Saturday, 27 March 2010

Fitnah dalam Fitrah

Salah yang sikit dibesarkan Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini Walaupun hidup di tengah ramai

Cinta itu suatu fitrah, tidak dinafikan. Tetapi sewajarnya kita berusaha mengelak fitrah itu berubah menjadi fitnah. Inilah yang berlaku apabila peraturan yang ditetapkan ke atas sesuatu fitrah itu tidak diberi penjagaan serius.

Oleh itu mari berjaga-jaga dengan tingkahlaku kita. Elakkan fitnah bermaharajalela, yang berlaku apabila anda mengetepikan peraturan tersebut apabila bercinta. Jaga batasan pergaulan. Elakkan pergaulan bebas terutama yang tiada keperluannya, juga elakkan mengabaikan perkara wajib asas seperti solat. Apatah lagi dating, gayutan telefon, surat cinta, gambar bersama, genyitan mata dan sentuh-menyentuh, yang akan menjemput syaitan sebagai pihak ketiga.

Lebih-lebih lagi jika anda dipandang sebagai orang agama. Setiap tingkah laku anda sentiasa diperhatikan, gahnya seolah-olah anda pengeluar hukum hakam. Berbalas message, berjalan bersama, menyimpan gambar; walaupun anda boleh pusingkan hukumnya kepada boleh, semuanya bakal menjadi sumber fitnah kepada anda andai tidak dijaga. Jangan sampai anda mengotorkan imej-imej agama / Islam tanpa sengaja, apatah lagi dengan sengaja (hawa nafsu). Imej khitbah (tunang) jangan diketengahkan ke mata masyarakat sebagai couple lagha tapi “islamik”. Batasannya tetap anda kerana anda masih belum suami isteri.

Dan jangan sampai kita menjadi insipirasi manusia melakukan kebatilan. Mereka menganggap / melihat anda bercinta / couple terang-terangan, lalu mereka mula mencari couple sendiri dengan cuba berusya-usya. Tak pun daripada couple sembunyi-sembunyi, mula menunjuk secara terang-terangan selepas mendapat inspirasi daripada anda. Tidak ada kebaikannya kerana anda menunjukkan mereka jalan yang salah.

“"Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan, dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebaikan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan."
[HR Ibn Majah]

Kita ingin menghindari fitnah, bukan menjemputnya datang, sebagaimana tindakan Rasulullah yang khuatir prasangka buruk sahabat Ansar apabila baginda dilihat berjalan berdua-duaan pada waktu malam dengan isterinya, Safiyyah. [HR Muslim].

Kmb sekarang? Biasakah dapat dilihat berjalan beiringan lelaki perempuan? Jangan jadikannya itu mahupun fitnah sebagai suatu kebiasaan.

p/s
Kecoh sebentar isu Tunang (Kmb) = Couple. Seperti biasa, perlu ada pertimbangan sama ada perbincangan akan menjernihkan suasana atau mengeruhkan lagi. Membuahkan amal ataupun tidak. Melibatkan hal umum atau peribadi tertentu. Ada sikit buah tangan Mazlee Malik untuk dikongsi bersama.
Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.
Gambar dapat dan diedit daripada Facebook

Moga impian kan dirahmati Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi Demi cinta yang hakiki

Tuesday, 23 March 2010

Puas Hati

Baki 41 hari IB di Kmb.
Semoga Allah menyediakan nikmatnya yang terbaik


Kita lazimnya mudah cepat merasa puas dengan apa yang kita lakukan.
Terasa sudah lama study, kita bersembang, buat kerja lain.
Terasa sudah banyak kerja dilakukan, kita tidur.
Terasa sudah banyak ibadah dilaksanakan, kita berehat.
Terasa sudah banyak ilmu dipelajari, kita belajar ala-ala kadar sahaja.
Terasa sudah banyak pahala akhirat dibuat, rupa-rupanya kita tertipu.
Owh, cepat sangat manusia ini merasa puas dengan benda-benda susah ni.

