Friday, 12 March 2010

Dakwah vs Ibu Bapa

“Patience doesn't mean to bow, but to struggle”

Mukaddimah: Pertembungan antara Kehendak Ibu Bapa dan Kehendak Dakwah
Isu yang sangat hangat dan sering menjadi masalah.

Isi 1: Perintah Dakwah Atau Perintah Ibubapa, Mana Lebih Utama?
Masing-masing mempunyai dalil kewajipannya selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Seharusnya ada jalan tengah antara keduanya. Tidak boleh meninggalkan dakwah kerana kehendak ibubapa ataupun tidak boleh menderhaka kepada kedua ibubapa kerana dakwah.

Jika berlaku tentangan: Harus dengan lemah lembut dan penuh hikmah menerangkan perkara sebenar kepada ibu bapa, mungkin ibu bapa tidak mengerti. Seandai mereka berkeras, maka bersabarlah dan taatilah.

Isi 2: Yang Diharapkan Adalah Usaha, Bukan Hasil
Usaha bersungguh sungguh dengan hikmah dan lemah lembut untuk memahamkan ibubapa atas setiap keputusan yang kita buat. Jika berjaya, alhamdulillah. Jika tidak, kembalikan urusan ini kepada Allah dan taatilah kehendak ibubapa.

Isi 3: Tawadhu’lah Pada Ketentuan Allah
Haruslah kita merendah diri bahawa sesungguhnya segala urusan kembali kepada Allah swt. Usahakan / rearrange sebaiknya. Gali segala potensi dalam setiap kondisi yang dialami. Harapkan dari Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita.

Isi 4: Perintah Dakwah adalah Amanah
Amanah yang perlu dipikul. Jika tidak dapat (keuzuran), wajib baginya untuk memikirkan segala mekanisme yang ada bagi menjalankan amanah tersebut. Bertanggungjawablah seandainya terpaksa melepaskan sesuatu tugasan dengan mencari orang lain sebagai pengganti. Diharapkan tulisan ini tidak dijadikan hujah bagi orang yang lemah imannya untuk mengabaikan tangunggjawab dakwah. Naudzubillah.


Kesimpulan
Wajib bagi kita untuk mencari jalan tengah agar kedua dua belah pihak mendapat keuntungan selain menjamin keredaan Allah. Kejayaan sebuah dakwah bukanlah bergantung kepada betapa bagusnya perancangannya, atau betapa hebat pimpinannya tetapi hanyalah atas bantuan dan keizinan Allah swt semata.

Sedarlah bahawa kita jauh dari kesempurnaan apabila menyentuh tentang isu keluarga ini. Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita semua dapat memberikan yang terbaik di dalam dakwah dan tidak lupa juga kepada keluarga kita. Yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah swt dan agar dakwah ini sentiasa berjalan di atas syariatNya. Wallahua’lam.

Edit daripada: Qismu Tarbawi 08

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
And they who say: O our Lord! grant us in our wives and our offspring the joy of our eyes, and make us guides to those who guard (against evil).
[al Furqan, 25:74]

Popular Posts