Tuesday, 9 September 2014

Turki, AKP, Erdogan dan Islamis di Malaysia




1. Umum menyedari Turki menjadi tumpuan dunia Islam sejak akhir-akhir ini, terutamanya selepas kemenangan bergaya Erdogan (Presiden Recep Tayyip Erdoğan) dan AKP (Justice and Development Party) dalam siri pilihan raya di negara tersebut pada tahun ini. Kemenangan membuka mata tersebut membuktikan Islamis mampu naik dan cemerlang memegang tampuk pemerintahan negara. Untuk berfungsi sebagai parti politik yang membawa agenda Islam di sana merupakan sesuatu yang agak sukar, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan arus sekularisme yang mencengkam kuat.

2. Bukan mudah merungkai ideologi sekularisme di Turki kerana ia sudah merebak dan berakar dalam institusi dan perlembagaan negara tersebut. Digandingkan dengan republicanism, populism, reformism, nationalism dan statism, enam ideologi ini membentuk gagasan kukuh sukar dicabar yang digelar sebagai Kemalisme atau nama lainnya Enam Anak Panah. Sikap anti-Islamnya jelas dapat dilihat melalui penghapusan undang-undang Islam, penutupan sekolah agama, larangan bertudung dan menukarkan alQuran ke dalam Bahasa Turki.

3. Mereka yang meneliti jatuh bangun agenda Islam di negara tersebut (baik ketika zaman awal Erbakan mahupun zaman kematangan Erdogan) pasti tidak dapat menafikan bahawa sekularisme atau Kemalisme hakikatnya merupakan musuh dalaman nombor satu yang perlu mereka hadapi. Bukan semata-mata kerana ideologi dan tindak tanduknya, malah kudeta tentera (selaku penjaga ideologi Kemalisme di Turki) empat kali terhadap kerajaan sah Turki dalam tempoh 40 tahun turut membuktikan hal ini. Semuanya atas alasan bahawa kerajaan mahu memulihkan semula Islam di negara tersebut yang akan mencanggahi prinsip Kemalisme yang sudah menjadi sebati dalam tubuh negara tersebut.

4. Lalu sekitar tahun 2000, Erdogan datang menawarkan penyelesaian baru untuk menghadapi musuh tradisi ini; dengan menukar strategi menjadikan Kemalisme bukan lagi sebagai lawan, tetapi “kawan” agar cengkaman dan ancamannya terhadap agenda Islamisasi di Turki dapat dilonggarkan. Sekularisme di Turki dicairkan dengan diberikan pengertian baru yang lebih bebas dan demokratik, bukannya bersifat menekan seperti yang diamalkan di Perancis. Menurut AKP, sekularisme di Turki perlu difahami sebagai suatu konsep yang berkembang mengikut perkembagan tamadun manusia, bukannya menjadi titik tujuan akhir negara. AKP juga mahukan sekularisme yang bersifat neutral terhadap semua agama supaya tekanan terhadap agenda Islamisasi dapat dikurangkan.

5. Sebagai contoh, larangan bertudung di universiti dan pejabat kerajaan dikuatkuasakan kerana dianggap menzahirkan simbol agama di khalayak ramai; sesuatu yang sangat bertentangan dengan prinsip Kemalisme. Tindakan kerajaan membatalkan larangan bertudung justeru diveto dan dicabar oleh Presiden yang berfahaman Kemalisme, bahkan ia menjadi antara sebab kerajaan Erbakan dikudeta pada tahun 1997. Meskipun begitu, sekularisme yang dicairkan sedikit demi sedikit akhirnya menyaksikan tudung mulai bebas dikenakan di pejabat awam, walaupun secara formalnya bertentangan dengan keputusan mahkamah negara tersebut.

6. Namun inilah yang ramai Islamis di Malaysia gagal aplikasikan kepada negara Malaysia. Beralasankan Erdogan yang mengambil pendekatan berbeza dengan mentornya Erbakan (pendekatan berkompromi dengan sekularisme dalam suasana keterpaksaan), Islamis di Malaysia yang terkeliru juga mengambil pendirian mahu menawarkan jalan kompromi terhadap musuh Islam di Malayysia. Qias maal Fariq (perbandingan tidak setara) mereka memberikan ruang kepada agenda bukan Islam mula mengakar dalam masyarakat kita.

7. Kalau di Turki kita katakan situasinya sebagai terpaksa mencari jalan untuk membuka ruang bagi projek Islamisasi, di Malaysia ia sudah menjadi seperti merelakan penentangan terhadap sistem Islam yang sedia ada; suatu tindakan tidak berobjektif dan berpatah ke belakang. Penyebaran agama lain dan ideologi asing kepada orang Islam direlakan dengan alasan kebebasan bersuara padahal ia bertentangan dengan tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama (hifzuddin). Orang bukan Islam makin diberikan suara dalam pemerintahan sedangkan hak wewenang sepatutnya berada kukuh di tangan pemimpin Islam. Islamis pula malu-malu mengetuai / mengetengahkan agenda Islam dalam pakatan politik, sedangkan orang Islam yang sepatutnya mendominasi gerak kerja politik di Malaysia. Begitu juga perpaduan umat Melayu Islam dibiarkan tidak menjadi prioriti padahal di sinilah asas kekuatan umat Islam yang perlu diserlahkan agar mampu memartabatkan agenda Islam di rantau Nusantara.

8. Di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga kekuatan besar sudah sedia ada; kekuatan undang-undang, kekuatan politik (yang masih di tangan umat Islam) dan kekuatan majoriti penduduk yang mana kesemua kekuatan tersebut bermatlamatkan untuk mengukuhkan kuasa Islam di Malaysia. Semuanya merupakan senjata ampuh yang perlu diaplikasikan untuk memartabat agenda Islam di negara ini. Di Malaysia, tiada halangan seumpama kudeta tentera yang mampu melingkupkan agenda Islam, bahkan tentera sendiri dinaungi institusi beraja yang bersumpah setia mempertahankan kesucian agama Islam di sini. Begitu juga perlembagaan di Malaysia yang memberikan kedudukan istimewa kepada Islam sebagai agama Persekutuan; sangat berbeza dengan Turki yang dipaksa menerima perlembagaan yang jelas mengisytiharkan Turki sebagai negara sekular. Menolak menggunakan kekuatan di Malaysia samalah sepertinya musuh memerangi kita dengan kereta kebal, machine gun dan sniper, kita pula berpada-pada dengan panah, tombak dan keris sedangkan kita mempunyai keupayaan dan kelengkapan yang lebih terkehadapan.

9. Yang sepatutnya perlu kita contohi daripada Erdogan ialah sudut pandangnya terhadap Islam yang menolak sekularisme sebagai tafsiran Islam moderat. Lihatlah ucapannya semasa wawancara di Kanal D ketika beliau mengatakan “Tidak ada istilah Islam moderat atau Islam radikal. Islam ialah Islam, dan itu sudah cukup.” Cukuplah ini sebagai jawapan buat golongan berminda kalah yang mahu berpatah belakang menjinak-jinakkan Islam dengan sekularisme dan giat mempromosikan idea muslim moderat seperti Anwar Ibrahim. Kelihatannya Erdogan sendiri membayangkan ketidakselesaannya berbicara mengenai kedudukan Islam dalam kerangka sempit sekularisme Turki.

10. Sebab itu kita berasa pelik dengan mereka yang kononnya membawa arus Erdogan di Malaysia. Tergila-gila dengan pendekatan liberal, demokratik dan sekular, entah ke mana pula agenda Islamnya. Sedangkan Turki yang secara perlembagaannya merupakan Negara sekular sedang berganjak sedikit demi sedikit ke arah Islamisasi, Malaysia yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan pula mahu ditolak lebih dekat ke arah sekular. Takut-takut apa yang mereka bawa langsung tidak berkaitan dengan Erdogan, sebaliknya menyerupai Fethullah Gülen.
    Faqih Ahmad Shuhaili
    Penganalisa Kanan, IRIS Institute

    Turut diterbitkan di ISMAWeb

    Thursday, 7 August 2014

    Make Sure you Know what you Want

    "Make sure you know what you want. Then how to get it, be flexible. When there's opportunity, grab. When there's trouble, be patient and deal with it. Some things might take years to appear and some things might come just in a second. That is life. Allah gives, Allah takes."