Syurga dikelingi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.
[Muslim]

Kita lazimnya tak pernah puas dengan apa yang kita lakukan.
Tak cukup satu game Need for Speen Undercover, kita main lagi satu.
Tak cukup satu movie untuk ditengok malam ni, tambah lagi satu.
Tak cukup dengan lebihan harta yang kita ada, kita nak kumpul berbukit-bukit lagi
Tak cukup dengan dosa yang bertimbun, kita menganggapnya enteng sahaja.
Tak cukup lagi dengan banyaknya nikmat keliling pinggang, rupa-rupanya kita tertipu.
Owh, bilakah manusia akan merasa puas dengan benda-benda seronok ini.

Jika anak Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia akan mencari lembah yang ketiga.
[Syaikhan]

“Yang lemah tidak akan selamanya lemah. Yang kuat tidak akan selamanya kuat”
[Syaikh Ahmad Yassin]

Saturday, 20 March 2010

Pesta Buku Jom

Bacalah Sebutlah dengan Nama Tuhan yang Menciptakan Segala Kejadian di Dunia

Ada suatu pesta yang best berlangsung sekarang: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Hajat di hati ingin menghadiri event ini esok, namun apakan daya, tiket balik ke Kmb dah dibeli ke Klang. Mungkin jika ada rezeki, hari Sabtu / Ahad saya akan ke sana, insya-Allah.

Kuala Lumpur International Book Fair Data
Tarikh: 19 – 28 Mac 2010
Masa: 10am – 9pm (Jumaat – Ahad)
Tempat: PWTC


Saya cadangkan anda untuk datang ke PBA kerana macam-macam orang buku ada di sini. Buku IB, buku xIB. Buku agama, buku xagama. Buku dunia, buku xdunia dan macam-macam kategori lagi. Lagi sedap, ada discount yang mencanak. Dan lagi sedap, kalau anda dapat jumpa orang yang nak taja pembelian buku anda. Datang la ramai-ramai, kurang sikit penatnya. Ajak kawan ker, semua classmate ker, roomate etc etc.

Lagi sweet kalau boleh ajak member-member halaqah datang ke sini hujung minggu ni. Program berjaulah bersama-sama, mengeratkan ukhwah di samping mengajar agar berhubugan mesra dengan buku. Semai budaya membaca sebagai budaya yang perlu diamalkan untuk meningkatkan tsaqafah / pengetahuan. Agar pengisian yang terbina menjadi lebih solid.

Nak ke sana bagaimana?
Tahun lepas, saya ke sana dengan menaiki KTM, turun di Putra. Skill berjalan kaki dan melintas jalan memang diperlukan. Rupanya ada jalan yang lagi best. Naik Star turun kat stesen PWTC. Ini sebagai guide kepada budak Kmb yang hampir 2 tahun berjalan kaki untuk outing.

Semoga berjumpa di sana.

Apa terus berbakti untuk dia
Membalasi kasih
Syukur dengan nikmat
Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu
Apa yang kau tahu

Friday, 19 March 2010

Revision Pure Maths

Sila baca dengan penuh teliti.
Erti selekoh itu akhirnya dapat ku pelajari ketika di sekolah

Anda sedang membawa kereta. Dan anda memang nak cepat sampai ke destinasi. Sampai di selekoh yang bersudut tajam (where θ is between 90° and 270°), apa yang anda buat. Anda memang tahu selekoh yang tajam macm tu dikenali di kalangan pemandu sebagai cabaran. Challenge.

Kalau laju sangat, boleh terbabas. Makan line orang. Ataupun, terlanggar divider. Masalah.
Kalau perlahan sangat, lambat nak sampai destinasi. Orang belakang nanti marah dan horn pulak. Masalah.

Yang sebaiknya, apabila dah sampai selekoh, nak beralih arah, kenala berhati-hati. Cari kelajuan yang sesuai. Tak perlahan sangat, tak laju sangat. Cari nilai pertengahan. Ekstrakan nilai hati-hati. Agar tidak melakukan kesalahan yang silly.

