagai orang muda, wajarnya kita yang tawarkan tenaga untuk lakukan kerja. Biarkan mereka berehat. Zaman muda dahulu mereka dah curahkan tenaga, sekarang zaman kita. Terutamanya kerja yang keras seperti angkat meja, gantung banner etc. Kalau perlu gerak bersama untuk sesuatu perjalanan, tawarkan untuk tumpangkan mereka. Dan apabila dah tumpangkan tu, jangan pula bawa kereta mencelah sini sana style orang muda, perlu considerate sedikit. Ada masanya, cuba juga belanja mereka makan.
3. Ziarah atau Program Bersama
Peraturan nombor satu ialah tepati masa. Tidak wajar biarkan pakcik tertunggu-tunggu anak muda yang lambat sampai. Lebih-lebih lagi kalau program itu menjemput dia sebagai penyampai. Ketika penyampaian mereka, tumpukan untuk mendengar kata-kata mereka, kebanyakannya berbentuk nasihat / panduan untuk diri kita. Jangan setiap point dia kita mahu ulas / sampuk berjela-jela. Kalau datang ziarah, buah tangan jangan lupa. Untuk akhawat yang berziarah pula, sudi-sudilah tolong kerja di dapur. Kalau dah minum, kemudian tinggalkan cawan mangkuk sahaja, nampak sangat tak terbiasa buat kerja rumah.
No comments:
Post a Comment