Tuesday, 26 May 2009

Mengikhlaskan Niat

Entri yang pertama akan berkisar tentang soal keikhlasan.

Kenapa keikhlasan? Sebab dah menjadi suatu kebiasaan sesama kami untuk saling mengingatkan terutamanya dalam setiap halaqah atau program diadakan agar dapat mengikhlaskan niat kerana Allah.

Kenapa perlu ikhlas? Dahulunya ana menganggap ini hanyalah suatu masalah kecil, dan apabila diperingatkan, selalu gak dipandang ringan tentangnya. Namun, sehari demi sehari, apabila diri dah menjadi dewasa, semakin matang, barulah semakin faham kenapa kita perlu ikhlas.

Kenapa perlu ikhlas?
Pertamanya, secara mudah, ikhlas yang dimaksudkan sini ialah beramal kerana Allah semata-mata. Setiap perbuatan, percakapan bahkan gerak hati kita, kita tau semuanya perlu dilandaskan dan didasarkan kepada-Nya sahaja.

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus
[Al Bayyinah, 98:5]

Entri ini, hanyalah untuk memberi penegasan dan semangat untuk diri ini sendiri dan kepada semua supaya sama-sama mengikhlaskan niat kita apabila dah terjatuh dalam kancah tarbiyyah ini. Bersihkan diri kita daripada keinginan mengejar harta kekayaan, pangkat, jawatan mahupun kawan-kawan yang boleh dijadikan partner business atau diambil kesempatan daripadanya. Bukanlah jugak untuk mengejar populariti dalam kalangan ikhwah mahupun akhawat sebab kadangkala ada juga manusia yang boleh berkecimpung macam2 bidang; politik boleh, ekonomi boleh, khidmat masyarakat boleh, leadership boleh, public speaking boleh, tarbiyyah pon boleh, asalkan populariti meningkat.

Bila dah xikhlas, akan hilanglah semangat kita sedikit demi sedikit. Sebab apabila cita-cita yang kita kejarkan itu sukar untuk dicapai dalam proses tarbiyyah ini, diri akan berputus asa. Sebab bukan semua benda yang kita inginkan boleh kita dapat dengan senang dengan mempergunakan dakwah dan tarbiyyah ni. Jalan ini bukanlah jalan yang senang dan Allah pasti akan memilih orang yang terbaik untuk terus berada di jalan ini untuk memperjuangkan agamanya. Kelak suatu hari nanti, pasti golongan yang hatinya masih tersangkut dengan dunia ini akan dibuang dan dilenyapkan daripada proses ini.

Masa dan Allah yang akan menentukan.

Apa pun, kita akan bergantung kepada Allah gak untuk ikhlas sebab kalau nak dikirakan godaan setan2 keliling pinggang kita memang banyak n susah utk dikalahkan. Bahkan inilah yang dikatakan Allah dalam al Qurannya

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlas di antara mereka."
[al Hijr, 15:39, 40]


Sifat mukhlas inilah yang kita cari. Kalau mengikut Bahasa Arab, mukhlas ini merupakan isim faail yang terbentuk melalui kata kerja majhul (atau dalam Bahasa Melayunya Kata Tak Transitif) yang bermaksud diikhlaskan. Bukan kita sendiri yang mengikhlaskan, tetapi Allah jua yang berkuasa menentukan.

Sebut pasal semangat ini plak, ni ada link kepada post yang berguna untuk budak2 kmb terutamanya. Entah siapa yang menulis, ambillah pengajaran, kritikan dan pujian dalam post ni sama2. Sila2kan la komen n berikan pendapat.


4 comments:

  1. Maksud hadith dari Abu Umamah ra katanya : "Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan berkata, Bagaimanakah pendapatmu mengenai seseorang lelaki yang keluar di jalan Allah swt semata-mata mencari upah dan supaya terkenal? Apakah yang diperolehi oleh orang itu?." Rasulullah bersabda : "Dia tidak mendapat apa-apa". Rasulullah saw mengulanginya hingga 3 kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah swt Azzawajallah tidak akan menerima amalan melainkan yang di lakukan dengan ikhlas. (semata-mata untuk mencari keredhaanNya)". An Nasai

    ReplyDelete
  2. ---> siti salwani
    Terima kasih berkongsi
    Sama-sama kita ambil pengajaran

    ReplyDelete
  3. ikhlas itu bagaikan semut itam..di atas batu yg hitam. di dlm gua yg gelap..di mlm hari
    hnye Allah je tau kite ikhlas ke x..yg kite mampu.. cbe seikhlas mungkin
    ha3

    ReplyDelete
  4. yup, xperlu ikhlas dtg sendiri, kita yg mencari ikhlas tu

    projek mencari semut itam...

    ReplyDelete

Labels