Saturday, 31 July 2010

Kualiti yang Mengawal

Menjadi ramai tidak sepertinya berkurangnya kualiti

Berbincang soal istiab dengan ex-murabbi baru-baru ini, saya agak pening sebenarnya memikirkan kualiti yang akan terbina apabila bilangan mad'u menjadi ramai.


Dia bawakan kisah ketika perang Hunain. Ketika umat Islam sudah terlalu ramai. Kata al Quran

"... di waktu kamu menjadi sombong karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."
[at Taubah, 9:25]

Sudah menjadi lumrah alam, bilangan yang ramai tidak menjamin kawalan yang ketat ke atas setiap individu. Menjadikan kualiti tidak terbina kukuh sebagaimana yang mampu dibina pada kuantiti yang sedikit.

Menariknya, ketika pertempuran itu, Rasululllah memerintahkan bapa saudaranya, Abbas ra yang mempunyai suara yang kuat agar melaung kepada para sahabat ketika berkecamuknya perang tersebut. 
Katanya: Aku melaung sehabis lantang suaraku: "Mana dia para sahabat setia?" Berkumpullah kelompok-kelompok Islam, mula bercantum semula satu demi satu hingga pulih dan kembali keadaannya seperti sebelum berlakurya peperangan.

Ibrohnya, kita sangat perlu memerhatikan rijal-rijal yang setia. Bahasa harokinya sulbah. Merekalah yang akan diserukan terlebih dahulu untuk menguatkan semula barisan dakwah. Dengan harapan, kekuatan mereka mampu menguatkan rijal-rijal yang lain untuk menjadi kuat.

Maka, jangan disia-siakan semuanya. Yang kuat, perlu dikuatkan pengaruhnya untuk menarik yang lemah. Yang lemah tetap juga perlu untuk diraikan semangat mereka. Jangan sampai kuat menjadi lemah, yang lemah langsung tak endah.

Ini juga kisah Ibrah Jaulah kami ke Negeri Sembilan beberapa minggu dulu

Wednesday, 28 July 2010

Ajar Mereka Menghayati

Kalau ada orang mengadu kepada kita tentang masalahnya dengan keluarga / rakan sekerja, ajar dia untuk menghayati kisah nabi Yusuf dalam perigi buta.

Kalau ada orang mengadu susahnya menghadapi ujian dan cabaran hidup, ajar dia untuk menghayati panasnya api yang membakar Nabi Ibrahim as.

Kalau ada orang mengadu sedih dan risaunya dia terhadap dosa yang dilakukan, ajar dia untuk menghayati kisah sahabat ra yang Allah ampunkan mereka di penghujung surah at Taubah.


Alih bahasa daripada: Suhaib webb


If one feels alone and isolated from friends, family or co-workers, let him reflect on the loneliness of Yusuf in the ditch.

If one feels the heat of tests, trials and challenges, let him reflect on the fire that engulfed our father Ibrahim (peace be upon him).

If a believer feels sad and overcome by the anxiety of sins let him reflect on the story of those who Allah forgave at the end of Surat Tawba.

Hidup ini Bukanlah Sesusah Susah yang Maksimum

Sunday, 25 July 2010

Walaupun Abu Dzar Tak Suka

Siapa cakap, orang tak ikut halaqah ni tak masuk syurga?

Entah ini siri yang ke berapa aku bercerita mengenai Ibrah Jaulah ke Negeri Sembilan. Jaulah yang secara rasminya selama tiga hari, kami mulakan dengan pengisian daripada Ustaz Fauzi . Satu bahagian daripada pengisiannya saya kira sangat lawak, sehinggakan kami semua tertawa dengan sikap seorang sahabat Rasulullah ini.

muka lebih kurang macam ni ustaz becerita hari tu

Isinya mengenai barang yang mahal. Nak sesuatu yang mahal, pastinya kita perlukan korbankan sesuatu yang mahal daripada diri kita. Syurga Firdaus bukannya sesuatu yang murah, sebab tu untuk mendapatkannya, harta dan nyawa perlu dipertaruhkan.

