Thursday 24 February 2011

Offer, Pilih dan Terpulang

Bukan malu atau segan yang aku rasa
Tapi pentingnya kita tidak paksa-memaksa

Bila tengok video ni, aku rasa ada sesuatu yang tak kena pada video ni. Bukan nak salahkan mana-mana watak, tapi aku rasakan ada atmosfera tak harmoni yang wujud sehingga melahirkan video ini. Mungkin aku ni terlalu sensitif, tapi inilah yang aku rasakan apabila selalu memikirkan tentang dunia dakwah ini.

Didekati pelbagai geng sehingga merasakan dirinya dipaksa mengikuti salah satu daripadanya

Yang aku dapat komen, dakwah itu sifatnya kasih sayang. Sebab itu mereka akan dekati anda dengan nilai ini dengan menawarkan pertolongan, berikan bantuan, isikan dengan kemesraan. Aku juga begitu, cuba memasukkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap orang yang aku jumpa. Kalau bukan dengan manis muka di depan, aku tunjukkan melalui tindakan. Doa di belakang juga akan aku kirimkan.


Tapi soal paksa-memaksa, itu sepatutnya tidak ada, bahkan tak perlu dirasa. Itu bukan cara kami. Bukan juga cara figur teladan kami. Kalau nak ikut berjalan bersama kami, dipersilakan. Ini yang kami inginkan. Kami akan ceritakan kepada anda kelebihannya kalau anda bersama kami, sehingga anda yakin kepada kelebihannya sebagaimana kami percaya kepadanya. Sehinggakan kami dapat berkata kepada anda sebagaimana katanya pengasas al Ikhwan al Muslimun:

Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun.
[al Banna Dakwatuna]

Tapi kalau anda tak nak, itu tidak menyedihkan kami. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat keputusan. Kami tiada hak untuk memaksa diri anda. Nak bertepuk, perlu dua belah tangan. Nak berkasih sayang, perlu dua-dua belah pihak. Dan kami merasakan dakwah ini juga ada izzahnya. Kami tak akan menampakkan lemahnya dakwah ini dengan terhegeh-hegeh menyuapkannya kepada mulut yang degil ditutup. Kalau tak nak, katakan tak nak. Takdelah kami ternanti-nanti. Ada orang lain yang boleh kami fokuskan lagi.
Ibarat al Maududi dalam Syahadatul Haqnya, tiga jenis pilihan yang kami tawarkan kepada anda: Anda bersama kami untuk membantu kami beramal untuk kepentingan dunia dan akhirat bersama, atau bersama geng lain dengan amalan dan panji mereka, atau membentuk geng lain yang anda yakini anda dapat tunaikan kewajipan agama kamu dengannya. Pilihlah antara tiga geng ini, kelak anda tak akan "menuju kesesatan yang hakiki".

Yang kami dapat katakan setelah berusaha untuk mengajak anda menyertai kami adalah, "Saksikanlah Ya Allah, kami sudah berusaha menyampaikannya, meskipun dengan pelbagai kekurangan yang kami ada."

Senada dengan laskarmentari, cuba yang ni lembut lagi

11 comments:

  1. Nice. The same issue like what I thought upon watching the video for the first time. huhu

    ReplyDelete
  2. tu la terpikir gak gitu, mungkin juga, ada certain org yg nampak mcm memaksa, menyebabkan dia salah faham dan buat video ni...

    ReplyDelete
  3. Tu la Bal, entri ni lebih kepada nak menjelaskan kepada orang lain sikap yang sepatutnya ada pada penggerak dakwah.

    Kadang-kadang, kita terlampau, mungkin juga terlalu meremehkan, mudah-mudahan ini menjadi suatu muhasabah bagi diri kita.

    ReplyDelete
  4. Kitakan satu kepala :)
    Mudah-mudahan terefleksi pada amal dakwah kita...

    ReplyDelete
  5. mohon share. =)
    anda memang punya bakat dalam menulis.harap diteruskan dalam jalan dakwah ini.
    -atik m08b kmb-

    ReplyDelete
  6. Bismillahirrahmanirrahim.. herm, the same issue that came across my mind at first.

    tapi video dy memang kelakar le..

    tapi apa kaitan dengan anwad hadi?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih.
    Tak de masalah nak share. Sebar-sebarkan kebaikan, moga dapat pahalanya bersama.

    ReplyDelete
  8. Bagus dah tu, sensitiviti kita lebih kurang sama la :)
    Kelakar memang kelakar. Isu-isunya pun menarik. Cuma bila jadi macam tu kat dia, kesian pun ada. Moga dia dapat buat pilihan yang terbaik untuk agamanya...

    p/s Lama kita xsembang :) asyik stalk kat fb jer, ahha

    ReplyDelete
  9. oh, ada orang stalk? gementar hati seketika..

    herm. balik malaysia le brother~

    ReplyDelete
  10. saya rasa, isu pokok video ni bukanlah paksaan. tetapi 2 badan dakwah yang berebut merekrut budak2 baru? masing2 mengatakan mereka terbaik hingga menimbulkan suasana tidak senang utk budak2 baru nie. btol ke?

    ReplyDelete
  11. Sebab badan dakwah ni melihat merekrut budak2 baru ni sebagai suatu kebaikan, sebab tu mereka berebut-rebut lakukannya.


    Tapi akhirnya, keputusan terletak pada budak2 baru tersebut. Kalau budak tu nak ke "badan A", "badan B" tak perlu hasut budak tu tinggalkan "badan A". Begitu juga kalau budak tu dah nekad tak nak kepada badan A mahupun B, A dan B perlu hormati keputusan tersebut.

    Ini offer (yang sangat tinggi nilaian akhiratnya). Terpulang kepada budak baru tersebut untuk memilih.

    ReplyDelete

Labels