Friday, 22 January 2010

Pandanglah dengan Kasih Sayang

Mukmin itu sifatnya berlemah lembut sesama orang beriman. Dia keras dengan orang Kafir. Ini yang disebutkan Allah dalam firmannya dalam al Maidah, 5:54

... قَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ...
... suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya...

Perbezaan pendapat sesama orang beriman sewajarnya disikapi dengan rasional, berpandukan al Quran dan as Sunnah. Bukan emosi semata-mata walaupun anda memang terkenal emosional. Sikap berlebih-lebihan dalam beremosi ini akan memakan diri apabila kita mula mengetepikan adab-adab berukhwah dalam Islam seperti yang digariskan dalam al Hujurat, 49:11-12.

Mari kita berfikir, mengapa hanya kerana berbeza pendapat, menyebabkan kita berburuk sangka dan berpandangan skeptik sesama orang beriman? Bukankah berlapang dada atau berprasangka baik itu tahap ukhwah yang terkebawah, atau dikenali sebagai Husnu Zan.


Jangan sampai kita salah bersikap. Adakah perlu kita bersikap skeptik sesama orang beriman sehingga renggang hubungannya dengan kita, tetapi dalam masa yang sama kita berhubungan terlalu rapat dengan manusia awam. Bandingkan hubungan kita dengan masyarakat awam dan hubungan kita dengan orang beriman lain (yang mungkin berbeza pendapatnya hanya dalam aspek methodologi dakwah), mana satu yang lebih kita rapat dan sayangi?

Bukan berniat merenggangkan hubungan kita dengan masyarakat awam, tetapi untuk mengajak kita mengetepikan perbezaan pendapat sesama orang beriman lalu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan harmoni.

Dua tiga kali aku dengar perkataan ini. "Faqih yang tak faqih". Bila la aku nak faqih dalam Pure Math ni. Hahha ...

Popular Posts