Walaupun begitu, ada hadis daripada Imam Bukhari menceritakan syarat minimum untuk ke syurga. Hadis daripada Abu Dzar ra.

Tatkala beliau sedang duduk bersama Rasulullah saw, baginda saw tiba-tiba tersenyum. Lalu Abu Dzar ra bertanya, "Kenapa engkau tersenyum?”. Jawab baginda saw, “Aku baru sahaja diberitahu bahawa tiada seorangpun umatku yang mati, dan dia mengucapkan Laa Ilaaha Illallah melainkan dia pasti akan masuk syurga”.

Terpegun dan terkejut Abu Dzar. Tak percaya barangkali. Lalu dia bertanya, “Walaupun dia pernah mencuri? Walau dia pernah berzina?”, jawab Rasulullah saw “Walaupun dia pernah mencuri, walaupun dia pernah berzina”. Lalu kerana terkejut Abu Dzar ra mengulangi pertanyaannya tiga kali. Kali ketiga Rasulullah saw menjawab sambil menambah, "... walaupun Abu Dzar tak suka"

Hahha. Ini teks hadis yang penuh.

وفى البخارى عن ابى ذر رضى اللّه عنه، قال: اتيت النبى(ص) وعليه ثوب ابيض وهو نائم، ثم اتيته وقد استيقظ، فقال: ما من عبد قال: لا اله الا اللّه ثم مات على ذلك الا دخل الجنه. قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق، قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق، قلت: وان زنى وان سرق؟ قال: وان زنى وان سرق على رغم انف ابى ذر

Tapi, nak target, targetlah tinggi-tinggi. Aim for the stars. At least, kalau tak sampai pun, mendaratlah di tempat yang rendah sikit. Tak gitu...

Thursday, 22 July 2010

Besarnya Pengorbanan Anta

"Besarnya pengorbanan anta"
Ini kata-kata seorang akh kepadaku.

Terkedu aku sebentar. Bas masih bergerak lancar. Dalam kegelapan, kedengaran tangisan bayi menggangu perbualan kami. Jem kepala otak aku. Memang aku ni jenis yang tidak biasa dipuji. Tak reti nak merespon atas pujian yang diberi. Lima minit kemudian, baru dapat berfikir. Dua sisi yang aku pandang dalam perkara ini.

Pertama: Ini ujian daripada Allah. Ingin menguji keikhlasan dalam diri ini. 
Bukan pujian dan kekaguman yang didambakan, tetapi bersih dan bulatnya niat memberikan apa yang ada pada diri kepada Allah.

Tak perlulah dikira semula setiap ringgit dan sen untuk travel, makan dan survival lain. Setiap detik, masa dan tempat yang telah dituju. Buat membangga diri sahaja. Yang pasti, Allah itu maha teliti, maha mengira, pasti tidak akan ada disia-siakannya sebarang amal yang ikhlas kepada-Nya.

Kedua: Kita memandang benda yang kecil sebagai besar.
Ibarat seekor semut kali pertama berjumpa dengan si tikus, katanya tikus itu sudah sangat besar. Belum lagi semut ini berjumpa dengan gajah mahupun dinosour. Berapa ramai ikhwah yang biasa saje travel dari Johor ke KL. Dari Johor ke Perak. Yang naik turun flight pun ramai. Jangan dikira berapa banyak yang mereka beri pada jalan ini.
Entah pengorbanan yang besar itu macamana. Yang pasti, tiada rujukan lain melainkan merujuk kembali sirah salafus soleh sebelum kita. Lihatlah Mus'ab bin Umair sebagai contoh, dai yang dihantar membuka lahan dakwah di Madinah.
... datang Musab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah) ...
[HR Turmizi]

Dalam Muktamar Kelima pula, Imam as Syahid ada bercerita mengenai seorang akh. Cerita mengenai kegigihan dan kepantasan dalam bekerja.
Tidak ramai yang tahu bahawa ada antara pendakwah Ikhwan yang tamat bekerja pada waktu Asar hari Khamis, pada waktu Isyak dia telahpun berada di Elminya berceramah kepada masyarakat setempat, pada waktu sembahyang Jumaat pula dia menyampaikan khutbah di Manfalut, pada waktu Asar dia berceramah di Asyout, selepas Isyak dia memberi ceramah di Sohaj kemudian seperti biasa pada awal pagi Sabtu dia telah berada di tempat kerjanya di Kaherah sebelum rakan-rakan sekerja yang lain tiba.

