Wednesday 6 April 2011

Hanzalah dan Thermodynamic


Mungkin kita ada fikir, apabila Quran banyak menceritakan tentang akhirat, syurga neraka dan macam macam perkara ghaib lagi, manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan. Nampak macam betul. Tapi hakikatnya tidak. Manusia yang membaca al Quran itu masih lagi lalai dan terpengaruh dengan dunianya.

Kenapa ye? Sebab ikut logik alam pun, sesuatu benda yang tak dijaga, pasti akan menjadi rosak dan usang dengan sendirinya. Degraded / turun ke stage atau level bawah.

Ibarat air, pastinya akan mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Sebabnya, tidak ada air yang bergerak dari bawah ke atas melainkan adanya tenaga daripada pam atau haba untuk menyejatkanya. 

Ibarat manusia, kalau ditutup matanya dan dibiarkan berjalan lurus [as Sirat al Mustaqim?] keseorangan, dia akan menyimpang juga ke kiri dan ke kanan, walaupun pada mulanya dia dah set kaki dada dan postur badannya akan bergerak lurus. Melainkan adanya orang di sebelahnya / dari jauh memberikan panduan / arahan agar dia dapat bergerak dengan lurus.


Ibarat hukum thermodinamik kedua, sesebuah sistem itu akan menjadi semakin kacau dan huru hara jika dibiarkan begitu sahaja, melainkan kalau ada tenaga dari sumber luar yang datang untuk membaiki.
The Second Law says that entropy always increases in a closed system. Entropy can decrease in an open system only if energy is received from an outside source.

Ibarat ayat dalam surah at Tin yang memberitahu bahawa kita pada asalnya sudah merupakan sebaik-baik kejadian, tapi secara sendirinya status kita akan jatuh terhina, melainkan adanya unsur iman dan amal soleh.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
[at Tiin, 95:6]


Ibarat Hanzalah r.a yang pernah akui kemunafikannya apabila terpisah daripada majlis Rasulullah. Kerana bagi dirinya, membiarkan imannya berada di rumah bererti merosakkannya perlahan-lahan.

Maka, apa kesimpulan yang dapat kita peroleh? 
Make efforts brother!

"Ubat Hati kan ada 5 Perkara!" :)

No comments:

Post a Comment

Labels