Friday, 29 January 2010

Konsekuensi Taat

Mengharap Senang dalam Berjuang,
Bagai Merindu Rembulan di Tengah Siang

Konsep: Cerita Sahabat ra
Pengajaran: Pentingnya Bersifat Taat
Nama Watak Utama: Huzaifah al Yamani
Latar: Suatu malam yang dingin, semasa Perang Ahzab

Situasi
• Dikepung Abu Sufyan dan kafir musyrikin di sebelah pihak, Yahudi Bani Quraizah di sebelah pihak lain
• Takut jika sesuatu terjadi kepada wanita dan keluarga mereka.
• Malam sangat gelap sehingga tak dapat melihat jari sendiri, angin sangat kuat, derunya seperti halilintar menyambar

Kisah:
• Rasulullah berdiri dan mengelilingi sahabatnya yang duduk, seorang demi seorang.
• Sampai di Huzaifah, Rasulullah bertanya, “Siapa ini?” Huzaifah menjawab, “Huzaifah”.
• Ketika itu dia dalam posisi berlutut. Tiada pakaian yang menutupi dirinya daripada cuaca sejuk kecuali pakaian selendang isterinya yang tidak sampai menutup kedua-dua lututnya
• Rasulullah bertanya dengan nada yakin, “Huzaifah?” Huzaifah bersedekap mengerutkan diri ke tanah sebab enggan kalau dia mesti berdiri kerana dia sangat lapar dan dingin. “Betul Rasulullah,” jawabnya.

Perintah:
Sesungguhnya yang di sana itu terdapar segerombolan kaum, intipilah dan menyusuplah ke dalam tenteranya, kemudian sampaikanlah kepadaku tentang keadaan mereka.

Respons:
• Huzaifah segera keluar, dalam keadaan paling takut dan paling sejuk.
• Belum habis Rasulullah berdoa, “Ya Allah, jagalah dia ...”, Allah telah hilangkan segala perasaan takut dan sejuk daripada dirinya.
• Huzaifah segera lalu, kemudian menyusup dalam kepekatan malam, memasuki kawasan tentera musyrikin dan menjadi seolah-olah sebahagian daripada mereka.

Sumber: Dr Majdi al Hilali, Rakaizud Dakwah, Media Insani, 2003, Surakarta, Halaman 132 dan 133 daripada Suwari min Hayati as Sahabah

Pangkalnya Jauh Hujungnya Belum Tiba

Tuesday, 26 January 2010

Sayang-sayangkan Rumah

Emak aku selalu pesan, “Orang laki ni jangan dibiarkan lama sangat duduk rumah. Kena selalu keluar, buat dakwah!”

Fikir-fikirkan semula, ada betulnya cakap emak aku ni. Bila kita dah lama duduk di rumah ni, kita akan cenderung untuk bermalas-malasan. Berasa selesa dengan kesenangan dan keselesaan yang dah familiar dengan diri kita.

Sebab itu, bila dah lama sangat tak bergerak keluar dari rumah, akan rasa malas sikit untuk tinggalkan. Inilah yang dinamakan sayangkan kediaman yang selesa atau dalam bahasa Arabnya disebut Masakina Tardhaunaha.

Kalau cakap pasal student, kediaman ini tentulah hostel dorang. Kalau cakap pasal orang kaya, kediamannya mungkin lebih up, ada taman dan kolam. Yang pasti, macamana pun bentuk kediaman kita, kita pasti rasa berat untuk tinggalkannya.

Mengapa berat untuk keluar? Sebab kediaman itu selesa. Ada katil untuk berbaring-baring dan macam-macam kemudahan lain. Ada bilik air free, makanan senang dapat, ada kawan / isteri / anak untuk menceriakan suasana dan lain-lain. Sikap bermalas-malasan akan semakin bertambah. Tapi bila dah bermusafir, kita terpaksa mengetepikan sebentar nikmat tersebut. Biasala.