Ini pengajaran yang aku dapat apabila buat soalan Math. Fuhhh..

[IB Nov 03]

Nasib baik sekarang tengah buat revision. Lebih kurang macam main game lumba kereta, ala-ala Need for Speed, langgar divider sampai kereta rosak pun takpe.

Wednesday, 17 March 2010

Mari Berinfaq

Sebanyak 150 Palestina terluka, Selasa (16/3) dalam bentrokan yang terjadi sejak fajar dengan pasukan pendudukan Zionis, di berbagai wilayah di Tepi Barat dan al Quds yang diduduki penjajah Israel setelah pihak Zionis mengumumkan pembukaan "sinagog yang hancur" dekat masjid al Aqsha.

Ada peluang berinfaq, terus bertindak. Ingat, peluang selalunya datang sekali. Jangan tunggu keadaan menjadi ideal / idle, baru nak bertindak. Tunggu kewangan dah stabil la. Tunggu duit elaun masuk la. Tunggu orang lain infaq dulu la. Akhirnya, langsung tidak berinfaq.

Menunggu untuk melakukan kebaikan, bukan tindakan yang bijak. Sebab tu jangan bertangguh-tangguh dalam kebaikan.


Gagal berinfaq sekali bukan bermakna gagal berinfaq selama-lamanya. Belajar daripada kesilapan yang berlaku. Elakkan daripada melakukan kesalahan yang sama. Buatkan hukuman untuk diri sendiri jika perlu.

وَمَا لَكُمْ أَلا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi?
[al Hadid, 57, 10]

Cerita Lasagna

Ini semata-mata kisah kelas kami yang tengah belajar Food Review dalam kelas English Pn Anita

“Aisy Faqih, xkan xpernah makan benda-benda ni sebelum ni” lebih kurang kata Amira, menunjukkan kepelikannya dengan diri aku. Aku dianggap pelik sebab asyik terpinga-pinga dalam kelas tu, terutamanya bila dengar macam-macam masakan Itali yang disebut kawan-kawan aku. Nak buat macamana, aku hidup dengan famili yang bahagia hidup simple. Setakat pizza tu biasala makan, terutamanya ketika kakak aku rajin tahap super dulu-dulu.

Petang khamis tu, aku disuruh budak2 perempuan kelas aku tunggu sekejap di Wakaf, ada sesuatu, cakap dorang. Instinct aku awal-awal dah kata ada sesuatu yang dorang akan bagi kat aku. Penat menunggu sejak pukul 5. 5:30 xsampai-sampai lagi. Bak kata orang, penantian itu penyeksaan. Akhirnya pukul 6:10 Amira datang membawa bungkusan dalam plastic.

“Faqih, ni ha. Memandangkan ko la satu-satunya lelaki kelas kita yang xpernah makan lasagna, amekla. Kami bagi kat ko.” Terharu aku dapat lasagna [disebut lə`zænjə @ lezania] tu. Tak ada perkara lain aku sebutkan, thanx dan terima kasih. Alhamdulillah, terima kasih semuanya. Moga dibalas Allah dengan ganjaran terbaik.

Amin dan Akmal yang kebetulan ada kat situ terus ajak bukak bungkusan tu. First time aku tengok rupa lasagna. Xde la menyelerakan sangat. Makan sikit, rasa luar biasa. Terkejut sebab sedap. Sambil tu aku ajak Syahmi dan Salam join sekali. Geng GTS batch 0810. =)

Sedap-sedap makan, tetiba Akmal bersuara dengan loghat Kedahnya yang pekat tu, “Uisy Syahmi, bukan hang puasa ka?” Aku tersentak, “Fuiiii” aku tertarik ke belakang. Gerakan mulut terhenti. Erk..

