Saturday, 30 April 2011

3 Rahsia Nak Lepas Exam IB

All the best untuk junior junior Kmb
Ada rezeki, kita jumpa di oversea ni :)

Ib exam. Bila aku fikirkan semula, memang syok sangat bila paper terakhir dah habis. 2 tahun kesengsaraan buat Ib akhirnya tamat. Kalau nak tau sengsara macamane, tu kena tanya siapa yang amek Ib. Kata kawan aku, bukti sengsaranya buat Ib ni, kalau kita google / youtube perkataan "IB life" di internet, macam macam result yang kita jumpa. Yang horror pun ada. Tapi kalau google "A Level life" ker, atau life silibus persediaan lain, result yang keluar hampir semuanya tak memberangsangkan. Kalau tak percaya, sila try :) 

Kalau nak cerita point exam, daripada total 42 point, paling tinggi aku dapat, yang dah cuba sehabis baik pun adalah ketika Sem 1. Time tengah belajar silibus setaraf SPM. Sebab result SPM aku tip top sket, sem satu boleh la aku dapat 35, tinggi la jugak. Sem 2, point aku berkurang menjadi 33. Dan ketika Sem 3 yang busy tahap gaban tu, point aku berkurang dengan cantiknya, ikut arithmetic progression, jadi 31. Sebab aku ni bukan jenis yang genius + tak suka studi gila gila kot. 

Dah boleh mula bayangkan nombor apa yang akan tertulis atas Sijil IB nanti :)

Result ni aku bagitau bukannya apa, untuk bagitau bahawa input yang ada dalam kepala aku untuk dibawa masuk exam hall tu, tak la banyak mane. Tapi input yang dah masuk inilah yang aku belai dan jaga betul betul dalam kepala. Sebab tu aku kurang percaya kalau korang studi gila-gila last minit. Sebab biasanya akan end up berserabut akhirnya, sebab korang tercampur-campur dengan input input sebelumnya. Jadi, ini rahsia nombor satu: Belai Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute.

Rahsia nombor dua: Jaga Emosi. Aku nasihatkan tenang tenangkanlah diri musim periksa ni. Jangan gelabah dan takut sangat. Kalau kita cool, memang senang untuk kita keluarkan apa yang dah ada dalam kepala kita ni. Kalau dah start marah, gelisah tak tentu hala, sedih-sedih, memang hari itu akan jadi "bad day" untuk korang. Kalau ada perkara yang menggangu diri, selesaikan dengan tenang.

Teringat kisah aku seminggu sebelum exam, laptop mahal kesayangan yang dibawa ke sana sini tiba tiba lesap sewaktu solat Subuh. Sebab aku ingat ada orang nak buat prank, aku biarkan sampai tengah hari. Tapi takde juga orang nak pulangkan. Akhirnya terpaksa naik jumpa HEM untuk report. Bukan belas kasihan yang dapat, tapi kena marah-marah 15 minit :) Tapi alhamdulillah, aku maintainkan hati ini tetap cool. Orang kata aku ni pelik. Bukannya apa, sebab aku sedar, kalau emosi tak stabil memang susah nak belajar. Jadi, tenangkan emosi selalu, dan "happy"kan diri k.

Dan tidak kurang pentingnya, Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Ini rahsia nombor tiga. Jaga solat jemaah lima waktu. Tambahkan dengan ibadah sunat. Perbanyakkan doa dan kebergantungan kepada Allah. Waktu macam inilah, Allah memang suka dengar rintihan kita agar Dia memberi kekuataan-Nya kepada kita. Tambahkan amalan ketaqwaan macamni, mudah-mudahan Allah berikan rezeki yang tidak disangka-sangka seperti dijanjikannya dalam at Talaq, 65:3. Ini penting, agar keputusan yang kita dapat nanti bukan suatu bentuk istidraj untuk menyesatkan kita.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya...

So 3 perkara aku dah bagitau korang. Belai Baik-baik Input yang Dah Ada - Jangan Study Last Minute, Jaga Emosi, dan Jaga Hubungan dengan Pemberi Rezeki Kita, Allah. Akhir kata, Semoga Berjaya!

Peringatan: Ni rahsia untuk lepas requirement Ib jer
Bukan untuk dapat 40 ke atas, apatah lagi 45 ツ

Popular Posts