Tuesday, 7 July 2009

Bencana Darat dan Laut

قُلْ مَنْ يُنَجِّيكُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَئِنْ أَنْجَانَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ * قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنْتُمْ تُشْرِكُونَ
Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut (dengan mengatakan): "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."
Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya."
[al An’aam, 6:63, 64]
Subhanallah, terlalu pemurah Allah. Masih lagi menginginkan hambanya terselamat daripada bencana darat dan laut, ketika hamba-Nya memohon dengan pelbagai kata dan janji manis.

“Pasti kami akan jadi hamba yang bersyukur.” Satu bentuk janji.

Tetapi kemudian, langsung terus kita melupakannya. Pelbagai keseronokan dunia kita layan. Terlupa sudah pelbagai janji dan kata manis ketika terdesak dahulu.

Ingin bersyukur
Tidak ingin bermaksiat
Ingin memahami Islam
Ingin mengamalkan cara hidup Islam.
Ingin berbakti kepada manusia.

Jambori 09
Terasa yakin dengan kebenarannya ketika rakit tersangkut di celah pokok. Dengan kerisauan yang pelbagai.

Mungkinkah sebelah kaki yang tersepit ini akan patah
Mungkinkah aku akan hanyut dibawa arus
Atau untuk diselamatkan, mungkinkah aku akan diketuk kepala sampai pengsan?

Mari bersyukur. Manfaatkan masa anda untuk Islam.

“Setiap unit masa membuahkan unit-unit amal”

3:13 – Rakit yang tersangkut akhirnya dilepaskan

Entri Sebelumnya:

2 comments:

  1. Salam alaik..
    lama x nampak muka ko..
    sempat pulak dia melambai... hehe...
    what an experience... huhu... thanks for sharing it...
    secara x langsung, ramai yg merasai pengalaman yg dikurniakan Allah kpd Faqih... huhu...

    Rabbana Yusahhil...

    ReplyDelete
  2. Huhhu
    Appearance ko yang terbaru ada jugak aku nampak
    Hensem dengan rambut tebal & panjang
    Standard orang Malaysia kat Mesir dengar-dengarnya
    Sebab dah tak jumpa tukang gunting rambut macam kat Malaysia
    =)

    Sengaja nak berkongsi-kongsi pengalaman ni

    ReplyDelete

Labels