Maka sedarlah, sebenarnya...
Masih sedikit pengorbanan kita. Dan masih banyak yang perlu kita korbankan untuk mencapai cita-cita kita.

Terima Kasih!*

Update entri terdahulu bertarikh 6 Jun 2010

Terima kasih semua atas usaha, pertolongan dan doa kalian!
Semoga termakbulnya doa tanda kedekatan kita dengan Allah.

Moga ini bermanfaat untuk Islam dan dakwah. Ameen


Akhirnya full-result dah keluar selepas lebih dua minggu menunggu.=)
Thank You Allah


Hasilnya
Semua preparation tak buat lagi. Masuk bulan Ogos baru nak mula.
Doakan semuanya lancar.

Tuesday, 20 July 2010

Nota Isra' Mi'raj

Cikgu yang bagus, tinggalkan cermin mata atas meja jer,
 dah cukup untuk buatkan anak muridnya senyap.
Murabbi yang bagus, call / sms jer 
dah cukup buatkan anak halaqahnya kembali serius tarbiyyah

Nota pengisi. Pengisian bersempena Isra' dan Mi'raj. SMK Seri Samudera.


Terima kasih pembuat slide yang sangat membantu ini. Rembat daripada ceramah di Kmb dulu-dulu. Entah yang mana satu.

Tak sempat nak ubah font formatting. Terima je la.

Skill mengawal kelas sangat penting sebenarnya bagi seorang cikgu
Baru dapat sampaikan apa yang nak diajar.

Friday, 16 July 2010

Top 10: Things Men Shouldn't Do After 30

Jalan-jalan di internet, terjumpa link artikel ni di askmen.com. 10 perkara yang perlu diberhentikan apabila umur dah masuk 30 tahun. Aku kata, umur 20 tahun pun dah kena start berhenti. Make slow and steady changes before that age.

Nampak macam main-main. Xde kaitan langsung dengan pembinaan Fard al Muslim. Ye ker, aku nampak ada kebenarannya di sebalik 10 benda ni. Jom check dan ponder-ponderkan.

No.10 - Eat fast food
Bukannya susah nak masak sendiri. Dah la mahal, xsihat pulak tu. Entah nanti kalau asyik fast food, heart attack datang, darah tinggi pun menumpang. Xdapat penuhi muwasafat qawiyyu alJism

No.9 - Drive recklessly
Entah berapa ramai orang yang boleh kita jumpa list dorang dalam Wikipedia, mati atas jalan raya. Memandu macam pelesit bermaksud anda sedang merosakkan hidup anda sendiri. Kalau xmampu nak bayangkan bahayanya, cuba fikirkan kalau tetiba kita bangun atas katil hospital, tengok-tengok, kaki dah langsung xde.

No.8 - Play video games obsessively
Kalau dah asyik mengadap main game jer untuk habiskan mission yang entah apa-apa, ada wire yang tak sambung lagi la kot dalam kepala tu. Macamane la nak hidup atas dunia realiti kalau mission kat dunia fantasi xpernah nak abes.


No.7 - Live in a dorm room
Nampakkanlah tempat tinggal anda merupakan tempat tinggal seorang lelaki dewasa. Kalau ada poster tampal sana sini, bilik berterabur, orang akan banyak bersangka buruk terhadap diri anda. Cubalah pastikan bilik / rumah sentiasa bersih, dan tunjukkanlah bahawa diri anda merupakan seorang yang muslim.

No.6 - Get a tattoo
No comment. Memang salah kerana mengubah ciptaan Allah.