Gambar asal hilang. Copy dari blog mana entah.

ps terima kasih sekali lagi. Amira, nak kena bayar ker lasagna tu?
pps kenduri kahwin bagi lasagna orait gak. Akmal dah cabar n tunggu kenduri kahwin aku
ppps makan tak sengaja batalkan puasa sunat? Kalau ada dalil, sila tunjukkan

Tuesday, 16 March 2010

Tak Boleh Terbang Bersama

Sahabat
Kau Sesungguhnya Temanku Di Kala Suka dan Lara

Is it a sin if one does not feel comfortable with a particular person?

Question:
I have a sister whom I don't like. We have not been on good terms for quite some time and I really don't like her. I say Salam and I try to be polite when I speak to her. I avoid being around her or talking to her for too long. Is this considered a sin?.

Answer:
Praise be to Allah. What the Muslim should do is refrain from bearing any hatred or resentment in his heart towards his fellow Muslim. According to a hadeeth, the Prophet Pbuh said:
“Do not hate one another, do not envy one another, do not turn your backs on one another, and be, O slaves of Allah, brothers. It is not permissible for a Muslim to forsake his brother for more than three days.”
[Bukhaari]

But a person may feel that he does not like a person enough for him to become a close friend, even though he fulfils his Islamic duty of returning his salaams, saying “Yarhamuk-Allah (May Allah have mercy on you)” if he sneezes, helping him if he needs help, and so on. In this case what exists between them does not come under the heading of forsaking or shunning and it is forgiven insha-Allah.

According to a hadeeth, the Prophet Pbuh said:
“Souls are troops collected together and those who got along with one other (in the realm where souls existed before entering physical bodies in this world) will have an affinity with one another (in this world) and those amongst who did not get along with one another (in the realm where souls existed before entering physical bodies in this world) will also not get along (in this world).”
[Bukhaari]

Al-Khattaabi said: This may be understood as referring to similarlity between souls which are either good or bad, righteous or immoral, and that good people are attracted to those who are like them and evil people are likewise attracted to those who are like them, so people’s souls recognize one another according to their nature, whether good or evil; if they are similar they will get along and if they are different they will not get along.

Al-Qurtubi said: Although souls have in common the fact that they are all souls, they differ in other ways. Souls of similar nature will get along because of their nature. Therefore we see people of a certain type get along, but they do not get along with people of a different nature, and we see that with people who are of a similar nature, some of them get along with one another and some do not, and that depends on the issues which form the basis of getting along or otherwise.

Edited from: Islam Q&A

Monday, 15 March 2010

Kambing Hitam

Yang selalu dikambinghitamkan itu adalah hal agama

Alkisah seorang hamba-Nya yang menunjukkan bad result dalam exam.
Dia ada tanggungjawab sebagai dai. Dia tunaikan sehabis cemerlang.
Dia ada tanggungjawab student. Dilihat lemah performancenya.
Dia ditawarkan memikul tanggungjawab penting dalam persatuan dan kelab. Dia terima.
Dia tiada tanggungjawab sebagai pembuang masa. Tapi dia buat.
Result examnya tak elok.

Mana satu yang akan dipersalah? Mana satu yang akan dikambinghitamkan?

Ternyata sang pemerhati akan menyalahkan keterlibatannya dalam dakwah dan tarbiyyah. Rajinnya ke surau menjadi faktor teruknya result exam. 2 jam berhalaqah setiap minggu dijadikan sebab tidak cukupnya masa. 20 minit seminggu bacaan al Qurannya dituduhnya sebagai kerja yang kurang efisien.


Mengapa kita sebegini? Dan apa yang perlu kita betulkan? Perlukah pencarian kambing hitam itu?

Ingatlah wahai dai, wahai muslim
Usahakan untuk menunjukkan contoh yang terbaik dalam tingkah lakumu. Agar menjadi pedoman dan contoh kepada manusia yang lain. Terima segala teguran sebagai suatu medium untuk bermuhasabah dan berubah.

Ingatlah wahai pemerhati
Selidiki sesuatu perkara sedalamnya. Teruskan menjadi penasihat dengan penuh berhikmah. Elakkan berlaku tidak adil.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[al Maidah, 5:8]

Ketika perampas kapal terbang didapati seorang Muslim, kecohlah satu dunia bahawa Islam merupakan agama keganasan.

