Sunday 4 April 2010

Cerita "Budak Agama"

Saya juga hairan ada sesetengah orang yang sangat terpelajar dan mampu menggunakan kewarasannya dengan maksima, namun apabila sampai dalam soal pandangan agama, dia mencampakkan segala kebijaksanaannya dan membisukan diri seakan Islam ini memusuhi lojik dan akal lalu bertaklid buta.

Kadang-kadang aku merasakan adanya sentimen halus dalam Kmb ini yang menyuarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap “budak agama” di sini. Kadang-kadang terasa, kadang-kadang tidak. Mungkin berpunca daripada perasaan sensitif dalam diri aku ini yang tebal, lebih-lebih lagi kemungkinan yang tinggi bahawa aku tergolong dalam kumpulan itu.

Yang direkodkan secara rasmi, memang banyak. Di blog Remy, al Gowar, Sham Tech, mungkin juga Billy the Ultimate, selain artikel Tunang versi Kmb. Tak dikira lagi yang disebut secara mulut seperti yang diadukan beberapa orang. Di sisi lain, hal ini boleh dipandang positif sebagaimana yang dicontohkan dalam surah [Abasa]. Membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan tujuan menunjukkan pelakunya jalan yang lurus. Tanda sayangnya seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Ibarat seorang mak yang melihat jiran dan anaknya melakukan kesalahan; yang akan teruk dimarahi adalah anaknya sendiri.

Berbincang dengan seorang kawan (M), berikut merupakan apa yang dikatakannya. Mungkin “budak agama” ini dah tak rapat dengan bukan “budak agama”. “Budak agama” tidak lagi duduk bersama mereka menyebabkan ketidakfahaman yang berlaku dalam kalangan bukan “budak agama” menular sesama mereka dan tidak dapat dibetulkan dan dikurangkan “force”nya. Aku melihat mungkin disebabkan “budak agama” ini dah mula beruzlah dalam kelompoknya, terutamanya menjelang exam yang semakin tiba. Mereka seolah-olah dilihat seperti kumpulan elit, menyebabkan timbulnya karakteristik rebellious dalam kalangan bukan “budak agama”. Namun, seorang dai sepatutnya memahami bahawa masyarakat akan tetap menjadi objek dakwah mereka; jangan tidak dihiraukan mereka.


Secara umumnya aku cuba bersuara tentang hal ini. Seumum habis di blog, facebook. Ditambah dengan entri dalam blog ini. Satu, dua, tiga, empat dan lima. Tapi itulah kelemahannya seperti yang dikatakan M, terlalu banyak beranalogi, berkias dan berfalsafah menyebabkan orang langsung tak faham dan tidak mendapat message yang cuba disampaikan.

Ya, tiada manusia yang sempurna, sunyi daripada kesilapan. Dan tidak pernah layakpun tindakan / percakapan manusia zaman sekarang ini dijadikan hujah syariah. Tetapi inilah yang perlu difahami oleh seorang anda sebagai dai. Menerima teguran daripada masyarakat walaupun bukan anda yang melakukan kesalahan.

Sewajarnya ini menjadi ibrah bagi generasi Kmb di bawah, juga buat ikhwahku di tempat lain. Mari sama-sama memasyarakatkan dakwah. Tegur segera diriku andai aku cuba mengesampingkan masyarakat ke tepi. Terima kasih.

Sekalipun Waki’ ulama besar, namun kesilapan ilmiah mesti dinilai sebagai kesilapan ilmiah. Jelas, kita disuruh untuk menghormati orang lain terutama guru agama, namun ini tidak menghalang kita bercakap benar beralaskan disiplin dan akhlak yang diajar oleh Islam.
[Prolog dan Epilog diedit daripada artikel Dr Asri]

11 comments:

  1. Tambah M lagi,
    Lebih mengharukan bila "orang beragama" tu melakukan apa yang dilarang olehnya

    Tapi ada good quality juga pada bukan "budak agama" ini
    Mereka rebel dengan cara positif, bukan sama-sama terjun dalam perkara negatif

    ReplyDelete
  2. terlalu byk beranalogi..

    ada benarnya..

    *tp mereka y ''x faham'' itu x mahu bertanya..
    kalau masing2 nak pertahankan ego langsung x berjalan muamalat..


    mungkin itu perlunya org tgh..
    seperti 'budak agama' (M)..

    isyaAllah..sama2 berubah..