No.5 - Binge drink
No comment juga. Memang salah di sisi syara'. Mudarat lebih banyak daripada manfaat seperti dalam 2:.

No.4 - Live paycheck-to-paycheck
Orang kaya jadi kaya sebab dorang pandai jimat dan laburkan duit dorang. Kaya-jangka-panjang merupakan sesuatu yang orang nak kejar. Cukuplah itu menjadi penggalak untuk anda menyimpan wang tunai yang cukup. Dah bersedia untuk menghadapi masa-masa kecemasan. Berjimat dan menabunglah sekarang.

No.3 - Work at a dead-end job
Orang akan menilai diri anda melalui kerja yang anda lakukan. Dan ini akan mempengaruhi cara mereka melayan diri anda. Kalau dah besar, tapi tak de kerja dengan sungguh-sungguh lagi, orang putih kata, "You better watch out"

No.2 - Be socially/politically clueless
Anda perlu menjadi seorang yang matang. Jadilah seorang yang profesional. Semakin anda kelihatan dewasa, semakin banyak kali anda akan diajak bersembang soal yang dewasa. Bukan perlu bijak berpolitik, memadai untuk mengetahui apa yang sudah berlaku di sekeliling negara anda.

No.1 - Dress like a slob
Perkara pertama yang akan orang perasan apabila bertemu dengan anda. Jaga penampilan diri dan expectation orang terhadap diri kita. Bukan ambil masa / duit / tenaga banyak mana pun untuk menjaga penampilan diri

Susah nak jumpa halaqah ajar secara detail 10 Muwasafat
Sebab tu, tarbiyyah melalui halaqah sahaja xmencukupi

Wednesday, 14 July 2010

Pulang Bersama Rasulullah

Buat masa ini, dah tiga kali aku menjejakkan kaki semula ke Kmb sebagai x-student. Tak pernah terfikir nak datang, tapi terpaksa. Last-last minute keluar option untuk jenguk penerus-penerus tarbiyyah di sana.

Kali terakhir, ketika sudah seminggu pelajar junior masuk mendaftar. Ex-murabbiku berikan dua misi yang perlu dipenuhi. Alhamdulillah, misi berjaya, walaupun wujud satu dua kesilapan tidak disengajakan.

Sempat berkongsi sebuah kisah bersama mereka. Kisah yang meruntun hati sahabat-sahabat Ansar. Juga beberapa orang ikhwah di Kmb. Kukira, mereka cukup kuat menghayati perkongsian yang diberi, lantaran hati si pemberi kongsi bukanlah sesuci yang diperlukan.


Pidato ini dilakukan setelah muncul “ketidakpuasan” kaum Anshar atas harta rampasan perang: “Hai orang-orang Anshar,” sapa Rasulullah saw.

Ucapan-ucapan kalian telah sampai kepadaku. Kalian telah menemukan hal yang baru dalam diri kalian karena aku. Bukankah aku telah mendatangi kalian yang—saat itu—dalam keadaan tersesat, lalu Allah memberi kalian hidayah; dalam keadaan kekurangan, lalu Allah menjadikan kalian kaya; dalam keadaan saling bermusuhan , lalu Allah mempersatukan hati kalian.”

Benar, Allah dan RasulNya lebih memberi keamanan dan itu lebih utama,” jawab mereka serempak.

Mengapa kalian tidak menjawab perkataanku, hai orang-orang Anshar?!” tanya Rasul kemudian.

Dengan apa kami harus menjawabmu, wahai Rasulullah?” kata mereka. “Hanya milik Allah dan RasulNya segala anugerah dan keutamaan,” tambah mereka.

Rasulullah kemudian melanjutkan sabdanya, “Demi Allah, seandainya kalian menghendaki, pasti kalian akan mengatakan, membenarkan, dan membenarkan! Engkau datang kepada kami dalam keadaan dibohongi, lalu kami membenarkanmu; dalam keadaan terlunta-lunta lalu kami menolongmu; dalam keadaan terbuang lalu kami memberi perlindungan kepadamu; dan dalam keadaan kekurangan lalu kami memberi kecukupan kepadamu. Hai kaum Anshar, apakah kalian menemukan dalam diri kalian kecenderungan pada dunia, yang aku harus menyatukan kalian dengannya menjadi suatu kaum agar selamat, dan aku menyerahkan kalian kepada Islam.”

