Thursday, 25 June 2009

Usaha, Bukannya Hasil (Dua-dua lagi Bagus)

Siapa yang tak teringin melihat hasil yang banyak? Siapa yang tak rasa bangga dengan keputusan cemerlang yang dicapai?

Kita sudah dibiasakan untuk melihat sesuatu dari sudut hasil, bukan lagi usaha. Secara mudahnya usaha dapat diumpamakan seperti bongkah ais yang tenggelam, tidak terlihat, lalu boleh diabaikan. Hasil pula merupakan bongkah terapung yang boleh dilihat ramai.

Kalau begitu, apa yang paling penting sebenarnya? Yang tenggelam atau yang timbul? Di sinilah kesilapan berlaku apabila kita terlalu mengejar hasil atau target yang dicapai namun dalam masa yang sama mengambil mudah terhadap usaha yang dicurahkan.

Contoh paling mudah, kita lihat pada peperiksaan. Mungkin kita berasa sedih dengan keputusan yang tidak memberangsangkan sedangkan kita sudah berusaha sehabis baik, bangun pada waktu pagi untuk mengulangkaji, selalu berjumpa guru, banyak buat latihan dan lain-lain. Jangan sedih, dari sudut manusia, anda mungkin rugi malah boleh dikatakan kasihan dan bernasib malang, tapi di sisi Allah, anda lebih mulia berbanding yang lain, termasuk mereka yang mendapat hasil yang memberangsangkan dengan usaha yang sedikit.

Begitu juga dari sudut pembinaan anak halaqah. Usaha untuk mencari dan membina mereka, itu yang paling utama. Sama ada ramai atau sedikit, berjaya dibina atau tidak, bukanlah menjadi persoalan utama. Yang dipentingkan ialah bagaimana kita mencari, mengumpul, meramaikan dan membina kualiti mereka. Adakah sudah dengan sepenuh hati atau hanya main pegang sentuh saja dan mengabaikan kualiti dan standard yang ditetapkan Allah.

Selalu juga kita mengejar hasil yang banyak dan mengharapkan binaan cepat matang, tetapi usaha kita hanya sedikit. Nampak langsung tidak seimbang dan jangan berharap kita boleh sentiasa bersenang lenang dan berbangga dengan produk yang kita ada. Mungkin akan wujudnya sisi-sisi kelemahan yang akan merosakkan sistem pembinaan yang kita ada.

Namun, jika hasil yang kita harapkan dapat dicapai namun usaha boleh dikatakan sedikit, kita perlu berasa rugi. Kita rugi dari sudut ganjaran berusaha kerana dengan usahalah seseorang itu dinilai dan diberikan balasan, bukannya hasil. Jadi, banyakkan lagi usaha kita.
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".
[at Taubah, 9:105]

Begitu juga, usaha yang bersungguh-sungguhlah yang akan memberikan keberkatan kepada hasil dan ganjaran yang akan kita perolehi. Senang cerita, memang tidak rugi seandainya anda banyak berusaha walau sedikit atau banyak hasil yang anda dapat kerana yang penting ialah ganjaran dan tuntutan sebenar daripada pekerjaan yang kita lakukan itu.
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[al Ankabut, 29:69]

Saturday, 20 June 2009

Pendakwah Hipokrit

Semakan entri terdahulu. Version 2.1

Salah Faham + Penjelasan

Salah Faham
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ
2. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[as Saff, 61:2, 3]

Ayat yang sering disalahfahami. Dan juga sering menjadi serangan kepada para dai. Bahkan terdapat juga yang langsung terus gerun untuk berdakwah, semata-mata selepas mereka “disedar” dan “ditakutkan” dengan ayat ini.

Malah, terdapat juga ayat-ayat dan hadis yang lain yang sering dijadikan “senjata” yang cukup ampuh dan berkesan untuk memberhentikan para dai ini untuk melakukan kerjanya, bahkan sehigga sanggup memalukan peribadi dai tersebut.

Antaranya:
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.
[al Baqarah, 2:44]

Seorang lelaki diheret pada hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka, tali perutnya terkeluar dan berpusing-pusing seperti keldai megelilingi pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya, “Wahai Fulan, mengapakah kamu ini? Bukankah kamu pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?” Jawabnya, “Benar, aku menyuruh membuat kebaikan sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya.
[HR Muslim]

Bahkan saya sendiri pernah sekali tertunduk malu dan terasa tidak layak berdakwah apabila dalam suatu perjumpaan / liqa’, salah seorang daripada kami membacakan hadis riwayat Muslim di atas. Terasa diri ini yang disebut dalam hadis tersebut yang akan terburai tali perutnya. (Teringat cerita Happy Tree Friends pulak). Mula berasa tersipu-sipu disindir dan teringin sahaja berhenti daripada menasihat dan berdakwah kepada orang ramai.

