Tuesday, 2 March 2010

Scan For Virus

Yang aku kumpulkan hanyalah doa2 agar dirinya terus selamat dari benda-benda buruk. Terharu aku melihat kesungguhannya sehingga tertidur-tidur menunggu. Namun ku gagahi diri untuk bersalam sekali lagi dengannya,tanda sayang kepadanya dan juga tanda perpisahan kami.

Sebagaimana laptop / komputer perlu discan , begitu juga dengan diri kita. Scan itu ibaratnya sistem muhasabah. Salah satu cara mencari virus / kelemahan dalam diri. Agar jentera iman kita tidak rosak atau tersengguk-sengguk.

Virus pun ada macam-macam adik beradik. Ada yang bernama tojan, worms, malware etc. Tergantung kepada bahaya bencana dan serius penyakit yang dibawa. Begitu juga dengan penyakit dalam diri kita. Ada yang sangat bahaya, ada yang bahayanya hanya kepada diri sendiri sahaja, ada yang perlu ditengokkan sikit-sikit dan ada yang perlu diunding dan dibincang dengan orang yang pakar (ustaz / ulama). Yang bahaya apabila kita underestimate virus / penyakit tu lalu membiarkannya.

Macam-macam jenis penyakit ada. Hasad yang memakan kebaikan. Celaan yang membawa kepada bangkrup akhirat. Syahwat yang berkuasa menundukkan diri. Zalim yang mengundang kemurkaan. Ujub yang mengeluarkan syaitan daripada syurga. Dan lain-lain lagi.


Ada orang scan virus dia setiap hari, through scheduled scan. Yang ni terbaek. Inilah muhasabah yang konsisten. Dengan bermuhasabah setiap hari, kita mampu menyedari perubahan-perubahan kecil yang berlaku dalam diri kita. Tak de terkejut sangat bila terjumpa virus dan ia masih boleh dirawat jika di stage permulaan. Sebagaimana kata Umar ra: Muhasablah dirimu sebelum anda memuhasabah (sesuatu / seseorang)

“Antivirus ni sebenarnya produk untuk orang yang xhati-hati jaga komputer dia”. Mungkin benar statement ini tetapi sebagai manusia kita perlu sentiasa bersedia dan berhati-hati kerana malang itu tidak berbau. Bila dah terjatuh masuk lubang, baru nak menyesal susah gak. Sebagaimana rasa bahayanya bila komputer tiada antivirus, begitu juga kita perlu rasa bahaya bila tiada / lemahnya iman kita.

Ayuh bermuhasabah. Banyakkan memerhati diri, andai tersalah, proaktif dan segeralah ambil langkah pembetulan. Sebelum jentera terus terhenti.

Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama
[Muslim]

3 comments:

  1. salam...

    faqih, nk minta tolong postkan satu artikel yg berkaitan mcm mane nk tegur orang? bila ditegur, dijawab plk... mcm mane nk tandingi isu ini?? harap dapat perkongsian dr anda... :)

    ReplyDelete
  2. sori, tunggu jap ek
    tengah nak memikirkan n dapatkan ayat yang sesuai
    mungkin dalam masa terdekat ni
    dah post nanti, aku bagitau

    ReplyDelete
  3. Dah siap, artikel yang xseberapa. Mohon masukan jika tidak sesuai. Tq =)
    Link di Sini

    ReplyDelete

Labels