Hai kaum Anshar, apakah kalian tidak ridha terhadap orang-orang yang pergi dengan kambing-kambing dan unta, sementara kalian kembali dengan tunggangan kalian bersama Rasulullah? Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, seandainya tidak ada hijrah, pasti aku menjadi salah seorang di antara kaum Anshar. Seandainya orang-orang berjalan ke suatu bukit dan orang-orang Anshar ke bukit yang lain, pasti aku berjalan di bukit kaum Anshar. Ya Allah, berilah rahmat kepada kaum Anshar, anak-cucu kaum Anshar, anak-cucu dari kaum Anshar…” belum selesai pidato Rasul ini, kaum Anshar menangis dengan tangis yang keras, dan menyayat hati hingga air mata mereka membasaha janggut-janggut mereka.

Kami lebih ridha dengan Rasulullah sebagai bagian (kami),” jawab mereka dengan air mata yang masih membasah.

Edit daripada: Gaulislam.com

Terima kasih kepada semua.
Semoga Kmb terus dihidupkan oleh Tarbiyyah
Kata Fazli: Itu memerlukan hujan yang berterusan

Sunday, 11 July 2010

Mereka Komen

Ramai dai yang komen, mereka kata umat Islam:
  • Umat yang hanya pandai bercakap
  • Umat yang bersenda gurau
  • Umat yang kebingungan
  • Umat yang suka bergembira, dan lain-lain

Apabila dia menjadi seorang dai, maka di manakah peranan dan kedudukannya dalam komen tersebut? Di manakah pula posisinya dalam amal nyata dan harapan?


Edit daripada: Abbas as Siisiy, Bagaimana Menyentuh Hati

Terima kasih akhi Kedai Mamak atas sambutan diberikan
"In the Footsteps of the Prophet" memang best!

Saturday, 10 July 2010

Kerja Menyentuh Hati

Berjalan-jalan lagi kami, pre-jaulah sampai ke Shah Alam. Berjumpa dengan x-kisas yang baru ni mendapat 40 result IBnya. Dah jadi pekerja part-time ala-ala full time di Pizza Hut rupanya. Xpernah dia nak bercerita, takut orang kata dia poyo.

Special untuk akhi ini, aku hadiahkan petikan daripada "Bagaimana Menyentuh Hati" ditulis oleh Abbas as Siisiy. Juga buat ikhwah sekalian. Semoga bermanfaat.


"Saya seorang pegawai negeri di sebuah pejabat pengagihan baja, Bahagian Pertanian"

Saya katakan, "Sesungguhnya itu adalah pekerjaan yang strategik, kerana anda diperlukan oleh ramai petani. Bagaimana anda melayan setiap petani yang datang?"

"Dia bertemu saya dengan menyerahkan formula pengambilan, lalu saya serahkan bahagiannya. Selesai urusan, diapun pergilah!" jawabnya.

Saya katakan, "Bila Anda ingin jadi da'i, maka Anda harus menyambutnya dengan penuh kerinduan untuk dapat bertemu lagi. Anda layani mereka dengan penuh keikhlasan. Usahakan untuk berkenalan dengannya, jabat tangannya erat-erat, dan hantarlah pemergiannya dengan ungkapan yang baik. Lakukanlah hal itu kepada setiap orang yang datang kepada Anda. Apabila Anda bertemu di tengah jalan, maka dahuluilah dengan salam dan jabat tangannya serta tanyakan keadaannya, dan seterusnya. Hal ini berlaku untuk setiap orang yang Anda kenal dari mereka. Dan satu lagi, setelah itu Anda harus datang ke rumah saya, agar saya merasa yakin dengan kebolehan Anda dalam masalah ini."