Penjelasan:
Perlu dibezakan antara dua aspek yang wujud dalam ayat tersebut.
Pertama: Suruhan agar berkata / berdakwah
Kedua: Suruhan agar melakukan / beramal

Apa yang dipersalahkan dalam ayat itu sebenarnya? Adakah kesalahan tidak berbuat / beramal atau kesalahan tidak menyeru / berdakwah. Ya, sudah pasti, golongan yang dipersalahkan dalam ayat – ayat dan hadis tersebut ialah mereka yang tidak berbuat, bukannya tidak berdakwah.

Untuk lebih penjelasan, di sini disediakan empat jenis manusia berdasarkan dua aspek yang diperkatakan sebentar tadi.
Pertama: Buat maksiat + tidak berdakwah
Kedua: Tidak buat maksiat + tidak berdakwah
Ketiga: Buat maksiat + berdakwah
Keempat: Tidak buat maksiat + berdakwah
Perlu diingatkan, maksiat merupakan perkara yang dilarang dalam Islam manakala dakwah pula merupakan suatu kewajipan yang mesti dilakukan setiap individu muslim. Ulama ada mengatakan dakwah merupakan suatu kewajipan bagi individu. Bahkan sewajarnya ayat [ali Imran, 3:104] menjadi pembakar semangat untuk menyahut seruan Allah yang mengkehendakkan adanya golongan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang yang beruntung.
Jadi, melihatkan keadaan kita sekarang ini, yang imannya masih terumbang-ambing, masih lagi melakukan kemaksiatan, apakah yang sepatutnya kita lakukan. Adakah terus dengan kemaksiatan tanpa langsung lakukah usaha dakwah? Sepatutnya tidak. Mengapa begitu? Mari lihat suatu bentuk perbandingan berdasarkan jenis manusia di atas.
Pertama: Buat maksiat + tidak berdakwah
Jumlah dosa: 2 (Maksiat + tak dakwah)
Kedua: Buat maksiat + berdakwah
Jumlah dosa: 1 (Maksiat)
Ketiga: Tidak buat maksiat + tidak berdakwah
Jumlah dosa: 1 (Tak dakwah)
Keempat: Tidak buat maksiat + berdakwah
Jumlah dosa: 0 Excellent
Jadi, jenis manakah yang sepatutnya kita pilih? Sudah tentu keempat. Tapi, mana mungkin. Ada suatu kemustahilan di situ. Manusia = Makhluk xterlepas daripada kesalahan. Jadi, pilihan keempat dan ketiga ditolak. Maka, perbanyakkanlah istighfar.

Maka, pilihan yang ada hanya tinggal jenis yang kedua atau pertama. Kedua-duanya dikira berdosa kerana berbuat maksiat. Di sinilah kita perlukan Fiqh al Aulawiyyat. Antara dua dosa dengan satu dosa, mana satu yang perlu dipilih? Maka Prinsip Fiqh ini iaitu “Menolak kemudaratan besar lebih layak berbanding menolak kemudaratan yang kecil” haruslah digunapakai.

Hipokrit? Apa maksudnya tu? Hipokrit sebenarnya lebih sesuai dirujuk kepada mereka yang berbuat sesuatu kebaikan, sedangkan dalam hatinya masih penuh dengan penipuan, tidak terasa langsung mahu untuk berubah. Adakah itu sikap kita sebenarnya? Adakah layak kita menuduh orang lain sebagai hipokrit, sedangkan kita masih lagi belum membedah dada mereka untuk mengetahui tahap keimanan yang mereka ada. Jadi jangan menuduh seseorang itu hipokrit, kerana itu hal peribadi, hanya empunya diri dan Allah sahaja yang mengetahui. Jika anda berasa diri anda hipokrit, masih berniat jahat, maka itulah diri anda, jangan dituduh orang lain pula.

Sedangkan mereka yang berdakwah ini, hipokrit sudah pasti tiada dalam diri mereka. Mereka, walaupun berdakwah dan dalam masa yang sama masih melakukan kesalahan, sebenarnya dalam diri mereka masih terdapat keinginan untuk membaiki diri mereka sendiri dan berusaha ke arahnya. Bagi mereka ini ganjaran selagi mana mereka berjuang menentang keinginan dan nafsu mereka.