Saturday, 13 March 2010

Dai: Bukan Penghukum

“Patience doesn't mean to bow, but to struggle”
[Valley of The Wolves: Iraq]
5 bintang untuk filem ini. Mantop. Touching. Dicadangkan untuk tontonan umum.

Ketika cabaran datang melanda. Dihalang dengan pelbagai rintangan. Dia mula bertanya.

“Kenapa mereka halang kita, bukankah kita berdakwah untuk agama? Adakah mereka itu orang beriman atau orang kafir? Kenapa mereka menghalang orang yang berdakwah kepada agama Allah? Seandainya mereka orang kafir, maka bagaimana dengan orang yang menyuruh mereka iaitu orang-orang atasan. Bukankah mereka lebih kafir lagi? Kemudian juga, bagaimana dengan orang lain atau masyarakat semuanya? Mengapa mereka diam saja? Bukankah merasa ridho dengan kekafiran menjadikan kafir juga?

Habis semua orang dikafirkan. Dan dia mula mencari dalil atau alasan untuk mengkafirkan dalang-dalang yang terlibat ...

Ingatlah:
Kami Dai, Bukan Penghukum.
Nahnu Duat La Qudho.
نحن دعاة لا قضاء

Ubah daripada: Dr. Yusuf al-Qardhawy, Metodologi Hasan al-Banna dalam Memahami Islam


Sumber: Imdb

“Our Prophet never committed such acts. Then who tought you about this? This guy is a henchman of those murderers ... he is not innocent! Are you Allah to know who is innocent and who is not?”
[Valley of The Wolves: Iraq]

Friday, 12 March 2010

Dakwah vs Ibu Bapa

“Patience doesn't mean to bow, but to struggle”

Mukaddimah: Pertembungan antara Kehendak Ibu Bapa dan Kehendak Dakwah
Isu yang sangat hangat dan sering menjadi masalah.

Isi 1: Perintah Dakwah Atau Perintah Ibubapa, Mana Lebih Utama?
Masing-masing mempunyai dalil kewajipannya selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Seharusnya ada jalan tengah antara keduanya. Tidak boleh meninggalkan dakwah kerana kehendak ibubapa ataupun tidak boleh menderhaka kepada kedua ibubapa kerana dakwah.

Jika berlaku tentangan: Harus dengan lemah lembut dan penuh hikmah menerangkan perkara sebenar kepada ibu bapa, mungkin ibu bapa tidak mengerti. Seandai mereka berkeras, maka bersabarlah dan taatilah.

Isi 2: Yang Diharapkan Adalah Usaha, Bukan Hasil
Usaha bersungguh sungguh dengan hikmah dan lemah lembut untuk memahamkan ibubapa atas setiap keputusan yang kita buat. Jika berjaya, alhamdulillah. Jika tidak, kembalikan urusan ini kepada Allah dan taatilah kehendak ibubapa.

Isi 3: Tawadhu’lah Pada Ketentuan Allah
Haruslah kita merendah diri bahawa sesungguhnya segala urusan kembali kepada Allah swt. Usahakan / rearrange sebaiknya. Gali segala potensi dalam setiap kondisi yang dialami. Harapkan dari Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita.

Isi 4: Perintah Dakwah adalah Amanah
Amanah yang perlu dipikul. Jika tidak dapat (keuzuran), wajib baginya untuk memikirkan segala mekanisme yang ada bagi menjalankan amanah tersebut. Bertanggungjawablah seandainya terpaksa melepaskan sesuatu tugasan dengan mencari orang lain sebagai pengganti. Diharapkan tulisan ini tidak dijadikan hujah bagi orang yang lemah imannya untuk mengabaikan tangunggjawab dakwah. Naudzubillah.


Kesimpulan
Wajib bagi kita untuk mencari jalan tengah agar kedua dua belah pihak mendapat keuntungan selain menjamin keredaan Allah. Kejayaan sebuah dakwah bukanlah bergantung kepada betapa bagusnya perancangannya, atau betapa hebat pimpinannya tetapi hanyalah atas bantuan dan keizinan Allah swt semata.

