Thursday, 30 June 2011

Akhawat dalam Bahaya

Sepatutnya dapat tugasan bentangkan tentang Perang Bani Qainuqa'
Tapi masa punya pasal, tak sempat nak dikongsikan. Kongsi di sini je.

Cerita 1:
Perang terhadap bani Qainuqa' ini di awali sebuah peristiwa di sebuah pasar bani Qainuqa'. Pada saat itu pasar sedang dalam suasana yang ramai hingga seorang wanita arab datang dengan membawa barang untuk di jual di pasar itu, kemudian wanita itu duduk bersebelahan dengan pedagang emas dan perak. Kemudian sang pedagang emas dan perak itu, yang tidak lain adalah yahudi tanpa rasa malu meminta wanita arab tadi membuka penutup wajahnya (cadar) untuk melihat wajahnya, namun permintaan yahudi itu ditolak oleh wanita Arab tadi dan ia tetap bersikukuh untuk tidak membuka penutup wajahnya.

Sang penjual emas dan perak tadi lantas berjalan ke belakang wanita Arab tadi dan mendekati ujung pakaian wanita arab tersebut lantas mengikatkannya ke punggung wanita Arab tersebut, sehingga pada saat waniat Arab tadi berdiri maka tersingkaplah auratnya dan kemudian sang penjual perak dan emas beserta orang-orang yahudi disekitarnya itu pun terawa terbahak-bahak melihatnya. Sehingga berteriaklah sang wanita Arab tadi, hingga terjadi kegaduhan.

Mengetahui hal itu seorang pemuda dari kaum muslim yang berada di dekatnya langsung meloncat mendekati sang penjual emas dan perak yang yahudi tadi lantas membunuhnya. Segera setelah terbunuhnya yahudi itu, membuat orang-orang yahudi disekitarnya marah lantas dibunuh pula pemuda muslim itu. Mengetahui hal tersebut membuat keluarga dari pemuda muslim tersebut tidak terima dan berteriak-teriak memanggil kaum muslimin yang lain hingga akhirnya pecahlah perang antara kaum muslimin dengan Orang-orang yahudi tersebut.

Cerita 2:
Khilafah juga akan membela kehormatan wanita sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Khalifah Al-Mu’tasim. Beliau mempersiapkan bala tenteranya dan melancarkan jihad ke atas Rom ketika membela kehormatan seorang muslimah yang ditahan di Amuriyyah oleh puak Rom yang kemudiannya cuba mencabul kehormatannya. Imam Sayuti di dalam Tarikh al-Khulafa’ menulis bahawa 3000 tentera Rom telah terkorban dan 30,000 yang lain ditawan di dalam peperangan ini. Muslimah tersebut berjaya dibebaskan dan kemuliaannya dikembalikan.

Cerita 3:

Ketika Jump lepas, selepas beraktiviti di pantai, habis semuanya dalam kepenatan. Berjalanlah kami dengan santai 5 km semula untuk pulang ke tapak kem. Tiba-tiba, dari jauh kelihatan kereta Faez. Ingatkan nak bawakan kami balik gunakan kereta, rupa-rupanya dia datang untuk sampaikan berita. Katanya, akhawat kumpulan kami yang ada di campsite sedang dalam bahaya, ada orang nak serang. Tugas kami, perlu balik sesegera mungkin untuk selamatkan mereka.

Antara aktiviti di pantai; main layang-layang.
Gambar: Faris
Apa lagi, berlari-larilah semua orang balik. Penat bermain sebelum ni di pantai, dah macam tak rasa. Takut pada anjing pun dah dilupakan. Badan yang sakit bermain ragbi pun tiba-tiba rasa segar. Yang penting, akhawat kumpulan kami selamat. Kejar punya kejar, pintas memintas, akhirnya sampailah orang pertama di campsite. Tapi yang dilihatnya, akhawat tengah rilex-rilex. Suasana aman. Tak nampak bahaya yang akan datang. Lalu keluarlah pertanyaan, "Apakah?"

Nak bermain war game rupa-rupanya. Apa-apapun, bagus. Semangat dah ada. ar Rijal perlu qawwamun ala an Nisa'. Jadi pelindung kepada mereka. Perlu lebih hebat dan superior. Buktikannya di lain tempat dan masa juga.

Ketika orang lain lari, aku berjalan macam cool je, temankan Faiz n Epul
Rasa bersalah pun ada :( tapi temankan member punya pasal, takpe la kot

Sunday, 26 June 2011

Rahsia Isra Mi'raj

Dari Mekah, naik atas, turun bawah, sampai al Aqsa
Dari al Aqsa, naik ke atas, lalu berjumpalah dengan Kekasihnya

Jump kami yang lepas, lebih tekankan aspek fizikal. Tapi rohani juga tak boleh dibiarkan makan ala kadar sahaja sepanjang empat hari di sana. Beberapa kisah Rasulullah, terutamanya ketika di Madinah menjadi tazkirah bersiri kami. Cuma dua tiga sahaja pengisian berat-berat.

