Saturday, 4 August 2012

[12:3] Seindah-indah Kisah


Dalam bahasa Arab, ungkapan ini disebut "ahsanal qosos". Istilah ini dirujuk kepada kisah hidup Nabi Yusuf as yang diceritakan khusus dalam satu surah iaitu surah Yuusuf. Sebelum bercerita mengenai baginda, Allah memperkenalkan cerita tersebut sebagai cerita yang terbaik, diceritakan sebagaimana al Quran diturunkan, yang nabi Muhammad saw tidak pernah sedaripun sebelum ini.

Di dalam al Quran inilah sebaik-baik sumber cerita. Pernah Umar b al Khattab ra mahu menyampaikan suatu tulisan kepada Rasulullah saw, yang didakwanya isi kitab Taurat, lalu berubahlah muka baginda tanda marah. Ketika reda, baginda bersabda. "Demi Allah, jika Musa berada dalam kalangan kamu, kemudian kamu mengikutinya dan meninggalkan aku, nescaya sesatlah kamu. Sesungguhnya kamu sebahagian umatku dan aku merupakan nabi yang menjadi sebahagianmu."

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
[Yuusuf, 12:3]

Maka selalulah teliti jalan cerita kisah Nabi Yusuf as yang penuh pengajaran ini. Agar nanti ketika orang meminta kepada kita untuk bercerita, kita dengan yakinnya terus mengambil "ahsanal qosos" ini sebagai bahan cerita.

Popular Posts