Sebenarnya ayat yang disebutkan di atas lebih merupakan amaran yang ditujukan kepada mereka yang menyuruh orang meninggalkan kejahatan, tetapi dalam masa yang sama langsung tidak berusaha untuk meninggalkan maksiat yang berada dalam diri mereka, malah berniat melakukan kejahatan lebih lagi.

Jadi, pilihlah dan jadilah manusia jenis yang kedua. Paling tidak, dosa tidak berdakwah dapat kita elakkan. Berdakwahlah, walau seteruk mana pun anda. Walau anda bukannya seorang ustaz mahupun anda tidak terlibat dengan badan-badan tertentu.

Mungkin hadis berikut boleh dijadikan hujah dan sepatutnya menjadi pegangan para dai:

Suruhlah kepada kebaikan, walaupun kamu tidak melakukannya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu kamu tidak menghindarinya sepenuhnya
[Hadis Hasan]

p/s ala, fikir logik pun boleh, semua manusia tak sempurna, lakukan kesalahan. Maka, kalau macam tu, xakan ada sesiapa la yang akan teruskan dakwah ni. Sedangkan dakwah merupakan sunnah Rasulullah yang paling besar, wajib dilakukan.

In both of these texts, what the Muslim is being warned against sinful behavior, especially when he knows what is the right thing to do. These texts are not warning us against calling others to what is right. This distinction has been explained by al-Qurtubî, Ibn Kathîr, and many other scholars.
edit dari: islamtoday.com

Tuesday, 16 June 2009

Bukan kualiti, tapi kuantiti. (Dua-dua lagi Bagus)

Kita tahu kualiti lebih baik daripada kuantiti, tapi kadang-kadang hati kita memang teringinkan kuantiti yang banyak, lalu terabailah kualiti yang sepatutnya dijaga.

Kita rasa seronok dengan banyaknya ahli dalam halaqah kita, tapi perasaan seronok ni terus melenyapkan target utama kita yang lebih penting, iaitu untuk membina mereka semantap mungkin.

Dan kebiasaannya kita akan rasa sangat berat untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Siapa yang tidak sayangkan ahli halaqah yang ramai. Siapa yang sanggup mengecilkan kuantiti ahli halaqahnya semata-mata untuk mengejar kualiti. Siapa yang sanggup menerima teguran dengan hati terbuka gara-gara kualiti dirinya masih belum terbina. Siapa yang sanggup terima teguran bahawa pembinaanya masih belum melepasi kualiti ditetapkan.

Contohnya, kita berasa seronok dengan kuantiti daurah yang belambak-lambak kita sertai. Tetapi kita jarang sekali meletakkan ukuran bagusnya daurah kita itu berdasarkan kualiti yang terbentuk. Berapa banyak daurah kita yang meletakkan resolusi yang perlu disepakati semua untuk mencapainya. Berapa ramai yang masih bersungguh-sungguh terikat dengan resolusi daurah-daurah yang pernah diikuti sebelumnya. Betullah kata seorang ikhwah ini, keberhasilan daurah kita hanya dapat diukur bermula beberapa hari selepas tamatnya daurah ini, bukannya sejak bermulanya daurah sehingga tamatnya daurah itu.

Almarhum Fathi Yakan dalam tulisannya Aids Haraki, ketika menceritakan penyakit berjangkit yang menimpa sesuatu gerakan dakwah, mengatakan bahawa sikap ingin mengutamakan kuantiti berbanding kualiti sering merosakkan sesuatu gerakan dakwah. Memang ini hakikat terutamanya ketika kita terlalu mengharapkan sokongan orang ramai untuk membantu planning dakwah kita, termasuklah apabila dakwah sudah masuk ke peringkat politik dan kekuasaan.

Mungkin nasihat daripada tokoh ini perlu kita perhatikan dari sehari ke sehari. Mudah-mudahan niat dan tujuan utama kita tidak terpesong. Ameen.
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
[al Baqarah, 2:249]

Sunday, 14 June 2009

Syaikh Fathi Yakan Telah Wafat


Dunia pergerakan Islam abad 20 kembali berduka, tokoh pergerakan Islam yang banyak buku-bukunya dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90 an lalu maupun dunia Islam telah menghadap Robb nya.

