Saturday, 17 April 2010

Ini Hak Aku

Bila dipuji kejayaan kita Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa Semuanya dari Allah

Ada masanya, kita merasakan kita layak dengan apa yang kita dah dapat selepas kita berusaha. We deservas on what we’ve done. Contohnya, selepas penat struggle, dapat markah 90 dalam dalam Mathematics Paper 1, kita rasa ia berbaloi dengan usaha kita.

Setiap manusia diganjarkan mengikut tahap usaha mereka. Itu pegangan diri kita.

Tapi kadang-kadang kita dilupakan untuk memegang satu lagi kenyataan bahawa segala-galanya yang datang daripada kita merupakan pemberian Allah iaitu nikmat yang dihadiahkan kepada kita. Lalu menyebabkan kita berasa kita sahajalah yang layak mengecapi pemberian itu. Lebih teruk lagi, bila kita beranggapan orang lain tidak layak berkongsi kejayaan itu. Itu milik kita seorang. Mutlak.


Lalu terkadang kita akan berjumpa dengan manusia yang berasakan nikmat itu miliknya segala-galanya. Suka hati dia untuk membuat apa saja. Sama ada kedekut, dengan menjadikan kelebihan itu haknya seorang diri semata-mata, atau belajar untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain.

Ibaratnya, “mulut ini aku yang punya. Aku jaga sejak aku kecik. So, kalau aku nak mencarut dengan mulut ini ker, nak mengutuk kau dengan mulut aku ni ker, suka hati aku la. Ini mulut aku. Bukan mulut kau.”

Oh, dia lupa bahawa mulut itu datangnya daripada Allah, dipinjamkan buat sementara untuk digunakan berpada-pada mengikut syariat-Nya.

Itu ukuran untuk manusia yang biasa. Bagaimana pula dengan ukuran seorang dai. Yang sepatutnya meletakkan segala-gala yang ada pada dirinya untuk kepentingan umat.

Ibaratnya “Ini masa aku. Suka hati aku nak buat aktiviti apa. Kau jangan tegur-tegur aku. Aku ada cara fikir aku, kau ada cara fikir kau. Jangan nak paksa aku dengar cakap kau.” Tapi lepas tu dia pergi membuang masa dengan perkara lagha yang tidak memanfaatkan umat.


Apakah? Dia terlupa bahawa dia perlu meluangkan masa menjadi dan membentuk batu-bata untuk dikumpulkan bersama untuk membina bangunan yang [Marsus].

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

Sungguh orang-orang yang sebelum mereka (juga) telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan.

Maka mereka ditimpa akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang lalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri.
[az Zumar, 39:49-51]
Dia tak akan membawa Islam ke mana-mana dengan sifat peribadi seperti itu. Dan dia akan bernafsi nafsi. Dan mungkin juga akan dibaham serigala yang sukakan biri-biri yang bersendiri. Nauzubillah. Tsumma astaghfirullah.

Oh, bila agaknya kita berjanji untuk mula menginfakkan diri kita untuk umat.

No comments:

Post a Comment

Labels