Tuesday, 10 November 2009

Dr A dan Tauliah: Sudut Pandang Saya

Ini soal manusia yang tiada tauliah datang ke negeri orang untuk menyampaikan kuliah agama dan akhirnya ditangkap. Lalu orang sibuklah berkata pasal hak bersuara dalam Islam, perlu atau tidak untuk ada tauliah. Kata orang, jika anda tiada tauliah atau kebenaran, anda perlu senyap. Biarkan orang yang bertauliah atau ustaz2 yang dah dilantik sahaja untuk membuat kuliah.

Diakui oleh Dr A sendiri bahawa dia telah ditegur berulang kali oleh Y tentang soal tauliah ini. Tapi dia buat tak tau sahaja. Ada sebab sebenar di sebaliknya. Saya juga rasa Dr A wajar untuk menyampaikan kuliahnya memandangkan dia seoang yang berkelulusan dan juga bekas mufti, layak dan wajar untuk bercakap tentang soal hukum hakam dan ilmu agama yang lain.

Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa tak wajar seandainya hanya orang bertauliah sahaja diberikan hak untuk bersuara. Kalau tidak, siapa yang sanggup bertahan untuk menempuh prosedur untuk dapatkan tauliah ini. Hilanglah sedikit semangat pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang lain.
“Malas aku nak semangat cakap pasal Islam ni. Nak cakap, kena ada tauliah. Nak dapatkan tauliah, kena ikut macam2 syarat dan prosedur. Senang cerita, xpayah sibuk2 pasal benda ni. Duduk senyap sudah”
Sangat rugi apabila manusia bersikap sebegini, gara2 pengenalan sistem tauliah2 ini.

Ini soal menyampaikan Islam kepada masyarakat. Tak perlu kita menunggu orang bertauliah untuk datang. Dan tak perlu juga untuk anda mengehadkan siapakah orangnya yang perlu dijumpa jika dia berminat soal Islam. Semua orang Islam layak menyampaikannya terutamanya jika ia melibatkan soal asas Islam. A mungkin terlebih layak, memandangkan gaya percakapannya yang sentiasa dilapikkan dengan hujah. Memang layak untuk dia berbicara soal berat, inikan pula yang ringan.

Dan sekarang, saya lihat A sebagai orang luar Z yang datang untuk memenuhi jemputan sebahagian lapisan masyarakat yang sukakan pendekatan dan gaya dirinya. Tetapi, dia tiada tauliah diberikan Y, badan yang bertanggungjawab memantau perkembangan hal ehwal Islam di negeri itu. Dan dia sudah memohon untuk diberikan tauliah, tetapi respons mendukacitakan. Ada orang pula menuduhnya membawa bibit-bibit perpecahan. Seolah-olah apa yang ingin dibawanya eksklusif, hanya orang tetentu sahaja layak mendengarnya, padahal sangkaan ini salah.


Jika anda lihat ini soal perpecahan, saya fikir anda tersilap mengambil sudut pandang. Sangat ironi apabila anda kata anda tak nak wujud perpecahan, tetapi anda sendiri lakukan tindakan yang boleh mewujudkan suasana pecah-belah. Ironi, tetapi saya mampu untuk tersenyum. Lambat laun, anda akan ditolak orang juga.

Tak wujud soal perpecahan / pergeseran / pergaduhan. Jika saya, saya lebih suka mengambil jalan untuk berdamai, mentoleransikan apabila berlaku perbezaan pendapat. Mustahil bagi manusia untuk bersetuju dalam setiap perkara; every single thing. Saya lebih memandang ini sebagai suatu bentuk perlumbaan sesama pendakwah untuk menyampaikan Islam kepada orang lain menggunakan pendekatan yang berbeza.

Anda ingat anda seorang sahajakah yang layak? Anda ingat puak anda sahajakah yang betul? Lalu saya ingin tahu, “Bukankah perbezaan pendapat itu perkara biasa? Anda boleh betul dan saya pun boleh betul. Ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya lebih betul berbanding diri kita

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
[al Baqarah, 2:147]

3 comments:

  1. Tapi kalau tiada tauliah, bagaimana pula sekirany org yang menyampaikan itu menyampaikan benda yang tidak sepatutnya disampaikan..? I mean, kalau ilmu yang dimiliki itu tidak diiktiraf kesahihannya atau mungkin orang yang menyampaikan itu merupakan golongan yg cuba menyesatkan umat bagaimana? sebab melihat kpd situasi zaman skarang, ramai golongan murtad krn mereka menerima penyampaian yang disangka dakwah, tetapi sebenarnya bukan...jus an opinion...

    ReplyDelete
  2. Good counterclaim (Macam presentation TOK pulak)
    You have make this issue broader

    Soal ni, ada yang setuju dibiarkan tanpa sistem tauliah ni dan ada juga yang xsetuju. Antara alasannya: Pada akhirnya Islam pasti akan terserlah sebgai satu kebenaran. Dan kebatilan pula pasti akan hancur juga akhirnya.

    Pelbagai pendapat akan dijumpai dan rasanya xperlulah untuk orang ramai bertelingkah hanya kerana berbeza pendapat soal pendekatan ini

    Cuma untuk entri ni, I talk about Dr X, a person who have skills and knowledge about Islam
    Dan juga manusia yang bercakap mengenai soal Islam yang asas

    Btw, terima kasih untuk perkongsian idea

    ReplyDelete
  3. Erm..i see the light of your explanation... (macam oral English pulak)

    Btw, go on wif publishing your ideas and knowledge cause sometimes it's kind of giving me another insight...

    ReplyDelete

Labels