Thursday, November 12, 2009

Dua Perkataan Baru

Antara istilah yang aku kenal baru2 ni
Introvert vs Extrovert

Kamus Cambridge beri maksud INtROVERT macam ni: Manusia yang pemalu, pendiam dan sukar untuk membuat kawan. Contoh ayat yang ada: His teachers perceived him as shy and introverted

Extrovert pulak bermaksud orang yang energetik, happy-go-lucky dan sangat suka untuk duduk n sembang dengan orang lain. Contoh ayat: Most sales people are extroverts.

Apa yang saya dapat? Dakwah ini memerlukan orang yang extrovert, boleh berkongsi pelbagai perasaan. Tapi, awas! Ada masanya anda perlu menjaga tingkahlaku dan perkataan anda. Takut dikira kurang hajar dan xbersopan, terutamanya dengan orang yang lebih tua.

Apa pulak kaitannya dengan introvert? Orang macam ni perlu berusaha untuk mengextrovertkan dirinya. Letakkan ke tepi dulu extrovert, nanti dah settlekan fardikan orang, jadi la introvert balik.

Saya? Dulu saya orang introvert terutamanya ketika waktu sekolah menengah. Peralihan kanak2 jadi remaja, orang kata sebabnya. Start tingkatan 5, saya dah start nak ubah diri jadi ala-ala extrovert. Thanx kepada Shahril Aidil dan murabbi2 ku yang lain. Anda memang berjasa.

Kalau nak compare dgn adik beradik aku, mungkin aku tertinggal di belakang. Dorang ni ramainya jenis extrovert atau dalam kata lainnya aku ni jenis senyap dalam family. Xtau jugak kenapa aku xboleh evolve jadi extrovert macam dorang. Dan sampai sekarang, energetic words yang boleh aku cakap pasal trovert2 ni: It’s hard I’m learning!

Wednesday, November 11, 2009

Dr X dan Tauliah: Sudut Pandang Saya

Ini soal manusia yang tiada tauliah datang ke negeri orang untuk menyampaikan kuliah agama dan akhirnya ditangkap. Lalu orang sibuklah berkata pasal hak bersuara dalam Islam, perlu atau tidak untuk ada tauliah. Kata orang, jika anda tiada tauliah atau kebenaran, anda perlu senyap. Biarkan orang yang bertauliah atau ustaz2 yang dah dilantik sahaja untuk membuat kuliah.

Diakui oleh X sendiri bahawa dia telah ditegur berulang kali oleh Y tentang soal tauliah ini. Tapi dia buat tak tau sahaja. Ada sebab sebenar di sebaliknya. Saya juga rasa X wajar untuk menyampaikan kuliahnya memandangkan dia seoang yang berkelulusan dan juga bekas mufti, layak dan wajar untuk bercakap tentang soal hukum hakam dan ilmu agama yang lain.

Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa tak wajar seandainya hanya orang bertauliah sahaja diberikan hak untuk bersuara. Kalau tidak, siapa yang sanggup bertahan untuk menempuh prosedur untuk dapatkan tauliah ini. Hilanglah sedikit semangat pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang lain.
“Malas aku nak semangat cakap pasal Islam ni. Nak cakap, kena ada tauliah. Nak dapatkan tauliah, kena ikut macam2 syarat dan prosedur. Senang cerita, xpayah sibuk2 pasal benda ni. Duduk senyap sudah”
Sangat rugi apabila manusia bersikap sebegini, gara2 pengenalan sistem tauliah2 ini.

Ini soal menyampaikan Islam kepada masyarakat. Tak perlu kita menunggu orang bertauliah untuk datang. Dan tak perlu juga untuk anda mengehadkan siapakah orangnya yang perlu dijumpa jika dia berminat soal Islam. Semua orang Islam layak menyampaikannya terutamanya jika ia melibatkan soal asas Islam. X mungkin terlebih layak, memandangkan gaya percakapannya yang sentiasa dilapikkan dengan hujah. Memang layak untuk dia berbicara soal berat, inikan pula yang ringan.

Dan sekarang, saya lihat X sebagai orang luar Z yang datang untuk memenuhi jemputan sebahagian lapisan masyarakat yang sukakan pendekatan dan gaya dirinya. Tetapi, dia tiada tauliah diberikan Y, badan yang bertanggungjawab memantau perkembangan hal ehwal Islam di negeri itu. Dan dia sudah memohon untuk diberikan tauliah, tetapi respons mendukacitakan. Ada orang pula menuduhnya membawa bibit-bibit perpecahan. Seolah-olah apa yang ingin dibawanya eksklusif, hanya orang tetentu sahaja layak mendengarnya, padahal sangkaan ini salah.


Jika anda lihat ini soal perpecahan, saya fikir anda tersilap mengambil sudut pandang. Sangat ironi apabila anda kata anda tak nak wujud perpecahan, tetapi anda sendiri lakukan tindakan yang boleh mewujudkan suasana pecah-belah. Ironi, tetapi saya mampu untuk tersenyum. Lambat laun, anda akan ditolak orang juga.

