Wednesday, 27 May 2009

Kenapa Perlu Jaga Amalan?

Persoalan yang kadangkala menimbulkan persoalan ramai orang. Dan kadangkala sikap kami yang terlalu mementingkan mutabaah ini menimbulkan pertanyaan banyak pihak, bahkan ada yang bersikap pesimis terhadap mutabaah ini. “Buat apa nak menunjuk-nunjuk, buat apa nak jaga betul-betul?”

Mutabaah atau menurut bahasa mudahnya cara untuk menilai amalan bukanlah suatu yang pelik sekarang. Sana-sini boleh jumpa dengan kertas mutabaah / muhasabah / checklist amalan. Tapi, itu baru dari sudut namanya. Yang paling penting sebenarnya ialah bagaimana kita memantau dan melihat mutabaah ini.

Perlu ditekankan, mutabaah bukan hanya sebagai nombor-nombor yang boleh dipandang ringan. Tidak wajar seandainya kita menulis mutabaah sekian, sekian namun langsung tidak terdetik langsung perasaan bersalah jika target yang ditetapkan langsung tidak tercapai. Bahkan jangan pernah ada sikap langsung tidak peduli, bahkan buat tidak tahu apabila melaporkan kebanyakan daripada ibadah yang dinilai tidak mencapai sasaran. Naudzu billah, jangan sampai kita bersikap sama seperti orang kafir sebagaimana dalam atsar sahabat, Abdullah b Masud, 
"Perumpamaan orang beriman yang berbuat dosa adalah seperti orang yang duduk di bawah gunung dia takut ditimpa gunung tersebut. Sementara orang kafir yang berbuat dosa seperti orang yang menepis lalat lewat di depan hidungnya.” 
[HR Bukhari]
Kenapa penting? Sebab benda inilah yang akan jadi alat ukur (walaupun tidaklah terlalu tepat) sama ada kita ini dekat dengan Allah ataupun tidak. Seorang yang terlibat secara langsung dengan tarbiyyah perlulah merasakan bahawa amat penting baginya untuk sentiasa dekat dengan Allah kerana dakwah yang perlu dijalankan sangat bergantung kepada-Nya.

Seorang yang mutabaahnya rendah, sangat sukar untuk diberikan sesuatu amanah dakwah. Sedangkan tanggungjawabnya dengan Allah sahaja dia sudah tidak mampu memberikan komitmen, inikan pula tanggungjawabnya untuk memerhatikan manusia dan membaiki sisi-sisi kerosakan dan jahiliyah padanya. Jika kepada Allah dia sudah tidak bersemangat, dari sudut aspek apa pula kita hendak memerhatikan semangatnya.

Suatu kebiasaan yang ana perhatikan, seseorang yang mutabaahnya bermasalah, lazimnya suatu hari nanti akan datang suatu konflik yang akan merosotkan semangat dan keinginannya untuk berkorban dan bersungguh-sungguh dalam jalan ini. Bahkan pernah juga melihat seorang ikhwah yang sangat minat menonton movie Hollywood, akhirnya memilih untuk meninggalkan tarbiyyah kerana konflik dalam dirinya sendiri, merasakan dirinya tidak sanggup berkomitmen untuk dakwah n tarbiyyah. Pastinya gara-gara nikmat tarbiyyah yang tidak lagi rasa sedap untuk dinikmati.

Sebab itulah, sempena dengan cuti semester ini, sangat-sangatlah dipinta untuk kita menjaga mutabaah masing-masing wahai kawan-kawan halaqahku. Jangan sampai jauhnya kita daripada-Nya menyebabkan kita tidak layak lagi untuk memikul amanah dakwah ini, lalu kita dihilangkan-Nya terus daripada jalan mulia ini. Jangalah berkira-kira untuk menjaga mutabaah ini sebab pasti, kita tak akan rugi di sisi Allah seandainya hubungan kita dengannya terjaga. Kelak Dia kan menjaga sesiapa sahaja yang sanggup menjaga hak-Nya.

هَا أَنْتُمْ هَؤُلاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
[Muhammad, 47:38]
اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
[HR Tarmizi]
Jangan sampai lamanya cuti kita di rumah menyebabkan jauhnya kita daripada Allah, lalu datanglah pelbagai godaan syaitan yang cuba menggelincirkan hati kita daripada jalannya. Pernah juga ana mendengar kata-kata, ada orang yang menjadikan cuti sebagai alasan untuk hatinya sejuk dan tidak bersemangat lagi untuk aktif menyampaikan Islam kepada umum. Inilah yang ana sangat-sangat takuti, mudah-mudahan semua kita dapat kembali daripada cuti bukan dengan semangat yang sejut, bahkan dengan semangat berkobar-kobar untuk mencari objek-objek dakwah yang baru di kampus masing-masing.

5 comments:

  1. p/s Salah satu efek yang akan dialami bila mutabaah xterjaga, masalah yang kecil dipandang sangat besar dan susah diselesaikan, jadi teros hilang semangat nak mencuba.

    Hmm, simptom yang mudah dijumpai

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, peringatan yang bagus untuk semua.. Syukran ya faqih.. :)

    ReplyDelete
  3. btol2..
    time ak lps abes muadzam dlu..
    amal lnsg x jge..solat jemaah?phew!
    ble msk kmb.. tros hanyut.. dan hanyut..
    ape yg faqih ckp nie sume btol..
    ak da alami sendri..
    so..
    pesanan untuk diri ak jgk
    jage iman.. jage amal..
    jge solat jemaah..insyaAllah sume terpelihara

    ReplyDelete
  4. teringat ada sorg ni cakap

    kita yg akan menentukan masa dpn kita camne
    cuti sem 2 ni sikit sebanyak akan menntukan performance kita sem 3 nnt
    so, berhati2lah

    ReplyDelete
  5. jazakallahu khayran!

    ReplyDelete

Labels