    ReplyDelete
  3. erm..persoalan ini sebenarny sudah lama wujud di kmb...ok, sy guna istilah yg sama, "budak agama" dan "budak 'bukan agama'". Pada pandangan sy, bukan masalahny beranalogi, tp 'mungkin' mslhny pd masalah yg dianggap spt 'kecil'... Kalau ikut pengalaman, sy prnah brtnya kpd slh seorg "budak agama": "knp sistem usrah kita seolah2 tidk kuat iaitu mcam tiada paksaan untk datang usrah?" (bkn berbunyi begitu, tp lebih kurang..) yg dmksdkan ialah knp kita "seolah2" mcam tk kisah kalau "bukan 'budak agama'" tk datg usrah dan sesetengah kita rasa macam tkperlah klu dia tk dtg usrah, kalau dia dtg usrah tp tk rela pun serupa takyah datang...Nie bukn pndgn sume org tp ad sstgh org... Pastu jawapan yg dberi ialah: "Sistem dakwah kat kmb nie bertujuan untuk melahirkan para daie dan ap yg kita hrap ialah para daie ini akan berdakwah kpd mereka yg "bukan 'budak agama'" nie.." (bkn berbunyi begitu, tp mmbwa mksd begitu..)

    Pada pandangan sy, jikalau bnar itu sstemny, itulah yg mnybbkn jurg antara "budak agama" dan "budak 'bukan agama'"..kerana sstm trsbt hanya lbh brtmpu kpd teori dkwah dan krg pd prktikalny... (berasaskn pnglmn..)Spatutny tkder seorg naqib pn ptut brfikirn sedemikian, dn apbl mengadkn usrah pula sstgh drp "budak agama" mmbrikan isi2 yg byk kpd teori, agama, dakwah, dn prkara2 brat (krn ingin latih mnjd daie) yg mana pd pndgn sy, tk semua org boleh mendpt keserasian mlalui pndkatan sedemikian krn lain individu, lain perasaan... sstgh org lbih suka usrah yg lebih berkaitn hidup mreka yg mna sptutny kita jdikan usrah d kmb satu pndkatan utk kita rptkan jurang antara 2 golongan td..(ini pula berasaskan luahan hati bbrp studnt kmb)

    oleh itu, pd pndpat sy, klu org tanak dtang usrah, mgkin kita boleh ambl satu pndktn yg mnnjkkan kita mash ambl tahu tntg diri mereka...cth, sntiasa msg suh dtg usrah wlupn kita taw dia takkn dtg, atau minta kawan tolong pas kan bahan usrah kat org trsbt spt mna yg sy lakukn dlam usrah sy sndiri dan akhrny indivddu yg slalu "tak datang" ni makin rajin dtg shggakan pd masa akan dtg, klu dia tk dpt dtg, dia akan dtg atu msg ntk bgtaw tk dpt datg wlupn sblm ni tk pernah buat begitu...

    So, mgkin bond antra 2 golongan ini yg krg kuat mnjdkn plbagai prasangka yg wujud... ni cma pndpat jer..mgkn betul dn mgkn salah...sbg satu prkongsian... tp trpnjang pulak membebel...wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Yer,
    Pentingnya untuk kita menganalisis medan dan realiti dengan teliti agar mengenakan strategi yang tepat.
    Amilin telah memberikan suggestion strateginya.

    Terima kasih.
    Sama-sama membumikan tarbiyyah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. erm..setuju dgn khairul amilin..

    berdasarkn pemerhatian dan kepala otak + hati sy,

    sistem tarbiyyah merupakan satu sistem yg menjaga.. bkn merosakkan..

    knape ad gap diantara 'dak agama' dan 'bdak 'bkn agama''??

    well.. cuba tgk keadaan kmb sndri..

    rata2 akhawat yg dikategorikan sbgai 'bdak agama'.. kwn2nya pon satu golongan jgak.. jarang dpt lihat mereka dekati 'bdk bkn agama'.. kecuali time usrah.. usrah.. atau kwn sekelas..

    nak salahkan sape? sistem tarbiyah atau mereka yg dikategorikan sbgai 'bdak agama'??

    sorry to say this but.. kdg2 bkn stakat 'bdak bkn agama'.. 'bdak agama' sndri pon rebellious.. lihat keadaan yg mcm syadid sgt.. sy xckp usrah kmb xbgos ke ap.. but then, kdg2.. terdpt biased antara 'bdak2 agama' sndri.. org yg dipilih utk aktiviti2 tertentu... oh.. 'bdak agama' and da geng.. yg ni.. oh.. 'bdak agama'.. 'bdak agama' tu da mcm jdi label kat kmb.. plik tpi benar..

    sebut plak psl usrah.. kkdg mslh utama org xnak dtg usrah ialah perbezaan fikrah.. mybe sbb xdpt terima cra daie dorg ke ape ke.. wallahu'alam.. daie' perlu main peranan mcm mne nak tarik org n aware mad'u die mcm mne.. lain org lain cara die... jgn smpai org yg mmg da lama dlm sistem tarbiyyah ni pon rse mcm nk berhenti dri bnde ni! (serious, bnde ni bkn bnde yg main2..)

    ok.. klo nak ckp..
    ad hadis rasullah(xsure sahih atau x..)
    "perbezaan pendapat dlm umatku adalah satu rahmat.."

    true.. sokong dgn kenyataan ini.. tpi, klo da slalu sgt berbeza pndapat, kita boleh ikut manhaj dan jemaah yg lain bkn.. as long membawa kita pada islam dan mengtauhidkan Allah taala.

    gamis, haluan,pkpim..etc..etc..ad je..

