Sunday, 15 November 2009

Sepupuku dah Kahwin

Sementara menjemput mood nak ulangkaji chemistry datang

Aku tadi baru habis berjalan di Klang, pagi tadi keluar dengan family untuk ke majlis pernikahan dan kenduri sepupu aku di Taman Andalas. Banyak peristiwa dan benda menarik yang berlaku. Aku listkan mana termampu sementara menjemput mood nak ulangkaji chemistry datang.

1. Kami bersarapan di Jenjarom, kedai tepi jalan. Nasi lemak telur mata kerbau aku habiskan dengan kepaksaan. Kedai ni tak berapa bersih sangat, mungkin termasuk kategori C. Datang-datang je teh tarik yang diminta, terus lalat menjunam masuk dalam dengan kelajuan maksimum ditambah lagi dengan pecutan graviti. Aku: AAA (Mulut ternganga...)

2. Ada satu bau unik kat kedai makan tu. BELACAN. Sampai sekarang baju yang aku pakai ni masih melekat bau belacan. Kereta kami yang dah cukup wangi tu pun bertransformasi menjadi bau belacan.

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap.
[HR Muslim]

3. Alkisah diri aku yang tak pernah menyaksikan majlis akad nikah. Fuhh, teruja dan berdebar-debar hati aku bila pengantin lelaki selesai menerima nikah. Dah sah mereka berdua mempunyai bond yang kuat dan sah. Ditambah lagi dengan khutbah nikah yang dibacakan oleh pak Imam. Insya-Allah ini misi aku untuk birthday aku yang akan datang.

Sedut dari IB Text Book

4. Manusia yang diberitahu bahawa A itu salah, tapi tak tahu kenapa A salah. Bila diri dia ditanya kenapa macam xsetuju dengan A, tiada jawapan memuaskan yang diterima. Aku agak, “It’s not the right time to answer”. Yang ni boleh kaitkan dengan wahabi juga kot. Orang kata wahabi tu sesat, tapi xtau kenapa wahabi sesat. Pandanglah dengan pandangan yang tepat iaitu melalui neraca al Quran dan as Sunnah.

5. Cerita seorang lelaki yang sedang demam, ada masalah mata yang berat dan lenguh-lenguh badan, ditambah lagi bibir yang pucat dan bintik2 kecil tumbuh di seluruh badannya. Mukanya pulak rasa gatal-gatal, kepalanya pulak tengah pening. Ya Allah, sembuhkanla diri lelaki tu. Syafahullah. Roomate dia kata mungkin chikugunya (aku xreti eja penyakit ni, cuma mampu meneka). Dulu, ketika melawat classmatenya di Hukm, dia dengan bangganya cerita rekodnya xpernah lagi ke hospital bertahun2 sebab jarang sakit. Berlagak la lagi...

6. Dan kisah-kisah lain yang xsempat diceritakan, sebab dah nak tamatkan tulisan di sini memandangkan mood chemistry sudah datang. Doakan budak Kmb dapat jawab dengan cemerlang. Kuiz kitorang start pukul 8 pagi. May the Best with Us

Popular Posts