Bercakap dalam konteks sekarang, keluarnya kita dari kediaman boleh dirujuk untuk menghadiri program dakwah atau tarbiyyah. Kita ada daurah, halaqah, rehlah, jaulah, seminar, konvensyen, simposium dan lain-lain. Yang pastinya, semuanya bermanfaat, paling tidak, mewujud dan merapatkan ukhwah sesama teman musafir.

Dalam sirah, kita ada seorang sahabat yang tersilap perkiraanya apabila selesa dengan kediaman mewah yang dimilikinya. Kaab b Malik. Buah-buah yang masak ranum, layanan isteri yang ada pada kediamannya membuatnya bertangguh-tangguh untuk menyertai ekspedisi ketenteraan ke Tabuk bersama Rasulullah menyebabkan beliau tertingal. Penghujungnya, beliau mengakui kesilapan dilakukan seperti yang digambarkan dalam at Taubah, 9:118.


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
[at Taubah, 9:24]

Kirakan cumulative days berapa banyak kita dah stay di kediaman, jangan sampai ia menjadi besar. Kalau diajak, terus ambil peluang keluar kerana diamnya kita dalam sesuatu kawasan akan merosakkan kita sedikit demi sedikit

Air yang bertakung mudah menjadi busuk

Friday, 22 January 2010

Pandanglah dengan Kasih Sayang

Mukmin itu sifatnya berlemah lembut sesama orang beriman. Dia keras dengan orang Kafir. Ini yang disebutkan Allah dalam firmannya dalam al Maidah, 5:54

... قَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ...
... suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya...

Perbezaan pendapat sesama orang beriman sewajarnya disikapi dengan rasional, berpandukan al Quran dan as Sunnah. Bukan emosi semata-mata walaupun anda memang terkenal emosional. Sikap berlebih-lebihan dalam beremosi ini akan memakan diri apabila kita mula mengetepikan adab-adab berukhwah dalam Islam seperti yang digariskan dalam al Hujurat, 49:11-12.

Mari kita berfikir, mengapa hanya kerana berbeza pendapat, menyebabkan kita berburuk sangka dan berpandangan skeptik sesama orang beriman? Bukankah berlapang dada atau berprasangka baik itu tahap ukhwah yang terkebawah, atau dikenali sebagai Husnu Zan.


Jangan sampai kita salah bersikap. Adakah perlu kita bersikap skeptik sesama orang beriman sehingga renggang hubungannya dengan kita, tetapi dalam masa yang sama kita berhubungan terlalu rapat dengan manusia awam. Bandingkan hubungan kita dengan masyarakat awam dan hubungan kita dengan orang beriman lain (yang mungkin berbeza pendapatnya hanya dalam aspek methodologi dakwah), mana satu yang lebih kita rapat dan sayangi?

Bukan berniat merenggangkan hubungan kita dengan masyarakat awam, tetapi untuk mengajak kita mengetepikan perbezaan pendapat sesama orang beriman lalu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan harmoni.

Dua tiga kali aku dengar perkataan ini. "Faqih yang tak faqih". Bila la aku nak faqih dalam Pure Math ni. Hahha ...

Tuesday, 19 January 2010

Tercampak ke Mana-mana


Alhamdulillah, sekali lagi diizinkan oleh-Nya untuk berbakti, menyebarkan mesej Rasulullah dan ayat-ayat-Nya di atas muka bumi ini. Ahad lepas berjaya memberikan pengisian untuk ikhwah UPM dan UKM di Serdang.

Tajuk yang diberikan “Memandu kereta dakwah”. Ikhwah minta huraikan melalui skop team-work. Agak-agaknya dia minta cara berkonvoi agaknya kerana aku percaya kita masing-masing mempunyai jenis kereta dakwah. Mungkin ada yang “Alphard”, mungkin “Accord” atau “Alza”. Hebatnya kereta kita bergantung kepada macamana kesungguhan kita atas jalan ini. Dan kehebatan kereta kita itu sewajarnya membantu konvoi untuk berjalan dengan lancar dan pantas.

