Thursday, 2 December 2010

Ada Apa dengan Marathon?

Setelah semua benda nak di"taz"kan (Futaz, Btaz, Snowtaz, Sotaz)
Akhirnya Marathon lahir sebagai projek disiplin masa mingguan

Pendahuluan
Membaca Majmuatu ar Rasail (Himpunan Risalah) yang ditulis oleh Hasan al Banna memang menterujakan saya. Seolah-olahnya saya dapat merasakan hidupnya tulisan beliau dalam menceritakan prinsip dan idea perjuangannya. Lalu saya berfikir, tak patut kalau saya sorang jer yang merasai perasaan tersebut. Kerana kita berada dalam saf yang sama, maka lagi bagus kalau apa yang saya tahu dan rasa itu dapat diterjemahkan untuk faedah bersama-sama.

Sedikit sebanyak juga saya teringat kepada bekas naqib saya yang mengatakan, betapa ramainya mereka yang mengaku bangga dan ingin mencontohi perjuangan dan sistem yang dibawa Hassan al Banna, namun tidak pernah / jarang meneliti apa yang disampaikan oleh beliau dalam ucapan dan risalahnya.

Dan secara personal, saya merasakan apa yang ditulis oleh beliau memang sudah mula saya nampak praktikalnya sekarang, berbanding ketika saya bacanya suka-suka masa kecil dulu. Rugilah kalau pengalaman dan idea yang dikongsikan beliau tidak diteliti oleh dai zaman sekarang. Minimal, kita tahu sikit sebanyak apa yang ada dalam Himpunan Risalah ini, agar dapat dihadam dan ditelitikan, untuk kita jadikan bekalan sepanjang kita meneliti jalan yang jauh dan panjang ini.

Inilah tujuan saya menulis note ini. Harapannya untuk menjadikannya siri mingguan, untuk berkongsi petikan pendek daripada apa yang tertulis dalam Majmuatu ar Rasail. Maka terimalah:

MARATHON: Siri 1
Majmuatu ar Rasail: Tahu, Hadam dan "On"kan Sepanjang Jalan

***___***

Terus Terang
Kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari.


Suci
Kita juga mahu bangsa kita (seluruh umat Islam adalah bangsa kita) memahami bahawa dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang suci. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita menolak segala kepentingan diri sendiri, kita ketepikan segala keuntungan dunia, kita ketepikan segala keinginan dan kehendak kita. Kita melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala untuk para pendakwah:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
[Yusuf, 12: 108]

Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita.
[Dakwatuna]

Semoga bermanfaat!

Tapak Projek

Terima kasih kepada semua atas doa n celebration
Harapannya, usia tidak digunakan untuk kepentingan diri semata-mata 

Popular Posts