Beberapa bulan kemudian, dia datang mengunjungi saya dengan penuh kegembiraan, seraya berkata, "Allah telah memberi taufiq kepadaku. Ketika saya lalu di suatu jalan, tiba-tiba saya menjumpai banyak orang sedang berdiri untuk memberi hormat kepadaku, bahkan mengajakku mampir ke rumahnya. Semua menyambutku dan memohon agar saya dapat berkumpul bersama mereka."

Saya katakan kepadanya, "Inilah awal perjalanan... maka istiqomahlah!"

Edit daripada: Bagaimana-Menyentuh-Hati
Download Filestube.com: Bagaimana Menyentuh Hati

Thursday, 8 July 2010

Slow and Steady

Perubahan jangan dibuat tiba-tiba. Nak mengubah orang pun, jangan terus dipaksa. Perlahan-perlahanlah berubah. Ibarat nasihat Mustafa al Masyhur
Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan
Perkara ni pun ada kaitan dengan kisah jaulah kami sampai ke Negeri Sembilan minggu lepas. Hari terakhir, singgah di Nilai. Dari Gemencheh lagi driver Atos ajak makan. Ada restauran best katanya, Ice Room, dekat-dekat dengan Exit Nilai tu. Restauran Ais Krim. Layan je lah. Jarang boleh berjumpa dan makan bersama dengan ikhwah sejaulah ini. Duit takkan menjadi alasan, asalkan niat dan tujuannya baik.

Alkisah perut ni, dah lama xdisogok dengan ais krim yang sejuk. Kalau makanpun, sikit-sikit jer. Sekali datang Ice Room, semangkuk RM7.90 ais krim masuk dalam perut. Cakap dengan Encik Atos tu, boleh jadi demam aku macam ni. Balik tu, memang terus demam. Tersadai atas katil, tak buat apa-apa.


Betul la cakap orang, nak introduce something, memang kena slow-slow. Jangan disumbat semua benda terus. Penat dia nanti. Sakit-sakit badan macamtu. Aku kata, inilah sunnah alam. Patuhilah.

Alhamdulillah, sembuh daripada demam Asar sebelum result IB keluar. 
Mudah-mudahan inilah kaffarah dosa sebelum datang rezeki daripada-Nya.

Monday, 5 July 2010

Minta Banyak-banyak

Kerana Allah telah memberitahu kita bahawa
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.
[al Isra', 17:11]

Maka sebaiknya kita sentiasa mendoakan kebaikan untuk setiap pekerjaan yang telah kita selesaikan. Jangan tergesa-gesa kerana kebiasaannya yang akan dimakbulkan adalah kejahatan.

Tidak hairan juga, kerana Ustaz Fauzi yang kami bertemu dengannya Jumaat lepas berpesan dalam ayatnya,
"Nak minta, mintalah yang besar-besar. Jangan sikit-siit"

Memang seiring dengan sebuah hadis Nabi saw.
"‘Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah al Firdaus, sesungguhnya ia adalah syurga di tengah-tengah dan syurga yang paling tinggi"
[HR al Bukhari]

Owh, nampak berlainan sedikit dengan zikir yang kita selalu baca
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu"

Li Zalika
Wahai Tuhanku, berilah kami mendapat 7 dalam setiap subjek IB


Orang putih pun pernah berpesan
"Aim for the stars, at least, if you fail, you will land on the moon"

Thursday, 1 July 2010

Dakwah Fardiah

Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih.
[Mustafa Masyhur, Dakwah Fardiah]

Sebagaimana yang dijanjikan semalam, berikut merupakan rumusan daripada 7 marhalah dakwah fardiah. Hadiah buat ikhwah di Kmb. Semoga dapat dijadikan panduan dalam gerak kerja dakwah di sana. Hidup Kmb! kerana Tarbiyyah. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Semoga dibalas oleh Allah dengan balasan yang baik dan banyak.

klik untuk paparan lebih besar

Download versi penuh: Dakwah Fardiah.pdf

Labels