Alhamdulillah, hampir berjaya menamatkan hari yang memenatkan 2, 3 jam lagi. Hari ni saje pelbagai masalah dapat diselesaikan + masuk lagi masalah baru. Mari kita tengok apa masalah2 berkaitan hari ini.
Lima orang manusia bersembang dengan aku pasal ibu bapa. Bagaimana nak approach ibu bapa agar memahami apa yang anak dorang alami sekarang ni, especially bila bercakap soal Islam dan dakwah. Macamla aku ni kaunselor bertauliah. Opss, soal tauliah ni sensitif kat Selangor. Ada masa kita cakap pasal benda ni.
Kesimpulan yang aku dapat, susah sebenarnya untuk mengharapkan perubahan dari ibu bapa disebabkan oleh seorang anak, terutamanya dalam masyarakat Melayu ni. Marilah kita berdoa banyak2. Perlu juga untuk merancang langkah demi langkah untuk memahamkan keluarga kita. Perlu bermula sejak sekarang. Plan Your Module!
Halaqah di Kisas berjalan seperti biasa. Mula-mula ingatkan nak join Baju Melayu Terjumpa Baju Kurung, tengok-tengok khidmat sebagai kawan diperlukan untuk ke Kisas.Apa yang boleh dicakapkan... "Fuhhh, lega gila bila dah habis halaqah. Hati terasa menjadi tenang. Seronok melihat anak halaqah sana. Senyuman melebar dorang mampu hilangkan stress aku sebagai pelajar IB ni.
Dan inilah ayat Quran yang aku dapat di Kisas. Akhlak dan cara terbaik untuk ibu bapa kita.
وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
[al Isra, 17:23, 24]
Apa-apapun, semoga berjaya dalam SPM 2 minggu lagi. Minggu depan jumpa lagi. Erk, isu tauliah pun ada kaitan kot dengan Kisas. Lain kali gak la aku cerita. Dan aku dah berjumpa dan bersembang dengan Murshid tadi, Pres Badar 09/10. Tawarkan khidmat sikit untuk tarbiyah di Kisas. Harapnya dia tak segan nak diberikan tolong.
Dan ada lagi satu masalah perlu berfikirkan, soal manusia yang cepat mennyerah kalah apabila soal keluarga bertembung dengan soal dakwah. Dan juga nak beritahu, Khamis ni merupakan hari untuk aku meluahkan masalah. Hahha, biar aku muntahkan semuanya. Dan lagi satu, ada masalah baru diberikan AkmalHayat dan Amin kejap tadi. Nak tau masalah apa, nanti ada rezeki akan diblogkan.
Kesimpulannya, hidup xdapat lari dari masalah. Jangan mudah menyerah kalah dengan masalah2 tu. We Must Be The Winner.
Berhenti kat sini, sebab mata dah ngantuk. Semoga minggu ni berjalan dengan lancar. Mari kita doakan sama2. Amin. Thanx Mom and Dad!
post kali nie membuatkan diri byk kali tertanye tanye..
ReplyDeleteJangan biarkan banyak persoalan xterjawab
ReplyDeleteSelesaikan satu persatu
Otherwise the question mark will grow bigger and bigger...
Btw, welcome so.enzyme
Dah berani meninggalkan jejak di sini nampaknya
Huhhu