Saturday, 28 July 2012

[4:148] Perkataan Buruk (yang Dikatakan) dengan Berterus Terang


Dalam bahasa Arab, ia disebut al Jahra bi ssuu'. Asalnya, ia sesuatu yang tidak dibolehkan kerana tidak disukai Allah, namun diberikan pengecualian bagi mereka yang dizalimi; mereka dibenarkan untuk mendoakan perkara buruk untuk orang yang menzaliminya. Namun, Allah yang sentiasa Mendengar dan Maha Mengetahui ini memperingatkan bahawa jika dia bersabar, itu pastinya lebih baik.

Pernah ada seseorang datang kepada Rasulullah saw mengadukan bahawa dia mempunyai jiran yang menyakitinya, lalu baginda menyuruhnya mengeluarkan semua barang dari rumah untuk diletakkan di jalanan. Setiap kali orang ramai lalu, mereka bertanya "Apa yang terjadi?", lalu dijawab dia disakiti jirannya. Mereka lalu berkata, "Ya Allah, kutuklah dia, hinakanlah dia". Jiran yang menzaliminya sedar lalu berkata, "Baliklah ke rumahmu. Demi Allah, aku tidak akan menyakitimu lagi."

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[an Nisaa', 4:148]

Tiada siapa sukakan kezaliman. Kita berharap agar orang yang dizalimi diberikan keadilan, yang menzalimi pula dijatuhkan hukuman. Andai kita dizalimi, kita berdoa agar diberikan panduan / kebijaksanaan dalam bertindak balas. Dua cara merespon ditawarkan (lihat an Nisaa', 4:149 juga): Pertama, al Jahra bi ssuu' dan kedua, tunjuk kebaikan, tutup kejahatan dan berikan kemaafan.

No comments:

Post a Comment

Labels