    Ustaz Syed Yoda
    of Aku Bukan Suparmen

    Saturday, 26 July 2014

    The Last Iftar

    The last iftar with housemates. Habis tu saya imamkan solat Maghrib kami. Sengaja saya pilih bacaan ayat tertentu sebagai nasihat bersama, ala-ala "khutbah wida". Dorang juga yang mintak.

    Ayat-ayat terakhir alBaqarah agar kita menjadikan segala perintah Allah dan rasulnya sebagai tempat ketaatan nombor satu. Dan berusaha sebaiknya untuk berjiwa hamba "mu'min abid" dalam kehidupan seharian.

    Manakala surah alAsr sebagai pesanan bahawa sebijak, sepandai dan sehebat mananya kita, tetap kita dalam keadaan rugi. Melainkan jika kita beriman, beramal soleh, mengajak dengan kebenaran, mengajak dengan kesabaran. Dari sinilah datangnya keuntungan dan kemuliaan. alAsr ini dah pernah kita bincang dalam alMuntalaq yang lepas.

    Buat akhirnya, ada kata-kata orang putih, "friends will stay friends no matter how many years pass". All the best mates; dunia dan akhirat. Terima kasih atas segalanya.

    Thursday, 24 July 2014

    Handshake University of Sheffield

    Masuk sebagai pelajar, keluar sebagai graduan.
    Alhamdulillah dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan.
    Moga langkah-langkah yang berlalu membawa manfaat untuk semua.


    Faqih Ahmed Shuhaili Graduation Ceremony Handshake (Summer 2014)
    Faqih Ahmed Shuhaili Graduation Ceremony Handshake (Summer 2014)
    Posted by The University of Sheffield Graduation Handshake on Thursday, 24 July 2014

    Faqih Ahmad Shuhaili (M.Eng)
    Chemical Engineering
    University of Sheffield, UK

    Thursday, 3 April 2014

    Lima Kunci Membaca Realiti Ummah Hari Ini


    Lima perkara saya kongsikan dengan warga SMSA bersempena Solat Hajat mendoakan kesejahteraan saudara seislam kita di serata dunia (Mesir, Syria, Burma, Malaysia dll), agar mereka dikurniakan keamanan dan keadilan. Diharap lima perkara ini akan menjadikan kita lebih mudah memahami apa yang berlaku kepada ummah pada hari ini dan hari-hari yang mendatang.

    1. Agama kita merupakan Islam; yang berdiri atas dua kalimah syahadah. Dalamnya kita akan temui segala macam kebenaran. Dengan neraca alQuran dan asSunnah pula kita akan menentukan kebenaran sesuatu perkara.

    2. Agama dan kebenaran ini perlu diperjuangkan. Lihat sirah Rasulullah saw dan para sahabat. Dengan perjuangan merekalah akhirnya Islam berjaya ditegakkan. Ia bukan agama magik yang boleh berdiri dengan sendiri, sebaliknya bergantung kepada usaha umatnya.

    3. Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Ada harga yang perlu dibayar untuk sampai kepada kemenangan; baik berbentuk masa, tenaga, harta mahupun nyawa. Para sahabat ra telah membuktikannya melalui pelbagai siri peristiwa; sama ada di Mekah, Madinah mahupun selepas kewafatan Rasulullah saw.

    4. Islam pasti akan bertembung dengan musuhnya. Ia merupakan sunnatullah sejak azali lagi. Banyak ayat alQuran menceritakan dendamnya musuh terhadap agama ini. Di sudut lain, tindakan ekstrim memperolok kewujudan musuh dengan mengatakannya hanya teori konspirasi hanya akan melemahkan pemahaman umat ini terhadap hakikat pertembungan. (Rujuk: alBaqarah, 2:120, 217)

    5. Pertembungan ini memerlukan kita menjadikan Islam sebagai agama yang tertinggi dan superior berbanding agama / ideologi selainnya. Maka kekuatan perlu dibina dan disusun sebaik mungkin. Kemenangan itu pasti akan datang suatu hari nanti. Sama ada ia diberikan kepada kita atau kepada generasi selepas kita; ia merupakan urusan Allah semata-mata. (Rujuk: atTaubah, 9:33. alHajj, 22:40)



    Tuesday, 18 March 2014

    Cubaan Menulis Lirik :)

    "Harapan Masih Ada"
    Brothers of Sheffield
    Nasyid Extravaganza 2014, Sheffield
    Tema: Towards Better Ummah


    Duhai teman tercinta
    Pergunakanlah masa yang ada
    Jangan engkau terleka
    Hanyut dalam arus dunia

    Sedarlah bangkit segera
    Jangan kau tangguh walau seketika
    Musuh tak pernah alpa
    Mengancammu dari segenap arah

    Ayuh pemuda bangsa
    Perkukuhkanlah jati diri kita
    Masa depan negara
    Gelap cerahnya tanggungan kita

    Yakin dengan janji yang Esa
    Kejayaan pasti bersinar

    Harapan masih ada
    Hanya gerhana bukannya terbenam mentari
    Marilah kita tautkan hati
    Teguhkan tekad bersama
    Berjuanglah untuk agama


    Inspirasi daripada:
    1. Fetya, Harapan Ummah: lagu tepat menggambarkan harapan dan perjuangan
    2. Fetya, Syahadah Rabaah: yang mantap dengan kata-kata keramat
    3. Sinaran Azhar, Harapan Umat: penuh dengan nasihat menyalakan obor semangat 

    Terima kasih kepada:
    1. Haikal Hamid, sama-sama fikirkan lirik :)
    2. Dan semua Brothers of Sheffield; baik yang menyanyi mahupun tidak

    Thursday, 13 February 2014

    Transkrip “Islam diancam, kita perlu agresif”

    Transkrip “Islam diancam, kita perlu agresif”
    (dengan sedikit olahan)

    Soalan: Ada juga orang yang jenis yang tidak suka bergaduh / nampak orang yang bergaduh ketika memberikan komen. Mungkin jiwa dia terlalu lembut …

    Jawapan:
    Jiwa yang terlalu lembut ini mungkin berpunca daripada silap faham terhadap sirah. Inilah antara masalah yang berlaku pada sebahagian daripada umat Islam, apabila mereka membaca sirah, mereka membaca kisah yang lembut-lembut. Mereka membaca kisah nabi memaafkan orang, mengampunkan orang, lemah lembutnya nabi dan sebagainya.

    Tapi cuba kita gabungkan sirah secara keseluruhan. Nabi mengampunkan orang, memaafkan orang, namun ada juga orang yang sepatutnya dibunuh dalam peristiwa pembukaan Mekah. Nabi kata, bunuhlah walaupun dia bergantung di dinding kaabah Tetapi sebahagian mereka juga ada yang dimaafkan.

    Tetapi di masa yang sama cuba kita tengok bagaimana nabi melancarkan Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Khandak. Tamat Perang Khandaq, Nabi isytiharkan, alaan naghzuhum, wa laa yaghzuuna (sekarang kita pula yang menyerang, bukan mereka lagi yang menyerang).

    Jadi maknanya nabi buat suatu tindakan agresif selepas Perang Khandaq. Nabi sudah tidak diserang, Nabi pulak menyerang. Nabi menyerang Quraisy, jajahan Rom, jauh sampai ke sempadan negara Arab semuanya. Dan perkara ini difahami oleh sahabat sebegitu juga.

    Kaab b Asyraf, sebagai contoh, merupakan seorang pemuka Yahudi yang sentiasa menyakitkan hati orang Islam dan melakukan tipu daya untuk jatuhkan orang islam. Dia merupakan orang Yahudi; terikat dengan Piagam Madinah. Sepatutnya dia mempertahankan Madinah, tetapi dia mengkhianati Madinah.

    Apa yang Nabi buat? Nabi menghantar utusan membunuh dia. Apabila bila kita membaca semua sirah itu akhirnya kita akan dapat lihat gambaran sebenar terhadap Islam, iaitulah apabila berhadapan dengan sesuatu isu, Islam akan menggunakan wasilah yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut.

