Sunday, 5 July 2009

Apa yang Kami Buat

Sambungan:

Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan sebab kami sampai lewat. Ini yang kami sempat
• Tengok orang cari peserta hilang
Sampai-sampai jer bertiga, ikhwah sibuk mencari peserta hilang. Ingatkan betul-betul hilang, jadi seorang antara kami beritahu dia dah nampak peserta yang hilang tu keluar bersama urusetia. Rupa-rupanya, ini game bertemakan ukhwah. Dan kami telahpun merosakkan perancangan game tersebut tanpa disengajakan. Apa nak buat, game yang sepatutnya ditamatkan pukul 3 pagi, dihabiskan 2 jam awal. Akibatnya, tiga-tiga kami dapat pumping 20. Tak pasal-pasal.

• Berakit
Pengalaman paling menyeronokkan. Berakit ditolak arus Sg Perak. Mula-mula buat rakit, kemudian water confident dan kemudian perlumbaan bermula. Mula-mula dah seronok dapat jadi rakit pertama dilepaskan. Hmm, malang memang tidak berbau, kami jugaklah yang terkandas awal, terpaksa melihat rakit dan diri sendiri melanggar pokok buluh tengah-tengah sungai tu. Memang pucat muka, tambah-tambah lagi kaki dah tersepit celah-celah buluh rakit. Alhamdulillah, semua terselamat selepas tersangkut lebih kurang lima minit. Memang memenatkan walaupun matahari tak bersinar panas terik. Tak da la kulit ni jadi gelap sangat.

• Malam Kesenian Ikhwah (MAKSI)
Suruh buat dikir barat, masa diberikan untuk sedia sekejap jer. Jadi, kemantapan persembahan seperti yang telah dirancang langsung tak menjadi. Dah nak buay persembahan, tapi tak hafal lirik lagu, entah la. Cukup seronok walaupun mungkin kumpulan kami paling hambar. Sekurang-kurangnya dapat tengok kehenbatan kumpulan lain. Dah jangka dah akan kena buat hirasah malam sebab kalah, tengok-tengok kem kom terlupa. Dia dah tertidur kot. =)

• Games Sukaneka
Cari kertas dalam tepung – Buka-buka kertas, ada tulis C4 atas tu. C9 atas tu. Dapat Cloud 9. Saje kot urusetia nak beri hadiah guna cara yang lain. Game seterusnya, jalan berdua dengan kaki terikat. Takda masalah. Seterusnya, mata kami ditutup. Kali ini kena cari team members berdasarkan suara dan password yang ditetapkan. Agak psycho jugak. Selesai aktiviti di dewan, makan sekejap di kawasan kem. Lepas tu ada game lagi. Kena pecahkan belon, benda yang paling tak disukai dalam hidup ni. Lepas tu kena makan epal yang tergantung. Entah terasa ke nikmat epal tu...

• Night Slow Talk (???)
Sesi muhasabah. Mula dengan perkongsian pengalaman masing-masing dijemput masuk dalam tarbiyyah. Satu lilin dinyalakan bagi satu kumpulan, lampu-lampu di sekitar kem dipadamkan. Terasa sangat mudah Allah memberikan nikmat tarbiyyah ini dan sangat indah nikmat ini. Sambung dengan slot muhasabah ramai-ramai awal-awal pagi.

Apa-apapun, semoga objektif dapat dicapai. Ukhuwah fillah, integration ikhwah dan paling besar, keredaan Allah sepanjang hidup.

Tsabat, Yakin, Sabar!

Youtube Link

p/s Log masa untuk CAS dah siap. Akan diserahkan ke Koji petang Ahad.

2 comments:

  1. dlm montaj tu cm bes je jambori tuh..

    ReplyDelete
  2. Best
    Kena rasa dan join, beru rasa seronok
    Satu lagi video dah di"embed"
    Masa yang paling seronok dan mencabar sekali masa jambori tu

    ReplyDelete

Labels