Tak aku sanga-sangka, ada cenderahati yang dorang diberikan. Buku Misteri Solat Tahajjud menjadi token cenderahati daripada mereka. Haha, inilah pengisian pertama yang ada hadiah. Bagusnya ikhwah-ikhwah ni. Mudah-mudahan dapat habiskan buku itu, xde la berat dan panjang sangat.


Yang ini kerja kami weekend lepas.

Yang ni pulak kerja kitorang minggu lepas. Awal2 tahun dah pergi picnic Negeri Sembilan


Kali ini nak berkongsi quote lagi. Pentingnya bagi kita untuk menjadi kaum yang beramal / bergerak. Lebih berbentuk motivasi / dorongan kepada dai untuk bercampur dalam masyarakat.

Quotes for the Day. Selepas diedit untuk mengelokkan gaya bahasa.
“Mungkin antum akan tercampak ke kawasan yang ikhwah tak ada. Yang orang-orang beriman masih lagi dalam nafsi nafsi. Sendiri-sendiri. Dia beriman sorang-sorang. Dia pergi masjid sorang-sorang ... Antum pula beriman, dan antum tahu bahawa sesungguhnya iman itu perlu digerakkan. Iman itu perlu dicambahkan.

Adakah antum akan bersikap reaktif atau proaktif?

Reaktif adalah antum tergantung kepada suasana. Kalau ikhwah ada, ana boleh berdakwah. Kalau ikhwah xde, ana senyap.

Ataupun antum mahu proaktif. Antum kata kat mana saje aku berada, aku pastikan aku berada dalam lingkungan ikhwah. Kalau ikhwah tak ada, aku akan bina lingkungan itu.

Boleh x mind setting itu pada kita?

Friday, 15 January 2010

Horoskop Itu Berbahaya!

Bersempena dengan Solar Eclipse yang jarang-jarang berlaku ni. Tapi petang tadi jugak, Cikgu Siti buat kelas Math. Melepas lagi aku nak solat gerhana matahari.

Ada dua perkataan, eja dekat-dekat, tapi agak jauh maksudnya. Aku sedut maksud dua perkataan ini daripada Kamus Cambridge.

Astronomi itu the scientific study of the universe and of objects which exist naturally in space, such as the moon, the sun, planets and stars

Astrology itu pulak the study of the movements and positions of the sun, moon, planets and stars, and the skill of describing the expected effect that these are believed to have on the character and behaviour of humans

Astronomi itu aku sanjung. Satu bentuk ilmu fardu kifayah. Tak ramai antara kita yang tahu selok belok sains angkasa lepas tu. Yang pelik dan perlu kita jauhi ialah astrologi, atau orang sekarang tukar namanya kepada horoskop.

Horoscope: A description of what is going to happen to you, based on the position of the stars and planets at the time of your birth

Wikipedia

Kenapa horoskop itu pelik dan salah, bahkan boleh mencemar akidah kepercayaan kita?
Adapun sebab Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan, adalah kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dengan itu juga, sikap seorang muslim terhadap Horoscope adalah seperti perbincangan yang lepas tentang hukum mengunjungi bomoh. Seorang muslim bukan sahaja dilarang daripada membenarkan ramalan Horoscope tetapi juga membacanya. Seorang muslim tidak boleh memiliki apa-apa urusan dengan Horoscope melainkan untuk menerangkan kesalahan dan kesia-siaannya kepada orang lain.

Membaca pun merupakan suatu yang sangat bahaya. Inikan pula sengaja meminta ingin tahu apa ramalan untuk diri kita. Melihatkan ramai juga kawan aku yang bermain-main dengan horoskop ini di Facebook (walaupun tanpa mempercayai), dan juga ramalan Tok Nujum, ataupun horoskop di surat khabar, terasa kasihan dengan mereka. Perlunya bagi kita untuk menyedarkan mereka mengenai pencemaran akidah ini. Tinggalkan kejahilan, bergerak menuju kefahaman.