Pemimpin Front Amal Islam - Syaikh Fathi Yakan yang juga seorang ulama terkenal dilaporkan telah meninggal dunia setelah mengalami sakit yang cukup parah, media Libanon melaporkan.

Front Amal Islam, sebelumnya menyangkal bahwa ustadz Fathi Yakan telah meninggal pada hari Sabtu kemarin, kata kantor berita Naharnet.

Stasiun radio Voice of Lebanon mengatakan bahwa Fathi Yakan meninggal di rumah sakit Hotel Deu dimana pada malam sebelumnya ia mengalami sakit parah.

Selain itu, banyak media Libanon telah mengatakan Fathi Yakan meninggal.

Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992.

Ia menjadi terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara Politik daripada Islam itu sendiri.

Jasad Fathi Yakan akan dibawa ke Tripoli kota kelahirannya pada hari Ahad pagi ini. Waktu dan tempat pemakamannya akan diumumkan segera, demikian pernyataan tambahaan yang didapat oleh media.

Semoga amal ibadahnya diterima disisi Allah SWT...Amiin (fq/wb)

_________________

fiQ: marilah kita solat jenazah ghaib utk tokoh yang cukup hebat ini. Sama-sama kita doakan kita termasuk dalam kalangan hambanya yang soleh serta menyumbang kepada kebaikan dunia

Friday, 12 June 2009

Do dan Don't

Susulan entri-entri sebelum ini. Rumusan utk diri dan kawan-kawan sehalaqahku, di mana-mana anda berada, gencarkan dakwah. Bekerja untuk Allah!

Apa yang Kena diBuat
• Ikhlaskan niat
Kalau matlamat sudah berbeza, biar kita berpisah sejak dari mula. Allah Ghayatuna. Apabila diajak kerana Allah, pastikan ajakan tidak ditolak.
• Jaga mutabaah
Mantapkan iman. Jangan mudah down. Ini yang menentukan keberhasilan kata-kata dan pembinaan dalam halaqah kita.
• Kreatif mecari jalan
Sentiasa berfikir, bagaimana membina sebanyak mungkin binaan berkualiti. Gunakan nikmat kepala otak yang hebat. Jangan cepat berputus asa dengan keadaan yang bermasalah. Pasti ada jalan keluar.
• Jaga prestasi akademik
Imej terbaik untuk suasana di Malaysia. Banyakkan jumpa cikgu, buat banyak latihan. Study group.
• Menyumbang semaksimum mungkin
Berikan sokongan spiritual, material dan fizikal. Infaq dalam keadaan susah mahupun senang. 
• Berikan komitmen
Bersungguh sungguh berada di jalan ini. Jangan sekejap nak, sekejap xnak. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu, pastikan hawa nafsu tunduk dengan kita. Prioritikan study dan tarbiyyah.
• Cari seramai-ramainya anak halaqah
Jangan buang sebanyak-banyaknya masa. Cari untuk dibina, bukan untuk meramaikan koleksi. Mereka menunggu anda untuk dibina, menunggu anda memahami Islam dengan sebenar-benarnya.
• Bina sungguh-sungguh
Baiki sisi kelemahan, kuatkan sisi kelebihan. Bina sehingga mereka sama tahap dengan kita atau lebih hebat dari kita.
• Tingkatkan pengetahuan
Daripada bermain game yang sia-sia, lebih baik banyakkan membaca. Dapatkan buku daripada siapa-siapa. Pengetahuan am perlu diupdate, sirah Rasul perlu diketahui.
• Sentiasa bersedia
Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Pastikan anda bersedia dan reda dengan kehendak Ilahi. Pastikan dah ada sebarang back-up plan.

Apa yang Kena Tinggalkan
• Bermaksiat
Merosakkan hubungan kita dengan Allah. Tinggalkan dosa-dosa besar, hindari dosa-dosa kecil. Banyakkan istighfar, mudah mudahan akan melicinkan kembali pergerakan kita.
• Banyak bermain game.
Melalaikan. Kepala akan leka dengan keseronokan, lalu akan terlupa berfikir bagaimana memantapkan binaan. Kerja-kerja bertimbun akan lambat diselesaikan.
• Menonton movie (baca: aurat-aurat wanita)
Merosakkan penglihatan, menyalahi suruhan supaya mensederhanakan pandangan. Akan mengundang konflik masa depan kepada diri kita.
• Membuang masa
Elakkan bermain game, menonton movie, membaca komik, mengadap laptop terlalu lama. Diri masih belum hebat, mengapa gunakan masa kepada benda yang langsung tidak membantu.
• Bertangguh buat kerja
Dapat homework atau sebarang tugasan, terus siapkan. Kalau xtahu, at least, siapkan first draft homework. Nanti top-up dengan kawan. Nanti akan datang alasan, “Banyak homework xsiap lagi. Esok nak kena hantar.” 
• Banyak memberi alasan
Pastikan alasan yang diberi, jika ada adalah syar’i. Jangan menolak seruan dengan alasan remeh-temeh. Bijak mencari jalan, bukan alasan. Jangan juga menolak seruan tanpa sebarang alasan. Akan menimbulkan lagi banyak persoalan.
• Abaikan tugasan
Hilang daripada diri kita sifat amanah, taat dan menepati janji.

