Sunday, 30 October 2011

Nota Lama-lama


Orang berhati jernih ibarat penjual minyak wangi, bergerak ke sana sini menyebarkan haruman kepada orang lain, agar turut berhati jernih bersama. 

Hati semendung awan ibarat landak berduri, bergerak ke sana sini mencucuk benda lain di sekeliling, hingga mendung jugalah hati orang lain. 



Maka pilihlah hati yang jernih :)

Wednesday, 26 October 2011

Beri Makanan kepada Jiran


Ada assobiyyah yang tercela. Ada yang terpuji. Kamu menolong saudaramu dalam melakukan kezaliman, itu namanya assobiyyah tercela, tidak boleh. Adapun, apabila kamu menginginkan kebaikan kepada saudara-saudaramu, inilah assobiyyah yang dibolehkan, bahkan berpahala.



Ibarat nak beri makanan kepada jiran yang dekat dengan rumah, utamakanlah yang ada talian darah dahulu, baru yang ada hubungan ukhuwwah diiniah, kemudian barulah kepada yang lainnya.

Sebagaimana kamu menginginkan kebaikan kepada bangsa kamu, saya juga menginginkan kebaikan kepada bangsa Melayu saya ni, salahkah? Bukannya apapun kebaikan ini, agar Islam berdaulat juga di sini suatu hari nanti.


Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Tuesday, 25 October 2011

Banner Besar Himpun 2011

Di sebalik tabir banner besar semasa Himpun 2011


Yang perlu ingat, bukan semua nasionalisme itu terkutuk, kerana ada juga nasionalisme yang terpuji. Lalu, kalau "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" itu bukannya slogan anda, mengapa anda pula yang  ingin tafsirkannya. Serahkan saja pada yang selayaknya.

Memang dijangkakan kontroversi pada slogan ini. Tahun lepas diumumkan, tahun ni nampaknya sudah dihidang kepada sample masyarakat umum yang lebih besar. Yang pasti, skill yang akan teruji adalah handle / cara menguruskan apabila yang tidak bersetuju dengan apa yang dibawa ini. Tetap, adab perlu diutamakan.

Terpulang, sekarang kereta yang dipandu ini, ibaratnya sudah di lebuh raya. Gear yang dibawa, bukannya satu dua atau tiga. Dah pasti, tukar kepada gear reverse atau ambil exit terdekat bukan menjadi pilihan.

[Sumber: Al Mukminun]

Ayuh teruskan langkah. 
Moga amal diterima Allah.

Monday, 24 October 2011

Kurangkan Masalah Peribadi

Semalam dapat nasihat sebelum tidur, rasa semangat melonjak. Of course, rentetan daripada Himpun dan konvensyen keluarga KKMM yang lepas.

Bila suara makin berkumandang, perlu sedia berjumpa dan interaksi dengan macam-macam orang. Kalau orang masih tak faham, sama ada bahasa yang digunapakai oleh dua-dua pihak tak sama, atau ucapan yang kita ucapkan tu masih kabur, maka perlu dibaiki lagi.

Kata Ustaz Fauzi pulak, kita dah kena kurangkan masalah peribadi. Kena ringankan juga tanggungan yang tak sepatutnya kita tanggung. Paling penting, kurangkan bercakap, banyakkan amal. Mudah-mudahan terus berjaya.

Friday, 21 October 2011

Sejuta Tambah Satu


Teruskan semangat untuk Himpun, yeay! :)



***

HIMPUN: Beberapa persoalan 
from ISMAWeb

Membaca komentar-komentar di dalam media alternatif, nampak program HIMPUN ini telah dihujani pelbagai persoalan. Ada yang bimbang, ada yang berhati-hati, ada yang ingin menjauhkan diri dan ada yang membuat prasangka-prasangka yang pelbagai. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa persoalan :- 

1. Ada yang mengatakan bahawa HIMPUN ada agenda poltik. 
Mereka yang berkata demikian hanya orang politik yang telah melihat segala-galanya dari aspek politik dan sentiasa bimbang akan keterjejasan kedudukan mereka. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya. Tidak kira apa usaha yang baik macam mana pun, jika ia boleh menggugat kedudukan politik mereka, mereka akan cuba halangi. Oleh kerana budaya politik di negara ini telah lama tercemar dengan budaya tuduh menuduh, kecam mengecam, hina menghina, fitnah memfitnah maka kenyataan-kenyataan yang tidak berasas ini bukanlah sesuatu yang pelik. Kepada mereka yang berfikiran sebegini, saya menasihatkan supaya lebih matang dalam berfikir. Saya ingin tegaskan HIMPUN tidak ada lain tujuan melainkan ingin membawa isu aqidah dengan lebih tegas dan jelas. Ia tidak ada kena mengena dengan politik. 

