Mereka yang ikhlas tidak akan berpisah jauh mana.
Suatu hari, mereka akan berjumpa juga.
"Jumpa lagi Malaysia!"
***
Aku tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengannya. Aku tidak tahu sejarahnya sehinggalah aku menatapi biografinya. Aku pernah mendengar namanya tetapi aku tidak tahu asal usulnya. Tetapi aku sangat terhutang budi kepadanya kerana disebabkan perancangannyalah aku kini berada disini. 47 tahun dahulu beliau meminta PAS menghantar beberapa orang pelajar mengikuti pangajian di Iraq. Hasilnya lahirlah pendakwah2 yang hebat-hebat yang berjuang ditanahair dengan membawa fikrah yang jelas dan tuntas. Sedikit sebanyak tempias itu terkena juga pada diriku. Aku sangat berterima kasih kepada Al Marhum.
Aku meneliti perjuangannya satu persatu. Walaupun cacat anggota dan hidup hanya sekitar 37 tahun namun impak yang dibawa beliau sangat besar kepada dakwah dinegara ini. Kematian beliau sehingga hari ini masih menjadi misteri tetapi disaat-saat akhir beliau masih sempat berpesan kepada pimpinan PAS :
“Saya perlu memberitahu saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu keturunan ialah keikhlasan” - 14/5/1964