Tuesday, 23 March 2010

Puas Hati

Baki 41 hari IB di Kmb.
Semoga Allah menyediakan nikmatnya yang terbaik


Kita lazimnya mudah cepat merasa puas dengan apa yang kita lakukan.
Terasa sudah lama study, kita bersembang, buat kerja lain.
Terasa sudah banyak kerja dilakukan, kita tidur.
Terasa sudah banyak ibadah dilaksanakan, kita berehat.
Terasa sudah banyak ilmu dipelajari, kita belajar ala-ala kadar sahaja.
Terasa sudah banyak pahala akhirat dibuat, rupa-rupanya kita tertipu.
Owh, cepat sangat manusia ini merasa puas dengan benda-benda susah ni.

Syurga dikelingi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.
[Muslim]

Kita lazimnya tak pernah puas dengan apa yang kita lakukan.
Tak cukup satu game Need for Speen Undercover, kita main lagi satu.
Tak cukup satu movie untuk ditengok malam ni, tambah lagi satu.
Tak cukup dengan lebihan harta yang kita ada, kita nak kumpul berbukit-bukit lagi
Tak cukup dengan dosa yang bertimbun, kita menganggapnya enteng sahaja.
Tak cukup lagi dengan banyaknya nikmat keliling pinggang, rupa-rupanya kita tertipu.
Owh, bilakah manusia akan merasa puas dengan benda-benda seronok ini.

Jika anak Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia akan mencari lembah yang ketiga.
[Syaikhan]

“Yang lemah tidak akan selamanya lemah. Yang kuat tidak akan selamanya kuat”
[Syaikh Ahmad Yassin]

2 comments:

  1. nice post..
    byk memberi pengajaran,,

    betul juga kalau difikirkan kembali..
    kita slalu seronok membuat perkara yg x elok..

    n bosan kalau melakukan perkara yang elok..

    ReplyDelete
  2. awat ntah aku dah mula menyukai hg..haha..

    ReplyDelete

Labels