Saturday, 31 July 2010

Kualiti yang Mengawal

Menjadi ramai tidak sepertinya berkurangnya kualiti

Berbincang soal istiab dengan ex-murabbi baru-baru ini, saya agak pening sebenarnya memikirkan kualiti yang akan terbina apabila bilangan mad'u menjadi ramai.


Dia bawakan kisah ketika perang Hunain. Ketika umat Islam sudah terlalu ramai. Kata al Quran

"... di waktu kamu menjadi sombong karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."
[at Taubah, 9:25]

Sudah menjadi lumrah alam, bilangan yang ramai tidak menjamin kawalan yang ketat ke atas setiap individu. Menjadikan kualiti tidak terbina kukuh sebagaimana yang mampu dibina pada kuantiti yang sedikit.

Menariknya, ketika pertempuran itu, Rasululllah memerintahkan bapa saudaranya, Abbas ra yang mempunyai suara yang kuat agar melaung kepada para sahabat ketika berkecamuknya perang tersebut. 
Katanya: Aku melaung sehabis lantang suaraku: "Mana dia para sahabat setia?" Berkumpullah kelompok-kelompok Islam, mula bercantum semula satu demi satu hingga pulih dan kembali keadaannya seperti sebelum berlakurya peperangan.

Ibrohnya, kita sangat perlu memerhatikan rijal-rijal yang setia. Bahasa harokinya sulbah. Merekalah yang akan diserukan terlebih dahulu untuk menguatkan semula barisan dakwah. Dengan harapan, kekuatan mereka mampu menguatkan rijal-rijal yang lain untuk menjadi kuat.

Maka, jangan disia-siakan semuanya. Yang kuat, perlu dikuatkan pengaruhnya untuk menarik yang lemah. Yang lemah tetap juga perlu untuk diraikan semangat mereka. Jangan sampai kuat menjadi lemah, yang lemah langsung tak endah.

Ini juga kisah Ibrah Jaulah kami ke Negeri Sembilan beberapa minggu dulu

2 comments:

  1. "Yang kuat, perlu dikuatkan pengaruhnya untuk menarik yang lemah. Yang lemah tetap juga perlu untuk diraikan semangat mereka."

    Assalamualaikum,nak tanye,ape yg dimaksudkan atau bagaimana dinilai dgn kuat dan lemah?iman atau pengaruh?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Entri ini sebenarnya bercerita mengenai Qaidah Sulbah. Boleh rujuk powerpoint sini untuk bacaan lanjut.
    http://go2.wordpress.com/?id=725X1342&site=satuperkongsian.wordpress.com&url=http%3A%2F%2Fsatuperkongsian.files.wordpress.com%2F2008%2F04%2Fqaedah-sulbah1.pdf&sref=http%3A%2F%2Fsatuperkongsian.wordpress.com%2Fbahan-ilmiah%2F

    Kesimpulannya:
    Kuat merujuk kepada kualiti. Mereka kekal bersama Islam untuk masa yang panjang, walau mendapat pelbagai ujian. Mempunyai iman yang teguh sehingga tiada yang diharapkan melainkan syurga.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete

Labels