Tuesday, 9 June 2009

Bina Betul-betul

Memikirkan tentang langkah untuk menjadikan Islam sebagai pengaman dunia sepertimana ditulis oleh Imam as Syahid dalam himpunan risalahnya, Majmuatu ar Rasail, nampak seolah-olah kerja ini terlalu senang, hanya tujuh langkah, sekejap sahaja boleh tercapai. Siapa yang tak suka suasana persekitaran jadi aman bahagia. Namun realitinya, amat pedih dan memayahkan.

• Memperbaiki diri sendiri
• Pembinaan keluarga muslim.
• Membimbing masyarakat
• Membebaskan tanahair
• Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam
• memerdekakan semua tanahair umat Islam
• Menjadi tonggak dunia

Untuk lepas tahap pertama pun sudah menjadi suatu yang sangat payah, inikan pula nak mewujudkan suasana Islam di suatu dunia. Ya, bukan senang nak baiki diri sendiri, dan bukan senang juga untuk membaiki orang lain.Datangnya sistem tarbiyyah secara halaqah nampak memudahkan langkah-langkah ini, tetapi masih belum cukup mudah. Buktinya, boleh dilihat wujudnya golongan yang walaupun dah mengikuti sistem halaqah, tapi masih lagi xberjiwa tarbiyyah dalam hidupnya.


Sedangkan kewajipan sebagai seorang muslim masih lagi belum tertunai, inikan pula tanggungjawab sebagai seorang al akh. Sebab itu janganlah kita terlalu seronok bersangka bahawa kita ini generasi rabbani atau generasi yang mendapat nikmat tarbiyyah hanya kerana kita mengikuti usrah sekian sekian, halaqah dengan sekian sekian, Keterlibatan dalam halaqah hanya langkah pertama, masih banyak dan panjang lagi baki langkah-langkah yang ada.

Bina betul-betul.
Apa yang perlu dibina?
Dah tentulah manusia.
Macam mana nak dibina?
Sistem tarbiyyah dan halaqah.

Seorang murabbi / naqib perlu memantau anak halaqah mereka bersungguh-sungguh, bukan main sentuh ala kadar sahaja. Hanya berhalaqah apabila hati senang dan apabila dah tiada apa yang ingin dibuat atau mungkin rutin mingguan yang sudah ditetapkan. Walau bagaimanapun, seorang murabbi yang sukses, dia tahu bahawa dia tidak boleh memandang ringan pertemuan mingguan dengan mutarabbinya. Banyak persiapan dan isi penting yang perlu disampaikan. Tugas ini tugas yang sangat mencabar, memerlukan dirinya serius dan berobjektif untuk mencapai matlamat.

Membina manusia bukan seperti menjaga lembu kambing. Membina manusia memerlukan kita meneliti sisi sisi kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mutarabbi kita. Memerlukan kita mencari sisi kelemahan mereka untuk memberikan rawatan dan menilai kekuatan mereka untuk diperhebatkan lagi. Memerlukan masa untuk berfikir dengan mendalam sifat dan perwatakan mereka.

Kerana itulah, seseorang naqib perlu memanfaatkan masa halaqahnya semaksimum mungkin untuk memantapkan binaannya semantap-mantapnya. Binaan yang dijaga, perlulah mematuhi piawai yang ditetapkan. Kalimat bunyanun marsus dalam surah as Saff, perlu dicari dan diteliti definisi selengkapnya agar binaan kita, dalam masa yang tepat, sudah menjadi seolah-olah batu-bata yang kukuh untuk menjadi sebahagian daripada bangunan.
-->
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
[as Saff, 61, 4]
Contoh piawaian yang perlu.
• Kefahaman
• Keikhlasan
• Kemampuan utk Beramal
• Kesungguhan
• Sanggup berkorban
• Ketaatan
• Teguh pendirian
• Ketegasan
• Persaudaraan
• Tsiqah, percaya

Mudah-mudahan kita menjadi seorang murabbi yang bukan sekadar mempunyai mutarabbi, tetapi mampu mengubah / membaiki / menguatkan mutarabbi kita agar mereka menjadi jundi dakwah yang berjaya.