Tak wujud soal perpecahan / pergeseran / pergaduhan. Jika saya, saya lebih suka mengambil jalan untuk berdamai, mentoleransikan apabila berlaku perbezaan pendapat. Mustahil bagi manusia untuk bersetuju dalam setiap perkara; every single thing. Saya lebih memandang ini sebagai suatu bentuk perlumbaan sesama pendakwah untuk menyampaikan Islam kepada orang lain menggunakan pendekatan yang berbeza.

Anda ingat anda seorang sahajakah yang layak? Anda ingat puak anda sahajakah yang betul? Lalu saya ingin tahu, “Bukankah perbezaan pendapat itu perkara biasa? Anda boleh betul dan saya pun boleh betul. Ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya lebih betul berbanding diri kita

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
[al Baqarah, 2:147]

Sunday, November 8, 2009

Masalah, Masalah dan Masalah Lagi

Alhamdulillah, hampir berjaya menamatkan hari yang memenatkan 2, 3 jam lagi. Hari ni saje pelbagai masalah dapat diselesaikan + masuk lagi masalah baru. Mari kita tengok apa masalah2 berkaitan hari ini.

Lima orang manusia bersembang dengan aku pasal ibu bapa. Bagaimana nak approach ibu bapa agar memahami apa yang anak dorang alami sekarang ni, especially bila bercakap soal Islam dan dakwah. Macamla aku ni kaunselor bertauliah. Opss, soal tauliah ni sensitif kat Selangor. Ada masa kita cakap pasal benda ni.

Kesimpulan yang aku dapat, susah sebenarnya untuk mengharapkan perubahan dari ibu bapa disebabkan oleh seorang anak, terutamanya dalam masyarakat Melayu ni. Marilah kita berdoa banyak2. Perlu juga untuk merancang langkah demi langkah untuk memahamkan keluarga kita. Perlu bermula sejak sekarang. Plan Your Module!

Halaqah di Kisas berjalan seperti biasa. Mula-mula ingatkan nak join Baju Melayu Terjumpa Baju Kurung, tengok-tengok khidmat sebagai kawan diperlukan untuk ke Kisas.Apa yang boleh dicakapkan... "Fuhhh, lega gila bila dah habis halaqah. Hati terasa menjadi tenang. Seronok melihat anak halaqah sana. Senyuman melebar dorang mampu hilangkan stress aku sebagai pelajar IB ni.

Dan inilah ayat Quran yang aku dapat di Kisas. Akhlak dan cara terbaik untuk ibu bapa kita.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
[al Isra, 17:23, 24]

Apa-apapun, semoga berjaya dalam SPM 2 minggu lagi. Minggu depan jumpa lagi. Erk, isu tauliah pun ada kaitan kot dengan Kisas. Lain kali gak la aku cerita. Dan aku dah berjumpa dan bersembang dengan Murshid tadi, Pres Badar 09/10. Tawarkan khidmat sikit untuk tarbiyah di Kisas. Harapnya dia tak segan nak diberikan tolong.


Dan ada lagi satu masalah perlu berfikirkan, soal manusia yang cepat mennyerah kalah apabila soal keluarga bertembung dengan soal dakwah. Dan juga nak beritahu, Khamis ni merupakan hari untuk aku meluahkan masalah. Hahha, biar aku muntahkan semuanya. Dan lagi satu, ada masalah baru diberikan AkmalHayat dan Amin kejap tadi. Nak tau masalah apa, nanti ada rezeki akan diblogkan.

Kesimpulannya, hidup xdapat lari dari masalah. Jangan mudah menyerah kalah dengan masalah2 tu. We Must Be The Winner.

Berhenti kat sini, sebab mata dah ngantuk. Semoga minggu ni berjalan dengan lancar. Mari kita doakan sama2. Amin. Thanx Mom and Dad!

Friday, November 6, 2009

Layanan ViP

Cuma ana rasa
Xcukup untuk menunggu mereka datang ke majlis kita di surau, bilik kita atau kat mana2
Kadang2 kita yang kena selalu mencari mereka di bilik dan port2 kesukaan mereka
Baru terserlah kesungguhan dan keberanian kita
Dan insya-Allah mereka akan lebih cepat menghargai dan memahami
Petikan perbincangan mengenai Perancangan Halaqah

Ada manusia lebih suka dilayan seperti Vip
Jadi, xsalah rasanya kita layan ikhwah2 junior kita dengan cara tu
Jemput mereka dari bilik untuk attend program / ziarah ikhwah lain

Cuma ada masanya, ada batasannya pride yang perlu dijaga

Monday, November 2, 2009

What's Gonna Work? Teamwork

Tahniah kepada Mpp 09 / 10 yang dah menang.
Tanggungjawab menanti diri anda.
Manifesto / janji yang dah ditabur2kan, jangan lupa pulak!

You're now a little bit bigger now
Thus, watch your language,
watch your action
and watch your emotion.