2. HIMPUN akan menimbulkan kekecohan. 
Ada yang berpandangan bahawa HIMPUN ini akan menimbulkan ketegangan antara agama sedangkan Islam adalah agama kedamaian. Bagi mereka ini saya sarankan lihatlah sejarah negara. Adakah di sana ada insiden orang Islam menimbulkan permusuhan dengan bukan Islam? Malah orang Islam sangat toleransi. Apa tidaknya, lihat betapa banyak gereja yang ada, ada ribuan kuil dan tokong yang wujud, orang India, Cina dan lain-lain boleh merayakan perayaan mereka dengan aman. Sebaliknya pihak lainlah yang sentiasa cuba untuk menggugat orang Islam. HIMPUN bukan mengajak orang Islam untuk memusuhi orang bukan Islam tetapi hanya sekadar untuk mengajak umat Islam bersatu mempertahankan aqidah dari serangan musuh. 

3. HIMPUN cuba menggugat kepimpinan negeri. 
Adakah berhimpun untuk memperkatakan soal aqidah boleh menggugat kedudukan pimpinan negeri? Ini pemikiran yang sangat pelik dan tidak masuk akal. Jelas sekali kepada mereka yang berfikiran demikian melihat segala-galanya dengan kekuasaan. HIMPUN mendapat sokongan dari jutaan umat dari pelbagai latar belakang, samada orang bandar mahupun orang kampung, yang kaya juga yang miskin, yang tua juga yang muda. Mereka menyokong kerana sedar kepentingan menjaga aqidah umat kerana mereka sentiasa berhadapan dengan usaha musuh yang cuba memurtadkan umat Islam. Mereka diserang, dipukul dan difitnah semata-mata kerana ingin membantu umat Islam dari terpesong aqidahnya. Adakah kita tergamak untuk mengatakan mereka ini cuba untuk menjatuhkan kepimpinan negeri? Kecualilah kepimpinan negeri memang tidak kisah soal aqidah dan membiarkan aqidah umat rosak. Kalau begitu keadaannya maka tidak hairan mereka rasa tergugat. 

Walau bagaimanpun saya yakin suara-suara seperti ini sangat minoriti. Majoriti umat Islam sangat menyokong perhimpunan ini. Jadi sekali lagi saya menyeru kepada umat Islam untuk hadir beramai-ramai ke HIMPUN. 


Aminuddin Yahaya, 
Timbalan Presiden, 
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 

Friday, 14 October 2011

Terjaga dari Tidur

Cuba publication via mobile :) Teruskan "Mengajar dan Belajar" semua!

Tuesday, 20 September 2011

Sebesar Lidi


Perbezaan tidak semestinya menjadi kita bermusuhan. Lihatlah bagaimana Jaafar ra mengungkapkan perbezaan prinsip antara Islam dengan Nasrani. an Najasyi bahkan merelakan untuk memberikan kebebasan kepada muhajirin di sana. Yang penting, tegakkan prinsip (akidah), pandaikan bertoleransi. Allah akan selitkan bantuan-Nya, insya-Allah.

***

Peristiwa Quraisy memujuk Najasyi, Raja Habsyah untuk menyerahkan orang beriman yang berhijrah di sana.

Sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi mereka menegaskan yang orang-orang Islam yang datang ke sini terlalu sangat mengecam ‘Isa dan Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal orang Islam tentang pandangan Islam terhadap ‘Isa dan Maryam.

Buat pertama kalinya Ja’far menjawab dengan katanya: “Tentang ‘Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang Islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh Nabi kami Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wasal lam, ‘Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.


Najasyi pun menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang dikemukakan oleh Ja’far tadi. Al-Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang dipersembahkan kepadanya dan disebaliknya ia bertambah mesra dengan orang-orang Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka. Utusan Quraisy itu pulang diburu kegagalan.
[Fiqhus Sirah]

dah rupa macam nak bincang tahalluf siyasi pulak
terpulanglah :)

Friday, 16 September 2011

Akan Bertemu Jua


Mereka yang ikhlas tidak akan berpisah jauh mana. 
Suatu hari, mereka akan berjumpa juga.


