Dahulunya kita kedengaran seruan agar Islam perlu diambil dari segi konsepnya yang syumul, lalu kita diajar untuk tidak memisahkan agama dan politik. Agama suku politik suku, adalah satu ibarat yang boleh membawa kita kepada kefahaman Islam yang salah.
Hari ini ada bid'ah baru, iaitu kita boleh melantik orang yang tidak beragama sebagai pemimpin utama politik/negara, kerana dia bersifat adil.
- Adil yang dimaksudkan adalah pemerintahan yang bersih, telus dan tiada korupsi dan rasuah.
- Agama adalah hubungannya dengan Tuhan, manakala adil adalah hubungannya dengan manusia.
Jadi tak kisah macam manapun agamanya, selagimana tak ada masalah dengan manusia, maka jadilah dia pimpinan yang selayaknya dilantik.
Ini juga satu kefahaman sekular yang harus ditentang, politik suku agama suku dalam wajah yang baru. Islam diambil dari sekadar neraca adil dan bersih, tapi lupa tujuan kepimpinan Islam adalah untuk
- menundukkan manusia dengan sistem yang Allah turunkan,
- menaikkan umat Islam sebagai umat yang memimpin dunia,
- menghilangkan penguasaan kuffar ke atas umat Islam.
Orang kafir
- takkan boleh menegakkan syariat,
- takkan boleh menaikkan Islam,
- takkan boleh menyatukan umat Islam
Adakah ketiga-tiga perkara tersebut setanding atau lebih rendah martabatnya dari ketelusan, good governance dan sifar rasuah ?
Mengapa tidak kita mengatakan bahawa nilai-nilai pengurusan tersebut akan tercapai dengan adanya
- pemerintahan Islam yang kuat,
- umat yang bersatupadu
- syariat Islam ditegakkan?
Dengan itu kita mencapai apa yang Allah mahu, bertepatan dengan apa yang Nabi SAW sebut, sesuai dengan fitrah kemanusiaan yang selari tuntutannya dengan apa yang Allah turunkan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment