Saturday, 10 July 2010

Kerja Menyentuh Hati

Berjalan-jalan lagi kami, pre-jaulah sampai ke Shah Alam. Berjumpa dengan x-kisas yang baru ni mendapat 40 result IBnya. Dah jadi pekerja part-time ala-ala full time di Pizza Hut rupanya. Xpernah dia nak bercerita, takut orang kata dia poyo.

Special untuk akhi ini, aku hadiahkan petikan daripada "Bagaimana Menyentuh Hati" ditulis oleh Abbas as Siisiy. Juga buat ikhwah sekalian. Semoga bermanfaat.


"Saya seorang pegawai negeri di sebuah pejabat pengagihan baja, Bahagian Pertanian"

Saya katakan, "Sesungguhnya itu adalah pekerjaan yang strategik, kerana anda diperlukan oleh ramai petani. Bagaimana anda melayan setiap petani yang datang?"

"Dia bertemu saya dengan menyerahkan formula pengambilan, lalu saya serahkan bahagiannya. Selesai urusan, diapun pergilah!" jawabnya.

Saya katakan, "Bila Anda ingin jadi da'i, maka Anda harus menyambutnya dengan penuh kerinduan untuk dapat bertemu lagi. Anda layani mereka dengan penuh keikhlasan. Usahakan untuk berkenalan dengannya, jabat tangannya erat-erat, dan hantarlah pemergiannya dengan ungkapan yang baik. Lakukanlah hal itu kepada setiap orang yang datang kepada Anda. Apabila Anda bertemu di tengah jalan, maka dahuluilah dengan salam dan jabat tangannya serta tanyakan keadaannya, dan seterusnya. Hal ini berlaku untuk setiap orang yang Anda kenal dari mereka. Dan satu lagi, setelah itu Anda harus datang ke rumah saya, agar saya merasa yakin dengan kebolehan Anda dalam masalah ini."

Beberapa bulan kemudian, dia datang mengunjungi saya dengan penuh kegembiraan, seraya berkata, "Allah telah memberi taufiq kepadaku. Ketika saya lalu di suatu jalan, tiba-tiba saya menjumpai banyak orang sedang berdiri untuk memberi hormat kepadaku, bahkan mengajakku mampir ke rumahnya. Semua menyambutku dan memohon agar saya dapat berkumpul bersama mereka."

Saya katakan kepadanya, "Inilah awal perjalanan... maka istiqomahlah!"

Edit daripada: Bagaimana-Menyentuh-Hati
Download Filestube.com: Bagaimana Menyentuh Hati

2 comments:

Labels