Bersihkan diri anda daripada tag / subscription horoskop

Wednesday, 13 January 2010

Views From The Bottom

Dari Raheeq Makhtum: Secebis Peristiwa Badar
Rasulullah mengerakkan tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, dan menghalang mereka dari menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu di kawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir selaku pakar ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, "Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga tidak boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategi dan taktik?" Jawab Rasulullah: "lanya adalah strategi dan taktik semata-mata." Kata al-Habab: "Kalau demikian ya Rasulullah, lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan musnahkan kolah yang di tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkan dengan air hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum musyrikin dalam kekeringan dan kehausan", kata Rasulullah (s.a.w): "Kau telah memberi pendapat yang baik".

Peta Peperangan Badar

1. Berbeza pendapat dengan ketua bukanlah suatu kesalahan. Ada masanya, pendapat ketua bukanlah yang terbaik meskipun pengalamannya luas, ilmunya tinggi. Pendapat orang bawahan pula, bukan semuanya salah.

2. Sewajarnya orang bawahan diberikan peluang untuk memberikan pendapat. Ruangkan masa untuk mendengar idea mereka. Pertimbangkan secara bersama untuk mendapatkan idea terbaik. Bersikap tawadhu’lah, bukan bersifat ego.

3. Yang penting, berhemahlah ketika memberikan pendapat. Memulakan memberi pendapat dengan pertanyaan seperti yang dikemukakan al Habab di atas merupakan contoh yang bagus. Rasionalkan juga sebab-sebab anda berpendapat sedemikian.

4. Jangan senyap / malu. Jika pendapat yang ada pada anda dirasakan bagus, suarakan. Sesebuah organisasi akan rugi seandainya hanya orang atasan sahaja yang mengeluarkan idea tanpa variasi daripada yang bawah. Juga, jika sudah beridea, elakkan menunggu selepas nasi sudah menjadi bubur, atau ketika nasi hampir-hampir jadi bubur. Masalah teknikal memang mudah akan berlaku.

5. Sangat harmoni apabila pendapat orang bawahan dihargai, malah diikuti. Rasulullah memberikan uswah terbaik dengan memuji al Habab. Dan sebenarnya tidak sukar untuk membina peribadi seperti ini.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
[al Ahzab, 33:21]

Sunday, 10 January 2010

Quotes Sharing

Ini hanyalah riwayat daripada rawi yang dhaif jiddan

Alhamdulillah, Allah berikan jua keizinan-Nya untuk membuat pahala weekend ini. Kali ini ke Ulu Bendul untuk sampaikan pengisian untuk ikhwah KMNS yang baru dihalaqahkan. Ramai-ramai aku ajak pergi, sorang junior jer yang menyambut seruan. Mereka ada benda lagi penting perlu diuruskan agaknya awal2 sem ni kot. Nanti ada cerita susulan pula kot.

Walaupun penat badan xhabis hilang lagi, tapi bila teringat janji personal aku kepada blog ini, terpaksa gagahkan juga untuk mengadap laptop untuk menaip. Tinggal TOK je kena hantar. Esok kena send Business Action Plan untuk Sem 4. Berkat pulak dah ajak meeting. Y1 perlu diperhatikan dan ditolong lagi. Hmm, benda biasa yang perlu aku tabahkan.

Apa-apa pun, kali ni nak share tiga quotes yang aku dapat baru-baru ni.

• “Bina mereka supaya mereka juga membina. Jangan ajar anak halaqah kita untuk tidak bergerak menghalaqahkan orang lain pula” - Ipin
Yang ini soal geraknya seorang dai dalam masyarakatnya. Ajar anak halaqah anda supaya jangan menjadi pendengar sahaja tetapi juga menjadi golongan beramal. Fahamkan bahawa Islam tidak berkembang seandainya Rasulullah saw berdiam diri ataupun Abu Bakar ra buat dek sahaja. Manfaatkan tenaga2 muda ini untuk menyebarluaskan rahmat Allah atas muka bumi ini.