Terus membina dan dibina.

Saturday, 6 June 2009

Budak Sekolah Agama...

Artikel ini sangat berkaitan dgn mereka yg baru beberapa tahun keluar dari sekolah agama.

Dengan banyaknya bilangan SMKA, SMA, SAM dan yang seangkatan dengannya, kadang-kadang tertanya-tanya di manakah pelajar-pelajar mereka yang identitinya perlu berbeza berbanding pelajar dari sekolah lain.

Apa yg nak diharapkan daripada budak-budak sekolah agama melainkan nilai agama yang berbeza dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Minimum, pengetahuan mereka tentang agama sudah mendalam dan lebih banyak berbanding pelajar lain. Minimum.

Dah namanya sekolah agama, mestilah ada bezanya dengan sekolah lain dari sudut pengamalan agama. Huruf A yang ada pada nama sekolah tu bukannya bermaksud agama lain, tapi agama Islam. Pelajrnya mesti berbeza dari sudut keislaman mereka, bukan sekadar baik dari sudut akhlak sahaja.

Saya sendiri bekas pelajar sekolah agama dan sekarang masih lagi selalu ke sekolah lama saya sambil melihat pelajar-pelajarnya, masih lagi memerhatikan tingkah laku dan tindakan pelajar-pelajar dari sudut yang jauh. Kadang-kadang terasa, secara kolektifnya memang wujud kecairan yang jelas dari sudut pengamalan agamanya.

Bahkan, pandangan pelajar sekolah lain terhadap budak sekolah agama, kadang-kadang terlalu tinggi. Kalau ada kesalahan dilakukan, nama sekolah yang dilaung-laungkan, seolah sekolah turut sama salahnya (mungkinkah ya?). Sedangkan perkara yang khilafiah / harus yang berlebih-lebihan, orang ramai sudah bising-bising, “xlayak budak sekolah agama buat macam itu”, inikan pula maksiat yang terang-terang bertentangan dengan nilai agama kita.

Oleh itu, wahai budak-budak sekolah agama, jaga penampilan anda masing-masing. Sebenarnya bebanan yang diletakkan pada anda lebih sikit berbanding pelajar sekolah lain, hanya kerana anda dipandang tinggi disebabkan anda dari sekolah agama. Agama perlu berbeza dan lebih berbanding diri mereka.

Jaga tutur kata anda. Jangan sampai anda dijadikan hujah untuk membenarkan orang lain membuat sesuatu kesalahan atau maksiat. Jaga pengamalan dan pengislaman anda. Buktikan anda bukan sahaja berilmu dan faham tentang agama lebih berbanding kawan anda, tetapi hebat juga dari sudut penghayatan dan pengamalan.

Ini bukan salah anda sebagai pelajar yang pernah menghabiskan pelajaran di sekolah agama, tetapi sebenarnya salah anda sebagai seorang yang beragama, tetapi kerana adat budaya kita yang memandang anda perlu berbeza berbanding pelajar lain, anda perlu jadi berbeza.

Jadikan pandangan orang lain sebagai motivasi utk kita menjadi lebih baik. Terimanya sebagai positif dan suatu peluang yang diberikan Allah untuk kita berada di hadapan berbanding budak sekolah lain.

Menunggu junior yang akan masuk KMB hujung Jun ini, ana masih lagi berharap dapat berjumpa dengan budak sekolah agama yang cukup berbeza keislaman mereka berbanding budak sekolah lain, kerana mereka memanfaatkan pengalaman di sekolah agama dengan baik. Namun, seandainya yang berbeza pengislaman itu bukannya dari budak sekolah agama, hati ini pasti terasa lebih gembira. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk membangun dan menggerakkan Islam dengan lebih gencar lagi.

Mungkin ini baru bahagian satu untuk topik budak sekolah-sekolah agama. Isi di bahagian satu inipun belum dikembangkan sepenuhnya. Akan bersambung ke bahagian dua, insya-Allah.