"Jumpa lagi Malaysia!"

***

Aku tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengannya. Aku tidak tahu sejarahnya sehinggalah aku menatapi biografinya. Aku pernah mendengar namanya tetapi aku tidak tahu asal usulnya. Tetapi aku sangat terhutang budi kepadanya kerana disebabkan perancangannyalah aku kini berada disini. 47 tahun dahulu beliau meminta PAS menghantar beberapa orang pelajar mengikuti pangajian di Iraq.  Hasilnya lahirlah pendakwah2 yang hebat-hebat yang berjuang ditanahair dengan membawa fikrah yang jelas dan tuntas. Sedikit sebanyak tempias itu terkena juga pada diriku. Aku sangat berterima kasih kepada Al Marhum.

Aku meneliti perjuangannya satu persatu. Walaupun cacat anggota dan hidup hanya sekitar 37 tahun namun impak yang dibawa beliau sangat besar kepada dakwah dinegara ini. Kematian beliau sehingga hari ini masih menjadi misteri tetapi disaat-saat akhir beliau masih sempat berpesan kepada pimpinan PAS :

“Saya perlu memberitahu saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu keturunan ialah keikhlasan”  - 14/5/1964

Wednesday, 14 September 2011

Darah yang Pekat


Apabila menyebut "human dignity", ia bermaksud ini permasalahan kemanusiaan yang boleh dikongsi sesama manusia, terutamanya jiwa / fitrah yang masih belum dikotori. Yang kecil atau besar, yang soleh atau fajir. Sesignifikan mana-mana ayat yang awalnya "Ya Ayyuha an Naas". Apatah lagi apabila kita berkata tentang "Palestinian brothers". Kata orang tua, "darah itu lebih pekat daripada air".


"We must work hand in hand with our Palestinian brothers. The Palestinian cause is the cause of human dignity," he told a foreign ministers' meeting at the Cairo headquarters of the Arab League. His remarks were broadcast live on Egyptian TV.

***




Turkish PM Recep Tayyip Erdogan has said that recognition of a Palestinian state is an obligation not an option.

He told the Arab League that before the year's end "we will see Palestine in a very different situation".

Mr Erdogan made a new attack on Israel, saying its government's mentality was a barrier to peace in the Middle East.




Selamat Ber"SOS" untuk Ikhwah di Aussie and NZ!

Sunday, 11 September 2011

Sedap Bermaksiat



Kalau bermaksiat, sedapnya hanya seketika. Dosanya akan lama menghantui.
Kalau berpahala, penatnya sementara. Pahalanya akan berkekalan selamanya.

Berani


Bina Imej dan Taring itu Penting
Kalau tak nampak Islam lagi, biar nampakkan Turki dulu


Dalam hidup kita ni, perlu ada sifat berani. Terutamanya kalau kita ni ketua dan di belakang kita ni, ada ramai orang. Banyak urusan yang tergendala disebabkan tiada sifat berani. Bila dah cukup layak, redah je. Belum cuba, belum tau. Sudah cuba, baru tau.


***

Kapal Perang Turki Akan Kawal Bantuan Ke Gaza, Israel Marah
 Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, Kamis (8/9), menyatakan akan mengawal kapal bantuan ke Jalur Gaza dengan kapal perang dan mencegah terulangnya serangan rezim Zionis Israel pada tahun lalu, yang menewaskan sembilan aktivis Turki.

"Kapal perang Turki berwenang untuk melindungi kapal-kapal kami yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza," kata Erdogan dalam wawancara dengan televisi Al Jazeera.

"Mulai sekarang, kita tidak akan membiarkan kapal bantuan diserang oleh Israel, seperti apa yang terjadi dengan Armada Kebebasan," tegas Erdogan.


Bacaan lain:
1. ISMA sokong kenyataan Erdogan arah kapal perang Turki ke Gaza
2. Erdogan: Turkish navy to protect Gaza aid
3. Turki Hentikan Semua Hubungan Kerjasama dengan Israel

Pemimpin yang hebat lahir daripada rakyat yang hebat,
dan memerlukan sokongan daripada rakyat yang hebat. [Aiman]

*Gambar: Boxing Glove

Friday, 9 September 2011

Biar Tangan Berdebu



Tangan kamu berdebu, bahasa Arabnya "Taribat Yadaak"


Kata Rasulullah,  dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, “wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kekayaan, keturunan, kecantikan dan ketaqwaan. Pilihlah ketaqwaan, nescaya kamu akan beruntung (taribat yadaak).”

