Wednesday, 10 March 2010

Konfrontasi Dakwah

Jika berlaku konfrontasi dalam dakwah, rasakanlah bahawa ia berpunca daripada kelemahan diri kita serta dosa yang pernah kita lakukan. Mohonlah keampunan daripada Allah dengan segera.

“Suka hati kitorang la nak buat apa.”
“Kau sibuk kenapa? Dengki ker tengok aku buat macam ni?”
“Apa masalah ko sebenarnya r budak alim?”
“Kau kalau xsayang badan, nasihat aku banyak2 lagi!”
“Sedar sket la diri tu. Ko pun lebih kurang jer”

Kata-kata yang mampu melemahkan semangat orang. Anda mampu tidak mengendahkannya jika tujuan utama atau cara anda melakukannya adalah betul.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
[an Nahl, 16:125]

Cara 1
Tegur dengan lemah lembut. Ini senang dilakukan jika anda orang yang berkarisma / berpengaruh terhadap dirinya. Ataupun anda selaku kawan yang rapat dengannya. Lazimnya manusia senang menerima dengan baik teguran daripada orang yang rapat dengannya. Jadi, berkawan rapatlah (rapat lagi) dengan orang tersebut.

Cara 2
Elak menghukum orang tersebut dengan statement yang direct. Gunakan bahasa diplomatik. Tanya soalan untuk mendapatkan penjelasan daripada dirinya dulu
“Apesal aku tengok ko semalam lama giler jalan rapat–rapat dengan budak perempuan tu? Ko tau tak laki perempuan ni kalau tiada keperluan xboleh jalan rapat-rapat. Nak elakkan fitnah dan tuduhan orang” Jika ada jawapan, dengar dan berikan buah fikiran anda pula.

Cara 3
Berikan alternatif jika anda berikan sesuatu larangan. Kalau nak tegur xboleh main bola pakai seluar pendek, berikan tight sebagai alternatif. Supaya mereka tak merasa mereka dikongkong dengan banyaknya (xde la banyak manapun) larangan dalam beragama.

pravsworld.com

Cara 4
Nak cara keras, boleh jer. Sound secara direct. Mungkin anda akan disambut dengan kritikan / jawapan pedas. Yang penting, minimum anda telah menunaikan hak / tanggungjawab anda sebagai seorang muslim walaupun orang lain kata xberhikmah. Bersedia untuk menerima rintangan disebabkan anda mengabaikan “hikmah” dalam tin

وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ
... yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela ...
[al Maidah, 5:54]

Ada dua benda.
Pertama: Tegur. Lagi satu: Dengan berhikmah.
Kalau xdapat dua-dua, takkan nak tinggalkan dua-dua.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam.akh,afwan
    ana kurang setuju dengan statement akhir tu.

    bagi ana,
    hikmah tu mesti hadir dalam setiap teguran.
    kalau tak boleh berhikmah, kesannya seperti
    kita tak pernah tegur dan mungkin lebih teruk.

    sebab kenapa?
    dalam ayat alquran, Allah meminta kita
    menegur, tapi mesti berhikmah. Kalau tak berhikmah, maka kena usahakan juga diri
    untuk menjadi seorang yang berhikmah.

    3:159
    Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

    takut nanti dia akan terus lari,
    terus membenci..

    dan akhirnya berlaku fitnah bagi dakwah.
    wallahua'lam..
    cara ana, buatlah sebaik mungkin untuk berhikmah.

    kalau dalam keadaan kita marah,jangan tegur
    direct.takut niat kita bukan kerana Allah.
    macam saidina Ali yang tidak jadi bunuh orang
    yang meludah dia di dalam satu peperangan.

    dakwah, dakwah juga, tapi pastikan berhikmah~

    ReplyDelete
  3. Terima kasih akh atas masukan
    Mulanya rasa macam ayat tu dah betul
    Fikir-fikir balik
    Ana rasa cenderung kepada idea antum
    Ana cuba dapatkan penjelasan ini daripada orangnya dulu

    Jazakallah Khair akh. Tq

    ReplyDelete
  4. herm..untuk ayat yang antum qoute kat atas tu..
    ana rasa,

    dalam dunia ni, walaupun kita dah cuba sedaya
    upaya juga untuk hikmah, even dah jadi macam
    malaikat,

    tapi kalau dia dah memang tak nak,hati dah
    tertutup macam abu jahal dan firaun,
    dan akhirnya mereka ni mencela pula kita ni,
    baru le kita kena egokan diri untuk
    tetap berdakwah dengan cara kita..

    tapi kalau kita ni dah memang tak cukup hikmah,
    maka terimalah celaan mereka sebagai teguran,
    sebab orang memang sedia untuk mencela orang
    yang cakap tanpa hikmah ni.

    wallahua'lam, pendapat ana yang
    perlu kita berkongsi. mungkin betul mungkin
    salah. yang penting berlandaskan alquran dan
    assunnah~

    ReplyDelete
  5. salam. mungkin hikmah itu penting dalam urusan dakwah. Tapi, semua orang tak mempunyai hikmah yang sama, bukan? Dan tak semua orang dapat terima teguran daripada orang lain. Kalau mengikut pengalaman, i agree wif statement in the post. Sebab dalam berdakwah, kita kena fleksibel dan memvarisasikan teknik kita mengikut hala tuju dan target dakwah kita kan... Sebab different people got different ways of thinking and different styles..
    Tapi apa2 pun, i think karisma juga penting dalam berdakwah..isn't?

    ReplyDelete
  6. Yes, we try to be with hikmah
    Sometimes without realizing, it is not

    That's why we must start to act
    If there's lacking of hikmah in it
    Let's try to change it to a better one.

    "Ketika Arab Badwi datang kencing di masjid
    Sahabat terus cuba menghalang
    Ternyata itu bukan cara yang sebaiknya
    Rasulullah membiarkan Arab Badwi tersebut
    Lalu mendapatkan masa untuk berbicara dengannya"

    Mula berbuat.
    Jika salah, orang lain sila tegurkan
    Dan timbang-timbangkanlah jika pendapat itu betul
    Takut untuk berbuat juga salah kerana akan masuk was-waskan syaitan untuk mengatakan tindakan kita itu tidak berhikmah
    wallahu a'lam

    ---> ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ
    Setuju
    Karisma juga penting
    Mampu untuk meninggalkan aura mendalam
    Yang mampu menyentuh hati mad'u

    ReplyDelete
  7. karisma tu bukan sebagian daripada hikmah ke?

    hikmah tu rasenye bukan berkaitan dengan
    kelemah lembutan bahasa je..

    kadang-kadang bertegas pun dikira hikmah.

    maksud hikmah tu luas..

    senang nak bagi kesimpulan,
    hikmah tu adalah art of touching people~

    ReplyDelete
  8. Hahha, antum memang outstanding bab ni
    Dah boleh jadi moderator forum kat sini
    Masuk halaqah-online bagus gak

    ReplyDelete

Labels