    Kalau sekiranya orang menjatuhkan Islam dengan menggunakan syair, Islam akan membalas dengan bersyair. Kalau sekiranya orang cuba menjatuhkan Islam dengan pedang, Islam tidak akan bersyair dah, tetapi Islam akan menggunakan pedang. Kalau sekiranya orang menggunakan suatu komplot yang besar untuk menjatuhkan Islam, Islam akan kumpulkan tenaga yang besar juga untuk melawan.

    Jadi wasilah yang bersesuaian diperlukan untuk menangkis segala serangan. Jadi kita tak boleh tafsirkan serangan golongan-golongan liberal untuk menjatuhkan Islam, sebagai contohnya kumpulan Comango sebagai suatu serangan yang boleh dijatuhkan dengan khutbah Jumaat ataupun dengan sedikit artikel dalam Utusan, Berita Harian, web, internet, blog. Tak boleh begitu.

    Bahkan pada pandangan saya, kita sepatutnya lebih agersif daripada sekarang. Sebab wasilah yang kita gunakan pada hari ini sepatutnya mesti bersesuaian.

    Comango dapat bantuan daripada mana? Dananya banyak. Kemudian mereka pergi ke Geneva, ke sana sini melobi. Kita pula, kalau sekiranya kita berusaha kecil-kecilan memang tak boleh.

    Sikap sebahagian umat Islam yang tidak mahu bertembung ini sebenarnya mungkin berpunca daripada salah fahamnya terhadap agama sendiri.

    Ada sesetengah orang kata, kalau sekiranya kita pandai bertoleransi, nscaya kita tidak akan bertembung. Nabi merupakan manusia yang paling bertoleransi, tetapi nabi bertembung juga. Sebab pertembungan ini memang akan tetap berlaku. Dalam alQuran disebut

    وكذلك جعلنا في كل قرية أكابر مجرميها ليمكروا فيها
    [alAnaam, 6:123]

    Demikianlah kami jadikan pada setiap negeri, akan ada sahaja akabira mujrimin (penjenayah-penjenayah besar / pemuka jahat yang memusuhi Islam) yang liyamkuru fiha (sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Islam). Jadi memang itu tabiatnya.

    Bahkan sekiranya kita melihat sejarah nabi pun, adakah dalam kalangan nabi yang tiada musuh? Tiada nabi yang tiada musuh. Semua nabi akan ada musuhnya. Adakah kerana nabi-nabi ini tidak toleransi?

    Nabi Muhammad, ketika lahirnya sahaja, seluruh kaum Quraisy bergembira. Abu Lahab sendiri membebaskan hamba dan seumpamanya. Maknanya, kelahiran itu disambut. Tetapi akhirnya apabila baginda isytiharkan selepas 40 tahun bahawa baginda merupakan seorang nabi yang diutuskan, apa yang berlaku? Orang Quraisy tiba-tiba menolak Rasulullah saw.

    Ini yang kita perlu faham, hal ini berlaku bukannya kerana baginda tidak faham toleransi, tapi baginda ditolak kerana tabiat agama ini memang akan ada satu kumpulan manusia yang menentang.

    Jadi, perkara ini mesti difahami oleh orang Islam. Kita mesti bersedia. Bukan maksudnya kita nak menghasut orang untuk bertindak ganas, tetapi kita mesti bersedia, kerana itu memang tabiat yang dah ditunjukkan sejak sejarah Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad dan generasi Islam yang seterusnya.

    Kalau sekiranya kita melihat waqi’ atau realiti di Malaysia sebenarnya, kalau sekiranya umat Islam bertoleransi dengan toleransi yang cukup baikpun, tetap akan ada manusia yang akan merosakkan Islam.

    Wednesday, 12 February 2014

    Pilihan Penyelesaian Konflik di Malaysia

    Conflict Resolution Model: Lima pilihan menyelesaikan konflik

    Artikel ini akan menghurai lima model pilihan menguruskan konflik / menghadapi konfrontasi menurut sudut pandang pertembungan alHaq vs alBathil di Malaysia. alHaq merujuk kepada gerakan untuk memartabatkan Islam di negara ini manakala alBathil merujuk kepada perjuangan dan siri provokasi mencabar kedaulatan dan identiti Islam di sini, yang berkait dengan kententeraman masyarakat negara kita.

    Pilihan ini akan memberikan gambaran umum dan awal tentang pendirian yang sesuai untuk berhadapan dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara, seterusnya membentuk reaksi kita terhadap isu tersebut. Perkara ini penting kerana gambaran awal yang salah (eg salah kenalpasti dengan siapa konflik berlaku) akan menghasilkan tingkahlaku dan reaksi yang tidak tepat terhadap isu tersebut.

    1. Penyesuaian (ambilkira ciri masing-masing): Jahiliyyah masih kekal
    Model Islam dan Jahiliyyah digabungkan dan ditunjukkan secara bersama, seperti yang diperjuangkan melalui "Islam Liberal". Islam masih ada, cuma dilembutkan dan dicairkan dengan unsur liberalisme. Lebih ringan lagi, Islam dan agama lain tidak perlu disebut dan dizahirkan. Agama hanya berfungsi di tempat ibadah masing-masing. Akibatnya, imej Islam tidak dijelaskan kepada masyarakat umum. Secara mudahnya, Islam dan ideologi lain diletakkan sama taraf. Contoh implikasi yang dapat dilihat, 
    • wujud tuntutan yang meminta orang Islam tidak boleh mendakwahi golongan bukan Islam sebagaimana orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan fahaman mereka kepada orang Islam.

    2. Mengelak: Bukan pilihan orang berjuang
    Sebarang konflik / cabaran terhadap Islam direspons secara pasif. Diam lebih utama untuk mengelakkan ketegangan agama / bangsa daripada terjadi, walaupun pihak bukan Islam yang mencabar terlebih dahulu. Akibatnya, syiar dan dakwah Islam tidak dapat ditunjukkan kepada masyarakat luar. Antara contohnya: 
    • tidak memberikan pendirian (atau memberikan perbincangan yang lari daripada konteks) terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, 
    • berdiam diri terhadap kes deskriminasi terhadap pemakai tudung 
    • menjadikan ibadah korban tidak perlu dizahirkan kerana kelihatan kejam dan mengguris hati penyembah binatang korban.

    3. Kompromi: Langkah undur ke belakang
    Seolah-olah menafikan kuasa dan kelebihan yang telah diberikan kepada Islam di sini. Model ini yang selalu ditunjukkan oleh mereka yang kagum dengan negara "terbuka" seperti UK dan Turki, padahal negara tersebut berada dalam kongkongan sekularisme, sedangkan Malaysia tidak mempunyai masalah dalam usaha menzahirkan agenda Islam. Contoh pendirian salah akibat pilihan ini ialah: 
    • tidak perlu menyekat usaha kristianisasi eg penyebaran bible yang mengandungi kalimah Allah dalamnya, sebaliknya hanya perlu berdialog dengan mereka
    • badan dan organisasi bercirikan Islam perlu dihapuskan. 
    • ruangan bangsa dihapuskan dalam MyKad.
    • keistimewaan kepada Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan perlu ditiadakan. 
    • Pendidikan Agama Islam tidak perlu diwajibkan kepada pelajar di sekolah untuk mengelak pemaksaan dan meraikan kebebasan memilih.