Sedarlah bahawa kita jauh dari kesempurnaan apabila menyentuh tentang isu keluarga ini. Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita semua dapat memberikan yang terbaik di dalam dakwah dan tidak lupa juga kepada keluarga kita. Yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah swt dan agar dakwah ini sentiasa berjalan di atas syariatNya. Wallahua’lam.

Edit daripada: Qismu Tarbawi 08

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
And they who say: O our Lord! grant us in our wives and our offspring the joy of our eyes, and make us guides to those who guard (against evil).
[al Furqan, 25:74]

Thursday, 11 March 2010

Manusia Suka Beralasan

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Dia boleh la, family dia faham dakwah-dakwah ni.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, tapi family sendiri tunggang langgang tak ditarbiyyah.

Dia boleh la, result exam dia tinggi. Xmacam aku.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, akademik xterjaga.

Dia boleh la, duit dia banyak. Boleh attend program macam-macam.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, duit asyik tak de je bila aku mintak.

Dia boleh la, masa dia banyak free. Aku banyak benda nak kena buat.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Lepas tu asyik siapkan kerja last-last minute.

Dia boleh la, dia dah kerja. Xsibuk macam student.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Kerja pun xdapat-dapat lagi.

Dia boleh la, budak sekolah agama. Suasana terjaga.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Budak sekolah sains jer. Xlayak bagi tazkirah depan orang.
Entah la. Macam-macam alasan yang kita berikan untuk mengelak daripada terlibat secara langsung dengan pengislahan ummat ini. Kerja berat la katakan. Tapi tak mencuba start untuk mulakan training. Jadi macam ni, salah. Dah jadi macam tu, salah jugak.

sumber

Kalau orang tu lagi hebat daripada kita, kita rendah diri, rasa xcukup lagi nikmat yang kita ada berbanding diri dia. Kalau orang tu tak hebat macam kita, kita hina dia. Sampai bila la kita nak menjadi seperti ini.

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الإنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلا
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur'an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
[al Kahf, 18:54]

Wednesday, 10 March 2010

Konfrontasi Dakwah

Jika berlaku konfrontasi dalam dakwah, rasakanlah bahawa ia berpunca daripada kelemahan diri kita serta dosa yang pernah kita lakukan. Mohonlah keampunan daripada Allah dengan segera.

“Suka hati kitorang la nak buat apa.”
“Kau sibuk kenapa? Dengki ker tengok aku buat macam ni?”
“Apa masalah ko sebenarnya r budak alim?”
“Kau kalau xsayang badan, nasihat aku banyak2 lagi!”
“Sedar sket la diri tu. Ko pun lebih kurang jer”

Kata-kata yang mampu melemahkan semangat orang. Anda mampu tidak mengendahkannya jika tujuan utama atau cara anda melakukannya adalah betul.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
[an Nahl, 16:125]

Cara 1
Tegur dengan lemah lembut. Ini senang dilakukan jika anda orang yang berkarisma / berpengaruh terhadap dirinya. Ataupun anda selaku kawan yang rapat dengannya. Lazimnya manusia senang menerima dengan baik teguran daripada orang yang rapat dengannya. Jadi, berkawan rapatlah (rapat lagi) dengan orang tersebut.

Cara 2
Elak menghukum orang tersebut dengan statement yang direct. Gunakan bahasa diplomatik. Tanya soalan untuk mendapatkan penjelasan daripada dirinya dulu
“Apesal aku tengok ko semalam lama giler jalan rapat–rapat dengan budak perempuan tu? Ko tau tak laki perempuan ni kalau tiada keperluan xboleh jalan rapat-rapat. Nak elakkan fitnah dan tuduhan orang” Jika ada jawapan, dengar dan berikan buah fikiran anda pula.