• “Dakwah itu naturenya sentiasa bergerak. Sama ada ia bergerak bersama anda ataupun bergerak dengan orang lain.” - Ipin
Ikhtiar itu salah satu komponen dalam qadha dan qadar. Anda bebas berikhtiar untuk menunaikan tanggungjawab itu atau tidak. Cuma alangkah ruginya jika kita tidak bersama-sama dalam perlumbaan ini. Siapa kita jika kita abaikan sunnnah Rasulullah ini? Dan siapa kita jika bakti kita tidak disumbangkan kepada dakwah? Berasa malulah jika dakwah itu tidak lagi memerlukan anda.


• “Hidup biar simple living, high thinking. Jangan simple thinking, high living.”
Yang ini daripada Ustaz Daud Che Ngah time ceramah di Kmb hari tu, bila dia cerita pasal mentaliti masyarakat zaman sekarang. Hiduplah bersederhana, jangan bermewah-mewahan. Duit itu sama ada untuk keperluan diri dan tanggungan anda atau untuk diinfaqkan di jalan Allah. Takutlah apabila lebihan duit anda banyak, tetapi tidak diinfaqkan ke mana-mana.

Dan paksa diri kita untuk sentiasa berfikir. Banyak benda perlu difikirkan dengan serius dalam hidup ini. Contohnya [dalam konteks dakwah], target dakwah anda, apa perkembangannnya. Binaan halaqah anda, apa progressnya. Medan dakwah anda, apa update strategi yang perlu ada dan lain2. Ingat, jika kepala anda tidak dilatih dengan sentiasa berfikir, ia akan jadi tumpul / dull. Kalau dah asyik facebook, main game dan baca komik jer, adakah terasah pemikiran kita? Fikir-fikirkan.

Happy Birthday utk Mik, Akh Firdaus & IzzatRodzi

Sunday, 3 January 2010

Revision Thermodynamics Versi Baru

Kali ni nak buat revision sket untuk Sem 4 yang akan start hari Rabu ni.

Salah satu tajuk yang aku belajar dalam IB Physics kat Kmb ni namanya Thermodynamics. Ada satu equation (persamaan) yang sangat senang untuk diingat, kitorang memanggilnya sebagai First Law of Thermodynamic.

Delta Q sama dengan Delta U tambah Delta W

Upss, Delta Q is equals to Delta U plus Delta W

Nak mudahkan faham, Q itu sebenarnya energy atau dalam Bahasa Orang Putihnya dipanggil sebagai tenaga. U tu pulak tenaga dalaman ataupun orang Melayu panggilnya sebagai Internal Energy manakala W mewakili tenaga dilakukan ke atas sesuatu di luar sistem (work done on something outside of the system). Delta tu pulak maksudnya perubahan. Beres!

Dalam sesuatu proses thermodinamik, jumlah tenaga disedut sesuatu sistem mestilah bersamaan dengan hasil tambah jumlah tenaga iaitu kerja yang dilakukan oleh sistem tersebut dan juga perubahan tenaga dalaman sistem itu.
(Teruk giler bila nak kena explain dalam Bahasa Melayu!)

Dalam equation, explanation atas tu ditulis macam ni


Dah faham? Kalau dah, ni nak bagitau mesej dan perkaitannya.
Kita analogikan U sebagai usaha memantapkan unsur dalaman manusia eg intelektual dan juga spiritual. Manakala W sebagai kerjanya untuk menyeru orang lain kepada Islam.
Dalam versi Mustafa Masyhur ditulis sebagai
+U = اصلح نفسك
+W = ادع غيرك

Muslim yang baik ialah mereka yang sentiasa mempunyai nilai ∆Q yang positif. Atau dalam kata lainnya, dia sentiasa menggunakan tenaganya dan memanfaatkan usahanya untuk kebaikan agamanya, Islam sama ada dari segi dalaman, luaran ataupun kedua-duanya.

