Wednesday, 29 December 2010

Cerita Jums Kami II

Part I | Part II

Bila fikir balik pasal pengisian yang kami dapat, satu kesimpulan yang dapat saya buat ialah Melayu dan Islam di Malaysia dalam keadaan bahaya. Lalu kita tersedar, kita perlu lakukan sesuatu. Hidup mesti ada agenda supaya kerja yang kita lakukan mesti ada hala tuju. Walau ia berbau politik, saya kira ini politik yang matang. Untuk menyelamatkan maruah dan status quo kita di Tanah Air.


Maka betullah kata Abu Khairah:
"Kejayaan JUMS2010 tidak diukur pada sedapnya makanan, manisnya ukhuwah dan keterujaan aktiviti tapi dinilai pada sejauh mana ianya telah menginjak paradigma, spirit dan amal soleh anda ke tahapan yang lebih baik hari ini dan seterusnya !!"

Kalau ada yang bertanya, apa yang perlu kami buat dengan kesedaran yang kami dah dapat, rupanya Hasan al Banna dah berikan panduan kepada. Inilah juga yang ditekankan 4 hari 3 malam kita berada di sana. Keperibadian Muslim!

***

al Amal
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Amal: Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".
[at Taubah, 9:105]

Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur ialah:
1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.

2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

4. dan seterusnya
[al Banna, Risalah Taalim]

No comments:

Post a Comment

Labels