    4. Menang-menang: Melanggar sunnatullah pertembungan
    Pihak bukan Islam diberikan kuasa sebagaimana Islam ada. Syiar mereka dizahirkan, padahal ia menjadi kesalahan terutama di kawasan yang majoritinya Islam. Inilah yang menjadi tuntutan pelbagai pihak hari ini, terutamanya ketika mereka sedar lemahnya umat Islam di negara kita pada hari ini akibat perpecahan sesama mereka. Antara tuntutan mereka:
    • Permintaan hak asasi terlampau diluluskan seperti lgbt dipaparkan tanpa segan silu dan menjadi pemandangan biasa
    • COMANGO diberikan hak bersuara dan mencorak identiti negara
    • Interfaith Commission diiktiraf
    • Kuil dan gereja boleh dibina secara besar dan menjadi tarikan pelancong bagi negara ini, dengan alasan masjid juga boleh dibina secara besar

    5. Persaingan: Pilihan yang terbaik untuk situasi di Malaysia.
    Mahu tidak mahu, Islam perlu dimenangkan dan dizahirkan di negara ini sebagai satu-satunya agama yang mencorak negara berdasarkan prinsipnya yang syumul. Perlembagaan, kontrak sosial, sejarah dan struktur negara mampu untuk membantu kemenangan Islam di sini. Hujah, kuasa dan keistimewaan perlu digunakan sebaik mungkin dalam menyampaikan mesej Islam dan menjelaskan kekeliruan yang wujud. Dengannya, agenda Islam di Malaysia akan diperkasakan manakala sistem dalam masyarakat dan kerajaan dibaiki sedikit demi sedikit sehingga berjalan mengikut lunas Islam. Inilah yang selalu disuarakan ISMA melalui kenyataan dan respons mereka terhadap isu semasa.

    Perjuangan Islam merupakan usaha menegakkan penguasaan hukum / agama Allah agar menjadi lebih tinggi berbanding semua hukum / agama ciptaan manusia yang ada atas muka bumi ini, bukannya sama taraf atau lebih rendah berbanding agama ini. Inilah yang termaktub dalam alQuran sebagai
    هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله
    Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain ... [asSaff, 61:9]

    Namun, ia bukanlah paksaan menukarkan semua warga Malaysia supaya memeluk Islam ataupun mengambil hak dan menindas mereka, sebaliknya memastikan sistem yang menaungi negara ini merupakan peraturan adil yang ditetapkan Allah dan rasul-Nya (i'la kalimatillah), mengikut panduan dan disiplin alim ulama, bukannya berpandukan logik dan akal semata-mata. Inilah yang bertepatan dengan hadis nabi mengenai ketinggian agama Islam:
    الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
    Islam itu tinggi. Tiada apa-apa yang lebih tinggi daripadanya [Hadis Sahih]

    Dengan tercapai objektif inilah Islam disifatkan sebagai rahmatan lilAlamin; agama, gaya hidup atau peraturan yang membawa rahmat, kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja kepada warga muslim, tetapi juga warganegara bukan Islam, alam sekitar bahkan untuk seluruh alam.

    --

    Bacaan Tambahan

    Thursday, 6 February 2014

    Respons terhadap "Sekolah Liberalisma untuk ISMA: Part 1"


    Ini sebahagian jawapan yang sempat saya tulis berkenaan artikel tersebut. Terlalu banyak perkara tentang ISMA yang disalahfahami dalamnya.

    Saya memandangnya dari sudut positif sebagai peluang untuk ISMA menjelaskan lagi pendirian dan agendanya terhadap perjuangan Islam di Malaysia tanpa perlu berselindung. Apa yang penting, agenda memartabatkan perjuangan Islam di negara ini perlu terus diarusperdanakan, sekaligus mengetepikan peluang liberalisme untuk merosakkan status dan identiti negara ini.

    Jawapan diberikan dalam nota ringkas. Untuk maklumat lanjut, boleh luaskan bacaan dengan merujuk bahan bacaan yang disenaraikan.

    Adakah tugas pemimpin menjaga akidah rakyat? Akidah merupakan persoalan hati
    • Ya, memang tugas pemimpin menjaga akidah umat Islam. Syara’ mengatakan sebegitu.
    • Baca: Dr Aznan Hasan, Tuntutan Comango menurut pandangan Syarak

    ISMA menuduh Dr Asri liberal?
    • Tiada ayat jelas / secara langsung dalam berita tersebut menuduh Dr Asri sebagai liberal.
    • Dr Asri dijadikan contoh sebagai ulama yang perlu memainkan peranan menjaga akidah rakyat
    • Sebagai figur masyarakat sewajarnya beliau memberikan penerangan yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara tersebut
    • Masalah terjadi apabila penerangan terhadap isu tersebut lari daripada konteks (mahal anNizak)
    • Baca: Ustaz Halim Abdullah, Isu kalimah Allah: Menjawab pemikiran Mujahid Rawa
    • Keseluruhannya, berita tersebut meminta agar ulama menjadi benteng kukuh pertahankan akidah rakyat, bukan menjadi alat senjata pihak musuh

    Isu Kalimah Allah
    • Perbincangan tentang perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama. Terlalu banyak hujah sudah diberikan oleh ulama, cendekiawan, bahkan hakim Mahkamah Rayuan. Hampir kesemuanya bersetuju kalimah God tidak wajar diterjemahkan sebagai Allah dalam bible berbahasa Melayu
    • Baca: Majlis Fatwa Kebangsaan, Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
    • Baca: Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali, In The Court Of Appeal Of Malaysia (Appellate Jurisdiction) Civil Appeal No. W-01-1-2010

    ISMA mengganggu perbicaran kes di mahkamah?
    • Tiada bukti kukuh, hanya dakwaan lemah. Langsung tidak berlaku.
    • Jika mengganggu, sudah pasti ISMA didakwa atas alasan menghina mahkamah (contempt of court)
    • ISMA cuba memberikan pendedahan realiti / mendidik masyarakat bahawa usaha kristianisasi merupakan perkara nyata di negara kita. Quran dan hadis membicarakan perkara ini, ISMA cuma menyampaikan dan mengaitkannya dengan realiti.
    • Ia tiada kaitan dengan prosedur yang berlaku dalam mahkamah.

    Kenapa label musuh umat Islam, pelampau Kristian, kurang ajar?
    • Label diberikan bukan kepada umat kristian secara keseluruhannya, tetapi kepada pihak tertentu sahaja yang cuba menuntut sesuatu di luar perlembagaan dan peraturan negara kita
    • Kalau orang berterusan mencabar perlembagaan negara kita, tiada istilah tepat buat mereka melainkan pelampau
    • Apatah lagi kalau mereka degil dan berterusan melakukan perkara tersebut dan mengetepikan arahan sultan dan pihak berkuasa, kurang ajar namanya tu
    • Baca: Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan
    • Dengan menghormati perlembagaan (peraturan tertinggi di Malaysia), peraturan pihak berkuasa dan keputusan mahkamah, sudah pasti keadaan menjadi aman tanpa perbalahan kaum dan agama
    • Bahkan, 10 Points Agreements untuk Sabah Sarawak itu sendiri bukanlah sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan

    Definisi Liberal
    • ISMA tidak tenggelam dalam mendefinisikan apa itu liberal, ke mana susur galurnya, siapa tokohnya dll, apatah lagi liberalisme bukannya berasal daripada Islam
    • Isi utamanya, kita mempunyai syariat yang memberikan panduan untuk segenap aspek hidup. Syariat ini datangnya daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Menjadikan akal / barat sebagai neraca pertimbangan merupakan kesalahan kerana mereka mempunyai kelemahan yang banyak. Apabila mereka bertembung dengan syariat, syariat perlu didahulukan.
    • ISMA memberi fokus untuk melawan ideologi yang bertentangan dengan syariat
    • Perkaitan pengaruh liberalisme sehingga melahirkan fahaman “Islam Liberal” sudahpun dikaji oleh ramai sarjana. Maka tidak wujud dakwaan ISMA sewenang-wenangnya mengaitkan apa yang berlaku dalam negara ini dengan unsur liberalisme.
    • Baca: Ustaz Hazizi, Pencerahan, Modernisme, Sekularisme, Demokrasi, Liberalisme, Pluralisme: Protes Yang Bertukar Menjadi Agama
    • Baca: Hj Mohammad Ariffin b Ismail, Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal

    ISMA tidak konsisten dalam isu perlembagaan?
    • Kebebasan beragama tidak bermaksud agama lain juga akan mendapat keistimewaan yang ada pada Islam.
    • Islam perlu diletakkan pada kedudukannya, iaitulah agama yang paling tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya (hadis)
    • Bebas beragama boleh difahami sebagaimana ayat alQuran “Tiada paksaan dalam beragama”. ISMA sendiri tidak bercita-cita memaksa semua rakyat Malaysia untuk memeluk agama Islam.
    • Di sudut lain, Islam dan Melayu mempunyai kedudukan istimewa dalam perlembagaan yang memustahilkan kedudukan dan haknya disamaratakan dengan agama lain. Adil bukanlah bermaksud sama rata, sebaliknya memberikan yang hak kepada yang berhak.
    • Baca: Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan
    • Baca: Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan
    • Jadi, dua isu yang dibangkitkan tersebut merupakan dua perkara yang berbeza.

