Thursday, 2 July 2009

Perjalanan Bermula

Sambungan Entri Sebelum Ini

Perjalanan pertama untuk semester 3 ini, dapatlah peluang kembali ke Perak untuk Jambori Nasional 09 di Nur Lembah Lenggong.

Perjalanan seperti biasa mula dari KMB, jalan kaki ke stesen bas depan, terus ke Putrajaya, KL Pasar Seni, jalan semula ke Pudu, terus naik bas ke Kuala Kangsar dan sambung ke Lenggong bersama ikhwah. Akhirnya tiba juga di Nur Lembah Lenggong, kawasan tepi sungai Perak.

KMB hantar tiga orang wakil. Perjalanan kami terpisah dua. Seorang di depan sebab sudah beli tiket awal-awal lagi. Dua lagi, walaupun tiada tiket lagi dan perlu beli tiket “on the spot”, masih lagi semangat sertai jambori ini.

Selepas macam-macam masalah berlaku kepada dua yang tertinggal ini, akhirnya sampai juga di Lenggong. Tiket semua bas ke Kuala Kangsar dah habis, Lenggong pun sama. Terpaksa beli tiket ke Ipoh 10 malam, ini je yang tertinggal. Tengok-tengok lagi bagus pergi Kamunting sebab lagi dekat untuk dijemput ambil, jadi, kena tukar tiket la pulak. Tengok tiket bas banyak dah habis, yang tinggal pun jalan malam, hati memang terasa nak patah balik KMB, tapi alang-alang dah sampai Pudu, jangan patah belakang balik sudah.

Apa-apapun, anggaplah semuanya ujian dan dugaan sebagai cabaran untuk tingkatkan kesabaran. Masih terlalu kecil bandingan dugaan yang dilalui, bahkan ujian di jalan Allah memang sangat banyak, maka takda benda lain dah kecuali kena sabar dan tetap teguh pada jalan ini.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya
[Inteam, Tiada Lagi Kasih: Kehidupan]
Bersambung...

Popular Posts