Saturday, 27 March 2010

Fitnah dalam Fitrah

Salah yang sikit dibesarkan Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini Walaupun hidup di tengah ramai

Cinta itu suatu fitrah, tidak dinafikan. Tetapi sewajarnya kita berusaha mengelak fitrah itu berubah menjadi fitnah. Inilah yang berlaku apabila peraturan yang ditetapkan ke atas sesuatu fitrah itu tidak diberi penjagaan serius.

Oleh itu mari berjaga-jaga dengan tingkahlaku kita. Elakkan fitnah bermaharajalela, yang berlaku apabila anda mengetepikan peraturan tersebut apabila bercinta. Jaga batasan pergaulan. Elakkan pergaulan bebas terutama yang tiada keperluannya, juga elakkan mengabaikan perkara wajib asas seperti solat. Apatah lagi dating, gayutan telefon, surat cinta, gambar bersama, genyitan mata dan sentuh-menyentuh, yang akan menjemput syaitan sebagai pihak ketiga.

Lebih-lebih lagi jika anda dipandang sebagai orang agama. Setiap tingkah laku anda sentiasa diperhatikan, gahnya seolah-olah anda pengeluar hukum hakam. Berbalas message, berjalan bersama, menyimpan gambar; walaupun anda boleh pusingkan hukumnya kepada boleh, semuanya bakal menjadi sumber fitnah kepada anda andai tidak dijaga. Jangan sampai anda mengotorkan imej-imej agama / Islam tanpa sengaja, apatah lagi dengan sengaja (hawa nafsu). Imej khitbah (tunang) jangan diketengahkan ke mata masyarakat sebagai couple lagha tapi “islamik”. Batasannya tetap anda kerana anda masih belum suami isteri.

Dan jangan sampai kita menjadi insipirasi manusia melakukan kebatilan. Mereka menganggap / melihat anda bercinta / couple terang-terangan, lalu mereka mula mencari couple sendiri dengan cuba berusya-usya. Tak pun daripada couple sembunyi-sembunyi, mula menunjuk secara terang-terangan selepas mendapat inspirasi daripada anda. Tidak ada kebaikannya kerana anda menunjukkan mereka jalan yang salah.

“"Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan, dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebaikan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan."
[HR Ibn Majah]

Kita ingin menghindari fitnah, bukan menjemputnya datang, sebagaimana tindakan Rasulullah yang khuatir prasangka buruk sahabat Ansar apabila baginda dilihat berjalan berdua-duaan pada waktu malam dengan isterinya, Safiyyah. [HR Muslim].

Kmb sekarang? Biasakah dapat dilihat berjalan beiringan lelaki perempuan? Jangan jadikannya itu mahupun fitnah sebagai suatu kebiasaan.

p/s
Kecoh sebentar isu Tunang (Kmb) = Couple. Seperti biasa, perlu ada pertimbangan sama ada perbincangan akan menjernihkan suasana atau mengeruhkan lagi. Membuahkan amal ataupun tidak. Melibatkan hal umum atau peribadi tertentu. Ada sikit buah tangan Mazlee Malik untuk dikongsi bersama.
Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Gambar dapat dan diedit daripada Facebook

Moga impian kan dirahmati Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi Demi cinta yang hakiki

4 comments:

  1. salam...
    aku pn ske gk
    tgk pd tarikh post, dpt la jgk agk pe yg tgh trjd ni
    but ske part yg kata
    "perlu ada pertimbangan sama ada perbincangan akan menjernihkan suasana atau mengeruhkan lagi"
    yg ni perlu diamalkn
    thnx~

    ReplyDelete
  2. haaa..sape yg tampal gmbr 2 sbnrny???

    ReplyDelete
  3. ---> Farzan
    Orang yang matang akan berfikir sebelum bertindak. Dan tindakannya akan berada di pertengahan, bukan semata-mata berdasarkan semangat yang terlalu tinggi atau berdasarkan pemahaman yang terlalu berteori.

    Paling tidak, kesan jangka panjang / pendek, ramai orang / sikit akan dimasukkan dalam pertimbangan.

    ---> Mohd Asyriq
    Aku dapat pun dari Facebook, account yang private. Entah xtau siapa, tapi minta aku sebarkan. I just pasted it coz I could see the messages are good and reasonable, besides not too offended.

    ReplyDelete

Labels