Saturday 5 January 2013

Amanat Haji Hadi (Komen)


Ini lima komen terpilih yang boleh saya berikan berkaitan kenyataan rasmi ISMA terhadap Amanat tersebut.

* Kalau nak katakan bahawa ISMA itu UMNO atau sayapnya, ini satu kesalahan besar. Beberapa juzu' persamaan tidak menjadikan sesuatu pihak itu sebahagian yang lain. ISMA sedaya upaya cuba (dan mengajak) untuk keluar daripada politik kepartian dalam tindakan yang mereka ambil, walaupun terkadang seolah-olah senada dengan UMNO atau terkadang tidak bersama majoriti.

* Apa yang ISMA komen tentang amanat tersebut, ada asasnya, betul dari sudut teori. Kesan yang berlaku akibat amanat tersebut tidak dapat kita nafikan. Cuma ISMA mencadangkan agar TGHH elok menarik balik tersebut dan membaiki kesan yang telah berlaku. Mungkin TGHH tidak bermaksud mengkafirkan UMNO, namun ahli bawahannya telah tersalah tanggap dan berlakulah kes perceraian, berlainan imam, tak makan sembelihan dan lain-lain sehingga sekarang.

* Ijtihad ISMA tersebut diambil bertepatan dengan seruan yang selalu dilaungkan ISMA agar perpaduan sesama orang Islam khususnya Melayu dapat dieratkan, selain mengelakkan budaya mengkafirkan berlaku secara berleluasa. Hubungan wala' sesama orang Islam perlu dikuatkan. Kita mempunyai akidah yang sama, tak perlu terlalu kuat berseteru sesama kita.

* Ada banyak persamaan antara apa yang Dr MAZA komen dengan apa yang ISMA sebutkan. Dr MAZA dihujung ulasannya, meminta kita berhenti daripada isu kafir ini dan kembali kepada politik yang membina negara; perkara yang sama juga ISMA serukan. Dari satu sudut, dapat dilihat bagaimana viralnya kenyataan ISMA dan Dr MAZA, walaupun tanpa bantuan media perdana. Apa salahnya TGHH turut sama memberikan kenyataan beliau, melihatkan kesan buruk yang telah berlaku.

* Di Eropah, ahli-ahli ISMA tidaklah terlalu tegar berkongsi dan mempertahankan kenyataan tersebut di media sosial terutamanya Facebook. Yang ramai memberikan komen / berkongsi merupakan mereka yang kelihatannya berafiliasi dengan PAS. Ada dua kemungkinan paling kurang; ahli ISMA Eropah kuat kesabaran, tidak suka perdebatan ataupun masih malu-malu lagi bawa aspirasi Pusat. Dari sudut lain, ahli ISMA mungkin patut berterima kasih kepada mereka yang berkongsi pautan (link) di facebook kerana menyebarluaskan fikrah kenyataan tersebut secara tidak langsung :)

Wallahu A'lam
In Uriidu Illa Al Islaaha Ma statha'tu [11:88]

Membangun Umat Beragenda

3 comments:

  1. setuju..kesannya terlihat kt kampung sendiri..bila solat jumaat buat kat dua tmpat berbeza...:( padahal kampung xdela besar mana..muat je solat kat satu masjid

    ReplyDelete
  2. izin utk komen, perpecahan umat Melayu disebabkan harta pusaka lebih terkesan berbanding amanat Hj Hadi... Sangat yakin bahawa amanat Hj Hadi hanya 'terkesan' kpd golongan lama, dan bukan golongan baru pada zaman kini... Rasanya rakyat yang mempunyai didikan agama mencukupi tak akan mudah ceraikan isteri yg berlainan fahaman... 1981 merupakan tahun sebelum penggubalan Perkara 121(1A) dipinda (tahun 1988) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah sebagai institusi mahakmah yang ebrasingan dari mahkamah sivil, jadi melihat kerangka masa itu, amanat Hj Hadi ini tak lebih sekadar sebagai breakthrough perubahan negara ke arah proses Islamisasi. Menarik balik amanat bukan satu isu besar, tetapi isu yang perlu diutamakan adalah proses Islamisasi adakah masih berterusan atau masih terhencut2 menunggu bedilan dari pembangkang atau anasir non-gov org (NGO).

    ReplyDelete

Labels