Kalau nak terjemah dengan mudah, taribat yadaak maksudnya “berdebulah tangan kamu”. Orang Arab ni memang tinggi bahasanya. Maksud yang cuba dibawa melalui taribat yadaak adalah bersungguh-sungguh. Dengan kesungguhan inilah akan menjadikan rumah tangga tersebut nanti lebih beruntung, bahagia, terjaga, tenang, terpelihara dan sebagainya. Inilah satu cara mereka untuk berikan galakan kepada orang lain agar bersemangat / bermotivasi dalam aktiviti yang dilakukan.

So, nak senang, taribat yadaak tu maksudnya “nescaya kamu akan beruntung”.

Itulah topik yang menjadi tweets aku yang ke-1000. Sejak akhir-akhir ni dah rasa tak berminat dengan blogger ni dah. Dulu rajin letak KPI sampai sekali post dalam tiga hari, sekarang dah surut semangat tu. Hahha. Sedang beralih ke microblogging i.e. facebook, twitter dan tumblr. Yang ni senang untuk update guna phone je. Paling tidak, boleh la selalu update aktiviti untuk jadi diari seharian.

Facebook: Faqih Aqili
Twitter: @faqihaqili
Tumblr: faqihaqili

Apapun, selamat berwalimah / berbm untuk kawan aku; Akhi Wan Fazrul dan Azrul Azuan. Masing-masing akan berwalimah minggu hadapan.Moga taribatlah yadaak.

Tuesday, 16 August 2011

Cakap Kotor Batal Puasa


Syarat berpuasa bukan setakat perlu menahan makan, minum dan seks semata, tetapi juga kata-kata dan perbuatan buruk atau dalam bahasa Arabnya disebut Qaulu zzur. 

Tidak hairanlah kalau ada yang berfatwa bahawa berkata kotor / lucah / kasar dapat membatalkan puasa. Kerana asasnya ada dalam sebuah hadis.

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta / kotor (semasa berpuasa) maka Allah tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. 
[HR al Bukhari]

Literalnya kalau nak diikutkan, kalau Allah dah tak perlukan puasa kita, memang tidak berguna kita berpuasa kerana sudah terbatal. Kalau bercakap kotor di tengah hari, maka bolehlah terus mencari apa yang perlu dimakan untuk lunch. Tapi kita di sini menjadikannya sebagai syarat kesempurnaan sahaja.

Yang diinginkan adalah sikap berhat-hati dalam diri kita. Inilah yang disebut sebagai ketaqwaan, seperti dalam hadis analogi Umar yang menjadikan taqwa seperti berhat-hati melalui jalan berduri. Agar nanti keluar dari bulan Ramadan, terus berhati-hati dengan kata / komen / amal diri kita. Insya-Allah.

***


Uni Emirat Arab fatwakan berkata kotor/kasar batalkan puasa
ABU DHABI (Arrahmah.com) – Selama puasa di bulan Ramadhan, kaum muslim sebaiknya menghindari penggunaan bahasa kasar. Fatwa ini dikeluarkan oleh Otoritas Umum Urusan Islam dan Wakaf (GAIAE) di Abu Dhabi.

Menurut laporan Gulf News, yang dikutip oleh Emirates247 pada Minggu (14/8/2011), perilaku buruk atau mengumpat dapat membatalkan puasa.

Penggunaan bahasa kotor berkurang manfaatnya. Puasa harus membuat orang bersabar dan harus mengabaikan isu-isu yang bertentangan yang akan mempengaruhi emosinya, seperti yang dipaparkan dalam fatwa tersebut.

Kerana puasa itu adalah al Imsak, imsak itu adalah proses menahan. 
Dan proses ini merupakan latihan. Agar dapat mengejar status ketaqwaan

Monday, 15 August 2011

Penuh, tapi Baru Separuh

Separuh sudah Ramadan berlalu
Apa cerita, dah cukup produktif?

Ahmad ar Rasyid dalam bukunya, al Awaiq (Hambatan-hambatan Dakwah) ada menyentuh mengenai bulan.