    "manusia xde yg sempurna.."

    true.. 'bdak bkn agama' pon xsempurna.. xde sape yg maksum.. knape dua golongan ni ada gap? sbb ap? bleh terangkan?

    "jgn lihat sapa yg memberi, tapi lihat apa yg diberikan.."

    true.. xde masalah.. xkesah bdak agama ke bdak bkn agama ke.. rsenye sume boleh terima input apa yg btol.. cume kdg2.. ble keadaan mnjadi terlalu mndesak.. usrah n cas? (sbgai contoh sbb rmai yg bgi alasan xleh attend cas especially sports ptg2 sbb usrah..) which one would you choose? usrah? pnting utk hidup dan mati.. cas? pnting utk ib.. study pon antara medium utk berdakwah jgakkan? xcukup cas hour phm2 sndri la ye.. so.. kkdg2.. dai'e kurg memahami kondisi mad'u-mad'u die.. ok.. klo da'ie ni jenis mmg biase busy yg sgt2 busy.. so, bgi die.. die bnde2 mcm tu perkara kecil je.. tpi bgi yg xbiase extremely busy?.. mybe dorg akan rase tension..


    sy tulis atas pemerhatian sy terhadap golongan2 'bkn bdak agama di kmb'.. luahan hati mereka.. dan jga beberapa students yg da biasa ngan sistem tarbiyyah ni.. tpi bila tiba di kmb.. hampa.. sistem ini seolah2 mmbawa mereka kepada sikap rebellious yg berpanjangan.. mereka2 yg dahuluinya antara yg sudah lama dan selesa duduk dlm sistem ni.. trase nk lari jauh2?? apa kes? ni masalah berat ni..

    (ckp byk2 xbgi apa2 solusi pon xberfaedah jgak..)

    sbgai cdgan, mybe 'bdak2 agama' bleh muhasabah blik methodology dakwah yg dibawa.. sy xckp cara yg dibawa salah.. secara jujurnya, usrah kmb sgt mantap!! staraf 5-star.. cuma ad beberapa masalah teknikal yg perlu diperbaiki..dan mungkin para du'at perlu diingatkan kmbali tujuan asal kita.. dakwah dan islah perlu seiring.. bkn skadar untuk melahirkan para daie dan ap yg kita hrap ialah para daie ini akan berdakwah kpd mereka yg "bukan 'budak agama'.. (petikan kata2 amilin).. tpi secara keseluruhannya.. tanpa mengira siapa anda dan siapa sy..

    sekadar mencoretkan apa yg terlakar di minda hati.. buat pedoman utk generasi yg bakal mendokong dakwah di kmb nnt..

    siapa sy xperlu tahu.. cukup skadar anda tahu diri anda sndiri..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk explanation yang panjang-panjang,
    moga memberi manfaat dan semakan agar perkara sama tidak diulangi pada masa depan.

    Yang pastinya, "budak agama" ini tidak boleh duduk diam dan berada dalam zon selesa, hanya kerana kawan-kawannya adalah "budak agama" juga, kerana metodologi dakwah akan sentiasa berubah.
    Pendekatan yang berjaya pada sesuatu tempat / masa / golongan manusia tak semestinya akan berjaya pada setiap tempat, masa dan orang

    Kita perlu menambah dan mengukuhkan sokongan, bukan menyebabkan manusia bertambah lari daripada menyokong Islam

    ReplyDelete
  8. sedih apabila tersepit antara dua golongan...=<

    ReplyDelete
  9. Sedih memang sedih.
    Tapi berusahalah untuk membaiki kedua-dua golongan.

    Ramai yang suka bercerita tentang isu ini. Harapannya cerita-cerita itu, bukan sekadar umpat-umpatan, tapi merupakan ghibah yang dibenarkan, asalkan tujuan akhirnya membawa perbaikan.

    Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.

    Mudah-mudahan. Amin
    [Hud, 11:88]

    ReplyDelete
  10. http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bukan-lesen-untuk-kamu-menghalalkannya/

    insyaAllah turut berkaitan dan dapat membantu tentang tajuk budak agama.

    ReplyDelete

Labels