Kerana Allah telah memberitahu kita bahawa
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.
[al Isra', 17:11]
Maka sebaiknya kita sentiasa mendoakan kebaikan untuk setiap pekerjaan yang telah kita selesaikan. Jangan tergesa-gesa kerana kebiasaannya yang akan dimakbulkan adalah kejahatan.
Tidak hairan juga, kerana Ustaz Fauzi yang kami bertemu dengannya Jumaat lepas berpesan dalam ayatnya,
"Nak minta, mintalah yang besar-besar. Jangan sikit-siit"
Memang seiring dengan sebuah hadis Nabi saw.
"‘Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah al Firdaus, sesungguhnya ia adalah syurga di tengah-tengah dan syurga yang paling tinggi"
[HR al Bukhari]
Owh, nampak berlainan sedikit dengan zikir yang kita selalu baca
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu"
Li Zalika
Wahai Tuhanku, berilah kami mendapat 7 dalam setiap subjek IB
Orang putih pun pernah berpesan
"Aim for the stars, at least, if you fail, you will land on the moon"
kalo minta doa untuk result ib, kena mintak utk 45 laa kn? =)
ReplyDeleteBetul2..Sangat setuju dengan Akmal Hayat
ReplyDeleteDengar ceritanya, ko dah dapat.
Hahha, tahniah bro!
Mudah2an dengan termakbulnya doa, tanda dekatnya kita dengan Allah =)