Thursday, 12 November 2009

Dua Perkataan Baru

Antara istilah yang aku kenal baru2 ni
Introvert vs Extrovert

Kamus Cambridge beri maksud INtROVERT macam ni: Manusia yang pemalu, pendiam dan sukar untuk membuat kawan. Contoh ayat yang ada: His teachers perceived him as shy and introverted

Extrovert pulak bermaksud orang yang energetik, happy-go-lucky dan sangat suka untuk duduk n sembang dengan orang lain. Contoh ayat: Most sales people are extroverts.

Apa yang saya dapat? Dakwah ini memerlukan orang yang extrovert, boleh berkongsi pelbagai perasaan. Tapi, awas! Ada masanya anda perlu menjaga tingkahlaku dan perkataan anda. Takut dikira kurang hajar dan xbersopan, terutamanya dengan orang yang lebih tua.

Apa pulak kaitannya dengan introvert? Orang macam ni perlu berusaha untuk mengextrovertkan dirinya. Letakkan ke tepi dulu extrovert, nanti dah settlekan fardikan orang, jadi la introvert balik.

Saya? Dulu saya orang introvert terutamanya ketika waktu sekolah menengah. Peralihan kanak2 jadi remaja, orang kata sebabnya. Start tingkatan 5, saya dah start nak ubah diri jadi ala-ala extrovert. Thanx kepada Shahril Aidil dan murabbi2 ku yang lain. Anda memang berjasa.


Kalau nak compare dgn adik beradik aku, mungkin aku tertinggal di belakang. Dorang ni ramainya jenis extrovert atau dalam kata lainnya aku ni jenis senyap dalam family. Xtau jugak kenapa aku xboleh evolve jadi extrovert macam dorang. Dan sampai sekarang, energetic words yang boleh aku cakap pasal trovert2 ni: It’s hard I’m learning!

1 comment:

Labels