Dalam bahasa Arab, istilah ini disebut "aladdu lkhisoom". Dalam berurusan dengan manusia, Allah memperingatkan adanya golongan munafik, yang bicaranya manis apabila berkata tentang kehidupan dunia sehingga mampu mengkagumkan / menarik hati kita. Bahkan, mereka berani untuk bersumpah bahawa apa yang berada dalam hati dan lidah mereka selari apabila berkata-kata. Rupa-rupanya orang seperti ini, ada Allah ungkapkan sebagai penentang yang keras / melampau. Namun, liciknya mereka dalam bermuslihat, bermanis mulut, Allah mengingatkan bahawa Dia mampu untuk membongkar keburukan yang berada dalam hati mereka.
Baginya, kebenaran langsung tidak perlu dipedulikan. Lalu bertepatanlah sifat mereka ini dengan hadis yang menyenaraikan sifat-sifat munafik: Apabila berkata, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Apabila bergaduh, dia melampau. Pernah juga Rasulullah saw bersabda, manusia yang paling Allah benci ialah yang paling kuat bergaduh / menentang dengan keras.
Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.
[al Baqarah, 2:204]
Dalam aktiviti seharian kita, banyak yang perlu dimuhasabahkan agar kita tidak bersifat seperi "aladdu lkhisoom" ini. Tiga ayat diperuntukkan secara berturutan untuk menggambarkan sifat-sifat yang perlu dijauhi ini (lihat al Baqarah, 2:204, 205, 206 juga). Kepada-Nyalah kita berdoa agar dijauhkan daripada dijangkiti penyakit buruk ini.
No comments:
Post a Comment