1. Bentuknya bulat. Tak lonjong apatah lagi dalam bentuk shape poligon segi empat pentagon heksagon etc.
2. Selalu dipuji orang dan dimasukkan dalam sajak / simpulan bahasa.
3. Walaupun dipuji dan ditengok, bulan tetap diam tanpa suara. Tetap tenang walaupun hebat daya tariknya.


Maka begitu jugalah sepatutnya diri kita yang inginkan kesempurnaan. 
Mesti usaha hilangkan noda dalam hati kita.

Sunday, 7 August 2011

Tahi Ramadan

Istiqamah. Konsisten. Suatu perkataan yang gempak. 
Cabaran untuk melaksanakannya juga gempak.

Kalau nak imbau sejarah awal ramadan dulu, semua benda dah dimulakan dengan bersemangat. Kalau dulu sebelum Ramadan, boleh janji banyak benda. Macam macam penunjuk aras KPI diletakkan. Ada nak baca satu juz al quran sehari. Ada yang nak sedekah tabung masjid RM 10 seminggu. 2 subtopik buku untuk dibaca sehari , nak sahur setiap hari dan macam-macam lagi.

www.ismaeropah.com/ramadhan
Dan sekarang, tujuh hari dah berlalu. Boleh pandang belakang dan semak graf pencapaian Ramadan buat tahun ni. Kalau ada yang target Ramadan ni nak khatam al Quran sekali, optimumnya dah 7 habis juz buat masa ni. Begitu juga KPI lain yang dah ditetapkan untuk dicapai. Jangan semangat awal je, kalau tak nanti jadi macam tahi. Tahi ayam. Hangat-hangat tahi ayam.

Tapi biasalah, kalau dah ada lompang dan lubang tu, perlu curi masa segera untuk tampal. Tapi ingat, Ramadan masih berjalan, jadi kena kerja keras lagi untuk teruskan perjalanan ke depan.

Memang, konsisten dan istiqamah tu bukan mudah. Tak salah kalau lompang sana sini. Tapi biarlah di hujungnya nanti, perkara yang kita ingin istiqamahkan itu menjadi habit kita. Menjadi disiplin yang tak mahu kita langgarkan. 

30 hari itu memadai. InsyaAllah!

Teringat Ramadan 1425 pernah berazam tambah bacaan al Quran 5 mukasurat 
Tahun 1431 baru tercapai. Alhamdulillah masih kekal hingga ke hari ini

Tuesday, 2 August 2011

Magnet Ruhi

Kerana sirah itu perlu dibaca dan diceritakan untuk kita hayati
Bukan sekadar kosong seperti bacaan teks sejarah yang lain. 

Ketika memberi pengisian serius, sangat penting untuk pengisi untuk tune / bawa suasana masuk ke dalam suasana yang diperlukan. Ini sangat penting supaya objektif pengisian tersebut tercapai. Lagipun, kebanyakan hadirin biasanya sudah terbiasa dengan suasana santai / lawak ketika pengisian.

Pernah dalam sebuah daurah yang kami lalui, pengisi tiba-tiba sebak apabila menceritakan mengenai nasib umat Islam ketika peristiwa pemboikotan beramai-ramai di Fasa Makkah. Mana mungkin cerita terpaksa makan daun / tulang kering diceritakan dengan kosong mahupun dijadikan bahan lawak. Mendengarnya sahaja sudah boleh dijadikan suatu siri dalam slot "Bersamamu", bahkan lebih dahsyat lagi.

Kerana hadirin perlu sedar bahawa tujuan sirah seperti itu, diceritakan bukan untuk menjadi sekadar ilmu pengetahuan, tetapi seharusnya ditanggapi dengan serius seterusnya membawa kepada penghayatan dan semangat dalam tindakan. Di sini letaknya peranan / taklifan seorang pengisi, mengisi sehingga dia menjadi magnet ruhi; menarik hati-hati hadirin untuk menghayati pengisian yang diberi.

Maka begitu juga sepatutnya bacaan al Quran kita
Fain lam tabku, fatabaaku!

sumber
***

Pemboikotan Beramai. Tahun Ketujuh Kebangkitan [Sumber: ar Raheeq al Makhtum]
Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah.

Tiga Tahun di Lorong Abu Talib
Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm.

Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. 

Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Sunday, 24 July 2011

Produktif Ramadan

Bersempena Ramadan ini, 
nantikan Siri Tips Ramadan Produktif: 
Memanfaatkan Setiap Detik Sepanjang Hari dalam Bulan Ramadan

Teaser 1
Teaser 2 
Teaser 3

Wednesday, 13 July 2011

WW: Wordless Wednesday


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Saturday, 9 July 2011

"Attending", Tapi Tak Datang

Yang sangat jarang klik Not Attending
Walaupun tak juga hadiri semua yang diklik "Attending"

Nota 1: Sekitar perjalanan Rasulullah dan Sahabat ra dalam Perang Tabuk
Dalam Sahihain, pernah Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di Madinah ada sekelompok manusia. Tidaklah kamu melintasi lembah dan menempuh suatu perjalanan melainkan kelompok manusia itu bersamamu."
Para sahabat bertanya, "Mereka berada di Madinah?"
Beliau bersabda, "Benar. Uzur telah menahan mereka."
Dalam riwayat yang lain, kemudiannya baginda saw lalu membaca ayat al Quran


وَلا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ
dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu"
[at Taubah, 9:92]

Nota 2: Ulasan Ibn Kathir rhm
Allah menjelaskan alasan-alasan munasabah yang membenarkan seseorang untuk tidak berjihad. Dia mulakan dengan menyebut alasan yang kekal; kelemahan fizikal yang tidak membenarkan jihad seperti buta, rekat, dan sebagainya. Allah swt kemudiannya menyebut alasan yang tidak kekal, seperti penyakit yang menghalang berjihad fi sabilillah, atau kemiskinan yang menghalang persediaan untuk berjihad. Tiada dosa bagi mereka dalam hal ini jika mereka tidak turut serta, dengan syarat mereka tidak menyebarkan niat jahat atau cuba untuk menghalang umat Islam yang lain daripada berjuang. Dalam masa yang sama, mereka perlu memerhatikan tingkah laku yang baik di negeri tersebut.

Nota 3: Cerita Jums Kami


Apabila ustaz Zahazan membincangkan ayat ini dalam slot tafsirnya di IKIM baru-baru ini, ingatan saya selalu melayang kepada seorang ikhwah kami di Eropah sana. Namanya sudah berada dalam list "attending". Tapi dia tidak berada bersama kami di Ireland ber"summer camp".Allah menakdirkannya terlepas flight pertama. Namun dia tidak berputus asa, terus dia beli tiket buat kali kedua. Ternyata kali itu passportnya pula tidak boleh diguna. Maka pulanglah dia dengan frust-nya (riwayat salah seorang ikhwah kami) tanpa turut serta dalam summer camp kami.

Sepanjang perkenalan saya dengan dia, saya yakin mana mungkin dia ingin mengelak untuk bersama-sama dengan kami di Ireland ketika itu. Namun keuzuran kenderaan menghalang dia daripada menghadiri Jump. Saya doakan dia umpama orang yang Rasulullah sebutkan dalam hadis di atas; walau tidak melintas lembah bersama-sama, tidak keluarkan duit secara bersama, tidak harungi kesusahan melawan musuh bersama, tetapi tetap memperoleh balasan yang sama seperti kami. Ameen, mudah-mudahan.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Gambar: Faris
Orang seperti inilah yang saya maksudkan dengan "attending", tapi tidak turut serta.

Kalau ada jemputan hadiri program, jangan terus kata tidak
Biarlah hanya keuzuran yang mampu halangi kita

Monday, 4 July 2011

Malam Terakhir


Dalam banyak-banyak sesi dalam Jump kami yang lepas, yang paling membekas adalah pada malam yang terakhir. Berdiri bersama ikhwah sambil memuhasabah perjalanan kami di bumi Eropah ini. Kalimah istighfar yang banyak aku sebutkan, kerana memikirkan istighfar antara kunci terbukanya bantuan dan rezeki daripada-Nya

Hujung malam itu, ketika berpelukan, tiada doa yang aku banyak panjatkan melainkan apa yang dilontarkan oleh Nabi Musa as seperti yang Allah firmankan dalam surah Thaha.

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي, وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي, كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا, وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا, إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا
Teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami.
[Thaha, 20: 31 - 35]

Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk [Dr Zain]
Perjalanan masih panjang. Barisan perlu diteguhkan. Kekuatan akan bersama dikongsikan. Kelemahan pula penting untuk diberikan rawatan. Agar Allah izinkan kami mudah berjalan.

Terus doakan! 
Allahumma tsabbit qulubana.

Labels