Tuesday, 26 January 2010

Sayang-sayangkan Rumah

Emak aku selalu pesan, “Orang laki ni jangan dibiarkan lama sangat duduk rumah. Kena selalu keluar, buat dakwah!”

Fikir-fikirkan semula, ada betulnya cakap emak aku ni. Bila kita dah lama duduk di rumah ni, kita akan cenderung untuk bermalas-malasan. Berasa selesa dengan kesenangan dan keselesaan yang dah familiar dengan diri kita.

Sebab itu, bila dah lama sangat tak bergerak keluar dari rumah, akan rasa malas sikit untuk tinggalkan. Inilah yang dinamakan sayangkan kediaman yang selesa atau dalam bahasa Arabnya disebut Masakina Tardhaunaha.

Kalau cakap pasal student, kediaman ini tentulah hostel dorang. Kalau cakap pasal orang kaya, kediamannya mungkin lebih up, ada taman dan kolam. Yang pasti, macamana pun bentuk kediaman kita, kita pasti rasa berat untuk tinggalkannya.

Mengapa berat untuk keluar? Sebab kediaman itu selesa. Ada katil untuk berbaring-baring dan macam-macam kemudahan lain. Ada bilik air free, makanan senang dapat, ada kawan / isteri / anak untuk menceriakan suasana dan lain-lain. Sikap bermalas-malasan akan semakin bertambah. Tapi bila dah bermusafir, kita terpaksa mengetepikan sebentar nikmat tersebut. Biasala.

Bercakap dalam konteks sekarang, keluarnya kita dari kediaman boleh dirujuk untuk menghadiri program dakwah atau tarbiyyah. Kita ada daurah, halaqah, rehlah, jaulah, seminar, konvensyen, simposium dan lain-lain. Yang pastinya, semuanya bermanfaat, paling tidak, mewujud dan merapatkan ukhwah sesama teman musafir.

Dalam sirah, kita ada seorang sahabat yang tersilap perkiraanya apabila selesa dengan kediaman mewah yang dimilikinya. Kaab b Malik. Buah-buah yang masak ranum, layanan isteri yang ada pada kediamannya membuatnya bertangguh-tangguh untuk menyertai ekspedisi ketenteraan ke Tabuk bersama Rasulullah menyebabkan beliau tertingal. Penghujungnya, beliau mengakui kesilapan dilakukan seperti yang digambarkan dalam at Taubah, 9:118.


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
[at Taubah, 9:24]

Kirakan cumulative days berapa banyak kita dah stay di kediaman, jangan sampai ia menjadi besar. Kalau diajak, terus ambil peluang keluar kerana diamnya kita dalam sesuatu kawasan akan merosakkan kita sedikit demi sedikit

Air yang bertakung mudah menjadi busuk

Popular Posts