    Artikel Ustaz Hazizi tentang Rahmatal Lil Alamin dan pembahagian masyarakat
    • Serahkan kepada para ustaz untuk menghuraikan konsep tersebut, bukan kepada mereka yang tidak mendalami ilmu diniah dan tabiat gerakan Islam secara mendalam
    • Selain mempunyai ustaz yang berwibawa, ISMA turut dipandu Majlis Ulama ISMA (MUIS) dan Majlis Syura untuk membaca realiti masyarakat dan status Malaysia menurut pandangan syara’.
    • Atas kapasiti ilmu masyarakat awam yang tidak tinggi, pendirian mengenai persoalan mendalam tentang soal tersebut bolehlah disandarkan kepada para ustaz

    ISMA terperangkap dalam teori konspirasi?
    • Bahkan strategi mereka dijelaskan tanpa berselindung lagi.
    • Mereka sendiri mendedahkan nama mereka dan bagaimana mereka bekerja
    • Naif jika kita mengatakan tiada agenda penjajahan berlaku pada zaman sekarang
    • Lebih penting lagi, Allah sudah menyebutnya dalam alBaqarah, 2:120. Begitu juga dalam hadis Rasul mengenai lubang biawak, yahudi dan nasrani.
    • Baca: Dr Kamsani Samingan, Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam
    • Baca: RAND Corporation, Building Moderate Muslim Networks

    Liberalisme = Feminisme
    • Sekali lagi, ISMA tidak mahu tenggelam untuk mendalami sedalam-dalamnya susur galur feminisme.
    • ISMA hanya mahu fokus / menarik perhatian pada sisi feminisme yang bertentangan dengan syara’ eg wanita boleh menjadi imam solat bagi lelaki, perkahwinan poligami tidak sah, perkahwinan berbeza agama sah.
    • Baca: Muhammad Ariffin bin Ismail, Gerakan Feminisme, Persamaan Gender Dan Pemahaman Agama
    • Baca: Dr Rafidah Hanim, Gerakan feminisme – Pintu masuk agenda Liberalisasi

    Liberalisme = Kebebasan dengan hanya merujuk logik akal tanpa merujuk kepada ulama
    • Jawapan logik mudah, kalau ada orang tersilap memahami agama, mereka perlulah ditegur dan dibetulkan. Kesalahan tak boleh didiamkan atas alasan kebebasan bersuara. Maka di sinilah peranan yang perlu dan sedang dimainkan oleh ulama dan organisasi Islam seperti ISMA
    • Kalau bertembung pandangan syara’ dengan akal, pandangan syara’ perlu diutamakan
    • Baca: Hasan alBanna, Usul 19
    • Tiada masalah jika perbicaraan berkisar ilmu dunia (hadis kamu lebih mengetahui urusan dunia), tetapi ISMA menjadi sensitif jika perbicaraan mengenai syara’ diadakan sesama mereka yang tidak pakar mengenainya (hadis apabila urusan diberikan kepada yang bukan urusannya).

    Bekerjasama dengan bukan Islam memperjuangkan keadilan
    • Tahaluf Siyasi telah dihuraikan panjang melalui beberapa siri artikel. Soal utamanya ialah dominasi dalam perkongsian kuasa dengan bukan Islam dan menjatuhkan pemerintahan orang Islam dengan bantuan orang kafir
    • Sekali lagi, perbincangan perlulah berada dalam ruang lingkup konteksnya (mahal anNizak)
    • Baca: Ustazah Norsaleha, Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid
    • Baca: Ustaz Abdullah Zaik, Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal
    • Baca: Ustaz Sharipudin, Kesan liberalisasi ke atas gerakan Islam di Malaysia

    Islam Liberal = Penyokong Ambiga
    • Tak pernah ISMA memberikan persamaan Islam Liberal sebegitu
    • ISMA ambil pendekatan berhati-hati terhadap demonstrasi dan tokoh yang dikehadapankan dalam siri demonstrasi tersebut
    • Baca: Ustaz Abdullah Zaik, ISMA Tidak Tolak Demokrasi
    • Baca: Ustaz Annuar Salleh, Liberalisma jelmaan sekular
    • Baca: Ustaz Fauzi Asmuni, Demonstrasi: Kebebasan bersuara atau jenayah?
    • Baca: ISMAweb, UMNO perlu lakukan transformasi akhlak besar-besaran

    Liberal = Mu’tazilah, Golongan Apologis Islam
    • Persoalan yang sama, pendefinisian liberalisme yang ISMA tidak mahu lemas dalamnya. Rujuk isi kandungan sebelum ini: Definisi Liberal
    • Nilai-nilai barat (demokrasi beragama, hak asasi manusia, demokrasi dll) ada batasannya untuk diterima masuk dalam Islam
    • Nilai-nilai tersebut yang perlu mengikut Islam, bukan Islam yang perlu mengikut nilai tersebut (hadis Riyadhus Solihin, Kewajipan Mengikuti Hukum Allah)

    Kesimpulan Respons
    • ISMA tidak berdiam diri, bahkan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawabnya memberikan pelbagai kajian dan panduan kepada umat Islam tentang bahaya agenda liberalisme yang mencairkan peribadi muslim, terutamanya melalui portal ISMAweb
    • Hanya perlu meluangkan masa untuk membuka arkib lama di web tersebut dan mula membaca dan menilai
    • Dalam masa yang sama, ISMA tidak pernah memaksa umat Islam khususnya ahlinya untuk menerima perkara tersebut bulat-bulat atau menghalang mereka untuk mengkaji lebih lanjut mengenai perkara tersebut
    • Pokok utamanya: umat Islam perlu terus berpegang teguh dengan Islam dan menjauhi pengaruh liberisme dalam masyarakat



    Jawapan oleh
    Faqih Ahmad Shuhaili
    ISMA UK-Eire
    Membangun Umat Beragenda

    Saturday, 18 January 2014

    Kebenaran Ditentukan oleh Kekuasaan?


    Islam tidak mengelirukan umatnya tentang apa itu kebenaran yang sebenar. Dalam Islam, kebenaran datangnya daripada Allah, diperturunkan kepada kita melalui kitab-Nya yang telah diwahyukan kepada Rasulullah lalu disampaikan kepada kita melalui lidah dan tingkahlaku baginda.

    Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. [alBaqarah, 2:148]

    Selagi mana tindakan kita mengikut disiplin alQuran dan asSunnah, maka benarlah tindakan tersebut. Tetapi jika ia hanya berlandaskan akal fikiran semata-mata, maka ia akan mudah terdedah kepada kesilapan.

    Dalam Islam, selain penghujahan, kekuasaan juga merupakan salah satu komponen yang perlu digunakan untuk menegakkan kebenaran. Saidina Usman yang memahami perkara ini pernah berkata "Sesungguhnya Allah melarang dengan kuasa (asSultan) sesuatu yang tidak terlarang dengan al-Quran”.

    Contoh yang mudah, al-Quran melarang kita menghampiri zina. Walau bagaimanapun, masih ada mereka yang tidak cukup dicegah melalui hujah daripada al-Quran, lalu dia berzina. Di sinilah peranan Allah Taala menurunkan hukum hudud ke atas penzina.