Abang Pali hensem antara yang beri pengisian kepada kami. Tentang tanggungjawab sesama manusia. Dia mulakan pengisiannya dengan falsafah di sebalik peristiwa Isra dan Mi'raj. Kata dia, Allah boleh saja naikkan Rasulullah naik ke langit dari Mekah, tanpa perlu ke Masjid al Aqsa. Pasti ada sebabnya kenapa perlu ada horizontal journey ke Masjid al Aqsa sebelum vertical journey ke Sidratul Muntaha.

Waktu tu juga baru terfikir. Kenapa agaknya?

Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin

Mungkin inilah rahsia di sebalik Isra dan Mi'raj. Apa yang perlu kita perhatikan, vertical dan horizontal movement perlu ada dalam hidup setiap daripada kita. Vertical journey tu tanda hubungan terus dengan Allah di arasy sana. Sedangkan horizontal journey tu tanda perlunya ada hubungan kemanusiaan antara makhluk di bumi. Manusia bergelar umat baginda perlu perhatikan kedua-dua movement ini.

Tak cukup hebat ruku sujud sahaja, mingle around! Tak cukup mingle around sahaja, ruku dan sujud juga!

"Hmm, betul juga."

A: jangan lupa praktikkan rahsia Isra' dan Mikraj
B: ye, dh mula dipraktikkan sket2 tadi, alhamdulillah

Wednesday, 22 June 2011

[JUMP] Akhawat Berani

(Saje letak tajuk gempak) Bukannya Seksis
Tetapi kerana ar Rijal itu perlu qawwamun ke atas an Nisa'

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

Di Kisas dulu, Ustazah Hayati selalu buat perumpamaan pentingnya lelaki ni jadi seorang yang berani. Ustazah selalu cerita pasal kisah suami isteri yang ternampak ular. Si suami terjerit-jerit lari ke arah isteri dia. Tapi si isteri dengan selambanya angkat penyapu nak pergi halau ular tu. Maka, tergelak-gelaklah kami dalam kelas, walaupun ustazah dah cerita tu banyak-banyak kali. :)

***

Anjing di Europe ni jenis yang jinak, macam kucing di Malaysia. Tetapi ramai orang Malaysia takut-takut dengan anjing sini. Kalau anjing lalu sebelah atau jauh sikitpun dah rasa geli. Ye la, bukannya anjing tu ganas, tapi leceh bila nak bersihkan najis mughallazah ni. So, tips yang kami dapat, buat cool je dengan anjing sini. Buat-buat jadi patung. Supaya nanti anjing tu akan ignore, pergi tempat lain.


Jump lepas, time lepak-lepak lepas selesai aktiviti di pantai, tiba-tiba ada datang seekor anjing perlahan-perlahan kat tempat kitorang. Semua dah gelabah, bising-bising. Harapnya anjing tu tak datang dekat n gesel-gesel badan dengan kitorang. Paan siap suruh baca doa supaya anjing tu pergi jauh-jauh. Tapi anjing tu buat donno jer. Last-last kami yang lari perlahan-lahan tinggalkan anjing tu. Kalau lari laju-laju, takut kena kejar pulak. Akhirnya, fuhh, selamat.

Esoknya pulak, waktu nak balik, lepas tangkap gambar ramai-ramai, ada seekor anjing lain pulak datang dekat kumpulan akhawat. Ada sorang sister ni, dengan beraninya halau anjing tu. Kami dari jauh tengok dengan kagum. Teringatlah kami peristiwa sehari sebelumnya. Kenapala takde orang buat macamtu dekat pantai semalam :)

Next time, berani lagi k! Especially dalam hal-hal dakwah. Biar rasa tercabar.

Antara cerita pasal ayah aku, kalau cicak tetiba jatuh, tak cakap banyak. Terus tangkap n buang.
Memang respek. Selamat Hari Bapa! :)

Saturday, 18 June 2011

Cerita Jump Kami

Bermaknanya hidup kita ni apabila ada pahit dan manis
Kerana hidup akan jadi bosan kalau dah selalu bersenang-senang.

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3

Jalinan Ukhuwah kami yang lepas, merupakan yang pertama kami adakan di Eropah ini. Mula-mula dapat kit kombat daripada penganjur, rasa berdebar-debar pun ada. Macam-macam persediaan fizikal, mental n spiritual disuruh buat sebelum sampai ke tapak kem. Antara kami pun ada yang terasa ragu-ragu untuk pergi atau tidak apabila baca Kit Kombat tu. Pelik jugak, baru baca kit kombat dah rasa gerun. Tapi biasala, orang kata bukan mudah untuk keluar daripada zon yang selesa.