Jika ∆Unya = 0, setidak-tidaknya Wnya pasti positif. Ini berlaku ketika dia bertemu dengan masyarakat untuk menyampaikan apa yang telah dipesankan oleh Rasulullah. Masanya untuk bergelumang dengan nilai / pencemaran dalam masyarakat dan cuba untuk survive bersama mereka.

Namun jika ∆W = 0, dia akan memastikan ∆U positif dengan memantapkan dirinya dari segi internal eg menambah ilmu, skill, ketahanan mental, cara berfikir dll.

Nak mantap lagi, muslim yang bagus adalah apabila dia mampu menjadikan ∆U dan juga ∆W dalam keadaan positif. Mungkin dialah orang beriman yang digambarkan Rasulullah dalam hadisnya
Mukmin yang bercampur / bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan gangguan mereka.
[HR Bukhari]

Pendek kata, gerakkan internal dan eksternal. Jika eksternal tidak bergerak, gerakkan internal. Jika internal tidak bergerak, gerakkan eksternal pula. Jadilah manusia yang sentiasa memanfaatkan tenaga dan usahanya.

Apa status ∆Q anda?

Friday, 1 January 2010

Kepada Budak-budak Bijak

Entri berikut ini ditujukan khas kepada budak2 Kmb, mahupun budak Kisas, ataupun sesiapa sahaja yang Allah telah diberikan ilmu tip-top n baek punya.

Ulu Baqiyyah (UB) mungkin sangat asing dalam kepala otak kita. Sangat-sangat asing dan mungkin xpernah dijumpai mahupun didengari sebelum ini. Tapi, percayakah kita bahawa Ulu Baqiyyah itu mungkin merujuk kepada diri kita sendiri. Mari kita semak ayat berikut.

فَلَوْلا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الأرْضِ إِلا قَلِيلا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ
Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerusakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.
[Hud, 11:116]

Perasankanlah bahawa ayat ini menceritakan tentang kita? Ibn Kathir mengatakan Ulu Baqiyyah itu orang yang bijak kepala otaknya. Begitu juga dalam Tafsir al Jalalain, UB itu orang yang mempunyai kelebihan dari sudut kefahaman dan intelektual. Dah masuk Kmb / Kisas / apa2 tu, bukannya dah nama bijak pandai ker?

Apa yang diharapkan daripada Ulu Baqiyyah ini? Jelas Allah mengharapkan mereka melarang kerosakan daripada berlaku di dunia ini. Juga disebut sebagai amar makruf, nahi munkar. Paling hebat, anda menggunakan kuasa yang ada. Paling ringan, anda mesti membenci kerosakan yang berlaku di depan mata anda. Lalu, tafsir Ibn Kathir mengaitkannya dengan ayat ali Imran, 3:104 dan juga hadis ini.
Sesungguhnya, apabila sekumpulan manusia melihat kemunkaran, namun tidak mencegahnya, ditakuti Allah akan liputi mereka dengan azab-Nya.



Ternyata, sekali lagi golongan UB ini sedikit jer dalam sirah umat2 terdahulu. Ayuh bersama2 kita menjadi puak minoriti ini. Teruskan kerja kita (dengan izin Allah): Melarang kerosakan atas bumi ini. Jangan asyik fokus dan tenggelam dalam nikmat dan kemewahan itu. Fikir2kanlah.

Penghujungnya, mari bersama2 menghayati bacaan al Quran daripada al Ghamidi mengenai ayat sebentar tadi.
“I haven’t cried since long time but this recitation really make my tears drop.”


p/s melihatkan gelagat muda-mudi di Countdown New Year, kita perlu berasa tercabar dengan prestasi kita. Gencar dan sungguh2lah lagi dalam dunia ini.

Labels