    Maka tidak hairanlah, kekuasaan merupakan suatu aspek yang diberi perhatian dalam Islam. Sebagai contoh, alAnfaal, 8:60 memerintah kita untuk mengumpulkan kekuatan yang ada untuk memastikan agama ini tertegak sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Begitu juga dalam hadis mencegah kemunkaran, “Sesiapa yang melihat kemunkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika dia tidak mampu …"

    Negara kita Malaysia merupakan negara yang sudahpun menyediakan kekuasaan buat Islam menerapkan syariatnya. Sayang jika kita membiarkan kebenaran terselindung kerana kuasa yang tidak digunapakai. Maka penggunaan hujah dan kuasa yang seimbang dan bertepatan sangat diperlukan. Kebenaran akan menjadi tempang seandainya kedua-dua perkara ini tidak berfungsi, ibarat burung yang patah sebelah sayapnya.

    Dengan kekuasaan (dan penghujahan)lah akan tertegak kebenaran. Tanpa kekuasaan atau kekuatan, maka segala kelembutan mahupun kekuatan hujah akan hanya dibakulsampahkan, terutamanya oleh mereka yang degil dan keras kepala.

    Tuesday, 14 January 2014

    Dari Mana Sudut Pandang Kita?


    Perselisihan pendapat biasanya bermula dari sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara.

    Contohnya, kita memandang Islam sebagai agama yang benar. Islam juga agama yang tertinggi berbanding agama lain. Islam tugasnya memimpin masyarakat melalui peraturan-peraturannya. Islam agama yang menggunakan hujah dan kuasa. Malaysia pula, merupakan sebuah negara Islam. Orang Islam mempunyai hak istimewa dalam negara kita.

    Namun orang lain ada yang tersilap pandang. Contohnya, agama lain juga benar, cuma jalan yang berbeza. Islam perlu diletak sama tinggi dengan agama lain. Islam hanya untuk diri sendiri semata-mata, bukan memimpin orang lain. Islam hanya agama hujah semata-mata. Malaysia bukannya negara Islam. Semua agama mempunyai hak yang sama dalam negara ini.

    Lalu perbezaan sudut pandang ini menghasilkan tindakan-tindakan yang berlainan. Betul sudut pandang kita, betullah tindak tanduk kita. Maka dapatkanlah sudut pandang yang betul seupaya mungkin.

    Thursday, 12 December 2013

    COMANGO: Cubaan Merosak Struktur Negara

    Umat ini, diibaratkan Rasulullah dalam sebuah hadis sahih, seperti sekelompok manusia yang menaiki kapal. Ada yang mengisi bahagian atas, ada yang mengisi bahagian bawah.

    Keselamatan kapal menjadi tanggungjawab mereka secara bersama. Andai kelihatan kawan-kawan sekapal di bahagian bawah yang cuba menebuk kapal tersebut untuk mendapatkan air dari luar, tindakan ini perlu dilarang. Ada jalan lain untuk mendapatkan air. Jika tidak, bahaya besar akan datang.

    Yang tenggelam nanti, bukan geng si penebuk sahaja, tetapi juga keseluruhan mereka yang berada dalam kapal tersebut; andai tiada pihak yang menghentikan usaha merosakkan kapal tersebut.




    Hari ini, ada cubaan untuk "melubangkan kapal negara" kita, kononnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Pelbagai tuntutan dizahirkan; yang bertentangan dengan syariat juga tidak sedikit sudah kedengaran. Seolah-olahnya, struktur negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan ini ingin diubah. Bahkan, ada yang turut membawa isu dan tuntutan ini menjadi perhatian antarabangsa, seperti yang dilakukan pihak COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process).

    Kalaupun tidak marah, paling tidak masyarakat akan hairan dengan tindakan mereka. Menuntut perkara yang bukan sahaja pelik, bahkan menyalahi apa yang sudah digariskan agama kita:
    • Kebebasan untuk murtad (Perenggan 1)
    • Penghapusan hak istimewa bangsa Melayu (Perenggan 6)
    • Membenarkan perlakuan seks songsang (Perenggan 6)
    • Menghapuskan hukuman syariah (Perenggan 9)
    • Membenarkan kristianisasi dan Syiah (Perenggan 10)
    Tidak perlu berfikir jauh pun, pasti mereka yang berjiwa waras, berakal sihat akan menentang tuntutan seumpama ini.

    Entah siapa yang mahukan wujudnya nanti generasi yang masuk keluar Islam sesuka hati. Entah siapa yang mahukan anak lelaki mereka bercium peluk dengan lelaki lain secara terbuka. Tiada siapa juga mahukan tragedi di Syria berlaku juga di Malaysia apabila Syiah mula mengambil tampuk kuasa. Tiada siapa juga mahukan wujudnya alasan hak peribadi untuk berkhalwat dan zina, akibat tiada penguatkuasaan syariah.

    Kita perlu ingat, yang tenggelam dan lemas nanti bukan hanya mereka. Seluruh masyarakat di Malaysia akan merasai kesan buruknya. Azab dan bencana-Nya bukan memilih orang dan tempat tertentu. Jika sudah berleluasanya keburukan, kesemuanya akan ditimpa malapetaka tanpa terkecuali, seperti diungkapkan Rasulullah ketika ditanya isteri baginda Zainab bt Jahsy ra,
    "Ya Rasulullah, apakah kita akan binasa, sedangkan dalam kalangan kita masih ada orang yang soleh?” Beliau bersabda: “Ya, jikalau keburukan itu telah banyak.” [Muttafaq Alaih]

    Ayuh, nyatakan bantahan kita terhadap tuntutan seumpama ini.



    Rujukan hadis:
    مثل القائم على حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا على سفينة
    فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسفلها
    وكان الذين في أسفلها إذا استقوا من الماء مروا على من فوقهم 
    فقالوا‏:‏ لو أنا خرقنا في نصيبنا خرقًا ولم نؤذ من فوقنا
    فإن تركوهم وما أرادوا هلكوا وهلكوا جميعًا 
    وإن أخذوا على أيديهم نجوا ونجوا جميعا‏

    Perumpamaan orang yang berdiri tegak (untuk menentang orang yang melanggar) pada had / batasan Allah (iaitu apa-apa yang dilarang olehNya) dan orang yang menjerumuskan diri dalam had / batasan Allah (iaitu senantiasa melanggar larangan-laranganNya) adalah umpama sebuah kaum yang bersama-sama berada dalam sebuah kapal. 

    Sebahagian daripada mereka berada di bahagian atas kapal, sebahagian lainnya berada di bahagian bawah kapal. 

    Orang yang berada di bahagian bawah kapal itu apabila hendak mengambil air, tentu saja melalui orang-orang yang berada di atasnya (maksudnya naik ke atas).

    Oleh sebab hal ini dianggap sukar, maka mereka berkata: "Bagaimana kalau kita buat lubang saja di bahagian bawah kita ini, suatu lubang yang tentunya tidak mengganggu orang yang berada di atas kita." 

    Maka jika orang yang berada di bahagian atas itu membiarkan saja mereka yang berada di bahagian bawah menurut kehendaknya, tentulah seluruh isi kapal akan binasa. 

    Tetapi jikalau orang bahagian atas itu mengambil tangan orang yang bahagian bawah - melarang mereka dengan kekerasan - tentulah mereka selamat dan selamat pulalah seluruh penumpang kapal itu. 
    [HR alBukhari]

    Thursday, 5 December 2013

    Iman tidak Boleh Dipaksa, Tetapi ...


    Format: Analisis
    Kertas Kerja Asal: Enforcing Public Morality
    Rujukan: Hafiz Firdaus, Ustaz Halim Abdullah

    --

    Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami?

    Mereka yang beragama Islam dilarang untuk menyertai pertandingan ini berikutan fatwa pengharaman ratu cantik bagi mereka yang beragama Islam telah diwartakan tahun 1997 ...

    "Kami akan berpegangan tangan, memeluk dan mencium pipi pasangan masing-masing. Mereka yang berminat boleh datang dengan pasangan menyertai kami," kata ketua pergerakan itu, Chong Chieng Jen.

    "Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya

    --

    Betul, iman tidak boleh dipaksa. Ia diterap melalui pendidikan. Tetapi, pendidikan sahaja tidak mencukupi kerana manusia sering terleka, mendengar bisikan syaitan dan hawa nafsu. Maka, iman bukan sahaja dididik, tetapi juga dikawal agar tersemat kemas dalam diri pemiliknya

    Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang berjalan-jalan, baginda ternampak satu karung kulit tergantung yang berisi arak. Lantas baginda meminta sebilah pisau dan terus membelah karung tersebut (dan menumpahkan isinya).