Tapi bila dah beranikan diri, 4 hari kem tersebut tak rasa apa. Bahkan dah jadi kenangan manis pula. Agak pelik bila orang yang sebelum ni dah tak nak pergi Jump ni, dia pulak yang seronok berlebih-lebih semasa camp ni.

Setakat tidur yang tak cukup, itu perkara biasa. Gatal-gatal digigit serangga hutan, biasa jugak. Kaki cramp, pun biasa. Entahla, bila dah habis camp ni, benda-benda macam ni dah rasa biasa, termasuklah daki bukit Binn Bahn (Benbaun) yang tingginya 729 m waktu hujan, dislocate tangan n cramp kaki sewaktu main war game dan juga jalan kaki 10 km pergi dan balik.

Wajah ceria sebelum daki Binn Bahn
Gambar: Faris (Tq!)


Itulah warna-warni program Jalinan kami untuk musim panas yang lepas. Mencabar dan seronok, itu yang dapat dikata.

Kerana banyaknya ketakutan dan keresahan yang ada dalam fikiran kita,
hampir kesemuanya tidak jadi kenyataan

Wednesday, 15 June 2011

2 Gambar Best

Sengsara jalani Summer Camp akhirnya tamat
Memang best, tough n menginsafkan. Jumpa di JUMP tahun hadapan!

Bahagian 1 | Bahagian 2

7 hari di Ireland, bertemu dengan ramai orang. 3 hari di Dublin, 4 hari di Galway untuk Jalinan Ukhuwah Musim Panas 2011. Supply Internet putus selama seminggu. Balik dari Summer Camp, dapat tengok dua gambar best. Ada kepayahan di sebalik senyuman dalam dua gambar ni. Tahniah! Proud of everyone of you.

Binn Bahn - Top of Galway.
Jalinan Ukhuwah Musim Panas 2011

12 JUN 2011: Kapten Ahmad Muadz Ahmad Suhaili dijulang oleh rakan-rakannya setelah dipilih sebagai Komando Terbaik Keseluruhan sempena Kursus Asas Komando Siri AK/1/2011 di majlis penutupan Kursus Asas Komando, di Pantai Air Papan, Mersing, Johor.

KLIA Airport, 2:00 PM 16 Jun 2011
Malaysia, here I come!

Thursday, 9 June 2011

Summer Camp + Komando

Mode Summer Camp Isma Eropah di Galway.
Cuba mengapply isi Kit Kombat


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.
[at Taubah, 8:60]

Tahniah utk abang aku yg akan ditauliahkan sebagai komando Ahad ni.
Moga tercapai cita cita menjadi pejuang sejati

Sunday, 5 June 2011

Sakit Hati Baca Komen


Apabila kita bercakap, biarkan yang keluar dari mulut kita itu perkara yang baik. Bukan menyakitkan hati. Sebabnya, definisi orang Islam yang Rasulullah berikan, ada yang berkaitan dengan percakapan.

Orang Islam itu ialah mereka yang saudaranya terselamat daripada bahaya lisannya dan tangannya.
[HR al Bukhari]

Perkara yang baik macam sedekah sekalipun, akan hilang keseronokan untuk menerimanya, kalau disertakan dengan kata-kata buruk mahupun sindiran.

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
[al Baqarah, 2:263]

Zaman sekarang, zaman ramai orang prefer cakap guna teks, berbanding depan-depan. Ayat kalau salah sikit tulisnya di fb, boleh koyak hati orang yang membacanya. Check komen / twit, ada tak yang rasanya telah mengguris perasaan orang lain. Kerana al umur, bi maqasidiha. Sesuatu perkara, dinilai pada maksudnya.

Wednesday, 1 June 2011

Cuti dah Mula

Masa, kalau tidak diisi dengan kebaikan
Kelalaian yang akan memasukinya

Exam dah habis. Dah plan apa nak isi masa cuti yang panjang ni? 

Layan movie, drama. Main game. Hafal Quran, hadis. Qadha tidur. Shopping. Tour Europe. Summer camp. Kerja. Study next year.  Dalami isu Palestin. Belajar buat video. Lepak dengan kawan. Belajar Bahasa Arab. Mantapkan iman untuk hadapi Ramadan. Belajar buat website.Naikkan mutabaah.

Macam-macam benda boleh buat. Plan dunia mesti ada, akhirat jangan lupa.

Chatsworth House, 29 Mei
“Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya, adakah diamalkannya.” 
[HR at Tirmizi]

Tiba-tiba ternampak note Encik Azim tentang cuti gak
GMTA! :)

Labels