Wednesday, 9 February 2011

Biarkan Hati ini Tenang

Catatan seorang lelaki yang single
Belum beristeri, apatah lagi mempunyai baby

Dah masuk semester kedua di UK ni, aku terpaksa akui yang aku dah dijangkiti suatu perasaan. Yang aku tak pernah terbayangkan sebelum ni. Bukan perasaan nak kahwin. Tapi perasaan rindu famili di Malaysia. Teringat masa di Klia dulu, sebelum fly, rasanya hati ni kering jer. Waktu tu, rasa sedih tu langsung tak de, apatah lagi rasa nak menangis. Sebelum fly, aku siap scheduled suatu entri happy untuk publish tepat dengan masa flight depart. Nak tunjuk rasa sedih tu tak de, dan supaya ahli famili aku yang lain pun jangan sedih.


Tapi sekarang dah rasa lain. Pagi tadi boleh pulak mimpi dua kali pasal famili. Mimpi pertama, aku balik rumah disambut semua ahli keluarga aku dengan sangat gembira. Dah bangun tu, duduk-duduk, boleh pulak tertidur balik, dan mimpi kedua bersambung, aku kena siap-siap kejar flight balik semula ke Uk. Habis mimpi, rasa rindu dan sayu itu datang. Pagi tu, masa jalan ke kelas, duduk dengar lecture, beli barang, semuanya asyik teringatkan famili jer.

Kalau rujuk dalam sirah Rasulullah, memang ada cerita baginda dan para sahabat yang rindu apabila keluar meninggalkan negara asal mereka, Mekah untuk berhijrah. Begini ar Raheeq al Makhtum bercerita:

Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terus lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, "Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?". Kata Aisyah, "Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata: "Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya."

Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:
ألا ليت شعري هل أبيتن ليلة * بواد وحولي إذخر وجليـل
وهل أردن يوما مياه مجـنة * وهل يبدون لي شامة وطفيل
"Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil
Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail."

Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah."

Terserlah kecintaan Rasulullah dan para sahabat pada tanah air mereka selepas hijrah. Baru aku tersedar, mulanya ingatkan bila fikir pasal hidup di negara orang, studi n then dakwah lagi, rasa rindu tu tak datang, rupanya anggapan aku tu salah. Kalau dalam Majmuatu Rasail, sajak rindu Bilal ra itu diceritakan juga. Amat indah dan sayu. Ditambah dengan kisah Rasulullah bersama seorang sahabat bernama Usail ra. "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah. Baginda bersabda:

يا أصيل دع القلوب تقر
"Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang."

Itulah, bila dah rasa rindu ni, sekarang aku dah tengah rajin usha fb n blog famili aku. Semalam, tempoh paling lama aku bersembang dengan mak di rumah. Itupun rasanya belum cukup lagi. Macam-macam cerita n haluan yang ahli keluarga dah ada dan ubah sejak aku fly tahun lepas. Hanya doa yang aku dapat berikan, agar mereka sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keberkatan-Nya.

Dan sekarang, rasanya tak lambat untuk aku katakan, seperti katanya Rasulullah
"Dail Qulub Taqr!", "Biarkanlah hati ini menjadi tenang..."

6 comments:

  1. Salam akh..
    hehe..rindu rinduan nampk...

    bila mau balik malaysia..

    ReplyDelete
  2. salam, ambil kos apa?
    semoga rindu itu mengajar kita untuk menghargai orang di sekeiling kita. diakui, bila orang di dpan mata kita, kita ndah tak endah. bila berpisah barulah mahu menghargai.

    ReplyDelete
  3. Salam akh.
    Haha, kalau rindu, katakan rindu, tak de la nanti tertunggu-tunggu :)
    Balik Msia hujung2 bulan 6 nanti, insya-Allah. Flight ticket pun xbeli lagi. Bole la nanti kita jumpa yer :D

    ReplyDelete
  4. Salam Pengunjung.
    Kat sini amek Chemical Engineering. Anyway, terima kasih nasihat. Baru nak mula praktikkan betul-betul nasihat tu. Tq.

    Btw, selamat datang ke sini...

    ReplyDelete
  5. same here..ngatkan da ta homesick lagi..

    ReplyDelete
  6. yes faqih..ak balik may!!haha...jeles tak..jeles tak...hehehe...
    seriously, bulan nie, hampir stiap hari ak tgk web nk beli tiket balik sampi result kuar jer, trus beli..rindu-rinduan gitu kan...hehe...

    ReplyDelete

Labels