Cara 3
Berikan alternatif jika anda berikan sesuatu larangan. Kalau nak tegur xboleh main bola pakai seluar pendek, berikan tight sebagai alternatif. Supaya mereka tak merasa mereka dikongkong dengan banyaknya (xde la banyak manapun) larangan dalam beragama.

pravsworld.com

Cara 4
Nak cara keras, boleh jer. Sound secara direct. Mungkin anda akan disambut dengan kritikan / jawapan pedas. Yang penting, minimum anda telah menunaikan hak / tanggungjawab anda sebagai seorang muslim walaupun orang lain kata xberhikmah. Bersedia untuk menerima rintangan disebabkan anda mengabaikan “hikmah” dalam tin

وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ
... yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela ...
[al Maidah, 5:54]

Ada dua benda.
Pertama: Tegur. Lagi satu: Dengan berhikmah.
Kalau xdapat dua-dua, takkan nak tinggalkan dua-dua.

Tuesday, 9 March 2010

Ini Hak Antum, Ini Hak Ana

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman tuhanmu

Sentuhan Filem Sang Murabbi
Scene: Pengisian Rehlah di Sungai

"Ya Ayyuhal Ikhwah
Antum sekarang memerhatikan
Bagaimana Allah menciptakan batu yang luar biasa besarnya. Begitu kerasnya batu.
Bagaimana Allah menciptakan air yang mengalir dengan lembut.
Tapi antara batu dan air, mereka bekerjasama untuk menimbulkan suatu harmoni yang Allah swt garapkan di semua aktivis dakwah

Bagaimana dengan antum ya akhi
Kita sama muslim, kita sama-sama aktivis dakwah
Kenapa banyak di antara kita tidak mengambil ibroh
Kenapa di antara banyak aktivis dakwah selalu mengatakan
“Ini hak antum, Ini hak ana”
"Ini kewajipan antum, ini kewajipan ana"

Tidak ada.
Mengalah kita pada apa yang diciptakan Allah swt ini
Batu dan air ini.


Ya Ayyuhal Ikhwah
Tidak ada pertikaian antara mereka.
Allahu Akbar. Allahu Akbar

Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deruan badai tak lunturkan azammu

Saturday, 6 March 2010

Terus Berukhwah

Ukhwah kita atas dasar iman
Bukan kerana “Halaqah kau dan aku sama”
Bukan juga “Aku ada halaqah, kau tiada”
Moga ukhwah yang terbentuk ini membawa ke jannah

Hak-hak Umum Ukhwah Islamiah
• Mengucapkan salam
• Menjawab salam
• Menjenguknya jika sakit
• Mengiringi jenazahnya
• Memenuhi undangannya
• Mendoakan jika dia bersin
• Benar dalam bersumpah
• Menolong jika dia zalim / menzalimi
• Memberikan nasihat
• Membuang kesulitan / kesusahan daripadanya
• Membantu jika dia dalam kesusahan
• Menutupi aibnya
• Menjauhkan diri dari sifat dengki, sakiti hati, benci, zalim dan sombong

Dipetik daripada: Dr Abdullah Nashih Ulwan, al Ukhwah al Islamiyyah

"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ..."
[al Hujurat, 49:10]

Wednesday, 3 March 2010

Bersabarlah

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri

Ketika kuasa dan tenaga telah sehabisnya digunakan
Ketika nasihat yang diberi tidak diendahkan
Ketika permintaan tidak disambut dengan layanan
Ketika kezaliman di depan mata tidak dapat dihentikan
Ketika harapan kelihatannya tidak akan kesampaian
Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
[ali Imran, 3:200]

Walaupun pahit menelan hakikat, terguris hati mendoakan harapan, yakinlah Allah akan sentiasa berada di sisimu, sebagai sumber kekuatan dan ketenangan. Anggap ini suatu ujian dan pasti Allah akan memenangkan hamba-hamba-Nya yang layak dan berkualiti itu.


Azraai Berkata:
"Tiru macam penyu, bertelur seribu senyap aje... Bukan macam ayam, bertelur sebijik riuhnya sekampung..." - Ust Alias (Moral: Buat keja sudey, xyah nak bising2 ok!)