Put your effort to the fullest.
Because this is what you have chosen,
thus work for it. A Team-Work.
Terlambat pulak nak wish congratz n good luck.

Thursday, October 29, 2009

Hidup Ini Memang Payah

A great man is the one who can inspire others.
Through his silent, he benefits them.

Berusahalah untuk memberi inspirasi.
Jangan lemahkan semangat orang lain.

This is my sem3 themesong.Hahha. Harap2nya suasana jadi lebih ceria.
Hmm...Susah gak hidup kalau jumpa orang yang suka mendesak tanpa memahami kesibukan diri.

xtau nak kreditkan gambar ni kepada siapa. Maaf.

HIDUP INI MEMANG PAYAH - YASIN
Layarkan kehidupan| ke destinasi pilihan| nikmatilah keindahan| yang tak dijanjikan.
Hayatilah keperitan | baru bisa mengertikan | kemanasian, kebesaran | rahsia kebenaran.
Yang tinggal kita mencari | hidupnya tanda misteri | kita tafsirkan | sukar diertikan.
Hidup ini memang payah | kadang gelap kadang cerah | hati ini jika resah | siksa jiwa takkan sudah.
Hidup ini memang payah | ku terima ku berserah | hati ini bila pasrah | yang susah bisa mudah.
ooo
Bersama yang susah | adanya mudah | bersama yang susah | mudah.
Arus deras kehidupan | dikejar dan ditinggalkan | terima yang ditakdirkan | tulus kesyukuran.
Dalam jiwa perperangan | duka resah sendirian | kita dalam pengorbanan | pinta keampunaan.

Monday, October 26, 2009

Jangan TIdur Lambat Sangat!

Ini apa yang saya dapat dari Buku SUPERHEALTH
Gaya Hidup Sehat Rasulullah
Dedicated to My Sis
Hidup Perlu Berdisiplin...

Melatonin
Hormon yang dihasilkan di otak. Tindakannya berlawanan dengan cortisol, mula dihasilkan apabila matahari terbenam, capai peak time pukul 2 – 3 pagi.

Fungsi Melatonin – Antioxidant / immunity / biological clock.
Antioxidant
Dikenali juga sebagai terminal antioxidant. Sekali oxidized, tak boleh reduced dah. Dikenali sebagai antioxidant paling kuat kerana terbukti mampu mengelak kerosakan DNA akibat carcinogen.

Immunity
Menggalak penghasilan sel untuk immunity eg sel darah putih (leukosit, limfosit)

Penjaga Jam Biologi
Tentang solat Tahajud, “Tak jadi masalah kalau nak guna alarm handset / weker / minta tolong dikejutkan. Lebih baik jika “jam” itu telah ada dalam diri kita. Bila dah sampai masanya, automatik kita akan bangun”. Jadi, selalulah tidur pada waktunya, jaga waktu tidur agar sama walaupun pada hari cuti.

Apa Kaitannya?
Melatonin dihasilkan ketika hari mulai gelap. Kehadiran cahaya boleh mengganggu penghasilannya. Lampu kalimantang biasa dah sesuai, cuma cahayanya perlu dikurangkan sikit demi sikit sebab melatonin sedang bertambah sikit demi sikit sampai pukul 2 / 3.

Eg: Tengok tv / laptop waktu malam; cahaya dan electromagnetic wave boleh ganggu penghasilan melatonin. Buktinya, cuba tidur dengan lampu terang menyala, tv terbuka dgn tidur dgn lampu gelap, akan rasa bezanya.

Habit Rasulullah?
Tak suka berbincang selepas solat Isya. [HR Bukhari] Rasulullah xsuka tidur sebelum Isya dan tak suka bersembang kosong selepasnya. [HR Bukhari Muslim] Jangan kamu biarkan api di rumahmu ketika kamu tidur (padamkan). Hikmahnya sama: jimat tenaga dan kesan kepada kesihatan.

Kenapa Qiamullail Sesuai Pada Sepertiga Malam Terakhir?
“Melatonin mencapai puncaknya pada pukul 2 / 3. Setelah puncak, tentu jumlahnya akan terus menurun, ibarat naik ke bukit, perlu tenaga yang lebih dan bebas daripada halangan. Namun, untuk turun, relax je dah cukup untuk sampai ke bawah.

Selain boleh melakukan aktiviti dengan tenang dengan rembesan kortisol, xperlu risau penghasilan melatonin akan terganggu. Tak menghairankan jika belajar pada waktu ini sangat best.”
[Edit daripada SUPER HEALTH, m/s 175]

"Setan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu pada waktu tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan dikatakan, 'Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.' Apabila ia bangun dan ingat kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika ia berwudhu, maka terlepaslah satu ikatan (lagi). Dan, jika ia mengerjakan shalat, maka terlepaslah seluruh ikatannya. Ia memasuki pagi hari dengan tangkas dan segar jiwanya. Jika tidak, maka ia masuk pagi dengan jiwa yang buruk dan malas."
[HR Bukhari Muslim]