    Dalil 1 - 2:256 | لا إكراه في الدين
    Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam)
    Dalil 2 - 8:39 | وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله
    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
    Rumusan: Agama / aqidah Islam tidak boleh dipaksa, tetapi peraturan dan sistem Islam boleh dipaksa.

    Peraturan hanya mengawal tindakan, sedangkan dialog, meyakinkan pemikiran dan menambat hati akan membuka hati dan jiwa mereka kepada menerima Aqidah Islam.

    Analogi Maksud adDeen
    Ibu bapa tidak boleh memaksa anak mereka untuk mencintai pelajaran dan guru, kerana cinta itu letaknya di dalam hati. Sebaliknya ibu bapa boleh memaksa anaknya pergi ke sekolah, demi maslahah (kepentingan) anak tersebut, samada dia redha atau tidak ke sekolah.

    Moral baik membawa kebaikan kepada semua pihak. Moral buruk akan mengakibatkan keburukan kepada semua pihak juga.

    Masalah yang dihadapi ramai umat Islam ie mengalah kepada arus semasa

    Thursday, 28 November 2013

    Lumba Menuju Syurga!


    Tajuk: Berlumba Menuju Syurga
    Penulis: Khalid Abu Syadi
    Masa Pengisian: Mabit / Qiamullail (Ruhi)

    Buku Asal: سباق نحو الجنان
    Slide Pembentangan: Sibaaq Nahwa alJinaan (Powerpoint)

    57:21 Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi …

    83:26 … dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan

    Muttafaq Alaih: Seandainya setiap orang tahu keutamaan adzan dan shaf pertama, kemudian mereka ingin memperebutkannya, tentu mereka akan memperebutkannya dengan berundi.

    Monday, 28 October 2013

    Tweet #WacanaPerdana

    Beberapa nota dan tweet di #WacanaPerdana: Malaysia Negara Islam atau Sekular? Antara Teori dan Realiti. Cardiff 26 Oktober. Anjuran ISMA UK-Eire, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Education Malaysia, Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia di UK-EIRE.


    01. Ikut bahasa kampung, Malaysia ibarat seorang yang sudah Islam, cuma belum bersunat. Sudah berwudhu, cuma belum bersolat. Sudah berkain pelikat, cuma belum ke masjid.
    02. Sekular tidak sesuai diterjemah sebagai ilmaniyyah (berteraskan ilmu), sebaliknya sebagai "la diniyyah" (tiada agama) #WacanaPerdana 
    03. Malaysia ibarat orang yang muslim, cuma belum mu'min. #WacanaPerdana
    04. Seruan agar menegakkan negara Islam sebenarnya seruan agar Malaysia mematuhi ayat alQuran 2:108 "masuklah ke dalam Islam sepenuhnya" #WacanaPerdana 
    05. Rujukan "kes Che Omar" mengatakan Malaysia negara sekular sebenarnya tidak tepat sebab 1988 ketika itu Mahkamah Syariah belum dinaiktaraf. #WacanaPerdana 

    06. Perlawanan MuslimUPRo bukanlah melawan hak asasi manusia umumnya, sebaliknya tuntutan hak asasi manusia yang bertentangan dengan islam #WacanaPerdana 
    07. Ada juga yang mengatakan isu CoMNGO dinaikkan sebagai camouflage kepada belanjawan negara. #WacanaPerdana 
    08. Inilah masalahnya bagi mereka yang meletakkan neraca politik dan kepartian sebagai keutamaan. #WacanaPerdana 
    09. Masalah apabila orang menjadi "lebih hakim daripada hakim" #KalimahAllah #WacanaPerdana 
    10. Orang bijak sepatutnya pandai menapis soalan yang ditanya kepada mereka. Treat your intellectuality well. #WacanaPerdana 

    11. "Integral Part". Ya bagi kes kalimah Allah. Ya bagi ibadah korban. Tidak bagi kes serban. #WacanaPerdana 
    12. Tolak ansur, lama-lama kita yang beransur. #WacanaPerdana 
    13. Baca penghujahan hakim dulu, barulah sesuai nak bagi ulasan. Takut nanti lebih peguam daripada peguam. #WacanaPerdana 
    14. #Analogi dalam konteks Malaysia, "ustaz" bmaksud golongan yang belajar agama. Dalam konteks negara lain, boleh juga bermaksud encik dan professor #WacanaPerdana 
    15. Begitu juga dalam #konteks Malaysia, Allah merujuk kepada tuhan umat Islam (di Malaysia). #WacanaPerdana 

    16. Perlawanan label yang hebat zaman sekarang e.g. fundamentalist radical bagi mereka yang mahu mengikut panduan Islam sebenarnya. #WacanaPerdana 
    17. Kerajaan kita yang mengasingkan sumber kewangan negara haram dalam akaun yang lain, dberikan kepada golongan khas. Komitmen yang perlu dipuji. #WacanaPerdana 
    18. Unity belongs to all muslims, not only to political parties. #WacanaPerdana 
    19. Semua kesalahan takrifan hudud sudah diiktiraf sebagai kesalahan di Malaysia. Cuma belum ada hukuman / cara pembuktian dan pengampunan. #WacanaPerdana 
    20. Solat. Azan. Pemimpin. Antara kriteria yang digunapakai untuk takrifan negara Islam. #WacanaPerdana 

    21. Manusia memerlukan pengarahan untuk uruskan kehidupan dengan baik. Maka memerlukan pengurusan / siasah untuk dekat kepada kebaikan. #WacanaPerdana 
    22. Maka di situlah memerlukan kehadiran perlembagaan negara yang mematuhi siasah Islamiah. #WacanaPerdana 
    23. Malaysia merupakan negara unik di dunia; Islam terkandung dalam perundangan. Walaupun masih ada ruang untuk perbaikan. #WacanaPerdana 
    24. Islam dan hak asasi manusia: cabaran untuk membawanya secara bersama. Ramai yang gagal. Cubaan perlu diteruskan. #WacanaPerdana 
    25. Sifat undang-undang ialah bersifat meluas tafsirannya. Tidak perlu dispesifikkan. Terpulang kepada hakim untuk menguruskannya. #WacanaPerdana 

    26. Bukan tamadun yang mencorak agama. Agamalah yg mencorak tamadun. Ini bekalan menghadapi pertembungan idea hari ini. #WacanaPerdana 
    27. Kita tak perlu apologetik untuk mempraktis Islam. Berbanggalah sebagai muslim dan membawa risalahnya. Jadilah dominan. #WacanaPerdana 
    28. Tak boleh letak #KalimahAllah dan Rasuah dalam satu bakul. Rawat secara berasingan. #WacanaPerdana 
    29. Muslim tidak perlu reactionist dan bersifat minda tertawan. #WacanaPerdana 
    30. Kesedaran untuk mempertahankan agama. Tidak boleh bersifat ad hoc. Perlu berterusan. Ruangnya pelbagai. Setiap orang berpotensi. #WacanaPerdana 

    31. Seseorang itu terungkai hakikat keislamannya apabila gagal memahami sifat-sifat jahiliyyah. #WacanaPerdana 
    32. Hak Asasi Manusia: dari jauh kelihatan baik, tapi tetap ada bahayanya. #WacanaPerdana 
    33. In a blind country, one eye is the king. #WacanaPerdana 
    34. Live and think as a student. #WacanaPerdana 
    35. Di luar ada banyak kerja yang boleh kita lakukan. Di akhir nanti, kita akan ditanya apa yang telah kita lakukan. #WacanaPerdana 

    36. Bagus Persatuan Peguam Muslim ni. Tidak hadkan aktiviti mereka dalam mahkamah semata-mata. #WacanaPerdana 
    37. Sekurang-kurangnya; kalau tidak menjadi pendokong, jangan sampai menjadi penentang. #WacanaPerdana 
    38. Tamat sudah #WacanaPerdana. Terima kasih kepada panelis kita hari ini. Merekalah hero Malaysia yg perlu kita sanjungi. 
    39. Wobbling government, tumbling opposition. #WacanaPerdana #ArusBaru 
    40. "Many people are wise, but many people are also otherwise". #WacanaPerdana

    Saturday, 7 September 2013

    Setiap Amal itu Beserta Niat

    Target akhir dakwah kita adalah
    * nasyrul hidayah (menyebarkan petunjuk)
    * li I’laai kalimatillah (meninggikan kalimah Allah),

    hatta laa takuuna fitnatun wayakuunaddiinu kulluhu li-Llah (supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah).