Tuesday, 2 March 2010

Scan For Virus

Yang aku kumpulkan hanyalah doa2 agar dirinya terus selamat dari benda-benda buruk. Terharu aku melihat kesungguhannya sehingga tertidur-tidur menunggu. Namun ku gagahi diri untuk bersalam sekali lagi dengannya,tanda sayang kepadanya dan juga tanda perpisahan kami.

Sebagaimana laptop / komputer perlu discan , begitu juga dengan diri kita. Scan itu ibaratnya sistem muhasabah. Salah satu cara mencari virus / kelemahan dalam diri. Agar jentera iman kita tidak rosak atau tersengguk-sengguk.

Virus pun ada macam-macam adik beradik. Ada yang bernama tojan, worms, malware etc. Tergantung kepada bahaya bencana dan serius penyakit yang dibawa. Begitu juga dengan penyakit dalam diri kita. Ada yang sangat bahaya, ada yang bahayanya hanya kepada diri sendiri sahaja, ada yang perlu ditengokkan sikit-sikit dan ada yang perlu diunding dan dibincang dengan orang yang pakar (ustaz / ulama). Yang bahaya apabila kita underestimate virus / penyakit tu lalu membiarkannya.

Macam-macam jenis penyakit ada. Hasad yang memakan kebaikan. Celaan yang membawa kepada bangkrup akhirat. Syahwat yang berkuasa menundukkan diri. Zalim yang mengundang kemurkaan. Ujub yang mengeluarkan syaitan daripada syurga. Dan lain-lain lagi.


Ada orang scan virus dia setiap hari, through scheduled scan. Yang ni terbaek. Inilah muhasabah yang konsisten. Dengan bermuhasabah setiap hari, kita mampu menyedari perubahan-perubahan kecil yang berlaku dalam diri kita. Tak de terkejut sangat bila terjumpa virus dan ia masih boleh dirawat jika di stage permulaan. Sebagaimana kata Umar ra: Muhasablah dirimu sebelum anda memuhasabah (sesuatu / seseorang)

“Antivirus ni sebenarnya produk untuk orang yang xhati-hati jaga komputer dia”. Mungkin benar statement ini tetapi sebagai manusia kita perlu sentiasa bersedia dan berhati-hati kerana malang itu tidak berbau. Bila dah terjatuh masuk lubang, baru nak menyesal susah gak. Sebagaimana rasa bahayanya bila komputer tiada antivirus, begitu juga kita perlu rasa bahaya bila tiada / lemahnya iman kita.

Ayuh bermuhasabah. Banyakkan memerhati diri, andai tersalah, proaktif dan segeralah ambil langkah pembetulan. Sebelum jentera terus terhenti.

Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama
[Muslim]

Monday, 1 March 2010

Bergantung kepada Angka

Sedutan daripada Dau*** EQS Kmb Kajang + ***lah Sg. Congkak
26 - 28 Feb 10
Cerita dan gambar akan dipost kemudian, insya-Allah

Slot: Lakonan Situasi
Tajuk: al Baqarah, 2:246 - 252
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."
  • Kemenangan bukan milik kelompok ramai. Jangan patah semangat dengan jumlah sedikit. Kita bergantung kepada Allah, bukan kepada angka
  • Kualiti lebih penting daripada kuantiti
  • Namun, jangan berpuas hati dengan bilangan sedikit. Berusaha untuk menambah kuantiti.
  • Kuantiti – Rasulullah suka umat ramai. Tentera Nabi Sulaiman ramai. Tentera umat Islam juga bertambah sedikit demi sedikit.
  • Kekuatan juga ada pada kuantiti. Peningkatan kuantiti menjadi indikator keberkesanan dakwah
  • Pendakwah yang selesa dengan kuantiti sedikit merupakan pendakwah yang malas dan tertipu
Walaupun sedikit, tetap kita teruskan perjalanan

Popular Posts