Thursday, 3 February 2011

Kenali Ikhwan Muslimin / MB


Dah tersebar luas video talk show mengenai kebangkitan rakyat Mesir, Muslim Brotherhood dan juga Khilafah. Itulah yang terjadi apabila orang luar cuba nak bercerita mengenai misi n visi sesebuah organisasi. Perkara yang kecil cuba ditafsir dan diberikan pengertian menggunakan kanta yang salah. Ibarat kes-kes Islamophobia sebelum ni, yang bahkan memetik kecil ayat al Quran sebagai hujah melawan Islam, begitu juga yang terjadi sekarang. A correct text, but with explanation out of context.


Nak kenal Ikhwan Muslimin, kenalah baca n teliti apa dasar perjuangan mereka. Majmuah Rasail tu bacaan asas, belum lagi kalau nak kira ceramah Tsulatsa', mahupun tulisan tokoh-tokoh Ikhwan lain. Pernah tau apa prinsip mereka? Kenapa mereka keluarkan kenyataan tidak memimpin kebangkitan 2011 ini, sebaliknya menyertai dan memberi sokongan kepada rakyat. Bawah ni satu contoh, apa pendirian mereka mengenai perubahan melalui jalan revolusi.

Sesungguhnya matlamat Ikhwan Muslimin ialah membina generasi baru dari kalangan orang-orang yang beriman dengan ajaran-ajaran Islam yang sahih. Mereka bekerja mencorak orang ramai dengan corak Islam yang sempurna. Jalan Ikhwan pula ialah merubah suasana umum masyarakat dan mentarbiyah pendokong Dakwah dengan ajaran-ajaran Islam sehingga mereka menjadi teladan kepada orang-orang lain … Ikhwan berjalan menuju matlamat mereka melalui batas-batas jalan mereka di atas. 
Adapun jalan revolusi, Ikhwan Muslimin tidak memikir dan bergantung kepadanya. Ikhwan tidak meyakini menfaat dan hasilnya. Walaupun begitu Ikhwan berterus terang kepada pemerintah di Mesir, sekiranya keadaan dalam negara berkekalan seperti ini dan pemerintah tidak mengambil langkah segera membaiki keadaan, pasti ia akan membawa kepada revolusi yang bukan dari perbuatan Ikhwan, akan tetapi dari tekanan suasana, tuntutan keadaan dan cuai terhadap perbaikan-perbaikan dalam masyarakat. 
[Hasan Al-Banna]

Semoga Allah swt memelihara kita dari hidup dibawah pemerintah yang zalim, ketidakstabilan dan kacau bilau dalam negara dan kelesuan rakyat yang tidak endah apa yang berlaku disekelilingnya.
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa, sikap, akhlak dsb)”
[ar Ra'd, 13:11]

Edit daripada: Ini Jalanku

Oh yer, MARATHON dah masuk siri kesepuluh semalam. Akronim bagi Majmuatu ar Rasail: Tahu, Hadam, dan On-kan Sepanjang Jalan. Aktiviti suka-suka mingguan. Ni pun satu cara nak fahami method / perjuangan mereka. Subscribe, jangan tak subscribe.

4 comments:

  1. nice. hajatnya memang nak menela'ah risalah ikhwan ni. cuma buat masa skrng keadaan x mengizinkan.

    bila baca ni teringat respon ustaz lah ngn mantan pres abim time forum KEMM1511:

    Q: adakah ISMA ada agenda tersendiri utk membuat pembaharuan pada politik msia?

    ustaz lah: ISMA lbih fokus dlm pembentukan jati diri melayu muslim. xkisah sapa yg memerintah, klau dia bwk mnda betul, kita sokong.

    abim: saya sokong pendapat ustaz lah. kalaulah nanti saya pres parti A ustaz lah parti B, waktu tu org dah x kisah dah sapa nak menang. sebab sapa menang pun, tetap islam d atas. (tepukan gemuruh)

    *quote lbih kurang ja. ingat2 lupa. assif klau lari content dia.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    ada ralat di situ.
    bukan Surah al-Hijr.
    tapi surah al-Rad'.

    ReplyDelete
  3. Thanx Faiz. Dapat jugak input daripada KEMM1511. Jadila sket ni :)

    Bila kita sepakat pada perkara yang penting, barulah nampak kekuatan kita sebagai orang Islam.

    Sepakat pada yang usul, berlapang dada pada yang furu'

    ReplyDelete
  4. Salam (Selamat datang)
    Tersilap tukar, terima kasih...

    ReplyDelete

Labels