    Jangan lupakan target akhir ini.

    Sumber: http://www.hasanalbanna.com/jangan-lupakan-target-akhir-dakwah-kita/

    Thursday, 29 August 2013

    Nota #EropahBeraya

    Kejatuhan Mursi: Tuntutan Rakyat atau Konspirasi Dunia
    Pejabat ISMA Melaka 23 Aug 13


    Kaitan Mesir dengan Malaysia
    # akademik
    # gerakan Islam
    # rujukan / bermulanya dakwah ISMA

    Mesir di sisi Islam
    # Ardh Kinanah. Bumi Anbiya'
    # Nabi Yusuf
    # Sebutan hadis izaa fatahtum misr, fattakhizu min ahliha junuda
    # Benteng pertahanan Islam: perang salib, ain jalut. Perang Israel 1973

    Mesir dan Tentera
    # Revolusi 1952 mengusir institusi raja terakhir*: Raja Faruq
    # Ikhwan merancang bersama, kemudian dikhianati tentera. Tentera kenal kekuatan IM
    # Janji manis tentera utk pegang sementara Mesir selama 6 tahun
    # Presiden menjadikan negara miliknya dan tentera
    # doktrin US terhadap tentera (sekolah tentera, training etc)

    Revolusi 25 Jan
    # pemerintah / tentera tiada projek negara. Salah guna kuasa. Boneka US (Camp David)
    # tentera pilih untuk undurkan Husni Mubarak. Naikkan Umar Sulaiman

    Pilihanraya
    # tentera / liberal (baradei, syafiq, amru musa) vs islamis (hazim, khairat, abu futuh, mursi)
    # Underestimate kekuatan ikhwan. Mursi menang

    Komplot / Strategi Jatuhkan Mursi
    # kesukaran Mursi mengawal tentera (tantawi dan sisi)
    # sabotaj minyak, elektrik ketika pemerintahan Mursi. Demo berterusan. 
    # rakyat bangkit tidak puas hati. Mursi sebagai scapegoat

    30 Jun 2013
    # seruan demo lawan Mursi di tahrir
    # pro mursi kumpul di rabah, lebih ramai
    # baradei, ahmad taib, tawadros jumpa sisi seolah2 bawa aspirasi rakyat
    # sisi beri 48 jam. Mursi enggan. Ditangkap 3 julai. Tentera ambil alih. 
    # pre-coup: serangan sinai, penutupan terowong
    # penangkapan tokoh berkaliber utk memimpin, badie etc

    Pembunuhan Terancang
    # wartawan jadi sasaran. Cuba sembunyi berita

    US, Israel, Kristian dan Syiah ambil kesempatan
    # Askar Tawadros
    # Dr Muktaz Abd Fattah: 3 juta penentang Mursi (tentera) merupakan kristian
    # elbaradei syiah. Syiah 1% penduduk Mesir

    Puak Tentera cuba ubah cerita
    # media gambarkan tentera diserang. Im pengganas dibenci. Sunnatullah. 
    # sembunyi angka sebenar

    Kejatuhan sebagai agenda barat
    # matlamat akhir: pisahkan mesir drpd Islam. Barat bersama tentera
    # penghapusan potensi Islam untuk bangun. 
    # Pembunuhan terancang, pencairan azhar, kristian syiah ambil tempat, penangkapan tokoh

    Allahu Mustaan

    Masa Depan: Wallahu Alam
    # samaada menjadi Ashab Ukhdud atau Allah tenggelamkan Firaun
    # Hanya Allah sebagai pemberi kemenangan. Bukannya bilangan atau pemilikan kuasa. 
    # IM sudah meresap dalam rakyat. "Aku bukan im, tapi simpati terhadapnya"

    Apa jadi Syeikh Azhar? Wallahu Alam. Mungkin:
    # bukan ahli gerakan
    # tak mahu pertumpahan darah
    # dah diikat pemerintah (anak dah dibunuh, ditawan etc)

    Pengajaran
    # Perlunya menguasai masyarakat
    # Semakin sukar musuh kuasai
    # Makin dekat pada kejayaan

    Pertembungan Salafi dengan IM
    # dua entiti yang berbeza. Penghujahan yang berlainan

    -- 

    * Islam tanpa kekuatan / kuasa merupakan Islam yang tidak sempurna
    Ada beza pendekatan ketika ditindas di Mekah zaman jahiliyyah dengan ketika Islam berkuasa d Madinah

    * Pandangan ISMA terhadap institusi kesultanan Malaysia
    # benteng terakhir, susah dikompromi berbanding parti politik
    # bukan pertahan individu, tapi institusi


    * Kita berhadapan dengan musuh berbeza di Malaysia

    Sunday, 16 June 2013

    Ayah dan Surah as Sajdah

    Kata orang, ayah diingat selalunya pada teladan perilaku, jarang pada kata-kata. Kalau tentang ayah saya, antara yang kuat melekat dalam ingatan saya ialah dia basuh baju sambil menghafal surah as Sajdah.

    Rumah kami masa kecil-kecil dulu takde la mewah sangat. Mesin basuh bukannya automatik. Ayahlah yang basuhkan baju kami. Mesin basuh hijau luar bilik air itulah tempat ayah luangkan masa. Atasnya tertampal sekeping kertas pada dinding; halaman surah as Sajdah yang ayah sedang cuba hafal. Ayah photostat, dilekatkan dengan sellotape besar warna biru.

    Sambil basuh baju, lalukan air, terdengarlah ayah mengulang-ulang ayat yang dihafal. Ada masa terdengar "tatajaafa junuubuhum", ada masanya "wa lanuziqannahum". Kami adik beradik dengar je lah. Inilah ayah kami, tak jadikan alasan susah / dah terlambat untuk tidak menghafal al Quran.

    Sekarang, mesin basuh dah bertukar automatik. Ayahpun dah selesai hafal surah as Sajdah. Mesin basuh hijau tu kami letak belakang rumah. Bila lalu ternampak mesin basuh tu, saya teringat ayah. Saya teringat surah as Sajdah.

    Ayah yang memilih emak yang terbaik untuk kami

    Pesan ayah, "kecik-kecik macam sekarang (dahulu) ni la bagus nak hafal al Quran. Kalau dah besar macam ayah ni, susah dah nak hafal. Lambat sikit. Macam-macam benda ada dalam kepala untuk fikir."

    Ketika itulah bermulalah azam saya untuk hafal al Quran juga seperti ayah. Sementara kepala masih tak berserabut dengan hal-hal dunia.

    Thursday, 4 April 2013

    Masjid dan Dai


    Suatu kesilapan bagi seorang dai itu jika:
    * susah untuk dilihat / dijumpai di masjid
    * datang ke masjid hanya untuk bersolat dan ibadah dirinya sahaja

    Eloklah kita luaskan lagi pemahaman kita pada ayat ini

    Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
    [at Taubah, 9:18]

    Monday, 11 March 2013

    Harapan Umat



    Harapan Umat
    Sinaran Azhar

    Umat kini diibaratkan
    buih yang terapung di lautan
    dihanyut terhempas dipukul gelombang
    dan lenyap bila dihembus oh angin

    Pada siapa nak diharapkan 
    yang tinggal cuma sebatang tubuh
    mulakan dari langkah yang pertama
    biar putih tulang jangan putih mata

    Gunalah falsafah si cengal emas
    simbol tiang seri utama
    gagah berjuang di tengah umat
    cahayamu pasti gemilang

    Islam pasti bangkit lambat laun
    janji Tuhan pasti terlaksana
    waktu jangan lagi dibuang sia-sia
    obor semangat ayuh kita nyalakan

    Labels