Apa-apa pun, ayat di bawah ini mungkin jadi bayangan untuk entri yang seterusnya. Semoga menjadi renungan bersama, bukan setakat untuk yang bergelar bekas pelajar sekolah agama, tetapi sesiapa yang pernah merasai nikmat berpengetahuan dan berilmu agama.
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berpikir.
[al A’raaf, 7:175, 176]

*Dari sudut pandangan bekas pelajar sekolah agama yang juga SBP.

Thursday, 4 June 2009

Akhirat Kehidupan yang Hakiki

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan, Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri, Telaga Biru, Nov 08

Drpd Anas bin Malik ra, bahawa Nabi saw telah bersabda, “Ya Allah, tiada kehidupan yang sebenar kecuali kehidupan akhirat.”
[HR al Bukhari dan Muslim]


Manaqib Perawi Hadis
• Anas b Malik b al Nadhar al Ansari al Khazraji
• Khadam Rasulullah 10 tahun
• Rasulullah memanggilnya Abu Hamzah
• Ibunya Ummu Sulaim
• Doa Rasulullah kpdnya, “Ya Allah, banyakkan hartanya, ramaikan anaknya, panjangkan umurnya, berkatilah padanya dan masukkannya ke dalam syurga”
• Seorang kaya, 120 anak, hidup lebih 100 tahun, meninggal dunia di Basrah tahun 93 Hijrah, meriwayatkan 2286 hadis.

Pengajaran Hadis
• Dunia jambatan akhirat
Alam Rahim  Dunia  Barzakh  Akhirat (Syurga / Neraka)
• Kehidupan kekal abadi: akhirat. Bahagia / sengsara selama-lamanya
• Rasulullah dan Sahabat menggunaka kesempatan utk menambah koleksi pahala
• “Penglihatan mata hari mereka amat jelas dalam menilai kadar dunia dan akhirat serta matlamat hidup hakiki  Menjadi juara berbanding tamadun lain dalam ketaatan dan kepatuhan mutlak kepada Allah.
• Eg: Abu Bakr mewakafkan semua hartanya kerana hatinya yang suci dan makrifah yang tinggi tentang hakikat dunia utk diabadikan kepada Allah

Keterangan al Quran
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.
[Yunus, 10:24]


Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
[at Takatsur, 102:3-8]


“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis”
[HR al Bukhari]


Keterangan Hadis
اتدرون من المفلس؟ قالوا المفلس فينا من لادرهم له ولا متاع, فقال ان المفلس من امتي من يٲتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة, ويٲتي وقد شتم هذا, وقذف هذا, واكل مال هذا , وسفك دم هذا, وضرب هذا, فيعطى هذا من حسناته, وهذا من حسناته, فإن فنيت حسناته قبل ان يقضى ما عليه, اخذ من خطاياهم فطرحت عليه, ثم طرح في النار
Tahukah kamu siapa orang yang bangkrut? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Nabi Saw lalu berkata, " Sesungguhnya orang yang bangkrut dari umatku ialah (orang) yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, shalat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dan ganti tebusan atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka."
[HR Muslim]


يتبع الميت ثلاثة, اهله وماله وعمله فيرجع اثنان ويبقى واحد, يرجع اهله وماله ويبقى عمله
“Mayat akan diikuti oleh tiga; keluarga, harta dan amalannya. Kemudian pulang dua dan kekal satu. Yang pulang ialah keluarga dan hartanya sedangkan yang kekal amalannya”

Mutiara Kata
“Saya sibuk mensyukuri empat perkara
• Allah menjadikan aku anak Adam, makhluk termulia dprd seribu macam makhluk-Nya
• Allah menjadikan aku lelaki, lebih berbanding wanita
• Aku dijadikan muslim,agama terbaik dan diterima Allah
• Aku menjadi ummat Muhammad, seutama-utama umat”

Suri Teladan
ALI BIN MAKMUM AL ABBASY -Kisah Si Buruh dan Anak Raja
• Anak khalifah, hidup mewah, keinginan dan kehendaknya dipenuhi
• Ternampak seorang buruh yang rajin bekerja sepanjang hari, pulang waktu malam
• “Aku ada seorang isteri, dua org adik beradik perempuan, seorang ibu. Kehidupan mereka bergantung kepadaku. Kerjaku mencari kayu dan jadi buruh di pasar. Siang hari berpuasa, waktu malam baru berbuka dengan wang hasil usaha pada waktu siangnya.”
• Anak khalifah kasihan. “Adakah kau nak sesuatu?” “Tak, terima kasih. Walaupun begini, alhamdulillah, aku dan keluargaku bahagia.”
• Anak khalifah terpegun dan termenung.
• Meninggalkan istana. Diketahui beberapa tahun kemudian dia berada di sebuah kampung, menjadi seorang tukang kayu dan mengaku berjaya mendapat kebahagiaan bekerja.

Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya.
[Muhammad, 47:17]

Downloading

Format: Pengumuman. 

Dalam blog ini, disertakan sekali file-file yang boleh didownload. Semuanya dah diletakkan di sebelah kanan blog ini. Mudah-mudah dapat dimanfaatkan secara bersama. 

File yang baru diupload, akan diletakkan di ruangan senarai download baru. Setelah agak lama, file ini kemudian akan dipindahkan ke ruangan bawahnya.

Tuesday, 2 June 2009

Bersungguh-sungguhlah

Memang tidak dapat dinafikan, perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah beserta sahabatnya bukanlah suatu perjuangan yang ala kadar, bermain-main, ikut suka hati, namun merupakan perjuangan yang disertakan dengan kesungguhan yang sangat tinggi.

Kesungguhan sangat penting dalam hal ini. Tanpa kesungguhan, seorang dai akan cepat berputus asa lalu mengambil jalan belakang, dengan meninggalkan apa yang telah dilakukan selama ini.

Bukan senang untuk bersungguh-sungguh di jalan ini. Kadang-kadang seseorang itu perlu mengorbankan perasaan, keinginan, harta malah diri semata-mata untuk memastikan dia terus komited dalam melaksanakan amanah dakwah Allah ini.

Sebagai contoh, apabila ingin menghadiri suatu program dakwah, tiba-tiba datang suatu aktiviti yang kurang prioritinya berbanding program dakwah yang kita sertai, namun permintaan daripada orang lain untuk ktia menghadirinya sangat kuat. Mereka yang lemah semangatnya akan terus tunduk kepada permintaan orang tersebut lalu mengetepikan prioritinya. Akan tetapi, bagi yang tahu dan faham bahawa kehadirannya ke setiap program dakwah merupakan suatu hal yang sangat penting, dia tidak akan senang untuk tunduk kepada permintaan itu. Segala pujukan atau ugutan tidak langsung mengurangkan keazamannya. 

Semua halangan yang datang, dia akan akan mencari jalan penyelesainnya. Nikmat otak yang kreatif akan digunakan sebaik mungkin di jalan Allah untuk mecari jalan keluar, bukan terus berhenti apabila ada halangan di tengah jalan. Oleh itu, sebarang cubaan yang datang, hendaklah kita anggapi sebagai cabaran yang perlu diselesaikan, bukan halangan yang langsung menghentikan. Dengan cubaan tersebut, barulah terasa apa yang kita lakukan ini payah, dan kepayahan inilah yang akan mematang dan mendewasakan kita.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[at Taubah, 9:41]

Apa yang Imam asy Syahid perkatakan tentang kesungguhan / jihad dengan panjang lebar dalam Risalah Taalim, perlulah kita telitikan secara bersama. Dalam mukaddimahnya, beliau mengatakan, 

Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
من مات ولم يغز ولم ينو الغزو مات ميتة الجاهلية
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”


Perang memang menuntut kesungguhan yang sangat tinggi. Seandainya kita bermain-main dengan tuntutan seumpama ini, muncullah tabiat bertangguh-tangguh, menganggapnya ringan dan tidak penting lalu apabila tertinggal atau terlepas peluang untuk keluar menyertai pasukan, barulah kesalan datang meninggi. 

Inilah yang dialami oleh Kaab b Malik ketika perang Tabuk hendaklah diambil pengajaran. Sikapnya yang bertangguh ketika pokok sedang berbuah dalam tamannya, ditambah lagi dengan nikmat kasih seorang isteri, menjadikannya terleka lalu menanguh-nangguh persiapannya untuk bersama Rasulullah dan pasukan baginda dalam perang tersebut.

Namun, jangan pula menjadi orang munafik yang lansung mencari alasan lalu menceritakannya di depan Rasulullah. Apabila melakukan kesilapan, contohilah Kaab, mengakui kesilapannya lalu bertaubat kepada Allah.


وَعَلَى الثَّلاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الأرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
[at Taubah, 9:118]

Sama-sama kita meningkatkan kesungguhan kita, terutamanya ketika waktu cuti ini, kerana nikmat bersenang-lenang dalam rumah kediaman pasti akan melalaikan kita, sedikit demi sedikit.

Labels